garis panduan - research management center for...

14
Garis Panduan Bagi Pengajar KKM Melakukan Pekerjaan Luar dengan IPTA/ IPTS/ ILS Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: others

Post on 27-Dec-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

Garis Panduan

Bagi Pengajar KKM

Melakukan Pekerjaan Luar

dengan IPTA/ IPTS/ ILS

Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 2: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

1. TUJUAN

Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan prosedur dan syarat melakukan pekerjaan luar bagi tenaga pengajar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Latihan Swasta (ILS).

2. LATAR BELAKANG

Pada dasarnya, seseorang pegawai perkhidmatan awam boleh dibenarkan melakukan pekerjaan luar yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan dengan syarat mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Meluluskan. Ini selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR BAGI TENAGA

PENGAJAR KKM

3.1 Semua permohonan untuk perkhidmatan pengajar-pengajar KKM dari IPTA/ IPTS/ ILS hendaklah dikemukakan kepada Pengarah, Institusi Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

3.2 Syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:- 3.2.1 telah disahkan dalam jawatan;

3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun berturut-turut;

3.2.3 khidmat mengajar di dalam stesyen/ kawasan tempat bertugas (stesyen bermaksud jarak lokasi mengajar dengan pejabat tidak melebihi daripada 25 km); dan

3.2.4 pekerjaan luar hanya boleh dijalankan di luar waktu pejabat dan

tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai seorang tenaga pengajar ILKKM.

3.3 Jumlah jam dalam pekerjaan luar hanya dibenarkan dua (2) jam seminggu

dan tidak melebihi lapan (8) jam sebulan.

Page 3: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

3.4 Tempoh pegawai melakukan pekerjaan luar dengan IPTA/ IPTS/ ILS dihadkan kepada satu (1) tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan syarat dibuat permohonan semula.

3.5 Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pegawai yang diluluskan:- 3.5.1 memberi keutamaan kepada kerja hakiki atau aktiviti-aktiviti kolej; 3.5.2 memberi komitmen kepada semua aktiviti kolej; dan

3.5.3 tidak dibenarkan menggunakan kemudahan peralatan pejabat atau sumber kerajaan bagi tujuan menjalankan pekerjaan luar.

3.6 Pengarah ILKKM hendaklah memantau pegawai dalam melakukan

pekerjaan luar dan mengambil perhatian tentang tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3.7 Kuasa melulus permohonan terletak kepada budi bicara Pihak Berkuasa

Meluluskan dan keputusan adalah muktamad. 3.8 Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik kelulusan yang telah

diberikan jika didapati pegawai berkenaan melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

4. PROSEDUR PERMOHONAN

4.1 Semua permohonan untuk perkhidmatan pengajar-pengajar KKM dari IPTA/ IPTS/ ILS hendaklah dikemukakan kepada Pengarah, Institusi Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

4.2 Pengarah ILKKM hendaklah mencadangkan Pengajar yang layak dan

sesuai serta telah mematuhi syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang telah ditetapkan.

4.3 Cadangan tersebut hendaklah disampaikan kepada Pihak Berkuasa

Meluluskan, sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum melakukan pekerjaan luar.

Page 4: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

4.4 Cadangan pegawai yang layak hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Meluluskan bersama dokumen berikut:-

4.4.1 salinan borang setuju menerima seperti di Lampiran A; 4.4.2 surat tawaran/ permohonan dari IPTA/ IPTS/ ILS;

4.4.3 jadual waktu mengajar di kolej; dan

4.4.4 jadual waktu mengajar di IPTA/ IPTS/ ILS.

5. PERANAN PENGARAH ILKKM

5.1 Pengarah ILKKM hendaklah menimbang perkara-perkara berikut sebelum memberi cadangan pengajar yang layak dan sesuai terhadap setiap permohonan dari IPTA/ IPTS/ ILS:-

5.1.1 penglibatan pengajar dengan aktiviti lain selain dari tugas rasmi;

dan

5.1.2 kekerapan dan tempoh masa khidmat mengajar di IPTA/ IPTS/ ILS tidak akan menambahkan beban kerja pengajar berkaitan di kolej.

5.2 Pengarah ILKKM perlu juga meneliti kepatuhan pegawai agar menepati

syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang ditetapkan di butiran 3 Garis Panduan ini dan syarat-syarat Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu, pekerjaan luar tersebut:-

5.2.1 tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai

dikehendaki menjalankan tugas rasminya; 5.2.2 tidak dengan apa cara menjejaskan kedudukan pegawai sebagai

penjawat awam ; dan

5.2.3 tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai seorang penjawat awam.

5.3 Pengarah ILKKM hendaklah adil dan saksama semasa memberi

cadangan nama pengajar yang layak dan sesuai dalam melakukan pekerjaan luar dengan IPTA/ IPTS/ ILS.

5.4 Pengarah ILKKM juga bertanggungjawab untuk memberi penerangan

serta nasihat yang sewajarnya mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pengajar yang akan terlibat dalam pekerjaan luar.

Page 5: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

6. PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

6.1 Pihak Berkuasa Meluluskan yang dimaksudkan dalam Garis Panduan ini ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

7. TINDAKAN TATATERTIB

7.1 Pengarah ILKKM adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memantau pegawai dari masa ke semasa yang didapati melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran ataupun pegawai yang telah diberi kelulusan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

7.2 Tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pegawai yang melakukan

pekerjaan luar tanpa kebenaran atau telah melanggar mana-mana syarat sepertimana di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

7.3 Tindakan Tatatertib juga boleh dikenakan kepada mana-mana Pengarah

ILKKM yang didapati cuai menyelia aktiviti pekerjaan luar di kalangan staf bawahannya atau tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

8. LAPORAN BERKALA MENGENAI TENAGA PENGAJAR YANG

MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR DI IPTA/ IPTS/ ILS

8.1 Pengarah ILKKM dikehendaki mengemukakan laporan setiap 6 bulan sekali kepada BPL mengenai status dan prestasi tugas pengajar yang terlibat dalam pekerjaaan luar dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B dan C.

9. TARIKH KUATKUASA Garis panduan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan.

Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tarikh: Januari 2011

Page 6: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

LAMPIRAN A

PERMOHONAN/ TAWARAN UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/ IPTS/ ILS Bahagian 1: Butir-butir Pemohon Nama Penuh (Huruf Besar) ……………………………………………………………….. Nombor Kad Pengenalan ………………………………………………………………….. . Nama Jawatan Yang Disandang Sekarang ……………………………………………… Disiplin ………………………………………………………………………………………. Gred Jawatan Hakiki ………………………………………………………………………... Alamat Penuh Tempat Bertugas …………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………..… Tarikh Lantikan Dalam Perkhidmatan Sekarang ……………………………………..…... Tarikh Pengesahan Jawatan ………………………………………………………………... Sila nyatakan Subjek dan semester yang diajar di Kolej:

Bil

Tahun & Semester

Subjek

Kod Kursus

Jam

Page 7: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

Nyatakan kegiatan Ko-Kurikulum yang dipertanggungjawabkan:

Bil

Aktiviti Ko-kurikulum

Kekerapan

/minggu

Jumlah

Jam/aktiviti

Jam/

minggu

Jawatan-jawatan lain yang dipegang di Kolej (sebutkan nama jawatan) : ………………………………………………………………………………………………….….. ………………………………………………………………………………………………….… Bahagian II : KETERANGAN MENGENAI PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/IPTS/ ILS Nama IPTA/IPTS/ ILS ………………………………………………………………………. Alamat IPTA/IPTS/ ILS ……………………………………………………………………… Jarak IPTA/IPTS/ ILS dengan Pejabat bertugas (km) …………………………………… Sila nyatakan Subjek dan semester yang akan diajar di IPTA/ IPTS/ ILS:

Bil

Tahun & Semester

Subjek

Kod Kursus

Jam

Sila lampirkan Jadual pengajaran

Page 8: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

Tempoh Kelulusan dipohon mulai ………………….. hingga ……………………………... Tempoh masa (jam) khidmat mengajar dalam seminggu …………………………………. Kekerapan dalam seminggu……………….. kali Adakah pernah diluluskan melakukan pekerjaan luar sebelum ini: Ya / Tidak * Jika Ya, sila lengkapkan: Nama & Alamat IPTA/ IPTS/ ILS ……………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… Tempoh masa ……………………. hingga ………………………..……….

Bahagian III : PERAKUAN PEGAWAI

Saya …………………………………………………….. mengaku bahawa butir-butir yang

dinyatakan di atas adalah benar.

2. Dengan ini saya memohon kelulusan untuk melakukan pekerjaan luar seperti di

Bahagian II dan berjanji akan mematuhi syarat yang dikenakan.

