garis panduan pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 2011
TRANSCRIPT
Muka surat 1 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
KANDUNGAN
Muka Surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Tujuan 3
3.0 Takrif 3
4.0 Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4
4.1 Kelayakan pendaftaran 4
4.2 Dokumen permohonan 4
4.3 Permohonan pendaftaran 5
4.4 Perakuan pendaftaran 6
4.5 Tempoh pendaftaran 6
4.6 Pembatalan pendaftaran 6
4.7 Pembaharuan pendaftaran 7
Borang A – Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8
Borang B – Pemeriksaan perubatan 9
Muka surat 2 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
1.0 PENGENALAN
Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian
Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC],
kontraktor utama hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan tapak bina
separuh masa yang menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima belas jam
seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan
tatakerja yang selamat amnya di tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan
tapak bina adalah -
a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak
bina;
b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;
c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta
dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan
d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan
dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.
Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia
keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan
tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai
kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang-
kurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Muka surat 3 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak
bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan
bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya
menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat
pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan
oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi
yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.
2.0 TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan
syarat pendaftaran dengan JKKP sebagai penyelia keselamatan tapak bina.
3.0 TAKRIF
Penyelia keselamatan tapak bina
Penyelia keselamatan tapak bina adalah penyelia keselamatan tapak bina yang
berdaftar dengan JKKP.
Pusat pengajar
Syarikat atau organisasi yang mengendalikan kursus kompetensi untuk penyelia
keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP.
Tapak bina
Tapak bina adalah kendalian bangunan dan/atau kerja-kerja binaan kejuruteraan.
Muka surat 4 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
4.0 PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
4.1 Kelayakan pendaftaran
Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina
hendaklah -
a) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam
bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah
menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang
berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan
tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh
JKKP; atau
b) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun
pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah
menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang
berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan
tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh
JKKP;
c) warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh
tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan
telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan
oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;atau
d) warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh
Jabatan.
Muka surat 5 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
4.2 Dokumen permohonan
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -
a) borang pendaftaran yang lengkap (Borang A);
b) salinan sijil hadir kursus penyelia keselamatan tapak bina daripada pusat
pengajar yang berdaftar dengan JKKP;
c) salinan sijil lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina daripada
NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;
d) salinan diploma beserta transkrip;
e) dua keping gambar terkini berwarna berukuran passport;
f) salinan kad pengenalan;
g) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan(Borang B); dan
h) surat pengesahan pengalaman kerja dan senarai tugas sebagai penyelia
tapak bina atau formen tapak bina daripada majikan.
Nota: Surat pengesahan jawatan daripada semua majikan sama ada bekas
majikan atau majikan sekarang juga perlu disertakan sebagai bukti
pengalaman tersebut. Salinan sijil berkaitan hendaklah disahkan oleh
pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, atau kemukakan
sijil asal beserta dengan salinan kepada JKKP untuk pengesahan.
Muka surat 6 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
4.3 Permohonan pendaftaran
Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina diproses oleh JKKP Negeri. Setiap
permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah JKKP Negeri.
4.4 Perakuan pendaftaran
Perakuan pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina akan dikeluarkan
oleh Pengarah JKKP Negeri kepada setiap pemohon yang telah memenuhi syarat-
syarat yang telah ditetapkan.
4.5 Tempoh pendaftaran
Pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina adalah sah bagi tempoh
selama tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih
dahulu di bawah perkara 4.6.
4.6 Pembatalan pendaftaran
Ketua Pengarah JKKP dan Pengarah JKKP Negeri boleh menggantung atau
membatalkan pendaftaran seseorang penyelia keselamatan tapak bina jika dia
mendapati bahawa penyelia keselamatan tapak bina itu -
a) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kilang dan
Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan
peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
Muka surat 7 / 11
NO. DOKUMEN :
JKKP DP 127/379/2/4-40
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN
PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011
PINDAAN :
b) telah dilantik oleh majikan sebagai penyelia keselamatan tapak bina tetapi
didapati telah gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai
penyelia keselamatan tapak bina; atau
c) telah memperoleh pendaftaran melalui salah nyataan atau fraud.
