unit 1 - pengurusan dan keselamatan

Upload: atiq-mohd

Post on 06-Feb-2018

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    1/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I118

    UNIT PELAJARAN 8

    PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL DAN BENGKEL

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda dapat:

    1. Menerangkan maksud pengurusan dalam konteks pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

    2. Membincangkan peranan panitia Kemahiran Hidup mengurus makmal dan bengkel Kemahiran

    Hidup Bersepadu di sekolah.

    3. Menjelaskan tugas-tugas mengurus makmal dan bengkel

    4. Menghuraikan cara-cara penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan dan bahan di bengkel

    Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

    5. Menerangkan dokumen dan bahan cetak yang digunakan dalam pengurusan bengkel

    Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

    PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN BENGKEL

    ada peringkat ini, pastinya perkataan pengurusan tidak asing kepada anda. Ini adalah kerana

    topik pengurusan sentiasa dibincangkan suatu ketika dulu semasa anda mengikuti program-

    program atau kursus-kursus pengurusan.

    Apakah maksud p engurusan ?

    Sekiranya anda merujuk kepada wikipedia Bahasa Melayu, pengurusan adalah aktivitipengarahan

    dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan

    P

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edit&redlink=1
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    2/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I119

    menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat . Ia sering

    merangkumi penggunaan sumber -sumber manusia , kewangan , dan teknologi, serta juga sumber

    alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang

    menjalankan fungsi pengurusan.

    Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus makmal dan bengkel Kemahiran

    Hidup di sekolah anda?

    CARTA ORGANISASI SEKOLAH

    arta organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah

    ditakrifkan atau diertikan sebagai :-

    Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi

    seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa (authority) , tugas dantanggungjawabnya.

    Carta organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu

    ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah menggariskan dengan jelas

    bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan

    yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan

    menjejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

    Carta organisasi sekolah biasanya mempunyai jawatan-jawatan yang berikut mengikut fungsi-fungsi

    yang perlu dilaksanakan oleh individu atau kumpulan iaitu:

    i. Pengetua

    ii. Guru penolong kanan akademik

    iii. Guru penolong kanan hal ehwal pelajar

    iv. Guru penolong kanan ko-kurikulum

    C

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_manusiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edit&redlink=1
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    3/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I120

    Selain dari yang dinyatakan di atas, pihak sekolah boleh menambah jawatan-jawatan mengikut

    keperluan sekolah. Ini adalah contoh carta organisasi sekolah yang jelas.

    Bolehkah anda bina satu struktur carta organisasi sekolah anda? Di dalam carta tersebut di

    manakah anda sebagai seorang guru Kemahiran Hidup berpayung atau ditempatkan?

    Anda wajar mengetahui setiap peranan atau fungsi jawatan-jawatan di dalam carta organisasi sekolah

    anda. Ini adalah kerana ia atas kerana ia akan memudahkan anda sebagai seorang guru Kemahiran

    Hidup membuat persediaan dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran

    Hidup. Mari kita ambil panitia Kemahiran Hidup sebagai contoh kerana anda sudah tentu bernaung di

    bawah panitia ini. Anda perlu mengetahui peranan panitia atau ketua panitia kerana anda perlu

    menyokong dan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan panitia ini.

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    4/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I121

    Di antara tugas ketua panitia ialah:

    i. Mengagihkan tugas mengajar kepada guru-guru Kemahiran Hidup dan tanggungjawab

    mengurus, menyelenggara serta keselamatan bengkel yang diberikan

    ii. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester

    iii. Membantu menyediakan dan melengkapkan alat bantu mengajar yang sesuai dan terkini

    iv. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada guru penolong kanan

    v. Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan

    vi. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan untuk memperkasakan subjek Kemahiran Hidup

    Bersepadu

    Rentetan dari tugas ketua panitia Kemahiran Hidup, apakah pula peranan anda sebagai

    seorang guru Kemahiran Hidup yang bertanggungjawab menyokong objektif-objektif panitia itu?