……………………………………………. Tarikh ……………………. ( Tandatangan Pegawai )

Page 9: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

BAHAGIAN IV: PERAKUAN PENGARAH ILKKM Saya mengesahkan bahawa : Semua maklumat yang diberikan oleh (nama pegawai) …………………………………

adalah benar. Pekerjaan ini akan * menjejaskan / tidak menjejaskan pengajaran dan

pembelajaran serta kegiatan Ko-kurikulum di peringkat kolej.

Markah Penilaian prestasi pegawai untuk tiga (3) tahun:-

Bil.

Tahun

Markah

2. Ulasan nilaian prestasi semasa pegawai secara ringkas : ………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………. 3. Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai atas sebab-sebab berikut:- ……………………………………………………………………………………………..…….. …………………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………… ……….…………………….. Tarikh: ……………………. Tandatangan & Cop Pengarah

Page 10: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

BAHAGIAN V : PERAKUAN TSUB (IL) Saya menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai di atas. Ulasan: ………………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………… Tarikh: ……………………….. Timbalan Setiausaha Bahagian (IL) Cop Jawatan

Permohonan pengajar ………………..…………... No K/P ……………………...

melakukan pekerjaan luar dengan …………………………………………..diluluskan /

Tidak diluluskan.

Ulasan: ……………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………. ………………………………. Tarikh: ………………………. Setiausaha Bahagian (PL)

Cop Jawatan

Page 11: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

…………………………………….... ………………………………………. ……………………………………….. Melalui: Pengarah, ……………………………………………. ……………………………………………..

Tuan / Puan, KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/ IPTS/ ILS Saya dengan hormatnya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan/ puan melakukan pekerjaan luar dengan (kolej swasta) ………………………………….. adalah diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:- i. tempoh kelulusan dihadkan selama satu (1) tahun mulai dari …….………hingga

…………………….. Sebarang pelanjutan tempoh hendaklah mengemukakan permohonan/ cadangan baru.

ii. khidmat mengajar di IPTA/ IPTS/ ILS tidak mengganggu tugas rasmi sebagai pegawai awam dan dijalankan di luar waktu pejabat;

iii. pekerjaan luar hanya dibenarkan dua (2) jam seminggu dan tidak melebihi lapan (8) jam sebulan.

iv. Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik mana-mana kelulusan yang telah diberikan jika didapati tuan/ puan melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan dan keputusan adalah mutakmad.

Sekian, terima kasih “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, ……………………………… Bahagian Pengurusan Latihan b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia ……………………………………....

Page 12: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

………………………………………. ……………………………………….. Melalui: Pengarah, ……………………………………………. ……………………………………………..

Tuan / Puan, KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/ IPTS/ ILS

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Setelah dikaji dengan teliti asas-asas tawaran/ permohonan tuan/puan untuk melakukan pekerjaan luar dengan IPTA/ IPTS/ ILS di________________________________, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/ puan tidak diluluskan untuk kali ini. 3. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………… Bahagian Pengurusan Latihan b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 13: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

LAMPIRAN B

LAPORAN TERKINI STATUS PENGAWAI YANG MELAKUKAN

PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/ IPTS/ ILS JANUARI – JUN / JULAI – DISEMBER …………….

INSTITUSI ………………………………….

Bil.

Nama Pegawai

No K/P

Nama IPTA/ IPTS/ ILS

Keputusan

Lulus/ Tidak Lulus

Tarikh Lulus

Tarikh Tamat

Page 14: Garis Panduan - Research Management Center for ILKKMrig.ilkkm.org.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG... · 3.2.2 memperolehi markah prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi

0

LAMPIRAN C LAPORAN BERKALA PENGAWAI YANG MELAKUKAN

PEKERJAAN LUAR DENGAN IPTA/ IPTS/ ILS

INSTITUSI …………………………………. Nama Pegawai: ………………………………….……. No K/P: ……………………………………………….… Nama IPTA/ IPTS/ ILS …………………………………..

Laporan Pengarah tentang Prestasi Pegawai di Kolej;

…………………………………………

Tanda Tangan Pengarah

Catatan: Laporan sama ada pegawai :

- pernah dikenakan amaran / tindakan tatatertib

- pernah menerima aduan daripada mana-mana pihak termasuk ibu bapa, pelajar mahupun pengajar lain.

- pernah menerima surat layang

-