garis panduan radio amatur

14
DRAF TERJEMAHAN BAGI GARIS PANDUAN RADIO AMATUR DI MALAYSIA BENGKEL KOMUNIKASI DAN PENGENDALIAN RADIO DUA HALA JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN pada 21 hingga 24 JUN 2004 bertempat di BIRO TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI A S T R A

Upload: zaidi-ibrahim

Post on 13-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Radio Amatur

DRAF TERJEMAHAN BAGI GARIS PANDUAN

RADIO AMATUR DI MALAYSIA

BENGKEL KOMUNIKASI DAN PENGENDALIAN RADIO DUA HALA

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMANpada

21 hingga 24 JUN 2004bertempat di

BIRO TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARASEMENANJUNG MALAYSIA (ASTRA)

A S T R A

Page 2: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

BAHAGIAN A:

BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENGENDALI RADIO AMATUR DI MALAYSIA?

PENGENALAN:

Perkhidmatan Radio Amatur (ARS) telah wujud di kebanyakan negeri-negeri yang mengunakan frekuensi yang sama. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Stesen Radio Amatur.

Untuk mengendalikan sesebuah Stesen Radio Amatur, Pengendali mestilah memiliki Lesen Radas Peruntukan (Apparatus Assignment) atau bagi rakyat Negara luar yang berlesen dikehendaki memohon pertukaran lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Negara-Negara yang diiktiraf oleh Malaysia termasuklah:-

ASIAThailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Cina, Mongolia.

EROPAHUnited Kingdom, RepubliK Jerman, Switzeland, Finland dan Czechoslivakia.

Bagi Negara-negara yang tidak mempunyai pengiktirafan boleh memohon dan atas budi bicara SKMM untuk melusluskan pertukaran lesen berkenaan.

MENGENALI RADIO AMATUR

Radio Amatur ditakrifkan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) dm ana kegunaan Stesen dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dijalankan dengan kebenaran sesorang yang keinginan mendalami teknik radio di atas usaha peribadi dan tidak mempunyai niat yang lain.

Jutaan Pengendali Radio Amatur berkomunikasi di antara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan sistem penyiaran dan satelit amatur. Pengendali Radio Amatur boleh memberikan perkhidmatan ketika berlakunya bencana alam sekiranya sistem komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.

Radio Amatur juga telah diiktirafkan sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU mengendali dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.

PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN BAGI STESEN RADIO AMATUR.

Stesen Radio Amatur atau Pengendali Radio Amatur seringkali dikenali sebagai “Radio Ham” atau “HAM”. Aktiviti-aktiviti Radio Amatur dapat dipelbagaikan: Contoh aktiviti-aktiviti:-

a) Berkomunikasi dengan Stesen radio Amatur diseluruh dunia dengan mengunakan Radio HF.b) Berkomunikasi diantara Bandar-Bandar tempatan dengan mengunakan radio VHF dan UHF

Transceivers.c) Memberi khidmat Komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak terdapat alat

komunikasi yang lain atau alat komunikasi yang lain tidak berfungsi.d) Pembuatan Radio, Pancaran, Penerimaan dan Antena sendiri.e) Berkomunikasi di dalam orbit satelit tanpa sebarang kos.f) Berkomunikasi dengan Angkasawan ketika mengelilingi dunia.g) Kajian mengenai Television Amatur (ATV), Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar gambar potret

dengan mengunakan faksimili.h) Mengambil bahagian di dalam sebarang pertandingan Radio Ham atau mengadakan peralatan

tunjuk arah.i) Mengambil bahagian di dalam aktiviti Mencari dan Menyelamat.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 1

Page 3: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

j)PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN BAGI STESEN RADIO AMATUR.

Terdapat beberapa perkara yang tidak dibenarkan ketika berkomunikasi:-a. Stesen Radio Amatur dilarang mengunakan Radio Amatur (ARS) untuk tujuan komersial.b. Sebarang penghebahan atau siaraya kepada Umum tidak dibenarkan.