    Nyatakan sekurang-kurangnya empat peranan anda di ruangan yang disediakan di bawah.

    i. ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ii. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

    iii. ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    iv. ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    Tahniah! Anda telah berjaya peranan anda dengan jelas sebagai guru Kemahiran Hidup.

    MAKMAL DAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    5/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I122

    ntuk meningkatkan dan memantapkan ilmu anda, marilah kita menamakan bengkel-bengkel

    dan makmal-makmal yang dipertanggungjawabkan kepada panitia Kemahiran Hidup.

    Makmal-makmal dan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dibina mengikut subjek-subjek yang

    ditawarkan sekolah. Kemahiran Hidup Bersepadu merangkumi empat pilihan iaitu:

    i. Kemahiran Manupulatif Tambahan

    ii. Ekonomi rumah tangga

    iii. Pertanian

    iv. Perdagangan dan Keusahawanan

    Pilihan yang berbagai memerlukan berbagai-bagai ruang fizikal yang berbeza untuk mencapai tujuan

    setiap pembelajaran. Maka terhasilnya makmal-makmal dan bengkel-bengkel untuk menyediakan

    ruang dan kemudahan murid memperolehi kemahiran bagi setiap pilihan dalam subjek Kemahiran

    Hidup.

    Jenis-Jenis Makmal dan Bengkel

    Bengkel-Bengkel dan makmal-makmal Kemahiran Hidup Berseadu dibina mengikut keperluan sekolah

    bersesuai dengan subjek yang ditawarkan kepada murid. Contoh keperluan bengkel-bengkel di

    sekolah teknik ekonomi rumah tangga (ERT) berbeza dengan bengkel-bengkel di sekolah menengah

    harian. Mari kita namakan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu yang biasa terdapat di

    sekolah-sekolah.

    Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)

    Contoh makmal atau bengkel di sekolah rendah:

    Bengkel kemahiran manipulatif

    Bilik jahitan

    Ruang pameran (mempamerkan hasil kerja murid)

    Stor (penyimpanan peralatan dan bahan)

    Kebun (kawasan tanaman)

    Bangsal pertanian

    U

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    6/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I123

    Bengkel Kemahiran Bersepadu Hidup Sekolah Menengah

    (Tingkatan 1, 2 dan 3)

    Contoh makmal atau bengkel di sekolah menengah:

    bengkel kerja kayu dan logam

    bengkel elektrik dan elektronik

    bengkel enjin

    bengkel paip

    bilik lukisan teknik

    bilik jahitan

    bilik masakan

    ruang pameran

    kawasan tanaman

    nurseri

    stor

    Bengkel Elektif Sains Pertanian (Tingkatan 4 dan 5)

    Contoh makmal atau bengkel di sekolah menengah:

    ruang atau bilik demonstrasi (tunjuk cara)

    rumah hijau

    nurseri

    kawasan tanaman

    stor (penyimpanan peralatan dan bahan)

    Setiap guru diagihkan sekurang-kurangnya satu makmal atau bengkel untuk anda mengurusnya.

    Mengurus makmal atau bengkel? Tahukah anda tugas-tugas mengurusnya?

    MENGURUS MAKMAL DAN BENGKEL

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    7/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I124

    ajuk ini akan membincangkan tiga aspek utama dalam pengurusan bengkel iaitu:

    i. Penggunaan; susun atur, perabut dan peralatan

    ii. Pembersihan; ruang dan peralatan

    iii. Penyelenggaraan; perabut, ruang dan peralatan

    PENGGUNAAN

    (Susun atur, perabut dan peralatan)

    Anda perlu mengambil perhatian tentang perkara-perkara yang melibatkan susun atur, perabot dan

    peralatan di bengkel-bengkel Kemahiran Hidup seperti yang berikut:

    Perabot harus dibekalkan dengan mencukupi untuk keperluan dan sesuai untuk kegunaan

    Jenis perabot yang berkualiti mengikuti spesifikasi yang ditentukan

    Perabot meliputi kerusi meja (guru dan murid), meja kerja, almari, panel dan rak peralatan,

    kabinet dokumen dan bahan, roller shutter, skrin overhead projector (OHP), papan tulis, papan

    notis, white board, meja lukisan, dan sebagainya.