4.7 Pembaharuan pendaftaran
Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada
JKKP Negeri sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat tempoh dengan
mengemukakan butiran seperti berikut -
a) perakuan pendaftaran;
b) bukti-bukti menjalankan tanggungjawab / kewajipan yang disahkan oleh
pihak majikan;
c) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan (Borang B); dan
d) surat pengesahan ”masih bekerja sebagai penyelia keselamatan tapak bina”
daripada pihak majikan terkini.
Muka surat 8 / 11
BORANG A
PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
1.0 BUTIR-BUTIR PERIBADI:
1.1 Nama (huruf besar):
……………………………………………………………….
1.2 Tarikh lahir: ……………………………..……...
1.3 Jantina: ……………………………………………………………….
1.4 Nombor kad pengenalan: …………………………….. (Sertakan salinan depan dan belakang)
1.5 Tempat lahir: ………………………………………………………………
1.6 Nama dan alamat majikan: .……………………………………..…………...……………………….…………………………….………………………………………………………………………………………..
1.7 Tel.No.(pejabat):………………………………..
1.8 Alamat rumah: ………………………………………………………………. .…………………………………….……………………………………..……………………………………………………
1.9 Tel. No. (rumah/): ……………………………… Tel. No. Bimbit: ………………………………… E-mail :…………………………………………..
2.0 PENDIDIKAN:
2.1 Nama Sekolah / kolej / Universiti: ………………………………...…………………………………………...……………………………………………..
Tahun: ………………hingga…………………………………hingga…………………
Tahap kelayakan: ……………………………………. ……………………………………. …………………………………….
2.2 Pengalaman bekerja sebagai site foreman atau penyelia tapak bina:
Pengalaman kerja :
……………………………………...……………………………………...……
Tempoh Khidmat Dari: Hingga: ………………………………….….……………………………………....……
Nama dan alamat majikan: ………………..…………………. ……………………………………
3.0
KURSUS DAN KELAYAKAN
4.0
………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… PENGAKUAN
Saya dengan ini mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar sepanjang pengetahuan saya. Tandatangan : ………………………………… Tandatangan :……………………………….. (Majikan terkini) Nama pemohon :…………………………………. Nama wakil :……………………………….. majikan No. K.P :………………………………..
Gambar
Muka surat 9 / 11
BORANG B
PEMERIKSAAN PERUBATAN (UNTUK DIPENUH OLEH PENGAMAL PERUBATAN)
BAHAGIAN I
No. Pendaftaran pemohonan di klinik: ................................................... Tarikh pendaftaran: …………………………
Keadaan Umum: ....................................................................................
Berat: ... ....................................................... ... kg. Ketinggian: …………………… cm.
Pemeriksaan air kencing untuk albumin dan gula (Jika positif siasat selanjutnya).
Tekanan darah: Sistolik: .................................... Diastolik: ...........................................
Kajituan penglihatan mengikut Carta Snellen (dalam meter)
Tanpa kacamata min. 6/60 Kanan: .................... Kiri: ……………
Dengan kacamata min. 6/12 Kanan: .................... Kiri: ……………
*Untuk mereka yang memakai kacamata perlu dinyatakan pada lesen.
JAWAPAN
Sila tandakan X dalam ruang yang bersesuaian ‘Ya’ dan ‘Tidak’ Bil Perihal Ya Tidak Catatan
1 Ada kecacatan dalam penglihatan warna (carta istihara)
2 Ada kecacatan dalam penglihatan lapangan ( eld vision)
3 Ada bukti kecacatan sistem sarat
4 Ada bukti-bukti penyakit psikiatrik (psvcniatric)
5 Adakah pemohon menunjukkan tanda-tanda peminum arak danpenyalahgunaandadah
6 Ada ketidaksempurnaan dari/atau kecacatan fizikal
7 Ada bukti kelainan sistem kardiovaskular
8 Adakah pemohon mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
9 Adakah pemohon mengidap penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan sempurna
10 Ada kecacatan pendengaran
11 Ada bukti kelainan sistem respiration
12 Siasatan lanjut yang dijalankan dan keputusannya:
a: ………………………………………….
b: ………………………………………….
c: ………………………………………….
