garis panduan pelaksanaan pendispensan …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] garis...

9
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - Garis panduan ini disediakan untuk tujuan rujukan kepada Pegawai Farmasi (PF) dan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dalam mempraktikkan amalan pendispensan Methadone oleh PPF. - Selain daripada itu, program ini membolehkan perluasan dan penambahan pusat pendosan Methadone di mana lebih ramai pesakit akan lebih mudah untuk meneruskan program MMT dan seterusnya boleh meningkatkan kadar pengekalan pesakit dalam program Rawatan Terapi Gantian Methadone, KKM. - Program ini juga secara tidak langsung akan dapat meluaskan dan mengembangkan skop tugas PPF, KKM. - Penggunaan terma pendispensan Methadone dan administrasi methadone perlulah difahami dengan sebaiknya untuk memudahkan program ini dilaksanakan. 1. SKOP 1.1 Garis panduan ini diguna pakai oleh semua fasiliti Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah diluluskan oleh BPF, KKM sahaja. 1.2 Hanya melibatkan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang telah diiktiraf oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), KKM. 1.3 Pendispensan oleh PPF adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952, Peraturan 32, Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. 1.4 PPF hanya boleh mendispen di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan pada Sijil Pengiktirafan PPF yang dikeluarkan oleh BPF, KKM. 1.5 PPF diiktiraf di Fasiliti yang tidak mempunyai PF hanya dibenarkan melakukan pendosan bagi pesakit stabil yang sahaja. 1.6 PPF diiktiraf di Fasiliti yang mempunyai PF dibenarkan melakukan pendosan bagi pesakit stabil dan juga pesakit yang tidak stabil. 2. TERMINOLOGI 2.1 Pendispensan Methadone proses penyediaan, pembungkusan, pelabelan, perekodan dan administrasi methadone kepada pesakit. 2.2 Administrasi Methadone Pembekalan methadone kepada pesakit oleh PPF dalam bentuk pre-prepared unit dos yang telah disediakan oleh Pegawai Farmasi. 2.3 Dos Methadone Pre-prepared sediaan methadone dalam bentuk unit dos (sama ada dalam kepekatan asal atau dicairkan) dan disediakan mengikut dos pesakit dan lengkap berlabel. 2.4 Unit dos kaedah penyediaan ubat di mana dos individu ubat pesakit yang disediakan oleh farmasi dan dibungkus secara individu dengan label yang lengkap bagi tujuan administrasi. 2.5 PF - Pegawai Farmasi

Upload: hadang

Post on 07-Feb-2018

487 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI

DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

- Garis panduan ini disediakan untuk tujuan rujukan kepada Pegawai Farmasi (PF) dan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dalam mempraktikkan amalan pendispensan Methadone oleh PPF.

- Selain daripada itu, program ini membolehkan perluasan dan penambahan pusat pendosan Methadone di mana lebih ramai pesakit akan lebih mudah untuk meneruskan program MMT dan seterusnya boleh meningkatkan kadar pengekalan pesakit dalam program Rawatan Terapi Gantian Methadone, KKM.

- Program ini juga secara tidak langsung akan dapat meluaskan dan mengembangkan skop tugas PPF, KKM.

- Penggunaan terma pendispensan Methadone dan administrasi methadone perlulah difahami dengan sebaiknya untuk memudahkan program ini dilaksanakan.

1. SKOP

1.1 Garis panduan ini diguna pakai oleh semua fasiliti Methadone Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) yang telah diluluskan oleh BPF, KKM sahaja.

1.2 Hanya melibatkan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang telah diiktiraf oleh Bahagian

Perkhidmatan Farmasi (BPF), KKM.

1.3 Pendispensan oleh PPF adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952, Peraturan 32,

Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.

1.4 PPF hanya boleh mendispen di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan pada Sijil Pengiktirafan PPF

yang dikeluarkan oleh BPF, KKM.

1.5 PPF diiktiraf di Fasiliti yang tidak mempunyai PF hanya dibenarkan melakukan pendosan

bagi pesakit stabil yang sahaja.

1.6 PPF diiktiraf di Fasiliti yang mempunyai PF dibenarkan melakukan pendosan bagi pesakit

stabil dan juga pesakit yang tidak stabil.