SIJIL PENGENDALIAN RADIO AMATUR (AROC)

Peraturan 27(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Technical Standards) Peraturan 2000, bahawa tiada sesiapa dibenarkan mengambil alih atau melakukan sebarang aktiviti didalam kawasan kemahiran kecuali diluluskan. Sijil Pengendalian Radio Amatur telah digazetkan didalam kawasan mahir dibawah kategori peraturan, maka untuk tujuan mengoperasikan Stesen Radio Amatur, seseorang itu perlu memiliki kewibawaan dan kemahiran didalam kawasan yang disahkan.

Sijil Operator Radio Amatur adalah sesuatu sijil yang dapat membuktikan bahawa Operator mempunyai pengetahuan yang baik didalam bidang tersebut dan dapat menjalankan Operasi Stesen Radio Amator dengan betul dan bertanggung jawab dibawah peruntukan undang-undang.

Terdapat 2 kelas Sijil Pengendali Radio Amatur:-

a. Sijil Pengendali Radio Amatur Kelas A (AROC Class A).b. Sijil pengendali Radio Amatur Kelas B (AROC Class B).

Sijil Pengendali Radio Amatur Kelas A – dibenarkan memohon Peruntukan Radas Radio Amatur (Amateur Radio Apparatus Assignment). Untuk kelayakan, seseorang itu dikehendaki lulus didalam peperiksaan Radio Amatur (RAE) dan Ujian Amali Morse Code atau CW test.

Mulai 1 April 2007, kelulusan Morse Code tidak lagi diperlukan, walaubagaimana pun ujian amali morse code akan dianjurkan untuk tujuan pengiktirafan dan kemahiran diri.

Sijil Pengendali radio Amatur Kelas B – boleh memohon Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) dengan menduduki dan lulus dalam peperiksaan Radio Amatur.

MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesen Radio Amatur, Sesorang mestilah mempunyai Sijil Pengendali Radio Amatur (ASAA) yang dikeluarkan oleh SKMM (MCMC). Pemohon boleh memohon dimana-mana pejabat SKMM (MCMC). Tanda Pemanggil (Callsign) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Radio Amatur (AROC). Pemegang Sijil/Lesen dibenarkan mengambil bahagian atau mengendalikan stesyen radio amator. Rujukan Tanda Pemanggil (Callsign) di Malaysia:-

1 Semenanjung Malaysia - Lesen Kelas A – 9M2……- Lesen Kelas B – 9W2……

2 Negeri Sabah - Lesen Kelas A – 9M6……- Lesen Kelas B – 9W6……

3 Negeri Sarawak - Lesen Kelas A – 9M8……- Lesen Kelas B – 9W8……

PERUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR (ASAA)

Semua Stesen Radio Amatur di Malaysia mestilah mempunyai lesen dengan sempurna dan sah dari SKMM (MCMC) yang diiktirafkan sebagai sebuah badan yang bertanggung jawab di Malaysia. Anda perlu memiliki Lesen untuk mengendalikan sesebuah Stesen Radio Amatur. Terdapat 3 jenis Penugasan Radas Radio Amatur:-

a. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Kelas A.b. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Kelas B.c. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Pancar Ulang Amatur.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 2

Page 4: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

Jangka masa yang dibenarkan untuk permohonan lesen berkenaan adalah antara 3 bulan hingga 5 tahun.

KELAYAKAN MEMOHON PERUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk melayakan pemohon mestilah:-

a. Berumur melebihi 14 tahun bagi memohon Lesen Kelas B.b. Berumur melebihi 18 tahun bagi memohon Lesen Kelas A.

Bagi pemohon yang berumur dibawah 21 tahun dikehendaki mendapatkan pengesahan dari ibu bapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab dan memberi perhatian mengenai tatacara dan menandatangani di dalam borang permohonan.

c. Rakyat Malaysia. Bagi bukan rakyat Malaysia boleh memohon pertukaran lesen ( reciprocal ).d. Pemegang Lesen Kelas A / B, hendaklah mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang

dikeluarkan oleh SKMM.

