gangsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di dalam kalangan murid dan masih...

14
Pengenalan Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Kaunseling dijalankan untuk membantu klien mempertimbangkan satu- satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan dan membantu klien mengubahsuai, mengukuh atau mengetepikan satu-satu pilihan yang telah dilakukan. Masalah disiplin murid di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang dibincangkan. Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit dalamnya. Kegiatan gangsterisme tidak pernah luput walaupun sudah bermula sejak berdekat-dekat lamanya. Malahan kegiatan ini semakin menjadi-jadi di Malaysia sehinggakan masyarakat dapat menyaksikan pelbagai aksi gangsterisme sepanjang tahun. Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam setiap golongan masyarakat kerana Negara akan kehilangan pemimpin yang bakal. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan berusaha menyelesaikan masalah gangsterisme di kalangan pelajar sekolah menerusi khidmat kaunseling. Beliau juga berkata sekiranya khidmat kaunseling yang diberikan tidak mampu mengubah sikap pelajar terbabit, barulah tindakan tegas akan dikenakan. (Berita ,Jun 8 2010, Mstar) Jadi khidmat kaunseling memainkan peranan yang amat penting untuk mengatasi kes gangsterisme yang berlaku di sekolah.

Upload: mat-king

Post on 10-Aug-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Pengenalan

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih

dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-

sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut

seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Kaunseling dijalankan untuk membantu klien mempertimbangkan satu-satu pilihan

yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan dan membantu klien

mengubahsuai, mengukuh atau mengetepikan satu-satu pilihan yang telah dilakukan.

Masalah disiplin murid di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang

dibincangkan. Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah

turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang

terbabit dalamnya. Kegiatan gangsterisme tidak pernah luput walaupun sudah bermula

sejak berdekat-dekat lamanya. Malahan kegiatan ini semakin menjadi-jadi di Malaysia

sehinggakan masyarakat dapat menyaksikan pelbagai aksi gangsterisme sepanjang

tahun. Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam setiap golongan masyarakat kerana

Negara akan kehilangan pemimpin yang bakal.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan

berusaha menyelesaikan masalah gangsterisme di kalangan pelajar sekolah menerusi

khidmat kaunseling. Beliau juga berkata sekiranya khidmat kaunseling yang diberikan

tidak mampu mengubah sikap pelajar terbabit, barulah tindakan tegas akan dikenakan.

(Berita ,Jun 8 2010, Mstar)

Jadi khidmat kaunseling memainkan peranan yang amat penting untuk mengatasi

kes gangsterisme yang berlaku di sekolah.

Page 2: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Isu untuk diselesaikan

Gangsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di dalam kalangan

murid dan masih berterusan sehingga kini. Keadaan ini menjadi bertambah serius apabila

didapati semakin ramai murid lelaki dan perempuan dikesan terlibat dalam gejala

samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Guru tidak dapat menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna di dalam bilik darjah kerana sentiasa

diganggu oleh murid yang terlibat dengan kumpulan gangster termasuklah aspek

gangguan terhadap pengajaran guru. Murid-murid tersebut tidak berminat untuk belajar.

Isu Kajian Kes

“Ho Tuan berumur 12 tahun dan merupakan seorang murid yang belajar

di sebuah sekolah berdekatan dengan kompleks membeli belah. Bapa Ho Tuan sibuk

untuk bekerja dan kadangkala Ho Tuan hanya dapat berjumpa dengan bapanya

seminggu sekali. Ibu Ho Tuan telah meninggal dunia sejak Ho Tuan berumur 7 tahun

dalam kemalangan.

Pada tahun ini, Ho Tuan dikehendaki untuk menduduki peperiksaan UPSR

dan guru telah memberi banyak kerja rumah kepadanya telah menjadilah Ho Tuan

terlalu stres. Setiap hari selepas perlepasan sekolah, Ho Tuan suka bejalan-jalan di

kompleks tersebut untuk merilekskan diri dan lama-kelamaan, dia telah mengenali

beberapa rakan sebaya.