2. TERMINOLOGI

2.1 Pendispensan Methadone – proses penyediaan, pembungkusan, pelabelan, perekodan

dan administrasi methadone kepada pesakit.

2.2 Administrasi Methadone – Pembekalan methadone kepada pesakit oleh PPF dalam

bentuk pre-prepared unit dos yang telah disediakan oleh Pegawai Farmasi.

2.3 Dos Methadone Pre-prepared – sediaan methadone dalam bentuk unit dos (sama ada

dalam kepekatan asal atau dicairkan) dan disediakan mengikut dos pesakit dan lengkap

berlabel.

2.4 Unit dos – kaedah penyediaan ubat di mana dos individu ubat pesakit yang disediakan

oleh farmasi dan dibungkus secara individu dengan label yang lengkap bagi tujuan

administrasi.

2.5 PF - Pegawai Farmasi

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

2.6 Pegawai Farmasi Tetap – Pegawai Farmasi yang bertugas sepenuh masa di fasiliti

Methadone berkenaan.

2.7 Pegawai Farmasi Y/M - Pegawai Farmasi yang menjaga klinik walaupun tidak sepenuh

masa di klinik tersebut.

2.8 PPF - Penolong Pegawai Farmasi

2.9 PPF diiktiraf - PPF yang telah diiktiraf untuk melakukan aktiviti

pendispensan/administrasi methadone selaras dengan akta dan sijil pengiktirafan

dikeluarkan oleh BPF.

2.10 Fasiliti MMT – Fasiliti MMT sedia ada yang menawarkan perkhidmatan rawatan terapi

gantian methadone.

2.11 Fasiliti Bukan MMT / Pusat Pendosan - Fasiliti yang tidak menjalankan program MMT

tetapi menerima rujukan SPUB pesakit stabil daripada Pegawai Farmasi Fasiliti MMT

untuk pendosan secara berterusan di fasiliti berkenaan. Walau bagaimanapun, pesakit

masih mengikuti temujanji rawatan dengan Pegawai Perubatan di Fasiliti MMT asal.

Fasiliti tersebut mesti mempunyai PF atau PPF yang diiktiraf.

2.12 Pegawai Farmasi Kesihatan – Pegawai Farmasi yang menjaga daerah

2.13 Akta Racun 1952, Peraturan 32, Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 -

Pengecualian pendispensan oleh Penolong Pegawai Farmasi dalam pendispensan bahan

psikotropik.

2.14 SPUB Methadone – Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu untuk rawatan Methadone

3. POLISI

3.1 PF masih lagi bertanggungjawab sepenuhnya dalam program pendispensan methadone

iaitu melakukan pendispensan dan kaunseling Methadone.

3.2 PPF yang diiktiraf perlu merujuk kepada PF yang menjaga sekiranya terdapat sebarang

masalah atau keraguan.

3.3 PPF yang diiktiraf dibenarkan mendispens dengan pengawasan terus peribadi (immediate

personal supervision) oleh PF. Contoh: ketika waktu puncak.

3.4 Semasa ketiadaan PF, PPF yang diiktiraf hanya dibenarkan melakukan administrasi

methadone yang telah disediakan dalam bentuk unit dos. Contoh:

3.4.1 PF menjalankan tugas rasmi di dalam atau luar pejabat

3.4.2 Tiada pengganti semasa ketiadaan PF

3.4.3 Kes di luar waktu pejabat

3.5 Semasa hari cuti umum / cuti hujung minggu, PF masih bertanggungjawab melakukan

pendispensan Methadone dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada PPF untuk

melakukan administrasi. Walaupun begitu penggiliran tugas oleh PPF boleh dilakukan

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

tetapi hanya untuk administrasi Methadone yang telah disediakan dalam bentuk unit dos

pada hari cuti umum / hujung minggu

3.6 Pendispensan methadone oleh PPF dibawah pengawasan PF (immediate personal

supervision) adalah dibenarkan tanpa had

3.7 Sesebuah Fasiliti Methadone KKM hanya boleh membenarkan PPF melakukan

administrasi methadone maksimum 10 hari sahaja dalam sebulan tanpa mengira

bilangan PPF yang telah diiktiraf. Walau bagaimanapun pengecualian dibenarkan dalam

kes-kes berikut:

3.7.1 Fasiliti KKM berkenaan tidak mempunyai Pegawai Farmasi tetap dan tiada

penggantian PF dari hospital / klinik kesihatan lain.