    Pembekalannya, penggantian dan pelupusan perlu direkodkan dalam stok pejabat

    Susun atur

    i. Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat

    dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan

    kerosakkan harta benda

    ii. Susun atur bengkel yang baik seperti:-

    - Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan

    - Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik

    - Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini dan pelbagai

    - Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan

    iii. Jarak meja kerja 1.5m antara satu sama lain.

    iv. Ruang sesuai untuk kerja penyelenggaraan ( baiki alatan, mesin)

    Di bawah ini adalah contoh susun atur sebuah bengkel.

    T

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    8/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I125

    PEMBERSIHAN

    (Ruang dan peralatan)

    Makmal atau bengkel sentiasa dalam keaadan bersih dan kemas; perabut dan peralatan

    tersusun dengan baik

    Terhindar dari habuk yang boleh mendatangkan penyakit

    Membersihkan tempat kerja, menyapu lantai, membuang sampah selepas kelas amali

    Pastikan lantai bersih jika ada kesan minyak, perlu bersihkan

    Mengagihkan alatan kepada murid mengikut kumpulan kerja dan seterusnya memastikan

    murid tesebut menyimpan alatan di tempat yang sepatutnya dalam keadaan kemas

    Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.

    Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek kerana kebersihan mental adalah berfikir

    positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.

    Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:

    i. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)

    - Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering.- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.

    ii. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan

    udara tinggi

    PENYENGGARAAN MAKMAL DAN BENGKEL

    (Perabut, ruang dan peralatan)

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    9/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I126

    Setelah anda mengetahui jenis-jenis ruang fizikal bengkel yang boleh didapati di sekolah-

    sekolah, dapatkah anda menyenaraikan peralatan dan bahan yang biasa terdapat di bengkel-bengkel

    itu pula? Adakah jawapan anda sama dengan yang di bawah ini? Bagaimana pula dengan kaedah

    penggunaan, penyenggaraan bengkel, penyimpanan dan pembaikan peralatan dan bahan tersebut?

    Penyenggaraan

    Definisi penyenggaraan ialah melakukan aktiviti menjaga atau menservis perkakasan, alatan, mesin

    mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsidengan sempurna. Penyenggaraan yang sempurna dapat mengurangkan risiko kemalangan.

    Terdapat tiga jenis kerja penyenggaraan atau senggaraan yang biasa dilakukan iaitu:

    i. Senggaraan Kawalan

    Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum peralatan, mesin

    dan bangunan menjadi rosak Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah

    ditetapkan

    Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi

    untuk jangka panjang cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan

    Senggaraan kawalan mengandungi:

    - Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan

    - Pemeriksaan loji dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada berlaku- Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna

    - Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti

    mengecat peralatan dan bangunan

    ii. Senggaraan Ramalan

    Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    10/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I127

    Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok

    tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya

    kerosakan

    Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik

    seperti komputer kerana:

    - Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap

    hari

    - Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis dilakukan

    iii. Senggaraan Pembetulan

    Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak

    Kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku

    Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan

    terlalu kerap

    Setiap kerja senggaraan perlu direkod sebagai rujukan. Sistem rekod yang baik membolehkan kerja-

    kerja senggaraan yang lebih berkesan. Pastikan aktiviti-aktiviti sengaraan dilakukan secara berkala.

    PENGURUSAN DOKUMEN DAN BAHAN CETAK

    elain daripada ruang, susun atur, peralatan dan bahan di makmal dan di bengkel yang perlu

    diurus, dokumen-dokumen atau bahan-bahan cetak yang sering kali dijadikan rujukan atau

    digunakan dalam mengurus penggunaan bengkel untuk proses pengajaran dan pembelajaran

    subjek Kemahiran Hidup turut diberi perhatian.