Rakan sebaya Ho Tuan ini suka bertindak sebagai gangster iaitu membuli

murid yang lemah, mengutip yuran perlindungan daripada murid, bergaduh dan

sebagainya. Mereka berasa bangga terhadap kelakuan diri sendiri kerana dengan

membuli orang lain barulah mereka akan takut terhadap diri sendiri. Lama-kelamaanya,

Ho Tuan juga bertindak sama dengan rakan sebaya kerana jikalah dia tidak berani

melakukan sesuatu yang meruntuhkan akhlak moral, rakan sebayanya akan

menganggapnya sebagai seorang penakut. Mereka juga menyaksi video klip untuk

menambah pengetahuan dalam cara untuk menjadi gangster yang lebih hebat dan

Page 3: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

kuat.

Ho Tuan bukan sahaja bertindak ganster di luar sekolah, dia juga

menganggu guru apabila guru sedang menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Dia telah menjadi seorang murid yang tidak berminat untuk

belajar dan langsung tidak menghantar kerja rumah yang telah diberikan oleh guru.

Guru kelas telah merotan Ho Tuan kerana tidak menghantar kerja rumah dan juga

membuat gangguan dalam kelas. Ho Tuan berasa tidak puas hati, jadilah dia

merosakkan harta benda dalam sekolah untuk mentenangkan hati. Guru kelas berasa

diri sendiri tidak lagi berupaya untuk mendidik dan mengubahsuai sikap Ho Tuan,

jadilah guru kelas telah membawanya berjumpa dengan guru kaunseling. ”

Rajah 1 menunjukkan isu kajian kes gangsterisme

Lima tahap perkembangan proses kaunseling

Rajah 2 : Tahap perkembangan proses kaunseling

Tahap 1: Membina Hubungan

Klien berasa selesa dan membina sifat kepercayaan.

T a h a p M e m b in a H u b u n g a n

Kaunselor bersama-sama dengan klien menerokai, memahami dan menganalisis permasalahan.

T a h a p P e n e r o k a a n

Berdua-dua setuju menentukan matlamat dan menentukan strategi untuk mencapai matlamat.

T a h a p M e m b u a t K e p u t u s a n

Membimbing dan membantu klien untuk berfungsi dengan lebih efektif.

T a h a p P e la k s a n a a n

Menentukan kesediaan klien untuk sesi ditamatkan.

T a h a p P e n a m a t a n S e s i K a u n s e l in g

Page 4: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Biasanya pada permulaan proses kaunseling, kaunselor tidak mengenali klien. Jadi

untuk memastikan kerjasama yang baik antara kaunselor dengan klien, satu hubungan

yang baik perlulah dibina supaya proses kaunseling dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Dalam tahap ini, kaunselor yang dianggap berjaya perlulah melaksanakan empat tugas

iaitu mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan, menentukan matlamat awal

kaunseling, menstruktur hubungan dan membina kepercayaan.

Mewujudkan suasana menggalakkan interaksi

Sebagai seorang kaunselor yang hendak memulakan sesi kaunseling dengan Ho

Tuan, kaunselor perlulah menimbang kesesuaian tempat dan menyediakan tempat serta

menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tentang tindakan Ho Tuan untuk

mengelakkan daripada gangguan. Keadaan tempat memainkan peranan penting dalam

proses kaunseling kerana semasa menjalankan sesi kaunseling perlu mengelakkan

daripada berlaku kes yang tidak dinafikan. Sesi kaunseling dengan Ho Tuan perlulah

diadakan di tempat yang selesa, selamat dan menarik dapatlah menggalakkan Ho Tuan

berasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling. Jarak duduk antara kaunselor dan Ho

Tuan juga merupakan sesuatu yang dapat membantu komunikasi dan meningkatkan

keyakinan Ho Tuan terhadap kaunselor. Kaunselor juga perlunya bersifat profesional

dengan menunjukkan rasa menghormati, keterbukaan, menunjukkan minat yang besar

untuk mendengar tentang masalah dan sebagainya bagi perjalanan sesi kaunseling yang

selanjutnya. Terdapat beberapa cara yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif

ialah kanselor bolehlah menyambut Ho Tuan di pintu bilik dengan senyuman manis dan

juga mesra dan juga mempersilakan Ho Tuan untuk duduk dahulu sebelum kaunselor

duduk. Perbualan di bawah merupakan contoh perbualan kaunselor dengan Ho Tuan

pada permulaan.

