garis panduan pelaksanaan latihan industri...

Download GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/201210251144411.OPR.TNC(JINM).GP001_… · Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti

If you can't read please download the document

Upload: lecong

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 1 drp. 16

    OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR

    (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

    Kod Dokumen: OPR/TNC(JINM)/GP001

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

    1.0 TUJUAN

    Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti mengenai kaedah pelaksanaan latihan industri pelajar prasiswazah di Universiti Putra Malaysia.

    2.0 SKOP

    Garis panduan ini meliputi proses dan tindakan yang perlu dilakukan semasa Pra Latihan Industri, Pelaksanaan Latihan Industri dan Pasca Latihan Industri.

    3.0 PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

    3.1 PROSES PRA LATIHAN INDUSTRI

    3.1.1 PENUBUHAN UNIT LATIHAN INDUSTRI FAKULTI

    Fakulti yang terlibat dengan latihan industri perlu mewujudkan Unit Latihan Industri Fakulti.

    Unit Latihan Industri Fakulti diketuai oleh Ketua Unit Latihan Industri. Ketua Unit Latihan Industri Fakulti dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri

    Jabatan (jika perlu).

    Bilangan Penyelaras Latihan Industri Jabatan adalah bergantung kepada jumlah program pengajian yang ditawarkan di fakulti masing-masing.

    Unit Latihan Industri Fakulti perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang staf bukan akademik.

    Carta organisasi Unit Latihan Industri Fakulti adalah seperti di Lampiran 1.

    3.1.2 KELAYAKAN KETUA UNIT LATIHAN INDUSTRI FAKULTI

    Ketua Unit Latihan Industri Fakulti mestilah dilantik dari kalangan staf akademik di fakulti masing-masing.

    3.1.3 TEMPOH PELANTIKAN KETUA UNIT LATIHAN INDUSTRI FAKULTI

    Tempoh pelantikan Ketua Unit Latihan Industri Fakulti adalah selama 3 tahun dan boleh diperbaharui.

    Ketua Unit Latihan Industri Fakulti adalah dilantik oleh Dekan.

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 2 drp. 16

    3.1.4 TERMA RUJUKAN

    i) Ketua Unit Latihan Industri Fakulti Bertanggungjawab kepada Dekan Fakulti; Perlu menganggotai Ahli Pengurusan Fakulti; Bidang tugas: Memastikan pelaksanaan latihan industri yang dijalankan mematuhi

    Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Latihan Industri

    (UPM/OPR/TNC(JINM)/P001);

    Memastikan penggunaan Sistem Latihan Industri (eLITS) oleh pelajar, Penyelaras Latihan Industri dan Pensyarah Pemantau;

    Memantau pelaksanaan latihan industri berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan;

    Melaporkan perkembangan pelaksanaan latihan industri kepada Pihak Pengurusan Fakulti dan Pejabat Timbalan Naib Canselor

    (Jaringan Industri dan Masyarakat);

    Merancang penambahbaikan pelaksanaan latihan industri dari semasa ke semasa;

    Menyedia dan mengemukakan bajet tahunan latihan industri fakulti; Memastikan penempatan pelajar dengan kerjasama Pejabat

    Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat);

    Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum latihan industri dijalankan;

    Mengenal pasti pensyarah yang akan membuat pemantauan latihan industri;

    Memastikan penyediaan dokumen dan surat berkaitan latihan industri;

    Bertanggungjawab sepenuhnya kepada eLITS di peringkat Fakulti; Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor

    (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Dekan Fakulti dari semasa ke

    semasa.

    ii) Penyelaras Latihan Industri Jabatan Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Latihan Industri Fakulti; Bidang tugas: Menjadi pegawai perantara antara fakulti dan pelajar dengan

    industri atau agensi berkaitan dalam urusan latihan industri;

    Menyediakan jadual lawatan pensyarah pemantau; Memantau penyediaan jadual pembentangan laporan pelajar (jika

    berkenaan);

    Membekalkan buku panduan dan buku log kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri;

    Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh Ketua Unit Latihan Industri Fakulti dari semasa ke semasa.

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 3 drp. 16

    3.1.5 PENEMPATAN

    i) Kenal pasti Pelajar Yang Akan Menjalani Latihan Industri

    Kenal pasti pelajar yang wajib dan memenuhi syarat untuk menjalani latihan industri bagi memenuhi keperluan program pengajian.

    Sediakan analisa/pengunjuran pelajar yang perlu mengikuti latihan industri sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum mereka menjalani

    latihan. Maklumat awal diperlukan bagi membuat perancangan

    penempatan.

    ii) Kenal pasti Tempat Latihan Industri

    Unit Latihan Industri perlu menyediakan senarai tempat latihan yang bersesuaian dengan program pengajian sebagai rujukan pelajar.