KEPERLUAN PEMATUHAN ( COMPLIANCE REQUIREMENT )

Pemegang Lesen dikehendaki akur dengan provisi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang undang atau pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA ( INTERNATIONAL COMPLIANCE REQUIREMENT )

Pemegang lesen hendaklah mematuhi provisi peraturan dari ITU dan International Telecommunication Convention.

Pengunaan frekuensi bagi pancar ulang gelombang VHF dan UHF adalah di antara 50 kilometer dari sempadan Malaysia yang mana memerlukan persefahaman di antara kedua-dua buah Negara.

Yuran yang dikenakan:-

Jenis Lesen (ASAA) Yuran Permohonan/Proses Yuran TahunanKelas A RM60.00 RM36.00Kelas B RM60.00 RM24.00Pancar Ulang / Repeater RM60.00 RM60.00

PERSEDIAAN PERTUKARAN OPERASI ( RECIPROCAL OPERATING ARRANGEMENT )

Pengendali Radio Amatur kerakyatan luar Negara boleh memohon lesen dibawah pertukaran operasi di antara Negara mereka dengan Malaysia. SKMM akan mengeluarkan lesen berkenaan sekiranya mencukupi syarat. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut persamaan kelas lesen dari Negara asal.

Lesen tidak akan dikeluarkan sekiranya Negara-negara yang tiada mempunyai pertukaran operasi dan SKMM akan mengeluarkan lesen berkenaan dalam tempuh setahun atau dalam mengikut tempuh dari lesen asal. Walaubagaimana pun bagi Negara-negara yang tiada pertukaran operasi, SKMM akan menimbangkan permohonan tersebut.

PEPERIKSAAN

Terdapat 2 jenis peperiksaan radio amatur:-

a. Peperiksaan bertulis Radio Amatur (RAE)b. Peperiksaan Amali Morse Code /CW Test.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 3

Page 5: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

Peperiksaan bertulis yang meliputi:-

a. Teori Elektrikal, Elektronik dan Radio Komunikasi.b. Teori dan Operasi Peralatan Radio Amatur termasuk sistem antena, pemncaran, transmitor,

amplitude, modulasi frekuensi dan teknik sideband.c. Pertaturan dibuat dibawah Akta membolehkan mana-mana stesen beroperasi dan melakukan amali

yang berkaitan dengan operasi stesen.d. Dalam Peraturan Radio ITU membolehkan stesen beroperasi dan melakukan amali dan tertakluk

kepada provisi yang berkaitan.

Terdapat 100 soalan berbentuk objektif di dalam kertas peperiksaan radio amatur. Masa yang diberikan adalah 3 jam untuk menjawab soalan-soalan. Setiap kesalahan, markah tidak akan dipotong.

UJIAN MORSE CODE ( UNTUK MENGAMBIL LESEN KELAS A )

Adalah peperiksaan amali untuk mengukur kemahiran dan kecekapan sebagi pengendali radio amatur.

a. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan mengunakan kekunci telegraph samada kekunci semi automatik atau kekunci elektronik dalam tempuh 3 minit dengan kelajauan bahasa biasa, termasuk angka dan signal ‘Q’ dan signal kecemasan mengikut peraturan Morse Code Antarabangsa.

b. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan mengunakan kekunci telegraph samada kekunci semi automatik atau kekunci elektronik dalam tempuh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa, termasuk angka dan signal ‘Q’ dan signal kecemasan mengikut peraturan Morse Code Antarabangsa.

BAGAIMANA MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa kesemasa. Tarikh dan tempat akan ditentukan oleh SKMM. Notis dan penghebahan akan dibuat melalui media, surat khabar dan bahan cetakan elektronik yang sedia ada. Notis, Terma dan Syarat, pembayaran akan dihebahkan. Pemohon dikehendaki mengisi borang yang disediakan oleh SKMM.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah saperti berikut:-

a. Peperiksaan radio Amatur (RAE) - RM50.00b. Peperiksaan Morse Code - RM50.00

Yuran tidak akan dikembalikan kepada calon sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada waktu peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari peperiksaan ke satu peperiksaan kepada suatu tarikh yang lain atau dipindahkan kepada calon yang lain.