“Selamat datang, Ho Tuan. Apa Khabar?Terima kasih kerana sudi datang.”

“Sudah makan?”

“Kebelakangan ini, Ho Tuan rasa tertekan kah?

[ Kemahiran menyoal – soalan tertutup ]

“Apakah yang boleh saya bantu kamu, Ho Tuan?” dan sebagainya.

[ Kemahiran menyoal – soalan terbuka ]

Untuk mengalakkan Ho Tuan untuk bercakap, kaunselor bolehlah menggunakan

kemahiran menyoal untuk merilekskan emosi Ho Tuan. Yang penting sekali ialah tidak

Page 5: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

terlalu mendesak klien untuk menjawab. Oleh itu, soalan-soalan yang mudah lebih dapat

memulakan sesuatu proses kaunseling.

Menentukan Matlamat Awal Kaunseling

Terdapat beberapa sebab merupakan klien mencari kaunselor untuk menjalankan

sesi kaunseling. Antaranya ialah untuk mencari sasaran untuk mengeluarkan

ketidakselesaan, menyelesaikan masalah, mendapatkan cara untuk menjadi lebih berjaya

dan sebagainya. Terdapatnya sesetengah klien sedar tentang masalah yang berlaku

tetapi mempunyai sesetengah klien masih kabur tentang masalah yang telah berlaku, jadi

ini menjadikan sebab mereka berjumpa dengan kaunselor untuk mendapati cara

menyelesaikannya. Mengenai kelakuan Ho Tuan, kaunselor telah mengetahui tentang

kelakuan Ho Tuan merupakan gangsterism. Setelah mengenalpasti masalah Ho Tuan,

kemahiran perbincangan boleh dijalankan untuk berbincang bersama-sama antara

kaunselor dengan Ho Tuan mengenai matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi

kaunseling. Matlamat awal yang sama-sama menentukan dapatlah membantu untuk

menyelesaikan masalah Ho Tuan dan membantunya untuk melihat dirinya dengan lebih

mendalam.

Menstruktur Hubungan

Di dalam terapi ini, kaunselor dan Ho Tuan mesti saling bersetuju dengan

beberapa perkara sebelum bermula proses kaunseling iaitu kefahaman tentang proses

kaunseling, penjelasan tentang perkara yang terlibat dalam proses kaunseling dan juga

aspek kerahsian klien. Perbualan di bawah menunjukkan tentang tugas menstruktur

hubungan:

Kaunselor : Pernahkah Ho Tuan menjalani kaunseling

individu?

Kemahiran menyoal

– soalan tertutup

Ho Tuan : Tidak pernah.

Kaunselor : Saya akan menerangkan secara ringkas

tentang proses kaunseling. Bolehkah saya

mulakan?

Ho Tuan : Boleh.

Kaunselor : Kaunseling biasanya merupakan satu

perjumpaan antara kaunselor dengan seorang

Menjelaskan konsep

kaunseling dan

Page 6: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

atau beberapa orang murid. Sesi kaunseling

biasanya mengambil masa 40 minit tetapi ini

bukan bermaksud bahawa apa yang kami

bincangkan akan selesaikan dalam satu sesi

sahaja. Sesi kaunseling boleh dilanjutkan

sehingga beberapa sesi dan bolehlah

mengubah masa kepada yang sesuai dengan

masa Ho Tuan. Yang penting ialah Ho Tuan

akan berkongsi perkara yang ingin mengatasi

dan saya bersedia untuk mendengar dan

membantu Ho Tuan untuk mencapai matlamat

awal yang telah ditentukan. Saya menegaskan

bahawa perbualan kami dalam sesi ini akan

dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan supaya

dapat menjadikan rujukan untuk sesi yang

seterusnya. Adakah Ho Tuan jelas?......”

mewujudkan satu

pemahaman antara

kaunselor dengan

klien.