    Maklumat tentang industri yang berminat untuk mengambil pelajar menjalani latihan industri boleh juga diperoleh dari Pangkalan Data Laman

    Web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

    iii) Polisi Penempatan Pelajar perlu memohon penempatan latihan industri melalui eLITS atau

    menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti (Lampiran 2).

    Setiap pelajar perlu menamakan sekurang-kurangnya tiga (3) pilihan tempat latihan bagi mengatasi ketiadaan tempat untuk menjalani latihan.

    Setiap permohonan penempatan melalui Unit Latihan Industri Fakulti perlu disertakan curriculum vitae.

    Pemilihan tempat mestilah merujuk kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan bagi memastikan tempat tersebut bersesuaian dengan

    bidang/skop pengajian pelajar.

    Garis panduan skop kerja perlu diberikan kepada pihak industri sebelum latihan dijalankan. Pihak industri perlu mematuhi garis panduan ini bagi

    memastikan latihan yang dijalani oleh pelajar menepati matlamat.

    Industri yang telah dipilih untuk penempatan perlu menetapkan penyelia bagi memantau aktiviti harian pelajar. Pihak fakulti perlu mengadakan

    perbincangan dengan penyelia industri bagi memastikan penilaian yang

    akan diberikan nanti memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan.

    Pelajar bertanggungjawab menyediakan kemudahan sara hidup, penginapan dan pengangkutan sepanjang latihan. Pelajar boleh memohon

    bantuan kewangan yang disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor

    (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 4 drp. 16

    3.1.6 PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TAWARAN PENEMPATAN

    i) Penerimaan atau Penolakan oleh Industri

    Penerimaan pelajar oleh industri mesti disahkan dengan surat penawaran atau penolakan dari pihak industri.

    Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh fakulti, Ketua Unit Latihan Industri Fakulti perlu membuat

    hubungan susulan dengan pihak industri.

    Keutamaan penempatan di industri perlu mengikut urutan pilihan yang dibuat oleh pelajar. Contoh:- Sekiranya ketiga-tiga industri yang dipilih

    bersetuju untuk mengambil pelajar, industri yang menjadi pilihan pertama

    pelajar perlu diberi keutamaan.

    ii) Penerimaan atau penolakan oleh Pelajar

    Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membuat penolakan penempatan selepas menerima surat tawaran penempatan latihan industri dari pihak

    industri tanpa kebenaran Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.

    Pertukaran dan penolakan tempat latihan industri adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh dua (2) minggu sebelum latihan

    industri bermula.

    iii) Penerimaan atau Penolakan oleh fakulti

    Sekiranya pelajar mendapat tawaran penempatan lebih dari satu (1) industri, keputusan penempatan dibuat atas budi bicara Ketua Unit

    Latihan Industri Fakulti

    Fakulti berhak menolak penempatan yang dibuat pilihan pelajar atas sebab yang munasabah seperti keselamatan, ketidaksesuaian tempat

    latihan, kesukaran untuk membuat pemantauan dan rekod lampau

    industri yang tidak memuaskan.

    Fakulti perlu membantu pelajar (dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) untuk mencari

    penempatan baharu sebelum tempoh latihan bermula bagi memastikan

    pelajar tersebut mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menjalani

    latihan.

    Ketua Unit Latihan Industri Fakulti bertanggungjawab memaklumkan kepada industri dan pelajar mengenai penerimaan atau penolakan

    penempatan.

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 5 drp. 16

    3.1.7 PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI DALAM SISTEM MAKLUMAT

    PELAJAR (SMP)

    i) Masa dan Tempoh Pendaftaran

    Pendaftaran dan pelaksanaan latihan industri adalah mengikut ketetapan fakulti masing-masing berdasarkan keperluan program.

    ii) Denda Jika Lewat atau Tidak Mendaftar

    Sekiranya pelajar lewat atau tidak mendaftar kursus latihan industri dalam Sistem Maklumat Pelajar mengikut masa dan tempoh yang telah

    ditetapkan oleh fakulti, mereka akan dikenakan denda mengikut

    peraturan Akademik.