HAD UMUR YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Had minima umur bagi calon-calon untuk menduduki peperiksaan radio amatur ialah 14 tahun dan 18 tahun bagi peperiksaan CW. Ini adalah diambil kira tentang tanggungjawab yang diperlukan ketika beroperasi dengan mengunakan kuasa tinggi ketika pemnacaran dan diberi keutamaan kepada pemegang lesen kelas A Pengendali Stesen Radio Amatur.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 4

Page 6: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

BAHAGIAN B:

BERKENAAN PERATURAN/TATACARA RADIO AMATUR ( S OP)

Pengenalan:

Perkara berkenaan dengan Peraturan/Tatacara Radio Amatur (SOP) adalah semata-mata untuk memberikan panduan ketika mengendalikan stesen radio amatur. Peraturan/Tatacara adalah satu arahan dan tatacara ketika mengendalikan stesen radio amatur di Malaysia.

Mempamerkan Lesen Radas Peruntukan (AA) Apparatus Assignment.

Pengendali Radio Amatur dimestikan mematuhi tatacara yang telah disediakan ketika mengendalikan sebuah Stesen Radio.

a. Lesen (ASAA) hendaklah dipamerkan di alamat yang tertera di dalam lesen.b. Bagi stesen yang bergerak (mobile) dikehendaki membawa satu salainan lesen untuk pembuktian.

BUKU LOG RADIO AMATUR

Buku log diadakan bagi merekodkan aktiviti - aktiviti ketika berkomunikasi di dalam jangka waktu dan alamat yang tertera di dalam lesen.

Buku log boleh juga disediakan melalui media elektronik dan boleh dilihat atau dicetak. Ianya perlu dikemukakan apabila pemeriksaan berkala oleh pihak SKMM dijalankan. Isi kandungan hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 2 tahun. Isian kandungan di dalam buku log adalah seperti berikut:-

a. Tarikh berkomunikasi.b. Waktu mula/tamat berkomunikasi pada setiap kontak (waktu local.Waktu UTC).c. Frekuensi/Band yang digunakan.d. Kelas atau mod komunikasi.e. Kuasa yang dikeluarkan ketika transmmisi.f. Callsign yang dikontak.g. Nama kontak/handle.h. Sesuatu ujian yang dilakukan.i. Tempat ketika beroperasi.j. Rekod nombor daftar.

PEMERIKSAAN STESEN RADIO AMATUR

Semua Pengendali Radio dikehendaki membenarkan mana-mana Pegawai dari SKMM untuk membuat pemeriksaan berkala atau ujian di Stesen Radio Amatur. SKMM berhak mengantung atau membatalkan mana-mana Stesen Radio Amatur sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat didalam lesen (ASAA).

PENYEDIAAN ANTENA

Pemegang lesen dibenarkan memasang antena di luar premis dan ianya dipastikan kukuh dan tidak mengancam keselamatan pada orang ramai atau harta orang ramai.

JALURAN FREKUENSI/KUASA DAN KELAS PANCARAN

Tertakluk saperti berikut:-Sila rujuk Appendix 1.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 5

Page 7: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

KUASA PANCARAN PUNCAK UNTUK STESYEN RADIO AMATUR

Pengendali Radio Amatur mestilah mematuhi kuasa pancaran yang ditetapkan dan dengan kehendak ITU dengan kadar atau limit untuk Stesen Radio Amatur. Maksima bagi kuasa pancaran adalah dengan kiraan; menolak nilai pengecilan dari kuasa alat pemancar ke antena.

Jenis PerkhidmatanAttenuation (dB) below the power supplied to the

antena transmission linePerkhidmatan Amatur beroperasi kurang dari 30

Mhz (termasuk SSB)43 + 10 log (PEP), or 50 dB, whichever is less

stringentLain-lain perkhidmatan Amatur 43 + log (p), or 70 (dB), whichever is less stringent

Dimana:-P = kuasa purata dalam watt yang disalur kelaluan transmisi.PEP = kuasa puncak (peak envelope power) dalam watt yang disalurkan kelaluan transmisi antenna.

