garis panduan pengurusan makdis

12
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) Garis Panduan Pengurusan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) 01 Pendahuluan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 02 Latar Belakang 2.1 Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa. 2.2 Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS). 2.3 Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS). MAKDIS MAKDIS - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, Tuan Haji Nik Mohyideen Musa. Keahlian - Semua murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. 1

Upload: maya4679

Post on 01-Jul-2015

405 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Garis Panduan PengurusanMajlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah

(MAKDIS)

01 Pendahuluan

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang

terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI),

Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada

semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan

yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia.

02 Latar Belakang

2.1 Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

2.2 Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).

2.3 Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS).

MAKDIS

MAKDIS - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah

yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah Bahagian Pelajaran

Agama, Tuan Haji Nik Mohyideen Musa.

Keahlian - Semua murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peruntukan - Menggunakan peruntukan yang disediakan Kewangan oleh Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

PEKDIS

PEKDIS - Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia diluluskan di peringkat pusat pada 13 September 2004 dengan nombor pendaftaran1764-04-5 no PPM WKL 000108/04 No PPP WKL 000024/04 dan pendaftaran cawangan pula pada 8/12/2004.

1

Page 2: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Keahlian - Semua guru Pendidikan Islam (Bahasa Arab dan j-QAF) Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada yang sedang bertugas ataupun yang telah bersara.

Sumber - Kutipan yuran ahli.

Kewangan - Aset-aset sendiri yang diuruskan oleh PEKDIS.

03 Objektif MAKDIS

3.1 Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.

3.2 Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.

3.3 Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dankepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

0 4 Struktur Organisasi

Ahli Jawatankuasa Pusat MAKDIS

Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengerusi : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan : Timbalan Pengarah, Pengerusi Operasi Dakwah

Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah, Pengerusi 1 Pengurusan Pendidikan Islam

Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah, Pengerusi II Pengurusan Institusi Pendidikan Agama

Bahagian Pendidikan Islam.

Setiausaha : Ketua Sektor Sektor Operasi Dakwah dan Kepimpinan.

Penolong : Penolong Pengarah Setiausaha Operasi Dakwah

Bahagian Pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa : Semua Penolong Pengarah, i) Operasi Dakwah

Bahagian Pendidikan Islam.

ii) Wakil-wakil di semua Bahagian Pendidikan Islam.

iii) Semua Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan PelajaranNegeri iaitu: a. Negeri Perlis. b. Negeri Kedah. c. Negeri Pulau Pinang.

2

Page 3: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

d. Negeri Perak. e. Negeri Selangor. f. Negeri Sembilan. g. Negeri Melaka. h. Negeri Kelantan. i. Negeri Terengganu. j. Negeri Pahang. k. Negeri Johor. l. Negeri Sabah. m.Negeri Sarawak. n. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. o. Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri Johor

Penasihat : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Pengerusi : Pengarah Pelajaran Johor

Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor . Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pelajaran Johor

Pen. Setiausaha : Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor

AJK : - Semua Ketua Sektor, JPN Johor. - Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor. - KPP BTPNJ - KPP dan Ketua-ketua Unit SPI, JPNJ

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

Penasihat : Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Timb. Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran

Setiausaha : Penolong PPD Pendidikan/Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah.

Pen. Setiausaha : Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah.

AJK : Pengetua yang dilantik (Ikut keperluan PPD)Guru Besar yang dilantik (Ikut keperluan PPD) Guru Pendidikan Islam yang dilantik (Ikut keperluan PPD)

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Sekolah

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah.

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar beragama Islam.

Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran (GPI 1).

3

Page 4: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko)

Setiausaha : Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Dakwah : Guru Pendidikan Islam (GPI). Penyelaras

Kewangan : Guru Pendidikan Islam (GPI)

AJK : Guru Pendidikan Islam. Guru-guru yang beragama Islam. (bilangan ajk seramai 10 orang)

*Bagi sekolah-sekolah di mana pihak pentadbirnya terdiri daripada mereka yang bukan

beragama Islam, jawatan Pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib

Pengerusi II hendaklah dipegang oleh mana-mana pentadbir yang paling kanan

(disesuaikan mengikut kekananan) di sekolah tersebut.

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri

1. Penasihat: a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:

a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.

b. Memantau aktiviti MAKDIS

c. Menerima waran peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam dan akaun amanah negeri. d. Mengagihkan peruntukan ke daerah. e. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS. f. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan MAKDIS kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

3. Setiausaha:

a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.

b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.

c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.

d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS

e. Menerima laporan dan dokumentasi setiap setiap program MAKDIS daripadadaerah. f. Mengumpul dan merumus laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawatankuasa kecil

a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

1. Penasihat: a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:

4

Page 5: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.

b. Memantau aktiviti MAKDIS

c. Memantau perjalanan kewangan MAKDIS.

d. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuaratMAKDIS.

e. Melantik AJK MAKDIS.

3. Setiausaha:

a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.

b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.

c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.

d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS

e. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.

f. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS

g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawtankuasa kecil a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKDIS PERINGKAT SEKOLAH

1. Penasihat: - Bertanggungjawab untuk member nasihat terhadap pengurusan MAKDIS.

2. Pengerusi:

- Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.

- Memantau aktiviti MAKDIS.

- Menerima dan melaksana perjalanan kewangan MAKDIS.

- Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.

- Melantik AJK MAKDIS.

3. Timbalan Pengerusi: - Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. - Membantu memantau aktiviti MAKDIS. - Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan Pengerusi.

4. Naib Pengerusi: - Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. - Membantu memantau aktiviti MAKDIS. - Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

5. Setiausaha:

- Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.

- Menyediakan segala agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.

- Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.

- Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.

- Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.- Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS. - Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

5

Page 6: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

6. Penyelaras Kewangan: - Mengurus dan merekod perbelanjaan yang diperuntukan oleh pihak kementerian. - Menyediakan laporan perbelanjaan.

7. Penyelaras Dakwah: - Menyusun Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) pelaksana mengikut kesesuaian aktiviti program. - Menyediakan jadual aktiviti program - Memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti berada dalam keadaan yang baik. - Menyelaras perjalanan aktiviti lancar.

8. Ahli Jawatankuasa Kecil - Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

0 5 Bidang Penyelarasan

Fungsi MAKDIS adalah untuk menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam dalam

bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Bidang

penyelarasan aktiviti ini adalah seperti berikut:

1. Sambutan Hari Kebesaran Islam. 2. Usrah atau majlis ilmu. 3. Majlis Tadarus al-quran/Ihtifal. 4. Festival Nasyid. 5. Kompang Selawat 6. Berzanji Marhaban 7. Kem Bestari Solat j-QAF 8. Kempen nilai-nilai murni. 9. Kem pengukuhan kerohanian. 10. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK). 11. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA). 12. Kegiatan kebajikan. 13. Pengurusan Solat Murid di sekolah 14. Lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah murid Islam.

5 .1 Senarai Contoh Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan.

1. Hari Kebesaran Islam: o Maal Hijrah. o Maulidur al-Rasul. o Israk Mikraj. o Ihya' Ramadhan. o Nuzul al-Quran. o Aidil Fitri. o Aidil Adha.

2. Majlis ilmu atau usrah: o Usrah murid. o Usrah pelajar.

3. Majlis Tadarus al-Quran/Ihtifal SMKA/KKQ:

Sekolah Menengah SMKA/KKQ: o Tilawah al-Quran. o Hafazan. o Syarahan.

6

Page 7: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

o Ikhtifal Bahasa Arab.

Sekolah Menengah: o Tilawah al-Quran. o Hafazan. o Syarahan.

Sekolah Rendah: o Tilawah al-Quran. o Hafazan. o Bercerita kisah al-Quran.

Sekolah Rendah (j-QAF): o Tilawah al-Quran. o Hafazan. o Bercerita kisah al-Quran. o Kem Bestari Solat. o Mahrajan Bahasa Arab. o Kelab seni khat tulisan jawi. o Iktifal Khatam al-Quran.

4. Festival Nasyid: o Peringkat sekolah. o Kursus penggunaan peralatan nasyid (gendrang). o Latihan nasyid/vocal.

5. Kempen nilai murni: o Kempen menutup aurat. o Kempen member salam. o Kempen berbudi bahasa. o Kempen tepati waktu.

6. Kem Pengukuhan kerohanian: o Kem pengukuhan akidah. o Kem pemantapan solat. o Kem kepimpinan Islam. o Kem pemantapan akhlak. o Kursus pengurusan jenazah. o Kem Bestari Solat.

7. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK): o Khat. o Menjawikan teks rumi. o Selawat kompang. o Hafazan doa harian. o Terjemahan surah. o Azan dan iqamah. o Khutbah.

8. Pengukuhan fardu ain (PAFA): o Kem PAFA. o Amali wudhuk. o Amali solat. o Aktiviti lain (rujuk buku panduan PAFA).

9. Kegiatan kebajikan: o Gotong royong. o Derma. o Ziarah.

7

Page 8: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

o Skim wakaf.

10. Kem Kepimpinan: o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah rendah. o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah menengah o Nadwah kepimpinan pelajar SMKA/SABK/SBP/SMT o Imam Pelapis SK/SM.

06 CONTOH PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI TAHUNAN MAKDIS SEKOLAH

RENDAH / MENENGAH

* Mengikut kesesuaian bulan dan sekolah berkenaan.

BULAN PERKARA AKTIVITI CATATAN

Januari

1. Hari Kebesaran Islam

2. Majlis Tadarus al-Quran

3. Kegiatan Kebajikan

4. Kem Pengukuhan

Kerohanian

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Melantik AJK, menyelaras

dan menyusun aktiviti.

- Melaksanakan aktiviti Majlis

Tadarus al-Quran, Tilawah

Al-Quran, Hafazan, Syarahan

dan bercerita kisah al-Quran.

- Gotong royong.

- Kem Bestari Solat

Februari

1. Hari Kebesaran Islam

2. Usrah / Majlis Ilmu

3. Kempen Kesedaran

4. Kegiatan Kebajikan

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Tema : Profesion sebagai

Ibadan.

- Kempen Salam.

- Program Wakaf Buku

Mac

1. Hari Kebesaran Islam

2. Pengukuhan Penilaian

Asas Fardhu Ain.

3. Festival Nasyid.

4. Kegiatan Kebajikan

5. Kem pengukuhan

Kerohanian

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Halaqah bacaan dalam

solat /

wirid

- Pertandingan nasyid antara

Kelas.

- Gotong royong

- Kem Bestari Solat

April

1. Kem Pengukuhan Solat

2. Majlis ilmu/usrah

3. Aktiviti Kokurikulum

Merentas kurikulum -

AKMK

- Program pemantapan Aqidah

- Tema : Budaya ilmu.

- Aktiviti menjawikan teks rumi

Mei 1. Hari Kebesaran Islam.

2. Kem Pengukuhan

Kerohanian

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

8

Page 9: Garis Panduan Pengurusan MAKDIS

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

- Kem Pemantapan Akhlak

Jun

1. Pengukuhan Penilaian

Asas Fardo Ain (PAFA)

2. Hari Kebesaran Islam.

3. Kegiatan Kebajikan

4. Kempen Kesedaran

5. Kem Pengukuhan

Kerohanian

- Amali wuduk

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Kutipan derma anak yatim.

- Kempen menutup aurat.

- Kem Bestari Solat

Julia

1. Kem Pengukuhan

Kerohanian.

2. Majlis ilmu / usrah

3. Pengukuhan Penilaian

Asas Fardu Ain (PAFA)

- Kursus Pengurusan Jenazah

- Tema : Mengurus Tekanan

- Amali Solat

Ogos

1. Aktiviti kokurikulum

merentas kokurikulum

(AKMK)

2. Kempen Kesedaran

3. Hari Kebesaran Islam

- Pertandingan Kompong

Selawat.

- Kempen menepati masa.

- Sambutan Hari Kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

September

1. Kem Pengukuhan

Kerohanian

2. Hari Kebesaran Islam.

3. Kempen Kesedaran

4. Aktiviti Kebajikan.

5. Kem Pengukuhan

Kerohanian.

- Majlis bacaan Surah Yassin

dan Solat Hajat

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Kutipan derma

- Kem Bestari Solat

Oktober

1. Hari Kebesaran Islam.

2. Kem Pengukuhan

Kerohanian.

3. Majlis ilmu/usrah

- Sambutan hari kebesaran

Islam mengikut kesesuaian

masa.

- Majlis bacaan Yassin dan

Solat hajat.

- Tema : Muhasabah

07 Penutup

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti

MAKDIS selaras dengan hasrat Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan

Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.

9