    Berikut adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan dokumen dan bahan cetak yang perlu

    diurus:

    1. Merangkumi kontrak perjanjian, pekeliling, buku rekod mengajar, buku stok, buku penggunaan

    dan pinjaman, kad inventori, sukatan dan huraian sukatan pelajaran, buku teks, modul, buku

    panduan guru, manual pengguna mesin, SOA danbrief project , fail panitia, buku latihan dan

    S

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    11/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I128

    kerja murid, senarai dan spesifikasi peralatan, Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling

    dan surat edaran dan sebagainya.

    2. Dokumen dan bahan cetakan perlu ditempatkan di ruang khas di makmal atau bengkel dan

    dikunci jika perlu.

    3. Dokumen yang terhad dan sulit disimpan di tempat yang berkunci selalunya di bilik panitia.

    4. Disimpan secara tersusun mengikut kategori dokumen atau bahan cetakan.

    5. Memastikan dokumen dan bahan cetak mencukupi danup to date.

    6. Membuat rekod data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

    PENYELIAAN DAN PENYELARASAN

    engkel-Bengkel Kemahiran Hidup merupakan ruang yang agak rumit untuk diselia dan

    diselaraskan. Oleh itu anda perlu membuat perancangan supaya kerja-kerja penyeliaan dan

    penyelarasan dapat dilaksanakan dengan mudah dalam:

    1. Menyediakan senarai tugas dan waktu kerja staf serta memastikan ianya dipatuhi

    2. Menyelia dan memastikan segala bekalan elektrik, air, telefon, gas dalam keadaan baik dan

    selamat

    3. Memastikan amalan keselamatan dipatuhi dan alatan keselamatan berada dalam keadaan baik

    4. Memastikan kerja penyelenggaraan dibuat secara berkala

    5. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan pembaikan harta sekolah, kebersihan,

    keselamatan dan keceriaan

    PENGURUSAN KEWANGAN MAKMAL DAN BENGKEL

    ni adalah antara tugas-tugas anda dalam mengurus makmal dan bengkel:

    B

    I

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    12/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I129

    Menyediakan, membentang dan mengesahkan anggaran belanja mengurus tahunan

    panitia

    Menyediakan bantuan per kapita mata-mata pelajaran

    Menyediakan dan merekod prestasi perbelanjaan panitia secara berkala

    Menyemak, memeriksa, mengawasi dan mengawal perbelanjaan panitia

    Membuat belanjawan:

    i. Belanjawan dibuat setahun sekali

    ii. Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantung kepada

    kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun

    iii. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam

    jumlah peruntukan tahunan

    KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BENGKEL

    engapa peraturan-peratutan yang ditetapkan di makmal-makmal dan bengkel-bengkel

    perlu diikuti murid? Jawapannya sudah tentu untuk menjaminkeselamatan diri.

    M

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    13/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I130

    Logo di atas merupakan peringatan kepada yang berkenaan dan ia merupakan teras amalan bagi

    memastikan sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.

    Konsep Utama Keselamatan

    Apakah pengertian keselamatan? Keselamatan adalah satu yang terhasil daripada perubahan

    tingkahlaku manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan bahaya,

    dengan itu mengurangkan kemalangan (Aaron et.all, 1981). Definisi ini juga melibatkan dua konsep

    utama yang berkaitan dengan keselamatan iaitu:

    Keselamatan yang berkait dengan tingkah laku manusia:

    1. Keselamatan dimana berkait rapat dengan tingkah laku manusia.

    Setiap program, peralatan dan apa jua yang hendak dirancang perlu mengambil kira

    faktor tingkah laku manusia untuk mengelakan kemalangan

    2. Langkah-Langkah mencegah kemalangan

    Keselamatan perlu dikekalkan dengan mencegah kemalangan daripada berlaku. Pencegahan dijadikan

    matlamat utama dalam keselamatan. Kemalangan berlaku dengan sebab, walau bagaimanapun

    langkah-langkah mencegah kemalangan perlu diambil.