Tugas ini penting untuk mengelakkan Ho Tuan daripada mempunyai tanggapan

yang salah terhadap proses kaunseling, seterusnya membentuk jangkaan yang terlalu

tinggi terhadap sesi kaunseling.

Memberi kepercayaan

Pada permulaan proses kaunseling, kaunselor perlulah menunjukkan sifat dan

tingkah laku yang beretika tinggi dan telah menjelaskan tentang kerahsiaan dan taraf

kemahiran yang dipunyai oleh diri sendiri. Kaunselor perlulah menjamin dengan Ho Tuan

bahawa dia akan menyimpan kerahsiaannya dan tidak akan menyebarkannya untuk

meningkatkan kepercayaan Ho Tuan terhadap kaunselor. Kaunselor juga perlulah

sentiasa menunjukkan rasa minat untuk mendengar masalah Ho Tuan supaya dapatlah

memberi kepercayaan kepadanya selama sesi kaunseling.

Kesan jika gagal mencapai matlamat bagi tahap ini

Jika tahap membina hubungan ini gagal dicapai, Ho Tuan tidak lagi akan

mempercayai orang lain dan mengkongsikan masalah dengan sesiapa pun. Ho Tuan

akan bertindak dengan lebih teruk tidak kira dia berada di luar atau dalam sekolah. Dia

akan berasa kecewa kerana mempunyai tanggapan yang terlalu tinggi dan tidak realistik

terhadap sesi kaunseling. Ho Tuan juga akan berasa memalukan jikalah semua rahsia

Page 7: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

disebarkan oleh kaunselor kepada semua pihak disebabkan kaunselor yang tidak

mematuhi etika kaunselor iaitu merahsiakan masalah klien.

Tahap 2: Penerokaan

Banyak maklumat dibekalkan sekiranya lanjut proses penerokaan Ho Tuan melalui

perkongsian mengenai hal-hal peribadi. Kaunselor memainkan peranan dalam

mendengar secara aktif dan menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa Ho Tuan

sedang meluahkan masalah supaya proses penerokaan menjadi lebih berhasil. Kaunselor

dapat membantu Ho Tuan untuk memahami masalah yang dihadapi dengan lebih

mendalam yang memerlukan dalam bantuan kaunseling. Terdapatlah beberapa aspek

kaunselor hendak memberi tumpuan untuk memahami masalah Ho Tuan iaitu:

Setelah membina hubungan dengan murid, kaunselor bolehlah mendapatkan

maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh Ho Tuan dengan mengemukakan

beberapa soalan. Yang paling utama ialah kaunselor tidak boleh memaksa Ho Tuan untuk

menjawab dan tergesak-gesak untuk mendapatkan jawapan. Apabila dia kelihatan

teragak-agak, kaunselor haruslah menyokong dan memberi galakan serta keyakinan

kepadanya bahawa kaunselor adalah orang yang boleh dipercayai.

Untuk memastikan aras perfungsian klien, kaunselor telah menjalankan satu

perbualan dengan Ho Tuan, perbualan mereka adalah seperti berikut:

Kaunselor : Mana tempat yang paling Ho Tuan sukai dan

sering melawati apabila masa lapang?

Terapi

berpusatkan klien:

Terapi ini yang

mana

diperkenalkan oleh

Carl Rogers

Ho Tuan : Saya suka pergi ke kompleks.

Kaunselor : Bolehkah saya tahu sebab Ho Tuan suka pergi ke

kompleks?

Ho Tuan : Untuk merilekskan diri dan banyak rakan saya

Skop

permasalahan

♪ Ho Tuan bertindak sebagai gangster di luar dan dalam sekolah dengan

merujuk perbualan kaunselor dengan guru kelas.