3.7.2 Pegawai Farmasi Tetap bercuti panjang (cuti bersalin, cuti belajar, cuti tanpa gaji dll)

dan tiada penggantian PF dari hospital / klinik kesihatan lain.

4. TANGGUNGJAWAB PF Y/M

4.1 Menumpukan perhatian di dalam aktiviti klinikal berkaitan perkhidmatan Methadone

4.2 Bagi fasiliti MMT, pegawai farmasi perlu memastikan semua pendispensan Methadone

kepada pesakit tidak stabil dilakukan oleh Pegawai Farmasi

4.3 Memastikan sentiasa boleh dihubungi oleh PPF sekiranya berlaku masalah.

4.4 Mengendalikan kes yang dirujuk oleh PPF dan membuat keputusan yang berkaitan.

4.5 Melakukan penyeliaan sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi pusat pendosan yang

tiada PF dan dikendalikan oleh PPF diiktiraf. Penyeliaan yang lebih kerap adalah

digalakkan. Semasa Lawatan penyeliaan dilakukan, PF bertanggungjawab menjalankan

perkara berikut:

4.3.1 mendispens methadone

4.3.2 menyedia dan membekalkan bekalan methadone (dalam bentuk dos

pre-prepared) kepada pusat pendosan

4.3.3 melakukan aktiviti klinikal berkaitan perkhidmatan Methadone

4.3.4 melakukan pemeriksaan stok methadone

4.3.5 melakukan penyeliaan aktiviti farmasi yang lain seperti kaunseling ubatan, MTAC,

HMR dan lain-lain

4.6 Memastikan keseluruhan program MMT berjalan lancar dan bertanggungjawab secara

terus kepada klinik yang merujuk seseorang pesakit

4.7 Mengendali perkhidmatan SPUB Methadone pesakit jika berkenaan.

4.8 Memastikan laporan-laporan berkaitan dihantar mengikut masa yang ditetapkan.

4.9 Memastikan stok methadone mencukupi dan disimpan dengan selamat

4.10 Memastikan semua rekod yang berkaitan mematuhi Akta Racun 1952, Peraturan 32,

Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989

4.11 Memastikan PPF di bawahnya sentiasa mendapat latihan serta maklumat

yang berterusan mengenai program MMT.

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

5. TANGGUNGJAWAB PPF

5.1 Membuat semakan stok dan memastikan stok Methadone disimpan dengan selamat

5.2 Memastikan rekod-rekod berkaitan diadakan, sentiasa dikemaskini dan mematuhi Akta

Racun 1952, Peraturan 32, Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989

5.3 Memastikan komunikasi berterusan dengan PF agar program MMT berjalan lancar dan

sentiasa merujuk kepada PF Y/M atau PF tetap bagi kes-kes bermasalah

5.4 Melakukan pendispensan dengan pengawasan terus peribadi oleh PF

5.5 Melakukan administrasi methadone mengikut garis panduan yang ditetapkan.

5.6 Memastikan hubungan baik dengan pesakit

5.7 Mengumpulkan data harian dan melaporkan kepada PF Contoh : PF 6.5, laporan bulanan

aktiviti methadone dan lain-lain.

5.8 Melaporkan insiden-insiden yang berlaku kepada PF (contoh : pesakit agresif, ugut,

ancam) dan didokumenkan dalam buku khas.

6. PROSES KERJA PENERIMAAN STOK METHADONE

1) Sila rujuk Garis Panduan Pendispensan Methadone bagi proses kerja penerimaan stok

Methadone di fasiliti MMT yang dikendalikan sepenuhnya oleh PF.

Bagi Fasiliti bukan MMT tetapi mempunyai PF, bekalan boleh diperolehi daripada fasiliti

terdekat dan jumlah simpanan stok maksimum adalah bagi penggunaan 1 bulan.

Bagi fasiliti bukan MMT yang hanya mempunyai PPF diiktiraf, bekalan methadone boleh

diperolehi daripada fasiliti terdekat dan PF Y/M perlu membekalkan kepada fasiliti terlibat

dalam bentuk pre-prepared unit dos berkepekatan asal. PEMBEKALAN STOK METHADONE

DALAM BENTUK ASAL (60ML/1L) ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. Bekalan maksimum

adalah bagi penggunaan 1 minggu.

