garis panduan pengenaan caj bagi aktiviti pengujian...

13
1 GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR DI PUSAT- PUSAT KECEMERLANGAN UTHM SERTA PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR UTHM 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini adalah untuk rujukan semua staf mengenai pengenaan caj bagi aktiviti pengujian oleh pelajar di Pusat-Pusat Kecemerlangan UTHM serta cadangan penambahbaikan proses kerja aktiviti pengujian oleh pelajar UTHM. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) merupakan pusat yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaras segala bentuk aktiviti yang berkaitan penyelidikan, inovasi, pengkomersilan, perundingan dan pengujian di kalangan penyelidik dan juga pelajar universiti. 2.2 Dasar pengujian yang sedia ada hanya melibatkan pihak luar dan bayaran dikenakan bagi setiap projek pengujian yang dilakukan. 2.3 Penyediaan proses kerja aktiviti pengujian oleh pelajar perlu disediakan dalam pelaksanaan urusan yang berkaitan aktiviti-aktiviti pengujian yang dilakukan oleh pelajar universiti, mengambilkira keperluan dan situasi semasa.

Upload: others

Post on 15-Nov-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

1

GARIS PANDUAN

PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN

OLEH PELAJAR DI PUSAT- PUSAT KECEMERLANGAN UTHM

SERTA PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA

AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR UTHM

1.0 TUJUAN

Garis Panduan ini adalah untuk rujukan semua staf mengenai pengenaan caj bagi

aktiviti pengujian oleh pelajar di Pusat-Pusat Kecemerlangan UTHM serta

cadangan penambahbaikan proses kerja aktiviti pengujian oleh pelajar UTHM.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) merupakan pusat

yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaras segala bentuk

aktiviti yang berkaitan penyelidikan, inovasi, pengkomersilan, perundingan

dan pengujian di kalangan penyelidik dan juga pelajar universiti.

2.2 Dasar pengujian yang sedia ada hanya melibatkan pihak luar dan bayaran

dikenakan bagi setiap projek pengujian yang dilakukan.

2.3 Penyediaan proses kerja aktiviti pengujian oleh pelajar perlu disediakan

dalam pelaksanaan urusan yang berkaitan aktiviti-aktiviti pengujian yang

dilakukan oleh pelajar universiti, mengambilkira keperluan dan situasi

semasa.

Page 2: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

2

2.4 Mesyuarat Berkaitan Pelaksanaan Pengujian di Pusat Kecemerlangan

Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang bersidang pada 08

Ogos 2016 yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan

dan Inovasi) telah bersetuju membuat beberapa keputusan berikut:

i) Bagi pelajar atau pelajar yang mana penyelianya mempunyai geran

penyelidikan, maka caj pengujian yang dilaksanakan di Makmal Pusat

Kecemerlangan (CoE) perlu dibayar menggunakan peruntukan geran

penyelidikan berkenaan.

ii) Bagi pelajar peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Pasca Ijazah, caj

pengujian yang dilaksanakan di Makmal COE adalah dibenarkan

menggunakan peruntukan projek di bawah Fakulti masing-masing dan

peruntukan Pasca Ijazah di bawah Pusat Pengajian Siswazah, dengan

kelulusan Dekan Fakulti/Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) atau

Pegawai yang diberi kuasa oleh Dekan Fakulti/Ketua PTj.

iii) Pembayaran bagi perkara (ii) perlu dilaksanakan dengan kaedah di

mana Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan

Perundingan (ORICC) akan membuat tuntutan pembayaran kepada

fakulti/PTj. Seterusnya, fakulti/PTj membuat pindahan peruntukan

kepada Tabung CoE yang terlibat tanpa melalui UTHM Commercial

Sdn. Bhd. (UCSB).

iv) Pembayaran caj penggunaan peralatan dan pengujian di makmal oleh

pihak luar universiti masih perlu melalui UCSB sepertimana kaedah

pelaksanaan pada waktu ini.

v) Pihak fakulti/PTj boleh menggunapakai peraturan dalaman fakulti/PTj

yang bersesuaian bagi memastikan peruntukan Projek Diploma/ PSM/

Projek Sarjana/ Projek PhD per pelajar sebanyak RM300.00 boleh

digunapakai oleh pelajar lain sekiranya terdapat baki daripada

Page 3: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

3

peruntukan pelajar berkenaan, selagi mana ia tidak bercanggah

dengan peraturan kewangan atau pekeliling yang berkuatkuasa.