♪ Kematian ibu telah menjadikan Ho Tuan kekurangan kasih sayang

daripada ibu.

♪ Bapa Ho Tuan sibuk bekerja dan Ho Tuan telah mengenal rakan sebaya

yang berkelakuan tidak baik di kompleks membeli-belah.

♪ Masalah ini berlaku selama sebulan.

Page 8: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

akan menunggu saya di sana. terdapat beberapa

andaian teori dan

salah satunya ialah

“hanya dengan

penerimaan dan

penghormatan

barulah individu

akan bersedia

berkongsi

masalahnya”. Oleh

demikian, di sesi ini

kaunselor tidak

akan menunjukkan

sebarang bantahan

ataupun

penolakkan

terhadap kelakuan

Ho Tuan yang tidak

baik itu tetapi

hanya

menggunakan

kemahiran menyoal

dan mendengar

untuk

menggalakkannya

berkongsi

masalahnya.

Kaunselor : Ho Tuan suka rakan-rakan Ho Tuan kah?

Mengapa?

Ho Tuan : Suka, kerana mereka memahami masalah saya

sedangkan ayah saya pula selalunya tidak dapat

bersama dengan saya kerana sibuk bekerja.

Kaunselor : Apabila bergaul dengan rakan, apakah perkara

yang selalu dilakukan bersama-sama?

Ho Tuan : Kami mengutip yuran perlindungan daripada

murid, bergaduh dan sebagainya.

Kaunselor : Adakah Ho Tuan melibatkan diri dengan aktiviti-

aktiviti itu?

Ho Tuan : Ada, kalau tidak, rakan saya akan menganggap

saya sebagai penakut......

Kaunselor : Jadi, adakah Ho Tuan takut jika Ho Tuan tidak

berkelakuan sedemikian, rakan-rakan Ho Tuan

tidak akan lagi menghiraukan Ho Tuan?

Ho Tuan : Ya, saya tidak ingin diasingkan oleh mereka......

Di peringkat ini, kaunselor boleh membimbing Ho Tuan untuk menyatakan sebab-

sebab dia terlibat dalam gejala sebegini. Pada peringkat ini, kaunselor tidak haruslah

Aras

Perfungsian

Klien

♪ Ho Tuan merupakan keluarga tunggal yang ingin mendapat perhatian

daripada bapa, mengalami stress daripada pelajaran dan telah berkawan

dengan rakan sebaya yang berkelakuan tidak baik.

♪ Bertindak sama dengan rakan sebaya kerana takut dianggap sebagai

penakut dan dipengaruhi oleh media massa.

Page 9: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

menyalahi Ho Tuan. Selain itu, kaunselor juga boleh membuat penyelidikan terhadap cara

dia mengatasi stres pada masa dulu.

Pada peringkat ini, bolehlah kaunselor membuat satu kesimpulan setelah

mendapatkan semua maklumat tentang situasi Ho Tuan. Kaunselor bolehlah

mengemukakan pendapatnya sendiri dan menjelaskan situasi kepadanya supaya Ho

Tuan dapat mengetahui tentang keadaan sendiri. Selain itu, kaunselor juga bolehlah

memberikan beberapa cadangan untuk berbincang dengan Ho Tuan supaya dapat

menyelesaikan masalahnya.

Di peringkat ini, kaunselor haruslah membina keyakinan di dalam diri Ho Tuan dan

membantunya mengenali diri secara positif. Kaunselor haruslah membantunya untuk

mendapatkan kesedaran bahawa dialah yang bertanggungjawab ke atas masalahnya

sendiri dan haruslah mengatasi masalah tersebut atas usaha sendiri.

Kesan jika gagal mencapai bagi tahap ini

Selain daripada masalah Ho Tuan tidak dapat diselesaikan, Ho Tuan juga akan

kehilangan keyakinan terhadap sendiri dan tidak dapat memahami diri sendiri dan terus

terlibat dalam gejala gangsterisme. Sebenarnya, Ho Tuan merupakan murid yang

cemerlang kerana majoriti murid yang suka belajar barulah akan merasakan stres

daripada pelajaran. Dengan ini, Ho Tuan kemungkinannya tidak dapat meneruskan

pelajarannya dan membakti kepada negara.