2) Penyediaan pre-prepared unit dos methadone perlu dilakukan oleh PF untuk tujuan

administrasi methadone oleh PPF.

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

Jadual di bawah adalah ringkasan proses penerimaan stok methadone bagi fasiliti-fasiliti KKM yang

berikut:

BIL PROSES KERJA

FASILITI MEMPUNYAI

PEGAWAI FARMASI

FASILITI TIDAK MEMPUNYAI

PEGAWAI FARMASI

FASILITI MMT FASILITI

BUKAN MMT

ADA PPF

DIIKTIRAF

TIADA PPF

DIIKTIRAF

1. Terima kes rujukan pendosan

pesakit √ √ √

Pendispensan

dan

administrasi

methadone

adalah tidak

dibenarkan.

2. Maklumkan kepada Pegawai

Farmasi y/m √ √ √

3. Terima bekalan daripada fasiliti

terdekat

X

(guna stok

sedia ada)

(bekalan

dalam bentuk

stok asal,

maksimum 1

bulan)

(bekalan

dalam bentuk

kepekatan

asal- untuk

kegunaan PF,

pre-prepared

unit dos,

simpanan

maksimum 1

minggu)

4. Penyediaan pre-prepared unit

dos oleh Pegawai Farmasi

(sekiranya

administrasi

oleh PPF)

(sekiranya

administrasi

oleh PPF)

5. Pendispensan oleh Pegawai

Farmasi /administrasi

methadone kepada pesakit

√ √ √

Jadual 1 : Penerimaan stok methadone bagi fasiliti-fasiliti KKM

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

7. PROSES KERJA PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI

7.1 Pendispensan oleh Penolong Pegawai Farmasi mesti dilakukan dengan pengawasan terus

peribadi (immediate personal supervision) oleh Pegawai Farmasi.

7.2 Prosedur pendispensan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk

Garis panduan Pendispensan Methadone )

7.3 PPF perlu mendokumenkan semua aktiviti yang dijalankan setiap kali selesai

pendispensan / administrasi.

7.4 PPF bertanggungjawab mengemaskini carta pengubatan pesakit (preskripsi) dan Buku

Daftar Psikotropik serta menyemak stok fizikal setiap kali selesai urusan pendispensan /

administrasi.

8. PROSES KERJA PENYEDIAAN DOS METHADONE PRE-PREPARED

8.1 Pegawai Farmasi bertanggungjawab menyediakan dos Methadone pre-prepared bagi

tujuan administrasi methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi.

8.2 Proses penyediaan ini boleh dibantu oleh PPF dengan kehadiran PF.

8.3 Dos pre-prepared perlu mematuhi keperluan perlabelan yang ditetapkan.

9. PROSES KERJA ADMINISTRASI METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI

9.1 Penolong Pegawai Farmasi hanya boleh melakukan administrasi methadone dalam

bentuk unit dos pre-prepared semasa ketiadaan Pegawai Farmasi (sila rujuk para 3.4)

9.2 Unit dos methadone pre-prepared mestilah disediakan oleh PF terlebih dahulu.

9.3 PPF perlu mendokumenkan semua aktiviti yang dijalankan serta mengemaskini preskripsi

setiap kali selesai administrasi.

9.4 Sekiranya terdapat kes-kes kecemasan (contoh: walk in) PPF perlu memaklumkan kepada

PF Y/M terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran membekal.

9.5 SPUB methadone tidak dibenarkan dibuat kepada fasiliti bukan MMT yang tidak

mempunyai PF

9.6 Bagi kes-kes pesakit mempunyai Dos Bawa Balik (DBB), pusat pendosan perlu mengikut

arahan daripada fasiliti asal yang merujuk.

Sila rujuk Carta Alir Administrasi Methadone oleh PPF – rujuk kepada carta alir

10. LOKASI PENDISPENSAN/ADMINISTRASI

10.1 Aktiviti pendispensan perlu dilakukan di dalam bilik khas secara duduk (rujuk GP

Pendispensan Methadone KKM)

10.2 Walaubagaimanapun, bagi fasiliti bukan MMT, pendispensan boleh dilakukan dalam

bilik seperti bilik kaunseling atau bilik PF.