    3.2 PROSES PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

    3.2.1 PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

    i) Melapor Diri Menjalani Latihan Industri

    Pelajar perlu melapor diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. Pelajar perlu membawa dokumen berikut semasa melapor diri:

    surat akuan perlindungan insurans (yang dikeluarkan oleh BHEP) surat menanggung rugi dan aku janji (letter of indemnity and

    undertaking) Lampiran 3 (jika perlu sahaja)

    borang perjanjian kerahsiaan (non-disclosure agreement) Lampiran 4

    borang maklumat peribadi pelajar borang pengesahan lapor diri salinan surat persetujuan penerimaan penempatan oleh industri

    Penyelia industri perlu memberi taklimat kepada pelajar mengenai skop kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar, peraturan dan prosedur industri,

    peraturan keselamatan dan lain-lain perkara yang berkaitan.

    Pelajar dengan bantuan penyelia industri perlu merancang aktiviti sepanjang latihan industri mengikut skop latihan.

    Pelajar perlu mematuhi perancangan aktiviti industri sepanjang tempoh latihan.

    ii) Pelaksanaan/Implementasi Aktiviti Semasa Latihan Industri

    Bebanan kerja yang ditanggung oleh pelajar perlu setimpal dengan keperluan dan masa latihan.

    Skop kerja yang diberikan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.

    Pelajar perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh industri.

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 6 drp. 16

    Pelajar perlu sentiasa menjaga nama baik Universiti dan mereka masih tertakluk kepada peraturan- peraturan Universiti di mana mereka boleh

    dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib jika melakukan kesalahan.

    Pihak fakulti perlu memastikan setiap pelajar yang menjalankan latihan industri perlu dilindungi insurans. Perolehan insurans boleh dilakukan

    melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelajar juga berhak untuk

    mendapatkan perlindungan insurans tambahan atas tanggungan sendiri.

    Sebarang permohonan cuti semasa latihan adalah bergantung kepada polisi industri dan perlu disahkan oleh penyelia industri.

    3.2.2 PENYEDIAAN LAPORAN HARIAN

    Pelajar perlu melengkapkan buku log mereka setiap hari. Buku log perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia industri bagi

    mengesahkan aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh pelajar.

    3.2.3 PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI

    i) Pemantauan Oleh Fakulti Pegawai/pensyarah pemantau perlu berkomunikasi awal dengan penyelia

    industri.

    Fakulti perlu menentukan kekerapan pemantauan/lawatan ke agensi sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh latihan. Jadual lawatan perlu

    dimaklumkan kepada pihak pengurusan industri, penyelia industri dan

    pelajar.

    Perancangan lawatan oleh pensyarah pemantau perlu ditetapkan oleh fakulti. (Contoh: kos, tempat, bilangan lawatan, tempoh dan perkara yang

    berkaitan )

    ii) Pemantauan Oleh Penyelia Industri Penyeliaan oleh industri perlu dilakukan oleh penyelia yang telah

    ditetapkan.

    Catatan penyeliaan boleh dilakukan pada buku log (rujuk Perkara 3.2.2).

    3.3 PROSES PASCA LATIHAN INDUSTRI

    3.3.1 PENYERAHAN LAPORAN/PEMBENTANGAN

    Pelajar perlu menyerahkan laporan ke Unit Latihan Industri Fakulti dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti.

    Laporan perlu dihantar dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan/atau salinan lembut (softcopy) mengikut keperluan fakulti.

    Sekiranya fakulti menetapkan pelajar untuk membuat pembentangan, ia perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti. Salinan

    pembentangan turut dihantar (jika perlu).

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 7 drp. 16

    3.3.2 SISTEM PEMARKAHAN

    i) Pembahagian Markah

    Kaedah pemarkahan adalah bergantung kepada ketetapan fakulti berdasarkan kepada perkara berikut:

    penilaian oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik oleh fakulti penilaian oleh penyelia industri penilaian oleh penyelaras latihan industri ke atas laporan pelajar

    (laporan, buku log, pembentangan).

    Peratusan agihan pembahagian markah mengikut klaster adalah seperti Lampiran 5.

    ii) Pemberian Gred

    Markah lulus (bagi gred M/TM): minimum 60% (B-). Kaedah pemberian gred (samada A-F atau TM/M) akan ditetapkan oleh

    pihak fakulti.

    Pelajar perlu memenuhi semua kriteria pemarkahan.

    iii) Kriteria Penilaian

    Kriteria penilaian oleh penyelia industri dan pensyarah pemantau hendaklah ditetapkan oleh fakulti masing-masing mengikut keperluan dan

    kesesuaian program. Contoh kriteria penilaian adalah seperti Lampiran 6.

    Kriteria penilaian perlu dimaklumkan kepada pelajar dan penyelia industri sebelum latihan dimulakan.