Tahap 3 : Membuat Keputusan

Pola Sejarah

Klien

Kekuatan dan

Sumber

Kekuatan

♪ Ho Tuan kekurangan kasih sayang daripada bapa dan ingin menarik

perhatian daripadanya.

♪ Ho Tuan boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti bersukan,

bermain muzik, menanam minat terhadap hobi dan sebagainya.

♪ Ho Tuan mementingkan keluarga jadilah bolehlah mendapatkan

keputusan yang cemerlang untuk menarik perhatian bapa.

♪ Bapa Ho Tuan sibuk bekerja kerana ingin mewujudkan persekitaran yang

lebih kondusif dan taraf kehidupan yang tinggi untuk Ho Tuan.

Page 10: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Pada tahap ini, kaunselor dikehendaki melaksanakan dua tugasan iaitu matlamat

yang ditentukan perlulah disetujui oleh kaunselor dan Ho Tuan serta kaunselor perlu

membuat keputusan untuk menjana strategi yang hendak digunakan. Dalam tahap ini,

terdapatlah beberapa faktor yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling

iaitu faktor klien, faktor kaunselor dan faktor persekitaran. Antara faktor klien ialah jenis

permasalahan klien, cara gaya klien menghadapi masalah, budaya dan latar belakang

klien dan sebagainya manakala faktor kaunselor pula ialah pengalaman dan pengetahuan

kaunseling, aras kognitif, aras kemahiran komunikasi dan sebagainya. Faktor persekitaran

pula ialah tempat, suasana dan juga keadaan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut akan

mempengaruhi matlamat dan strategi dalam membantu Ho Tuan sepanjang kaunseling.

Bagi memulakan dengan sesi mencetus idea, kaunselor bolehlah melukis

seberapa banyak bentuk seperti bulat, bintang, segi tiga dan sebagainya pada sehelai

kertas dan kemudian minta Ho Tuan untuk mengisikan setiap bentuk dengan satu idea.

Sekiranya Ho Tuan langusng tidak mempunyai sebarang idea, kaunselor bolehlah

membantunya dalam mengisikan satu atau dua bentuk dengan idea sebagai pemangkin

bertujuan untuk menggalakkan Ho Tuan untuk bermula berfikir.

Pada tahap ini, kaunselor akan mengaplikasikan Teori Pendekatan Gestalt yang

menitikberatkan pemahaman serta kesedaran emosi dan fizikal tentang diri klien sendiri.

Dalam teori ini, individu digalakkan supaya bertanggungjawab ke atas perasaan

danpemikirannya sendiri dan segala penerokaan fantasi, persepsi dan impian adalah

digalakkan. Oleh demikian, kaunselor tidak akan membuat keputusan bagi pihak Ho

Tuan, tetapi membimbingnya untuk mencari jawapan secara aktif.

Kesan jika gagal mencapai bagi tahap ini

Kaunselor akan secara tidak langsung terlibat dalam proses Ho Tuan membuat

keputusan, ini telah menjadikan Ho Tuan terlalu bergantung terhadap kaunselor dan tidak

dapat merangsang pemikirannya.

Jikalah kaunselor memutuskan tentang pilihan alternatif penyelesaian, ia akan

membawa kepada akibat buruk kerana hanya Ho Tuan sahaja yang paling jelas dengan

keadaan situasi sebenar. Ho Tuan tidak dapat menyelesaikan masalahnya dengan cara

yang diingini. Jika pilihan alternatif penyelesaian telah gagal menyelesaikan masalah, Ho

Tuan akan berkelakuan dengan lebih teruk lagi.