10.3 Sekiranya tiada kemudahan seperti para 10.2, fasiliti bukan MMT dibenarkan untuk

melakukan pendispensan melalui kaunter atau di lokasi lain yang bersesuaian.

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

11. REKOD

11.1 Fasiliti Methadone dikehendaki mewujudkan 2 Buku Daftar Psikotropik iaitu Buku Daftar

Preskripsi Psikotropik (unit rekod :mg atau ml) dan Buku Daftar Pembekalan Psikotropik

(unit rekod :botol).

11.2 Semua transaksi yang melibatkan pengendalian stok Methadone mesti direkodkan

dalam Buku Daftar Psikotropik mengikut keperluan undang-undang sedia ada.

11.3 Semua proses pembekalan Methadone kepada pesakit perlu menggunakan stok harian.

12. LAIN-LAIN

12.1 PPF bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengendalian stok dan pembekalan

Methadone serta tertakluk dengan undang-undang yang dikuatkuasakan.

13. AUDIT METHADONE

13.1 Semua fasiliti mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

13.2 Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM / JKN akan melakukan Audit Methadone pada bila-bila masa

yang difikirkan perlu untuk memastikan pematuhan kepada garis panduan ini.

13.3 Sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran garis panduan ini yang dikenalpasti boleh boleh

mengakibatkan fasiliti atau PPF berkenaan dibatalkan sijil pengiktirafan berkaitan.

14. PERLANJUTAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PENDISPENSAN OLEH PPF / FASILITI

Pembaharuan sijil pengiktirafan perlu melalui proses permohonan pengiktirafan yang terkandung di dalam Garis Panduan Pengiktirafan Pendispensan Methadone Oleh Penolong Pegawai Farmasi Di Klinik Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia 2010

15. PEMBATALAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PENDISPENSAN OLEH PPF / FASILITI

15.1 Pasukan audit bertanggungjawab dalam melaporkan semua hasil penemuan audit beserta

cadangan penambahbaikan / pembatalan kepada Jawatankuasa Pengiktirafan Pendispensan

Methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), KKM untuk

tindakan lanjut.

15.2 Semua pembatalan Sijil Pengiktirafan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengiktirafan

Pendispensan Methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi BPF KKM.

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

Tiada

Tidak

Ya

Ya

Semak dos pre-prepared

Pastikan pesakit

yang betul

Pastikan dos telah

disediakan

Administer methadone

kepada pesakit

Pengesahan

Pegawai

Farmasi

Terima preskripsi dan verifikasi

pesakit

Hubungi

Pegawai

Farmasi

Sediakan dos

yang

diarahkan

Rekod dan fail

Pastikan pesakit telan

methadone dengan

sempurna

CCAARRTTAA AALLIIRR AADDMMIINNIISSTTRRAASSII MMEETTHHAADDOONNEE OOLLEEHH PPEENNOOLLOONNGG PPEEGGAAWWAAII

FFAARRMMAASSII

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis Panduan... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI

JADUAL RINGKASAN TANGGUNGJAWAB PPF MENGIKUT FASILITI

BIL PROSES KERJA

FASILITI MEMPUNYAI

PEGAWAI FARMASI

FASILITI TIDAK MEMPUNYAI

PEGAWAI FARMASI

FASILITI MMT FASILITI

BUKAN MMT

ADA PPF

DIIKTIRAF

TIADA PPF

DIIKTIRAF

1. Memesan Sirap Methadone X

X

Pendispensan

dan

administrasi

methadone

adalah tidak

dibenarkan.

2. Penyediaan Dos Methadone

Pre-prepared √

(hanya

dengan

kehadiran PF)

(hanya

dengan

kehadiran PF)

X

3. Administrasi Methadone √ √ √

4. Membuat rujukan SPUB X X X

5. Boleh menerima kes SPUB √ √ √

6. Mengemaskini preskripsi

methadone √ √ √

7. Mengemaskini Buku Daftar

Preskripsi Psikotropik √ √ √

8. Mendokumen insiden √ √ √

9. Kuota pendispensan oleh PPF

dengan kehadiran PF Tiada had Tiada had

Tidak

dibenarkan

mendispens

10. Kuota administrasi oleh PPF

(tertakluk pada para 3.7) 10 hari /

sebulan

10 hari /

sebulan

Tiada had

(penyeliaan

oleh PF sekali

seminggu)