garis panduan ringkas ke sekolah ppg internship utk guru besar

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 TEMPOH : 30 MAC 2015 HINGGA 24 APRIL 2015 (4 MINGGU) 1. KONSEP Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi. 2. OBJEKTIF Melalui Internship, pelajar dapat: i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi. v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan. vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. 3. PROSEDUR PELAKSANAAN i. Tempoh Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8. ii. Penempatan Internship Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja. iii. Bilangan Waktu Mengajar Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah. Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah.

Upload: margaret-payne

Post on 24-Dec-2015

166 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

garis panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Ringkas Ke Sekolah Ppg Internship Utk Guru Besar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011

TEMPOH : 30 MAC 2015 HINGGA 24 APRIL 2015 (4 MINGGU)

1. KONSEP

Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana

dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada

peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri,

keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme

keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.

2. OBJEKTIF

Melalui Internship, pelajar dapat:

i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.

iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.

v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti

dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3. PROSEDUR PELAKSANAAN

i. Tempoh

Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua

(2) kredit dalam Semester 8.

ii. Penempatan Internship

Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.

iii. Bilangan Waktu Mengajar

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong

Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada

pihak sekolah.

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti

PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2

- 4 waktu seminggu di sekolah rendah.

Page 2: Garis Panduan Ringkas Ke Sekolah Ppg Internship Utk Guru Besar

iv. Mata Pelajaran

Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping

melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

vi. Portfolio

Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship

4. PROJEK INTERNSHIP

i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

(PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman

video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)

ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah.

iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri.

iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan

tindakan projek inovasi.

v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi

dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan

laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak

termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah,

peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan

berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).

vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta

rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada

mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk

dinilai.

5. PENETAPAN

MENTOR/PENILAI

DAN PENGURUS

SEKOLAH YANG

MENGESAHKAN

MARKAH PENILAIAN

BAGI PELAJAR YANG

MENGIKUTI

INTERNSHIPi.

Ketetapan mentor

dan pengurus

sekolah/tempat

bertugas yang

mengesahkan markah

penilaian bagi pelajar

yang mengikuti

Internship adalah

seperti berikut :-

Kategori Pelajar

Mentor/Penilai Pengurus

Sekolah/Tempat Bertugas

Yang Mengesahkan

Markah Penilaian

Guru

Penolong Kanan/Ketua Panitia

ATAU

Guru yang berpengalaman sekurang-

kurangnya tiga (3) tahun dalam mata

pelajaran major yang diajar di sekolah di

tempat pelajar menjalani Internship.

DAN

Pensyarah IPGK

Guru Besar &

Ketua Jabatan

Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Kanan &

Ketua Jabatan

PPPBS yang bertugas

di Bahagian-bahagian

di KPM/JPN/PPD/SM

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan Markah Penilaian

Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship.

Page 3: Garis Panduan Ringkas Ke Sekolah Ppg Internship Utk Guru Besar

3

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

i. Pelajar a) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif internship.

b) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di

KPM/JPN/PPD/SM):

i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internship

ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan

c) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.

d) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang

projek inovasi yang akan dilaksanakan.

e) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,guru/pegawai dan staf sokongan.

f) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan

Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah.

g) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang

tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM

dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu.

h) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.

i) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK.

j) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP

hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa

empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau

bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.

k) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama

20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua

salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing- masing untuk diserahkan kepada mentor dan

Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship.

l) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek

inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai

m) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh

Internship berpandukan format yang ditetapkan

n) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik pihak sekolah dalam tempoh satu (1)

minggu selepas tamat Internship. Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di

hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu

selepas tamat Internship.

Page 4: Garis Panduan Ringkas Ke Sekolah Ppg Internship Utk Guru Besar

4

ii) Pengurus Sekolah

a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship.

b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang dipersetuju bersama

oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship

d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi

membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang

pelajar.

e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal.

f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.

g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1)

minggu selepas tamat Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.

h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

SEGALA URUSAN SURAT-MENYURAT HENDAKLAH DIALAMATKAN KE :-

Pengarah

Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar

Beg Berkunci No 43,

70990 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus.

(u.p. Ketua Unit Praktikum)

Badrul Hisham bin Ghazali

Ketua Unit Praktikum

IPG Kampus Raja Melewar

Tel : 06 – 7624543 samb. 118

H/P : 019 – 3446126

Emel : [email protected]