Tahap 4: Pelaksanaan

Page 11: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Tugas utama di tahap ini adalah untuk membantu Ho Tuan menyelesaikan

masalah dan membimbingnya agar dapat berfungsi dengan lebih efektif. Terdapat

beberapa faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan proses kaunseling dengan lebih

efektif, salah satu ialah pengaruh orang yang terdekat dengan Ho Tuan. Sebagai contoh,

Ho Tuan dikehendaki untuk menjauhi rakan sebayanya yang bertindak tidak baik kerana

Ho Tuan yang bertindak gangster banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Bapa Ho Tuan

memainkan peranan yang penting kerana Ho Tuan kekurangan kasih sayang daripada

keluarga dan dia ingin mendapatkan perhatian daripada bapanya baru bertindak

gangsterisme.

Di tahap ini, teori yang dapat diaplikasikan ialah teori Rasional-Emotif (RET) yang

dikembangkan oleh Albert Ellis. Teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu

mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Oleh itu,

kaunselor dapat menggunakan teori ini untuk membantu murid memahami dan menilai

keadaan sendiri. Berikut merupakan teori yang dijalankan oleh kaunselor:

Singkatan Perihalan Contoh/Keterangan Sebab/Huraian

A Peristiwa pencetus “Ayah sibuk bekerja, hanya

dapat berjumpa dengan ayah

seminggu sekali”.

Kekurangan kasih

sayang

B Penilaian terhadap

peristiwa tadi:

(i) Tidak rasional

(ii)rasional

B(i) – Penilaian tidak rasional:

“Ayah tidak suka saya, dia

selalunya bekerja dan tidak

meluangkan masa dengan

saya.”

B(i)

Kekurangan

komunikasi

dengan ayah dan

kehilangan ibu

sejak kecil lagi.

B(ii) – penilaian rasional:

“Ayah ingin mewujudkan

persekitaran yang lebih

kondusif dan taraf kehidupan

yang lebih tinggi kepada

saya.”

B(ii)

Membina

persefahaman

dengan bapa.

C Konsekuen atau

perasaan akibat

Penilaian B(i) B(i)

Page 12: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

penilaian tadi. Ho Tuan akan rasa terabai

dan tidak diutamakan.

Perasaan yang

negatif tersemai.

Penilaian B(ii)

Ho Tuan akan dapat

memahami keadaan bapa

yang ingin memberikan apa

yang terbaik kepadanya.

B(ii)

Dapat memahami

bapa dan jarak

dengan bapa

dapat dirapatkan.

D Usaha anda mengatasi

penilaian tidak rasional.

Kaunselor akan membantu Ho

Tuan untuk melawan penilaian

tidak rasional dan bapa juga

akan lebih meluangkan masa

dengan anda.

Kaunselor boleh

merujuk kepada

risalah, surat

khabar, majalah,

journal yang

berkenaan

dengan

gangsterisme

untuk membantu

Ho Tuan

menyedari

masalah diri

sendiri dengan

lebih teliti.

E Jawapan yang dijana

bagi melawan

pemikiran tidak

rasional.

Pemikiran tidak rasional

diubah menjadi rasional.

Kesan jika gagal mencapai tahap ini

Peranan bapa amatlah penting dalam tahap ini dan Ho Tuan akan hilang keyakinan

terhadap bapanya jika bapanya tidak dapat melibatkan diri dalam tahap ini. Selain itu, jika

di tahap ini, pelaksanaan tidak dapat berjalan lancar, ini bermaksud kesemua usaha pada

tahap yang sebelum ini akan lenyap dalam sekelip mata. Ho Tuan akan terus bertindak

sebagai gangster dan mungkin akan menjadi lebih teruk daripada dulu.

Page 13: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Selain itu, pemikiran Ho Tuan juga tidak dapat diperbetulkan dan pemikiran yang

tidak rasional itu akan dikekalkan. Dengan ini, ia akan menjejaskan pemikiran dan

kelakuannya pada masa yang akan datang.

Tahap 5: Penamatan Sesi Kaunseling

Tahap ini mempunyai tahap yang amat penting kerana ia merupakan satu rumusan

kepada sesi kaunseling yang telah dijalankan sepanjang masa ini. Namun ia bukan

merupakan satu signal penamatan bagi sesi kaunseling tersebut tetapi merupakan satu

tahap yang penting untuk membantu murid supaya dapat mencari bentuk rancangan

ataupun bentuk kehidupan yang sesuai kepada dirinya sendiri.