    Apakah aspek-aspek keselamatan yang dititikberatkan? Di antaranya ialah:

    Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan

    Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi

    Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan

    http://www.google.com.my/imgres?q=safety+first&hl=en&sa=X&tbo=d&rls=com.microsoft:en-US&biw=1280&bih=522&tbm=isch&tbnid=Kzv1yB7PRRSEKM:&imgrefurl=http://www.safetysign.com/Safety+Signs/Safety+First+Signs/D3939/1718.html&docid=LxR01eSz8C9OXM&imgurl=http://www.safetysign.com/images/catlog/product/large/D3939.png&w=373&h=269&ei=iNvGUPuKOYvorQe_rIHQAQ&zoom=1&iact=hc&vpx=100&vpy=213&dur=1965&hovh=191&hovw=264&tx=137&ty=143&sig=107215145775005043097&page=2&tbnh=149&tbnw=206&start=15&ndsp=24&ved=1t:429,r:32,s:0,i:250
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    14/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I131

    Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti bomba, ambulan, polis dan lain-lain

    Melabel UTAMAKAN KESELAMATAN atau SAFETY FIRST

    Sediakan langkah mengguna/ keselamatan semasa menggunakan mesin

    Memastikan kawasan kerja selamat

    Peringatan di bawah ini selalunya boleh didapati di bengkel-bengkel Kemahiran Hidup

    Di bawah ini pula adalah antara langkah-langkah keselamatan di bengkel kemahiran manipulatif:

    Langkah keselamatan untuk alatan tangan:

    Selalu menggunakan alatan tangan yang tajam

    Gunakan alatan tangan yag berkeadaan baik iaitu tidak rosak

    Pastikan pahat tepi serong dan kikir dipasang pemegang supaya dapat menggengam dengan

    kuat

    Bila memahat kayu, jauhkan badan supaya pahat tidak menuju ke badan

    Simpan alatan tangan dengan rapi selepas digunakan

    Langkah keselamatan di bengkel:

    Sentiasa memastikan bengkel dalam keadaan bersih

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    15/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I132

    Lantai terhindar dari tumpahan minyak atau gris

    Semua kekuda disusun dengan teratur

    Semua bahan reja dikutip dan di buang ke dalam tong sampah

    Langkah keselamatan di bengkel kerja paip:

    Paip besi bergalvani yang dipotong mesti dikikir untuk membuang gerigis

    Semua bahan paip disimpan di tempat yang ditentukan.

    Berhati-hati apabila menggunakan simen pelarut.

    Langkah keselamatan di bengkel elektrik dan elektronik:

    Jangan membebankan sesuatu mata kuasa. Apabila seorang murid terkena kejutan elektrik,

    matakan suis. Kalau tidak, gunakan sebatang kayu kering dan asingkan wayar hidup daripada

    mangsa itu.

    Apabila menjumpai wayar hidup tergantung di sling, minta pertolongan dengan serta merta.

    Selepas menggunakan mesin, pastikan suisnya telah dimatikan.

    Pakailah kasut yang bertapak getah apabila membaiki alat elektrik atau apabila bekerja di

    dalam bengkel elektronik atau elektrik.

    Persediaan diri sendiri sebagai langkah keselamatan:

    Pakai pakaian yang sesuai apabila bekerja dalam bengkel.

    Gulung lengan baju panjang sampai ke siku untuk mengelakkan gangguan semasa bekerja.

    Pastikan rambut pendek bagi murid lelaki dan murid perempuan yang panjang diikat.

    Pakai apron semasa bekerja supaya pakaian sekolah tidak kotor.

    Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi pelajar semasa menjalankan kerja amali di

    bengkel-bengkel Kemahiran Hidup:

    1) Memakai apron

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    16/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I133

    2) Menggunakan rambu-rambu keselamatan kerja sepertigoggle dan topi keselamatan

    3) Menyusun mesin dan peralatan dengan teratur untuk mengelakkan kecederaan

    http://malaysia.images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A0S0uD45vhhS_RUAMfPlPwx.;_ylu=X3oDMTFyODBwYnYwBHNlYwNzcgRzbGsDaW1nBG9pZANkZTg3NDk5NWQ3MDM4ZDQ2ZmYyZWIyMTUyMGQwNDg2YwRncG9zAzg2?back=http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images?p=peralatan+keselamatan+bengkel&sado=1&n=30&ei=utf-8&fr=fptb-cclean-s&fr2=sg-gac&tab=organic&ri=86&w=610&h=386&imgurl=4.bp.blogspot.com/-p8IvaBYaoFg/TiaORl_HScI/AAAAAAAAAGc/UOSqzHzUseI/s1600/NB.jpg&rurl=http://ikbnsiaktiviti5s.blogspot.com/2011/07/gotong-royong-hari-susun-seiton-15.html&size=95.2KB&name=Di+%3Cb%3Ebengkel+%3C/b%3Ejahitan,+semua+alat+jahitan+disusun+dengan+teratur+supaya+...&p=peralatan+keselamatan+bengkel&oid=de874995d7038d46ff2eb21520d0486c&fr2=sg-gac&fr=fptb-cclean-s&tt=Di+%3Cb%3Ebengkel+%3C/b%3Ejahitan,+semua+alat+jahitan+disusun+dengan+teratur+supaya+...&b=61&ni=48&no=86&ts=&tab=organic&sigr=12k388ll0&sigb=14oka2nff&sigi=12ff7pbk9&.crumb=L3ldrc9G5fd&fr=fptb-cclean-shttp://malaysia.images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A0S0uD4tvhhSn1kAMN_lPwx.;_ylu=X3oDMTFybmNoYWx1BHNlYwNzcgRzbGsDaW1nBG9pZAM5NWJlNDM3YmZmNjUwN2E5MmZlMWU4ZjBmMGQ3OWJiNARncG9zAzUx?back=http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images?p=peralatan+keselamatan+bengkel&sado=1&n=30&ei=utf-8&fr=fptb-cclean-s&fr2=sg-gac&tab=organic&ri=51&w=454&h=341&imgurl=www.anneahira.com/images/rambu-rambu-keselamatan-kerja.jpg&rurl=http://www.anneahira.com/rambu-rambu-keselamatan-kerja.htm&size=87.4KB&name=Belajar+Rambu-Rambu+%3Cb%3EKeselamatan+%3C/b%3EKerja+di+%3Cb%3EBengkel+%3C/b%3ESekolah+-+ANNEAHIRA.C&p=peralatan+keselamatan+bengkel&oid=95be437bff6507a92fe1e8f0f0d79bb4&fr2=sg-gac&fr=fptb-cclean-s&tt=Belajar+Rambu-Rambu+%3Cb%3EKeselamatan+%3C/b%3EKerja+di+%3Cb%3EBengkel+%3C/b%3ESekolah+-+ANNEAHIRA.C&b=31&ni=48&no=51&ts=&tab=organic&sigr=11qbkbj9h&sigb=14o4p83cu&sigi=11qdke0rb&.crumb=L3ldrc9G5fd&fr=fptb-cclean-s
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    17/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I134

    Mesin jahit disusun secara teratur di bilik jahitan

    4) Tidak bergurau atau bermain di dalam bengkel

    Cuba jawab soalan-soalan di bawah dengan memilih jawapan yang betul.

    1. Bekerja tanpa apron akan A mencederakan tangan anda

    B merosakkan baju anda

    C mengotorkan baju anda

    D mencederakan badan anda

    2. Di antara yang berikut, keadaan manakah selamat untuk bekerja di bengkel?

    A Sampah tidak disapu

    http://malaysia.images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A0S0uew8wBhSclAANCDlPwx.;_ylu=X3oDMTFzYTQyOGdjBHNlYwNzcgRzbGsDaW1nBG9pZAM2ZWJhNzM5MzE4ZDc0ODJmM2U1ZjNlZDBhMGExOTM1YgRncG9zAzE1OQ--?back=http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images?p=peralatan+keselamatan+bengkel&sado=1&n=30&ei=utf-8&fr=fptb-cclean-s&fr2=sg-gac&tab=organic&ri=159&w=335&h=400&imgurl=3.bp.blogspot.com/_ycpl3J3-Mzw/TPEmjWkaIGI/AAAAAAAAAJM/Hr85QgVB3OQ/s400/no-running.jpg&rurl=http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2010/11/simbol-simbol-keselamatan-di-makmal.html&size=20.9KB&name=...+TAHAP+2+DAN+3+SKM:+Simbol-Simbol+%3Cb%3EKeselamatan+%3C/b%3EDi+Makmal+Komputer&p=peralatan+keselamatan+bengkel&oid=6eba739318d7482f3e5f3ed0a0a1935b&fr2=sg-gac&fr=fptb-cclean-s&tt=...+TAHAP+2+DAN+3+SKM:+Simbol-Simbol+%3Cb%3EKeselamatan+%3C/b%3EDi+Makmal+Komputer&b=151&ni=48&no=159&ts=&tab=organic&sigr=12oosfb4c&sigb=14pif4hsk&sigi=12mrbuuvk&.crumb=L3ldrc9G5fd&fr=fptb-cclean-s
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    18/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I135

    B Alatan tangan tidak disimpan dengan rapi

    C Tiada tempat menyimpan peralatan yang sesuai atau selamat

    D Bengkel yang bersih dan teratur

    3. Di antara yang berikut, manakah boleh menyebabkan kemalangan dalam bengkel?

    A Menggunakan alatan tangan yang tumpul

    B menggunakan pemutar skru untuk membuka penutup tin cat

    C Menggunakan gergaji puting yang pemegangnya longgar

    D membuang reja kayu dalam tong sampah

    4. Pernyataan-pernyataan berikut adalah cara mengendalikan alat elektrik yang betulkecuali

    A Menutup suis lektrik selepas menggunakan mesin berkuasa elektrik

    B Menghidupkan suis alat elektrik dengan tangan yang kering

    C Menarik murid yang terkena kejutan elektrik wayar hidup dengan tangan anda

    D Meminta pertolongan dengan serta merta apabila menjumpai wayar hidup yang

    tergantung

    5. Murid yang hendak menggunakan sesuatu mesin mesti

    A mencuci mesin berkenaan terlebih dahulu

    B menggulung lengan baju jika memakai baju berlengan panjang

    C memakai apron semasa bekerja

    D menggunting rambut sekiranya rambut panjang

    RUMUSAN

    engurus bengkel bukanlah suatu tugasan yang mudah. Ia agak rumit kerana setiap guru

    yang berpayung di bawah panitia Kemahiran Hidup bukan sahaja mengajar tetapi perlu

    mengurus makmal atau bengkel yang dipertanggungjawabkan.

    Semua kerja-kerja mengurus seperti mengurus pelajar, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,

    merancang jadual senggaraan berkala dan membuat sendiri kerja senggaraan jika perlu. Guru juga

    M

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    19/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I136

    mestilah cekap merekod dan mendokumentasi sebarang aktiviti yang berkaitan. Contohnya ialah

    merekod penggunaan peralatan, merekod kemalangan, mencatat kerja-kerja senggaraan serta

    pembelian alatan atau bahan projek. Kesemua rekod dan dokumen dijaga dan disimpan dengan baik.

    Tugas mengurus semakin mencabar bila mana guru perlu berpengetahuan teknologi dan bahan-bahan

    serta peralatan dan mesin yang terkini dan sentiasa bertambah canggih. Semua dokumen atau bahan

    cetak perlu digunakan atau disimpan mengikut prosedur yang ditetapkan.

    Ketua Panitia dan guru Kemahiran Hidup Bersepadu bertanggungjawab untuk membuat belanjawan

    tahunan. Mereka perlu bijak mengurus kewangan kerana peralatan, bahan dan kerja-kerja senggaraan

    bengkel memerlukan sejumlah wang yang agak besar. Oleh itu perancangan kewangan perlu dibuat

    dengan berhati-hati.