vi) Fakulti hendaklah menetapkan garis panduan had bilangan sampel

yang boleh dihantar oleh pelajar yang tidak mempunyai peruntukan

geran penyelidikan untuk tujuan pengujian ke Makmal CoE. Pelajar

perlu mendapatkan pengesahan daripada Penyelia dan Dekan

Fakulti/Ketua PTj atau Pegawai yang diberi kuasa sebelum

mengemukakan sampel ke Makmal CoE untuk pengujian.

vii) Fakulti hendaklah membuat semakan mengenai keperluan untuk

pelajar PSM melaksanakan pengujian di Makmal CoE setiap tahun.

Maklumat tersebut perlu dimajukan kepada CoE pada setiap awal

tahun bagi membolehkan CoE membuat perancangan dan

penjadualan yang sistematik.

viii) Kadar caj pengujian bagi pelajar PSM adalah sebanyak RM10.00 per

sampel (merujuk kos sebenar dan tidak melibatkan caj keuntungan

termasuk pembayaran kepada Pengujian, Tabung CoE dan

sebagainya), manakala caj pengujian bagi pelajar atau pelajar yang

mana penyelianya mempunyai geran penyelidikan adalah sebanyak

10% daripada kadar yang dikenakan oleh makmal kepada klien luar

universiti.

ix) Garis Panduan Kadar Agihan Pendapatan Hasil Perundingan,

Pengujian dan Pengkomersilan Serta Peranan dan Tanggungjawab

Pelaksana di UTHM hendaklah dimurnikan semula dengan

penambahan maklumat berkaitan kadar pengujian yang dilaksanakan

untuk pelajar dan staf universiti.

Page 4: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

4

x) Semua CoE perlu menyediakan maklumat kadar sewaan peralatan

pengujian dan bahan guna habis yang dikenakan ke atas pihak luar

universiti untuk pemurnian dalam Garis Panduan Kadar Agihan

Pendapatan Hasil Perundingan, Pengujian dan Pengkomersilan Serta

Peranan dan Tanggungjawab Pelaksana di UTHM.

xi) Mesyuarat bersetuju bahawa sebarang pindaan/kelulusan pada borang

perlu dilaksanakan secara dalaman di peringkat fakulti sahaja tanpa

sebarang pindaan pada borang tuntutan sedia ada di bawah Pejabat

Bendahari. Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/ Sarjana Muda/

Sarjana/ PHD Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(BEN/UPY/018.Pin.1) yang digunapakai adalah seperti di Lampiran 1.

xii) Mesyuarat dimaklumkan bahawa kaedah tuntutan bagi perolehan

peralatan PSM daripada pihak luar universiti (syarikat pembekal)

adalah dikekalkan sebagaimana kaedah pelaksanaan pada waktu ini.

3.0 PROSES KERJA AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR UTHM

3.1 Semua permohonan menjalankan aktitiviti pengujian oleh pelajar UTHM

hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Projek Pelajar

Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (BEN/UPY/018.Pin.1) yang disediakan oleh Pejabat Bendahari.

3.2 Pelaksanaan aktiviti pengujian dalaman ini melibatkan DUA (2) kaedah:

a) Menggunakan Peruntukan Geran Penyelia

b) Menggunakan Peruntukan Projek Pelajar (Tanpa Geran)

Page 5: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

5

3.2.1 Pelaksanaan Aktiviti Pengujian Oleh Pelajar Menggunakan Geran

Penyelia Bagi Projek Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor

Falsafah

3.2.1.1 Borang permohonan aktiviti pengujian yang lengkap

hendaklah disemak dan disahkan oleh Penyelia.

Permohonan yang lengkap kemudiannya dihantar ke Pusat

Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) untuk

semakan dan kelulusan.

3.2.1.2 Borang permohonan pengujian yang telah diluluskan oleh

ICC akan dikembalikan kepada pelajar untuk dihantar ke

Pusat Kecemerlangan (CoE) yang berkenaan bagi

membolehkan aktiviti pengujian dilaksanakan.

3.2.1.3 Setelah pengujian dilaksanakan di makmal, CoE akan

menyediakan Laporan Pengujian dan menyerahkan laporan

tersebut kepada pemohon.

3.2.1.4 Makmal CoE akan menghantar senarai permohonan,

laporan pengujian dan Borang Tuntutan Projek Pelajar

Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PHD UTHM

(BEN/UPY/018.Pin.1) ke ICC.

3.2.1.5 ICC akan menyediakan dan menghantar Ringkasan Senarai

Permohonan Pengujian dan dokumen sokongan ke

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC untuk

semakan dan pengesahan. Selepas disahkan, BPK akan

mengeluarkan surat arahan kepada Pejabat Bendahari

untuk menjurnalkan bayaran dari peruntukan geran ke

Tabung CoE.

Page 6: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

6

3.2.1.6 Caj pengujian yang dikenakan adalah sebanyak 10%

daripada kadar yang dikenakan oleh makmal kepada

klien luar Universiti.

3.2.1.7 Proses kerja aktiviti pengujian adalah seperti dalam Carta

Alir Pelaksanaan Aktiviti Pengujian Oleh Pelajar

Menggunakan Geran Penyelia di Pusat-Pusat

Kecemerlangan UTHM seperti di Lampiran 2.

3.2.2 Pelaksanaan Aktiviti Pengujian Oleh Pelajar Menggunakan

Peruntukan Projek Pelajar Bagi Projek Diploma/ Ijazah Sarjana

Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

3.2.2.1 Borang permohonan aktiviti pengujian yang lengkap

hendaklah disemak dan disahkan oleh Penyelia.

3.2.2.2 Bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda borang

permohonan melaksanakan pengujian hendaklah dihantar

ke Fakulti atau Pusat Pengajian Diploma (PPD), manakala

bagi pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah borang

permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Pengajian

Siswazah (PS) untuk semakan dan kelulusan.

3.2.2.3 Borang permohonan pengujian yang telah diluluskan oleh

Fakulti, PPD atau PS akan dikembalikan kepada pelajar

untuk dihantar ke Pusat Kecemerlangan (CoE) yang

berkenaan bagi membolehkan aktiviti pengujian

dilaksanakan.

3.2.2.4 Setelah pengujian dilaksanakan di makmal, CoE akan

menyediakan Laporan Pengujian dan menyerahkan laporan

tersebut kepada pemohon.

Page 7: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

7

3.2.2.5 Makmal Pusat Kecemerlangan (CoE) akan menghantar

senarai permohonan, laporan pengujian dan Borang

Tuntutan Projek Pelajar Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/

PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1) ke Pusat Inovasi,

Pengkomersilan dan Perundingan (ICC).

3.2.2.6 ICC akan menyediakan dan menghantar Ringkasan Senarai

Permohonan Pengujian dan dokumen sokongan ke

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC untuk

semakan dan pengesahan. Selepas disahkan, BPK akan

mengeluarkan surat arahan kepada Pejabat Bendahari

untuk menjurnalkan bayaran dari Fakulti/ PPD/ PS ke

Tabung CoE.

3.2.2.7 Caj pengujian yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00

bagi setiap sampel.

3.2.2.8 Proses kerja aktiviti pengujian adalah seperti dalam Carta

Alir Pelaksanaan Aktiviti Pengujian Oleh Pelajar

Menggunakan Peruntukan Projek Pelajar di Pusat-Pusat

Kecemerlangan UTHM seperti di Lampiran 3.

4.0 PENGENAAN CAJ

4.1 Berdasarkan kepada penambahbaikan proses kerja aktiviti pengujian

oleh pelajar seperti dinyatakan dalam perenggan 3.0 di atas, adalah

dipersetujui bahawa caj pengujian dikenakan kepada pelajar

sebanyak RM10.00 bagi setiap sampel.

Page 8: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

8

4.2 Caj yang dikenakan oleh pelajar boleh bersumberkan dengan;

4.2.1 Peruntukan mengurus universiti seperti mana dinyatakan

dalam Pekeliling Bendahari Bil. 3/2016 Garis Panduan dan

Kadar Pembiayaan Projek Pelajar Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) bertarikh 08 Mei 2016, seperti di

Jadual 1 berikut:

Jadual 1

Kadar Pembiayaan Projek Pelajar UTHM

4.2.2 Sekiranya peruntukan yang diagihkan kepada pelajar melalui

pembimbing projek pelajar telah habis digunakan, pelajar perlu

membayar caj pengujian sendiri.

BIL. KATEGORI PROJEK KADAR

PELAJAR (RM)

SUMBER

1. Projek Akhir Diploma (PDip)

≤ 100.00 Peruntukan Mengurus /

Tabung

2. Projek Sarjana Muda (PSM)

≤ 300.00 Peruntukan Mengurus /

Tabung

3.

Projek Sarjana

Kerja Kursus / MOD Campuran

Penyelidikan

≤ 500.00

≤ 750.00

Tabung dari yuran pelajar

4. Projek Doktor Falsafah ≤ 1000.00 Tabung dari yuran pelajar

Page 9: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

9

5.0 PENGURUSAN RISIKO

5.1 Menyediakan proses kerja aktiviti pengujian oleh pelajar yang selaras

dengan peraturan kewangan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

5.2 Melestarikan budaya pengujian yang efisien dan efektif untuk meningkatkan

aktiviti pengujian Universiti.

5.3 Menjadi dokumen rujukan dalam pengurusan dan pemantauan kepada

aktiviti pengujian yang dilakukan oleh pelajar di universiti.

Page 10: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

10

Page 11: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

11

Page 12: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

12

Lengkapkan Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1)

Aktiviti pengujian dilaksanakan

engujian dilaksanakan

Terima Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1) yang telah diluluskan

Pengesahan dan Kelulusan ICC

Hantar borang permohonan untuk pengesahan Penyelia

Mula

Semakan

Semakan

Sediakan Ringkasan Senarai Pemohon Pengujian dan dokumen sokongan dan majukan ke BPK, ORICC

Hantar senarai permohonan & Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1 ke ICC

(Rujuk Nota 1)

Sediakan Laporan Pengujian dan serahkan kepada pemohon

Keluarkan surat arahan ke Pejabat Bendahari untuk menjurnalkan bayaran dari Vot Geran ke Tabung CoE

CARTA ALIR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR MENGGUNAKAN GERAN PENYELIA

DI PUSAT-PUSAT KECEMERLANGAN UTHM

Tamat

Pemohon

Pemohon

ICC

Pusat Kecemerlangan

Pusat Kecemerlangan

Semakan

Tidak Disahkan

Tidak Lulus

Tidak Disahkan

Nota 1

Borang asal diserahkan kepada ICC

Salinan borang diserahkan kepada pemohon

TINDAKAN

Penyelia

Pusat Kecemerlangan

Pusat Kecemerlangan

BPK, ORICC

BPK ORICC

ICC

LAMPIRAN 2

Disahkan

Disahkan

Lulus

Page 13: GARIS PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI AKTIVITI PENGUJIAN …rmc.uthm.edu.my/images/Documents/Guideline/2017/Garis_Panduan_Caj... · Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 2/2016 yang

13

Lengkapkan Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1)

Aktiviti pengujian dilaksanakan

Terima Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1)

yang telah diluluskan

Hantar borang untuk pengesahan Penyelia

Mula

Semakan

Semakan

Sediakan Ringkasan Senarai Pemohon Pengujian dan dokumen sokongan dan majukan ke BPK, ORICC

Hantar senarai pemohonan & Borang Tuntutan Projek Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PHD UTHM (BEN/UPY/018.Pin.1) ke ICC (Rujuk Nota 1)

Sediakan Laporan Pengujian kepada pemohon

Keluarkan surat arahan ke Pejabat Bendahari untuk menjurnalkan bayaran dari Fakulti / PPD / PS ke Tabung CoE

CARTA ALIR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGUJIAN OLEH PELAJAR MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PROJEK PELAJAR

DI PUSAT-PUSAT KECEMERLANGAN UTHM

Tamat

Permohonan pelajar Diploma /Sarjana Muda dihantar ke Fakulti / Pusat Pengajian Diploma untuk kelulusan

Permohonan pelajar Sarjana / Doktor Falsafah dihantar ke Pusat Pengajian Siswazah (PS) untuk kelulusan

Semakan

Penyelia

Fakulti / PPD / Pusat Pengajian Siswazah

Nota 1

Borang asal diserahkan kepada PS/FAKULTI/PPD

Salinan borang diserah kepada ICC

Tidak Disahkan

Tidak Lulus

Tidak Disahkan

Pusat Kecemerlangan

ICC

BPK ORICC

TINDAKAN

Pemohon

Pusat Kecemerlangan

Pusat Kecemerlangan

Pusat Kecemerlangan

BPK

LAMPIRAN 3

Disahkan

Disahkan

Lulus