Kuasa pemancaran dari mana-mana pemasangan selain daripada antena dan alat pemancar tidak boleh melebihi dari sistem antena yang mana dengan kuasa maksima diluluskan pada kuasa frekuensi pancaran.

PROSEDUR PEMASANGAN

Berikut adalah prosedur pemasangan yang perlu dipatuhi ketika memasang Stesen radio Amatur.

a. Pemegang Lesen (ASAA) dibenarkan memasang dan mengendalikan Stesen Radio Pengendali.i. Stesen Radio Amatur dipengkalan (base station) – beroperasi dipremis dan alamat

yang tertera di dalam lesen (ASAA).ii. Stesen Radio Pengendali Mobil – beroperasi ketika bergerak saperti didalam kereta.iii. Stesen Radio Amatur mudah alih (portable) – beroperasi jauh dari alamat di dalam

lesen untuk sesuatu masa.iv. Stesen Bumi Radio Amatur – beroperasi dengan Radio Amatur melalui satelit Radio

Amatur.

b. Pemegang lesen dibenarkan mengadakan lebih daripada satu stesen tetapi tidak dibenarkan beroperasi pada waktu yang sama dan di tempat yang berlainan.

c. Stesen Radio Amatur boleh beroperasi pada bila-bila masa kecuali terdapat gangguan pancaran dalam frekuensi dibawah 30 Mhz melebihi 10 minit dan 3 minit bagi frekuensi 30 MHz keatas.

PENGENDALIAN STESEN RADIO AMATUR

Pengendali Stesen Radio Amatur hendaklah mematuhi syarat-syarat saperti berikut:a. Apabila membuka suis peranti, Pengendali dikehendaki mendengar dahulu difrekuensi dan

memastikan frekuensi tersebut tidak digunakan. Jika ada mana-mana Stesen mengunakan frekuensi tersebut, Pengendali boleh berkomunikasi dengan memperkenalkan “Callsign” dan memasuki di frekuensi setelah memberi laluan selama 3 saat.

b. Perkataan “BREAK” tidak boleh digunakan didalam perbualan yang sedang diperbualkan.c. Kegunaan “BREAK” adalah hanya untuk memberitahu sebarang trafik kecemasan.d. Pengendali hendaklah memberikan Callsign satelah panggilan “BREAK”. Semua Stesen hendaklah

melepaskan frekuensi dengan serta merta dan menunggu untuk memberi sebarang bantuan jika perlu.

e. Pengendali dikehendaki berhenti seketika dalam masa 3 saat apabila berbual. Sekurang-kurangnya satu pembehentian pada setiap 1 minit masa perbualan.

f. Sekiranya pancaran dibuat dalam bentuk operasi Video dan Pemancar Data, pemberhentian seketika diwaktu pancaran tidak diperlukan tetapi pemberhentian 5 saat digalakan pada akhir pancaran. Prosedur ini perlu jika menghantar mesej melalui pancar ulang di mana dapat mengelakkan sebarang ganguan ketika menghantar mesej kecemasan.

g. Dalam Operasi sehala (Symplex), Pengendali dikehendaki memberikan Callsign setiap sekali dalam masa 10 minit perbualan.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 6

Page 8: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

h. Dalam Operasi Pancar Ulang, Pengendali dikehendaki memberikan Callsign setiap sekali dalam masa 3 minit perbualan.

i. Dalam operasi HF, Pengendali yang mengunakan frekuensi bawah pada 50 Mhz dikehendaki memberikan callsign setiap sekali dalam masa 10 minit perbualan.

j. Kesemua Callsign diwajibkan mengunakan sebutan yang diiktirafkan oleh International Phonetic Alphabet.

k. Apabila mengunakan pancar ulang, keutamaan harus diberikan kepada:-i. Pertama –Sebarang panggilan berbentuk kecemasan.ii. Kedua – Kuasa rendah dan mengunakan alat mudah alih (handheld).iii. Ketiga – Stesen Mobil.iv. Stesen Premis dan Stesen mudah alih berkuasa tinggi.

Keutamaan diberikan kepada mana-mana Stesen yang mempunyai sebarang kecemasan.

SIGNAL DAN PEMANTAUAN RADIO.

Pemantauan peralatan radio dan signal adalah penting untuk memastikan keadaan peralatan sentiasa berada didalam kondisi yang baik dari masa kesemasa.

Untuk memperakui kemungkinan ganguan isyarat radio, amalan saperti berikut hendaklah dipatuhi:-

a. Setiap pancaran ketika membetulkan gelombang hendaklah mengunakan boneka tiruan (dummy load).

b. Pastikan frekuensi tidak digunakan apabila menguji antena.c. Pengendali hendaklah menyebut callsign dan maklumkan tujuan percubaan.d. Mengunakan butang ‘PTT’ adalah dilarang ketika membuat percubaan.

GANGGUAN

Pastikan pancaran radio tidak mengangu sebarang sistem radio komunikasi yang lain. Akta 15 (1) dalam Komunikasi dan Multimedia (Technical Standards) peraturan 2000 bahawa jika seseorang dengan sengaja melakukan perubahan, pengujian atau modifikasi peralatan komunikasi didalam apa bentuk yang boleh menyebabkan gangguan terhadap peralatan komunikasi yang lain.

Akta 15 (2) peraturan juga menyebut, seseorang yang melanggar peraturan ini, bersabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan dan mengatasi gangguan, perkara-perkara yang harus dilaksanakan adalah saperti berikut:-

a. Pastikan peralatan yang lengkap untuk tujuan ujian gangguan supaya ianya tidak menganggu peralatan perkhidmatan radio yang lain.

b. Bertanggungjawab, sekiranya anda seorang Pengendali Stesen Radio Amatur dan jika mendapati sebarang gangguan, segerakan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah gangguan tersebut.

c. Memastikan pancaran tidak melebihi tahap penyimpangan.d. Memastikan tenaga sinar berada didalam frekuensi yang sempit bagi semua kelas pancaran yang

digunakan.e. Sinaran dan pemalsuan pancaran boleh menyebabkan kepada gangguan yang minima

SIGNAL REPORT

Laporan signal yang diterima dari Stesen Radio Amatur ketika perbualan. Kedua-dua Stesen boleh mengemukakan signal samada baik atau tidak ketika berkomunikasi. Laporan tersebut dapat memberi peluang kepada Stesen lain untuk memperbetulkan pancaran.

Terdapat 2 skala yang mendorong kepada laporan signal iaitu Penerimaan (Pendengaran) dan kekuatan penerimaan signal. Skala tersebut adalah:-

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 7

Page 9: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

Penerimaan Pendengaran:

1. Sukar menerima pendengaran.2. Lemah, penerimaan kurang jelas.3. Kurang memuaskan, penerimaan menyukarkan.4. Baik, penerimaan jelas.5. Amat baik, penerimaan yang jelas dan terang.

Kekuatan Penerimaan Signal:

1. Tidak dapat difahami, boleh mengerti.2. Signal penerimaan lemah, boleh dibaca.3. Signal penerimaan lemah, boleh diterima.4. Signal penerimaan sederhana.5. Signal penerimaan sederhana baik.6. Signal penerimaan baik.7. Kekuatan signal yang sederhana.8. Signal penerimaan yang kuat.9. Signal penerimaan yang kuat dan mantap.

Angka “5 dan 9” bermaksud amat baik diterima dengan kualiti audio yang jelas dan mantap.

HURUF FONETIK

Huruf fonetik digunakan adalah semata-mata untuk mengelakan kekeliruan ketika berkomunikasi. Adalah disyorkan pengunaannya ketika berkomunikasi untuk mengelakan kesalahan ejaan didalam perbualan.