    Kehadiran pelajar hendaklah dijadikan salah satu kriteria penilaian. Kehadiran perlu 100% kecuali sakit (perlu dibuktikan dengan sijil sakit) atau

    tidak hadir atas kelulusan penyelia industri (perlu sertakan dokumen

    sokongan). Semua dokumen sokongan tersebut perlu disertakan dalam

    laporan.

    3.3.3. LAPORAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI

    Ketua Unit Latihan Industri Fakulti hendaklah menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan latihan industri untuk dikemukakan kepada

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dengan

    menggunakan Borang Laporan Pelaksanaan Latihan Industri

    (OPR/TNC(JINM)/BR02/LI) dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pelajar tamat

    menjalani latihan industri.

    Laporan keberkesanan latihan industri diperolehi daripada: i) pensyarah pemantau ii) penyelia industri iii) laporan pelajar

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 8 drp. 16

    Lampiran 1

    CARTA ORGANISASI UNIT LATIHAN INDUSTRI FAKULTI

    Rajah 1: Carta Organisasi Unit Latihan Industri Fakulti

    KETUA UNIT

    PENYELARAS JABATAN A

    PENYELARAS JABATAN B

    PENYELARAS JABATAN C

    STAF BUKAN AKADEMIK

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 9 drp. 16

    Lampiran 2

    BORANG PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

    Nama: ......

    No. Matrik: No. K/P: .....

    Program: .....

    Tahun Pengajian/Semester: . / . No. Telefon Bimbit: ...

    Masa Latihan: ... Tempoh latihan: .......

    Pilihan tempat latihan: Nama Syarikat Alamat

    Pilihan 1 .. ..

    .. ..

    .. ..

    Pilihan 2 .. ..

    . ..

    . ..

    Pilihan 3 ..

    ..

    ..

    Dimohon oleh: Disokong oleh:

    ... .

    Tandatangan pelajar Penyelaras Latihan Industri

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 10 drp. 16

    Lampiran 3

    SURAT MENANGGUNG RUGI DAN AKU JANJI

    LETTER OF INDEMNITY & UNDERTAKING In consideration of ......................................................... (Companys Name) accommodating

    Mr/Ms .............................................. (Students Name), ........................... (Students I/C No) of

    Faculty ................................................................, facilities for practical training, Universiti

    Putra Malaysia (UPM), hereby agrees that :

    1. UPM acts as a facilitator for the said students practical training and is in no way an agent or principal to or an employer of the said student; and

    2. UPM shall not hold ................................................... (Companys Name) in any way liable or any claim or take any proceedings against ......................................................

    (Companys Name) with respect of any personal injury to Mr/Ms

    .............................................................(Students Name) or loss or damage to his/her

    property which he/she may suffer in consequence of the facilities offered to him/her

    by ................................................................. (Companys Name) or departments at

    which he/she will be receiving/her his training.

    Date: .. .... Mr. Wan Azman Wan Omar Registrar Universiti Putra Malaysia

    Lampiran 4

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 11 drp. 16

    BORANG PERJANJIAN KERAHSIAAN

    NON-DISCLOSURE AGREEMENT

    This agreement is by and between ... (Students Name) ..... (Students

    I/C No) and having his/her address at .... (please

    insert address) (hereinafter referred to as "Student") and Universiti Putra Malaysia, a higher

    institute of learning established in Malaysia and governed by the University and College

    University Act 1971 and having an address at 43400 Serdang, Selangor (hereinafter referred

    to as "UPM").

    WHEREBY IT IS AGREED as follows:

    Whereas:

    a. The Student is desirous of entering into industrial training at

    ... (insert Companys Name);

    b. UPM has no objection to the student undergoing the industrial training at

    .. (insert Companys Name); and

    The student hereby agrees that:

    1. The Student shall hold Confidential Information in confidence and shall not disclose the same to others, or use the same except for purposes of this Agreement, without

    the written consent of UPM and the said company.

    2. Confidential Information is any written or oral information which is proprietary to UPM and or to the said company including know-how, technique, and specification

    of a characters regarded by UPM or the said company as the case may be, as

    confidential but shall not include any information that Student can show:

    (a) was in the public domain prior its disclosure to, or thereafter comes into

    the public domain without the fault or breach of any confidentiality

    obligation by the Student; or

    (b) was known by any third party prior to disclosure; or

    (c) was disclosed to by a third party not in violation of any obligation of

    confidentiality to the Student; or

    (d) is independently developed by any third party; or

    (e) the Student is required to disclose pursuant to the lawful order of a court

    or governmental agency, provided that The Student shall notify UPM and

    the said company of the order, and if requested, shall reasonably cooperate

    with UPM and the said company in attempting to legally prevent the

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 12 drp. 16

    required disclosure.