Selain itu, dalam tahap ini, segala isu-isu yang masih belum diselesaikan haruslah

dikemukakan. Dengan ini, barulah dapat memastikan rancangan untuk membantu

pertumbuhan murid dapat dijalankan dengan lebih lancar. Dalam kes Ho Tuan, kaunselor

haruslah menjelaskan kemajuannya dengan ringkas dan memberikan dorongan

kepadanya dan mengingatkannya bahawa tidak lagi terlibat dalam gejala gangsterisme

lagi.

Selain itu, isu-isu seperti stres daripada pelajaran, kesunyian sebab kesibukan

bapa, kekurangan kasih sayang dan lain-lain haruslah dikemukakan dan dibincangkan

supaya masalah Ho Tuan dapat diselesaikan. Oleh demikian, bolehlah kaunselor

berbincang dengan Ho Tuan supaya dapat mengemukakan satu jadual yang sesuai

dengannya dan bolehlah dia melaksanakan dalam kehidupan sehariannya.

Ketamatan sesi kaunseling tidak bermaksud kaunselor tidak lagi bertanggungjawab

ke atas Ho Tuan, tahap ini hanya bermaksud Ho Tuan boleh mengatasi masalahnya

secara tersendiri. Namun, jika dia menghadapi sebarang masalah, dia masih boleh

menanyakan bantuan daripada kaunselor.

Kesan jika gagal mencapai tahap ini

Walaupun masalah Ho Tuan telahpun diselesaikan pada tahap ini, namun jika

tahap ini tidak dapat berjalan dengan lancar, ini bermaksud kemungkinan besar Ho Tuan

akan bergaul kembali dengan rakan sebayanya yang membawakan pengaruh negatif

kepadanya. Selain itu, stres daripada pelajaran juga tidak akan hilang selepas sesi

kaunseling ini dan jika kaunselor tidak dapat bantu Ho Tuan untuk mencari penyelesaian

bagi meringankan stres yang dihadapinya, Ho Tuan mungkin akan menghadapi masalah

sebegini sekali lagi.

Page 14: Gangsterisme Adalah Jenis Salah Laku Yang Sudah Lama Wujud Di Dalam Kalangan Murid Dan Masih Berterusan Sehingga Kini

Rumusan

Secara keseluruhannya, sesi kaunseling akan berlangsung mengikut lima tahap,

iaitu tahap membina hubungan, tahap penerokaan, tahap membuat keputusan, tahap

pelaksanaan dan tahap penamatan sesi kaunseling. Setiap tahap dalam kaunseling

memainkan peranan penting untuk menjayakan dalam membantu klien untuk mengetahui

masalah diri sendiri dengan lebih mendalam. Jikalah terdapat satu tahap yang gagal

untuk dilaksanakan, ini akan mengabaikan kejayaan dalam membantu klien.

Sebagai seorang kaunselor tidak semestinya perlulah mengendalikan klien dalam

tempoh yang lama untuk menghasilkan sesi kaunseling yang berjaya. Kadang-kala tidak

semestinya semua klien adalah bagus dan mengetahui peranan sebagai kaunselor,

terdapatlah sesetengah klien yang degil dan tidak mahu bekerjasama, kaunselor juga

perlulah berhadapan dengan klien yang bersifat begini kerana sebagai seorang kaunselor

perlulah mempunyai sifat professional.

Kaunselor perlulah bijak dalam menjana strategi atau pendekatan yang sesuai

untuk membantu klien yang menghadapi dengan masalah. Jika kaunselor dapat

membantu klien dengan cara yang betul akan memberi kesan yang amat memuaskan

terhadap klien. Ini telah membuktikan bahawa sebagai seorang kaunselor memainkan

peranan yang amat penting dalam membantu klien untuk melihat masalah diri sendiri

dengan lebih mendalam.