13 Pandangan-pandangan lain oleh pengamal perubatan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Catatan : Kelewatan boleh berlaku kerana diperlukan siasatan lanjut.
Muka surat 10 / 11
BAHAGIAN II Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang sesuai ‘Ya” atau ‘Tidak’. Jika ‘Ya’ jelasan dalam ruangan catatan. Adakah anda mempunyai sejarah atau sedang mengalami penyakit berikut: Bil Perihal Ya Tidak Catatan
1 Masalah
- Katarak
- Pandangan ‘monocular’
- Lain-lain yang menyebabkan halangan pandangan
2 Tidak dapat mengenalpasti warna-warna asas (primer)
[merah, hijau, kuning (amber)]
3 Sukar melihat dalam gelap
4 Apa-apa jenis sawan atau kekejangan
5 Kecederaan berat di kepala
6 Serangan pening atau pening
7 Sakit kepala yang berat atau ‘migrane’
8 Pembedahan otak yang ‘major’
9 ‘Stroke’ (dengan kecacatan ‘residual’)
10 Kencing manis dalam rawatan insulin
11 Penyakit mental
12 Penyalahgunaan arak dalam masa 5 tahun yang lalu
13 Penyalahgunaan dadah dalam masa 5 tahun yang lalu
14 Kecacatan tulang belakang
15 Ketidaksempurnaan atau kecacatan anggota
- Pergerakan sendi yang terhad
- Kecacatan anggota yang berat
- ‘amputation’ yang berat
16 Penyakit jantung, tekanan darah tinggi
17 Sesak nafas/muntah darah/batuk kronik
18 Pekak
- Pekak tuli
19 Penyakit buah pinggang yang kronik
20 Apa-apa rawatan yang berulang
21 Apa-apa penyakit atau kesedaran yang tidak dinyatakan di atas
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah dengan teliti mengambilkira kenyataan yang dibuat di atas dan saya
percaya ianya lengkap dan tepat. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya tidak menyembunyikan apa-apa
maklumat atau membuat apa-apa kenyataan palsu. Saya memberi izin kepada pengamal perubatan yang memeriksa
untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengamal perubatan yang memeriksa saya dan JKKP, dalam hal-hal yang
boleh memberikan kesan ke atas kesesuaian untuk memandu kren dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
permohonan saya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina.
Tandatangan pemohon: …………………………………………………………………………
Tarikh diperiksa:………………………………
Nama (dalam huruf besar): …………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan:…………………………
Disaksikan oleh (Dr):……………………………………………………………………………
Tempat diperiksa:…………………………….
Cop nama dan jawatan:……………………………………………………………………….. Tarikh:………………….Masa :……………….
* Keadaan berikut adalah diambilkira sebagai sepenuhnya tidak layak sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina
Muka surat 11 / 11
BAHAGIAN 3
KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
Saya sahkan bahawa saya pada hari ini telah memeriksa pemohon ……………………………………no. kad pengenalan………………………………….. . Jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah benar setakat yang saya ketahui dan percaya. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan perubatan, saya dapati pemohon dari segi fizikal dan mental.
LAYAK / TIDAK LAYAK Tandatangan pengamal perubatan: …………………………………………………………
Nama dan kelayakan pengamal perubatan: ……………………………………………… Pendaftaran MMC :………………………
Alamat: …………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
No. Pendaftaran klinik :…………………
Tarikh:……………………………………… Bayaran yang dikenakan: RM……………...
No. resit :…………………………………
UNTUK KEGUNAAN JKKP