    KATA KUNCI

    1. Pengurusan

    2. Carta organisasi

    3. Penyenggaraan

    4. Senggaraan kawalan

    5. Senggaraan ramalan6. Senggaraan pembetulan

    7. Keselamatan

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    20/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I137

    PETA MINDA

    Pengurusan danKeselamatanMakmal dan

    BengkelKemahiran

    Hidup

    PengurusanMaksudStruktur Organisasi

    Mengurus Makmal danBengkel Kemahiran Hidup:

    PenggunaanPembersihan ruang dan

    peralatanPenyenggaraanDokumen dan cetakPenyeliaan dan penyelarasanKewangan

    Keselamatan

  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    21/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I138

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Merujuk kepada penerangan jenis-jenis senggaraan, apakah perkara-perkara lain yang perludiberi perhatian dan diamalkan berkaitan dengan peralatan dan bahan yang biasa terdapat di

    bengkel-bengkel Kemahiran Hidup disekolah?

    2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk melaksanakan

    supaya pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup menjadi lebih efektif?

    RUJUKAN

    1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup

    Bersepadu Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kula Lumpur

    2. Hammening, D. (2003).Engineering Laboratory Management: Principles andProcesses. New

    York: Prentice Hall.

    3. Kementerian Kewangan Malaysia (1997).Buku Panduan Perolehan Kerajaan. Ampang Press

    Sdn. Bhd.

    4. http://.mardec.com.my

    5. http://adtec-online-resources.blogspot.com/

    JAWAPAN DAN MAKLUM BALAS

    Jawapan 1Merujuk kepada penerangan jenis-jenis senggaraan, apakah perkara-perkara lain yang perlu diberi

    perhatian dan diamalkan berkaitan dengan peralatan dan bahan yang biasa terdapat di bengkel-

    bengkel Kemahiran Hidup di sekolah:

    i. Merangkumi mesin (pelarik, pencanai, mengisar, gerudi), alatan tangan dan elektrik,

    bahan habis guna (kayu, paip, cat, baja) dan lain-lain

    ii. Menentukan pembekalan kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan

    iii. Menetapkan kualiti peralatan dan bahan mengikut spesifikasi semasa perolehan

    http://.mardec.com.my/http://.mardec.com.my/
  • 7/21/2019 Unit 1 - Pengurusan Dan Keselamatan

    22/22

    Pengurusan Dan Keselamatan Makmal dan BengkeI I139

    iv. Menguruskan perolehan peralatan mengikut tatacara perolehan dan prosedur

    kewangan yang betul

    v. Menggunakan peralatan dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti yang

    ditentukan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

    vi. Memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan baik, teratur dan selamat digunakan

    vii. Memastikan murid tahu menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

    viii. Memastikan penggunaan peralatan sentiasa diselia dan diawasi

    ix. Peralatan dan bahan sentiasa disimpan di tempat yang sesuai dan selamat

    x. Peralatan perlu diselenggarakan mengikut jadual

    xi. Peralatan perlu segera dibaiki/diganti jika rosak/kurang berfungsi

    xii. Bahan perlu segera diganti jika kehabisan

    xiii. Gunakan prosedur dan peraturan penyimpanan, pembaikan dan penyelenggaraan

    xiv. Mengesah penerimaan peralatan mengikut spesifikasi dan merekodkannya

    Jawapan 2

    Langkah-langkah melaksanakan subjek Kemahiran Hidup yang efektif di dalam makmal atau bengkel:

    i. Menyediakan dan menyusun jadual penggunaan bengkel

    ii. Memastikan penyediaan peralatan dan alat bantu mengajar sebelum kelas amali

    bengkel

    iii. Mengendalikan kelas amali murid dengan lancar dan teratur

    iv. Membimbing dan menyelia semasa kelas amali

    v. Mengawasi disiplin murid dan peraturan keselamatan semasa kelas amali

    vi. Mengemas dan membersih bengkel selepas setiap waktu amali

    vii. Menyemak dan memeriksa buku latihan murid

    viii. Menyedia dan menguruskan peperiksaan amali