    Any combination of known information shall be within any of the foregoing

    exclusions only if the combination as such is within such exclusion.

    3. The Student agrees that all information, including drawings, designs, specifications, formulations, flow sheets, sketches, descriptions, data, samples and other material pertaining to Confidential Information and obtained from or through UPM or the said company shall remain the property of UPM or the said company respectively. The Student agrees to return all Confidential Information and all copies thereof, at the request of UPM or the said company.

    4. No right or license is granted hereby to The Student, expressly or by

    implication, with respect to the Confidential Information or under any patent, patent application or other proprietary right of UPM or the said company, notwithstanding the expiration of the confidentiality obligations of this Agreement.

    5. The Student further agrees that during the industrial training at the said

    company, the student shall at all times observe his/her demeanors and shall not conduct himself/herself in any manner prejudicial to the interest, well-being good name of UPM or conduct himself/ herself against public order, safety or security, morality, decency or disciplines.

    6. This Agreement shall be governed by and construed in accordance with the

    Malaysia Law.

    IN WITNESS WHEREOF, each of the parties has caused the Agreement to be signed by its duly

    authorized representative.

    If to UPM:-

    (office in charge of this NDA)

    Universiti Putra Malaysia

    43400 Serdang

    Selangor Darul Ehsan

    (Attn : person in charge)

    Tel:

    Fax:

    Email:

    Witness by:

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 13 drp. 16

    If to Student:-

    Name:

    IC No.:

    Address:

    Tel:

    Fax:

    Email:

    Witness by:

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 14 drp. 16

    Lampiran 5

    PERATUSAN PEMBAHAGIAN MARKAH MENGIKUT KLASTER

    Penilaian Sains Tulen

    Sains Gunaan

    Sains Sosial

    Kejuruteraan Sains kesihatan

    Pendidikan

    Penyelia industri/ sekolah

    40 40 40 50 40 20%

    Pensyarah pemantau

    40 20 20 - 20 80%

    Laporan pelajar/ pembentangan

    20 40 40 50 40 -

    Jumlah 100 100 100 100 100 100

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 15 drp. 16

    Lampiran 6

    CONTOH KRITERIA PENILAIAN OLEH PENYELIA INDUSTRI

    Bil Kriteria Penilaian Skala

    Catatan 1 2 3 4 5

    A Ciri peribadi

    1 Minat

    2 Kerjasama/kerja berpasukan

    3 Pergaulan

    4 Sopan santun/sahsiah

    5 Kemahuan belajar

    6 Kebolehan berkomunikasi

    7 Kepatuhan/disiplin/beretika

    8 Kematangan

    B Prestasi pekerjaan

    1 Tanggungjawab/komitmen

    2 Kehadiran

    3 Ketepatan masa

    4 Pengetahuan tentang tugas

    5 Mutu dan hasil kerja

    6 Kejujuran/amanah

    7 Berdikari

    8 Kebolehan memberi idea

    baru/inovasi/inisiatif

    9 Kebolehan menyelesaikan

    masalah/berfikiran kritis

    10 Ketahanan mental dan fizikal

    11 Kepimpinan

    Jumlah

    Skala: 1= tidak memuaskan, 2= memuaskan, 3=baik, 4=sangat baik, 5=cemerlang

  • DOKU

    MEN

    TIDAK

    TERK

    AWAL

    NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 08/08/2011 16 drp. 16

    CONTOH KRITERIA PENILAIAN OLEH PENSYARAH PEMANTAU

    Bil Kriteria Skala

    Catatan 1 2 3 4 5

    A Ciri Kognitif (30%)

    1 Pengetahuan/kefahaman tentang prinsip sains/konsep latihan

    2 Laporan kemajuan berdasarkan buku log menulis cara kerja, hasil kerja, perbincangan kumpulan, kesimpulan

    B Psikomotor (30%)

    1 Tahap latihan praktikal (hands-on) yang diperolehi

    C Ciri Afektif (40%)

    1 Sikap, tingkah laku, kesesuaian pakaian, kehadiran

    2 Keyakinan diri, profesionalisme, komitmen

    3 Penglibatan, interaksi, komunikasi dengan syarikat/industri dan rakan-rakan

    Jumlah

    Skala: 1= tidak memuaskan, 2= memuaskan, 3=baik, 4=sangat baik, 5=cemerlang

    Kesesuaian tempat latihan:

    Amat baik Baik Sesuai Sederhana Tidak sesuai

    (Jika tempat latihan tidak sesuai, nyatakan sebab)

    Masalah semasa latihan:

    Ulasan dan cadangan: