garis panduan ppkks 2011[1]

Upload: pinky-hello

Post on 07-Jul-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 2011 A.MAKLUMAT ASAS PPKKS 2011

1. Penyertaan PPKKS 2011 adalah terbuka kepada semua koperasi sekolah menengah yangberminat.

2. PPKKS 2011 adalah pertandingan pembudayaan keusahawanan yang diusahakan olehkumpulan kecil koperator sekolah dengan pemantauan dan khidmat nasihat Guru Pembimbing projek. 3. Projek yang dilaksanakan oleh koperasi/sekolah tidak boleh dijadikan projek kumpulan untuk dipertandingkan.

4. Pelajar sebagai koperator adalah digalakkan membentuk satu pasukan kecil seramai 4 orangahli yang akan mengurus dan menjayakan satu projek keusahawanan yang berdaya maju dan menguntungkan.

5. Setiap kumpulan wajar mempunyai nama kumpulan, identiti dan imej korporat tersendiri. 6. Jangkamasa projek adalah sekurang-kurangnya empat bulan sebelum dipertandingkan. 7. Pelajar yang menyertai PPKKS 2011 wajib menyediakan satu kertas Rancangan PerniagaanProjek Keusahawanan (RPPK) yang mana akan dinilai oleh pihak Pengurusan Koperasi Sekolah (PKS).

8. Pihak PKS boleh memilih untuk membenarkan lebih dari satu projek dilaksanakan di peringkatsekolah bagi mewujudkan semangat persaingan di antara projek. Perlaksanaan minima 2 projek bagi setiap koperasi sekolah dan melaksanakan penilaian (mini konvensyen) akan melayakkan koperasi sekolah menerima wang sumbangan bantuan pengurusan bernilai RM500.00 (daripada ANGKASA) dalam bentuk tuntutan selepas program dilaksanakan. Jumlah maksima projek yang realistik bagi dilaksanakan di setiap sekolah adalah sebanyak 4 projek.

9. Laporan Perlaksanaan Projek (LPP) WAJIB disediakan oleh setiap kumpulan untuk dinilai olehPanel Penilai Projek Sekolah (PPPS) sebelum dipertandingkan.

10. Kumpulan (4 koperator) yang melaksanakan projek akan bertanding melaporkan danmembentangkan projek masing-masing samasa sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011 Peringkat Sekolah (Jun 2011).

11. Pihak PPPS akan membuat penilaian dan memilih projek yang difikirkan terbaik dan sesuaiuntuk mewakili sekolah bersaing di Konvensyen Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri 2011.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20111/6

12. Pemenang projek terbaik Konvensyen PPKKS Peringkat Negeri 2011 akan mewakili negeriberkenaan ke Konvensyen PPKKS Peringkat Kebangsaan 2011 (31 Oktober 2011- 02 November).

13. Semua penyertaan (penghantaran LPP daripada peringkat Negeri) untuk Konvensyen PPKKSPeringkat Kebangsaan 2011 mesti diterima urusetia Konvensyen Peringkat Kebangsaan sebelum 10 Oktober 2011.

14. Negeri yang tidak mengadakan pertandingan bersempena Konvensyen PPKKS PeringkatNegeri 2011 tidak layak menghantar wakil bagi mewakili negeri berkenaan sempena Konvensyen PPKKS Peringkat Kebangsaan 2011.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20112/6

B.

FOKUS PROJEK Fokus projek keusahawanan koperasi sekolah adalah kepada 4 subjek teras dalam bidang asas keusahawanan iaitu : Rancangan Perniagaan Proses pengeluaran / perkhidmatan Strategi pemasaran Laporan pemasaran / jualan produk / perkhidmatan

1.

Rancangan Perniagaan :

i) Asas pemilihan produk / perkhidmatan ii) Jenis projek iii) Kos projekiv) Modal awal projek v) Pelan tindakan/jangka masa

vi) Unjuran pendapatan / sasaran pulanganvii) Kumpulan sasar viii) Keperluan kumpulan sasaran ix) Kuasa beli 2. Proses Pengeluaran/Perkhidmatan :

i) Carta aliran produk ii) Input-modal & bahan mentah & tenaga manusia & Mesin iii) Kaedah - Proses / langkah-langkah & kawalan proses iv) Output - kawalan produk & kawalan kualiti3. Strategi Pemasaran : i) Produk Kualiti ii) Pembungkusan

iii) Label / jenama / pakejiv) Kumpulan sasar - keperluan dan kuasa beli

v) Kaedah Pemasaran - lokasi, saluran, penglibatan Koperasivi) Harga - Strategi penentuan harga, kos pengeluaran

vii) Promosi - Cara & keberkesanan promosi viii)Tindakan susulan selepas jualan - servis susulan / jualan susulan,

ix) Maklumbalas kepuasan pelanggan, analisis dan penilaianGARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20113/6

4.

Laporan Pemasaran dan Penjualan Produk : i) Laporan kewangan projek ii) Untung / Rugi iii) Pulangan sebenar projek iv) Rekod jualan cabutan dari buku tunai

v) Nisbah pulangan atas modal, kos berubah/kos tetap5. Faktor Nilai Tambah yang diambilkira sebagai Bonus Projek : i) Pengenalan imej kumpulan ii) Keaslian produk iii) Kebaikan projek untuk masa depan pelajar iv) Nilai komersial projek v) Pemahaman pelajar dalam bidang keusahawanan

vi) Persembahan pembentangan berkumpulan - kerjasama, gaya & inovatif

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20114/6

C. JADUAL/SYARAT PELAKSANAAN PPKKS 2011 1.PERLAKSANAAN PROJEK PERINGKAT SEKOLAH (Februari 2011 Mei 2011)

i) Semua projek terpilih dan RPPK yang telah diluluskan oleh Pengurusan Koperasi Sekolah akanmenjalankan operasi untuk bersaing berpandukan kandungan RPPK yang diluluskan. ii) Tempoh pelaksanaan projek hendaklah sekurang-kurangnya 4 bulan.

2. ii) iii)

MINI KONVENSYEN PPKKS PERINGKAT SEKOLAH (Jun 2011)

i) Diadakan semasa minggu Hari Koperasi Sekolah Peringkat Sekolah 2011.Sekurang-kurangnya dua kumpulan pelajar bertanding (penilaian/pemilihan kumpulan projek). Persembahan oleh 4 orang pelajar.

iv) Laporan Pelaksanaan Projek (LPP) hendaklah diserahkan kepada Panel Penilai ProjekSekolah (PPPS) sebanyak 3 salinan sebelum pertandingan.

v) Masa Pembentangan/Persembahan Kumpulan ialah 30 minit (5 minit persiapan, 20 minitpembentangan/persembahan dan 5 minit sesi soal/jawab).

vi) Panel Penilai Projek Sekolah (PPPS) terdiri daripada kalangan Guru. 3.KONVENSYEN PPKKS PERINGKAT NEGERI 2011 (Julai September 2011)

i) Penyertaan adalah Pemenang Peringkat Sekolah. ii) Persembahan oleh 4 orang pelajar. iii) Masa Pembentangan/Persembahan Kumpulan ialah 30 minit (5 minit persiapan, 20 minitpembentangan/persembahan dan 5 minit sesi soal/jawab).

iv) Laporan Pelaksanaan Projek (LPP) hendaklah diserahkan kepada Urusetia PPKKS PeringkatNegeri sebanyak 4 salinan sebelum pertandingan (Julai - September 2011).

v) Pemenang Peringkat Negeri akan turut dicalonkan Anugerah Guru Penasihat Terbaik danPengurus Terbaik ke Peringkat Kebangsaan.

vi) Panel Penilai terdiri daripada SKM Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri, ANGKASA Negeri. 4. i) ii)KONVENSYEN PPKKS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 (30 Oktober02November 2011) Penyertaan adalah Pemenang Konvensyen PPKKS Peringkat Negeri 2011. Persembahan oleh 4 orang pelajar.

iii) Masa Pembentangan/Persembahan Kumpulan ialah 30 minit (5 minit persiapan, 20 minitpembentangan/persembahan dan 5 minit sesi soal/jawab).

iv) Laporan Pelaksanaan Projek (LPP) sebanyak enam (6) salinan, soft copy (Microsoft OfficePower Point 2003), pencalonan Guru Pembimbing dan Pengurus Terbaik hendaklah dihantar kepada Urusetia PPKKS sebelum 10 Oktober 2011. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20115/6

v)

Anugerah di Peringkat kebangsaan:Anugerah Projek terbaik Anugerah Laporan Pelaksanaan Projek Terbaik Anugerah Guru Pembimbing Terbaik Anugerah Pengurus Terbaik

-

vi) Saringan pembentangan secara tertutup untuk 14 buah koperasi sekolah daripada 14 buahNegeri untuk memilih tiga (3) buah koperasi ke peringkat akhir akan diadakan pada 31 Oktober - 01 November 2011. viii) Sesi temuduga calon Guru Pembimbing Terbaik dan Pengurus Terbaik akan diadakan pada 31 Oktober - 01 November 2011.

ix) Pertandingan peringkat akhir di antara 3 buah koperasi sekolah akan diadakan di hadapanumum dan peserta Hari Koperasi Sekolah 2011 pada 02 November 2011.

x) Panel Penilai terdiri daripada :- Wakil SKM Ibu Pejabat - Wakil ANGKASA Pusat - Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia - Wakil Juri ProfesionalKeputusan Panel Penilai adalah muktamad.

xi)Bidang Kuasa Urusetia meliputi hak membuat keputusan dan urusetia adalah berhak mengedardokumen projek bagi tujuan perkongsian pembelajaran.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 20116/6