Callsign harus disebut mengunakan fonetik. Berikut adalah huruf & angka fonetik:-

A - ALFA J - JULIET S - SIERAB - BRAVO K - KILO T - ANGOC - CHARLIE L - LIMA U - UNIFORMD - DELTA M - MIKE V - VICTORE - ECHO N - NOVEMBER W - WHISKEYF - FOXSTROT O - OSCAR X - X-RAYG - GOLF P - PAPA Y - YANKEEH - HOTEL Q - QUEBEC Z - ZULUI - INDIA R - ROMEO

0 - NADAZERO 5 - PANTAFIVE 10 -1 - UNAONE 6 - SOXSIX2 - BISSOTWO 7 - SETTESEVEN3 - TERRATHREE 8 - OKTOEIGHT4 - KARTEFOUR 9 - NOVENINE

DECIMAL POINT - DECIMAL FULL STOP - STOP

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 8

Page 10: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

KOD Q’ ( ‘Q’ CODE)

Kod ‘Q” disediakan dalam 3 huruf. Kod ‘Q’ sering digunakan sebagai perkataan ringkas. Contoh Kod ‘Q’ adalah saperti:-

QRT - Shall I stop sending - (keluar dari keudara)QRU - Have you anything for Me? - (ada apa-apa sebarang berita untuk saya)QRX - When will you call me again - (bila anda akan memanggil lagi)QRZ - Who is calling me - ( siapa memanggil saya)QSO - Can you communicate - (berkomunikasi)QSY - Shall I (will you) change frequency to … - (bolehkan kita mengubah frequensi ke …).QTH - What is location? - (di mana lokasi anda berada)QRO - - kuatkan kuasa pemancaranQRB - - pemancaran semakin lemahQRP - -QRM - -QRL - -

- -- -- -- -- -

CALLSIGN

Callsign adalah tanda pengenalan bagi sesebuah Stesen Radio Amatur. Di Malaysia terbentuk daripada 2 tahap dengan 2 angka dan sekumpulan huruf tidak melebihi 3 huruf. Ia diberikan kepada Stesen Premis, Mobil dan Mudah Alih. Pengenalan Callsign dipergunakan pada ketika permulaan dan pengakhiran perbualan.

Stesen Radio Amatur dilengkapi dengan maxima 6 tahap Callsign di dalam 3 teritori geografi di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERKOMUNIKASI

Perkara-perkara yang dilarang dan ditegah ketika perbualan melalui Radio Amatur:-

1. Perbualan yang berkaitan dengan anti kerajaan, politik, perniagaan, perkauman atau mana-mana isu yang boleh menyinggung rakyat Malaysia.

2. Jangan memancar sebarang muzik, perbualan yang melibatkan jenayah, penyampaian mesej yang boleh memusnahkan, pengiklanan dan perbualan perniagaan. Kata-kata kesat dan lucah atau perkara-perkara yang boleh memburukan Negara.

3. Menyebar atau penyampaian berita, pengiklanan perniagaan bagi pihak ketiga.4. Dilarang mengunakan Radio Amatur untuk tujuan gangguan terhadap individu atau perkara-perkara

yang boleh menyebabkan ganguan frekuensi.5. Dilarang mengulangi program atau berita yang diterima dari lain-lain Stesen Radio selain daripada

Stesen Radio Amatur kecuali laporan cuaca atau lain-lain berita yang menafaat orang ramai yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan.

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 9

Page 11: Garis Panduan Radio Amatur

Amateur Radio CommunicationsGUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA

BAHAGIAN C : PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (SYLLABUS)

1. Peraturan dan Kondisi.2. Prosedur Pengendalian dan Perbuatan./3. Aspek Teknikal dalam bidang Elekronik & Komunikasi Radio.

a. Peraturan Ohm (Ohm’ Law)b. Voltan Arus Terus dan Alternat, Arus, Induktan, Rintangan, Galangan, Konduktor dan

Insulator.(AC & DC voltage, current, inductance, resistance, impedance, conductor and insulator).

c. Transistor, Rintangan, Kapasitor, Rektifier, Suis, Fius dll. (Transistor, resistor, capacitor, rectifier, switch, fuse and etc).

d. Peranti (Solid State Device).e. Penerima (Receiver).f. Pemancar (Transmitter).g. Propagasi dan Antena (Propagation and Antenna).h. Gangguan (Interference).i. Electromagnetic Compatibility (EMC).j. Pengukuran (Measurement).k. Asas (General).

ASTRA 2005 – Terjemahan oleh 9W2TQ - All rights reserved 10