gambar dadah n cara pengedaran dadah

Upload: daq7676

Post on 09-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dadah

TRANSCRIPT

  • 5/19/2018 Gambar Dadah n Cara Pengedaran Dadah

    1/4

    Cara biasa digunakan pengedar atau keldai dadah ini mengedar dadah adalah dengan

    menyelitkan najis dadah itu dalam bagasi atau dibungkus dan disorok dalam dubur dan faraj.

    Satu lagi cara penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah ini adalah dengan memaksa

    mereka menelan dadah yang dibungkus dalam sarung getah menyamai kondom. Mereka ini

    juga digelar sebagai swallowers.

  • 5/19/2018 Gambar Dadah n Cara Pengedaran Dadah

    2/4

    Selain itu, mengikut cara konvensional, penyeludup menyembunyikan dadah dalam tempat

    tertentu dalam kenderaan, barang-barang, atau pakaian termasuk di tapak kasut atau barang

    kemas diubahsuai.

    Kini, taktik pengedaran juga diubah dengan cara yang kadang kala tidak masuk akal sepertidiproses dijadikan seperti kerepek kentang, diproses menjadi kertas, disorok dalam botol

    syampu, serbuk pencuci atau sabun buku. Malah, dadah dimasukkan dalam buah-buahan,

    sayuran dan dalam serangga yang dikeringkan serta dijadikan produk kecantikan seperti

    bedak, pencuci muka, pensil alis mata dan cecair pengilat kuku.

    Dalam keghairahan penyeludup dadah menyeludup dadah ini polis di seluruh dunia hampir

    setiap hari menguatkuasa pelbagai cara bagi menyekat pengedaran dadah ini yang mana urus

    niaga hariannya semakin meningkat di semua rantau di dunia ini.

    Persoalannya, dengan tertangkapnya banyak keldai dadah ini setiap hari adakah otai

    sindiket dadah ini akan memberhentikan kegiatan mereka atau terus melancarkan perang

    terhadap pihak berkuasa?

    Pihak berkuasa narkotik pula memang tidak kurang bijak berbanding pengedar dadah kerana

    ada tersendiri menyelesaikan teka-teki penyeludupan dadah yang membuatkan orang awam

    sendiri tertanya-tanya - bagaimana mereka melakukannya.

    Antara taktik sindiket

    BERIKUTAN kejatuhan mendadak bekalan dadah berikutan pengeluaran pokok ganja seperti

    Afghanistan, Pakistan, Turki dan negara di Amerika Selatan seperti Mexico dan Peru

    berkurangan akibat peperangan, menjadikan sindiket dadah kian licik melancarkan taktik

    penyeludupan.

    Berikut beberapa bukti dan pendedahan polis cara penyeludupan dipraktikkan penjenayah

    dadah ini:

    SeranggaSejumlah 300 gram kokain ditemui di dalam 100 kumbang mati, yang ditemui oleh pegawai-

    pegawai kastam di Amsterdam di dalam kargo dari Peru.

    Lampin bayi

    Di Jerman, seorang ibu muda ditahan kerana cuba menyeludup 15 gram amphetamines dan

    46 pil ecstasy ke dalam lampin anaknya.

    Rambut palsu

    Pihak berkuasa Namibia, menahan seorang pelajar berusia 21 tahun di Angola dalam cubaan

    pelajar itu menyeludup kokain ringan menggunakan 76 paket yang dibungkus melalui rambut

    sambungan di kepalanya.

  • 5/19/2018 Gambar Dadah n Cara Pengedaran Dadah

    3/4

    Gajet seks

    Seorang wanita Ukraine tidak menyangka pegawai-pegawai kastam Lapangan Terbang Kiev

    akan memeriksa kandungan barang-barang, terutama gajet seks yang dibawanya yang

    terbukti ada kandungan dadah di dalamnya.

    Air gereja

    Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menangkap

    Warren Maynard Brooklyn berusia 50 tahun kerana cuba menyeludup 42 botol cecair

    ketamin ke Amerika Syarikat dari Kanada. Maynard cuba mengaburi mata pihak berkuasa

    dengan mengisytiharkan cecair itu sebagai holy water penganut Kristian.

    Patung

    Menyorokkan dadah dalam patung agama adalah helah lama tetapi kini patung agama turut

    digunakan. Sebuah patung Jesus diperbuat daripada plaster yang digabungkan dengan kokain

    berjaya dirampas kastam Amerika Syarikat di sempadan Laredo, Texas pada tahun 2008.

    Wanita yang membawa patung 6.6 juta (RM2.83 juta) berjaya melarikan diri kembali ke

    Mexico, tetapi seorang lelaki Mexico berusia 61 tahun disyaki membayar wanita untuk

    membawa patung itu telah ditangkap.

    Anak anjing

    Penyeludupan dadah biasanya takut dengan anjing yang dilatih pihak berkuasa narkotik untuk

    mengesan dadah, namun kali ini mereka menggunakan anjing dengan memasukkan heroin

    yang dipaketkan ke dalam perut haiwan berkenaan. Perut anak anjing itu dibedah dan dijahitsemula. Kejam bunyinya, namun itulah hakikatnya apabila pihak berkuasa narkotik Amerika

    Syarikat pada 2006 menahan ahli organisasi dadah Colombia yang cuba menyeludup heroin

    ke negara itu .

    Kaki palsu

    Seorang lelaki Chile berusia 66 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan terbang

    di Barcelona, Sepanyol setelah mereka mendapati bahawa simen pada kakinya yang patah itu

    dibuat daripada kokain. Polis dilaporkan berkata, kaki lelaki itu mungkin telah sengaja

    dipatah bagi membolehkan kokain dijadikan simen kakinya. Walaupun nampak macam tidaklogik dan sukar dikesan, namun ia dapat dipatahkan pihak berkuasa negara itu.

    Kerepek kentang

    Pada 2006, polis di Austin, Texas Amerika Syarikat menemui 168 gram kokain dalam

    kerepek kentang berjenama popular. Ini jelas menunjukkan pengedar dadah semakin kreatif

    kerana berjaya menghasilkan kerepek kokain yang menyerupai kerepek kentang sebenar.

    Namun, mereka tewas juga kerana polis juga kreatif dalam mengesan tempat dadah itu

    disorokkan.

    Beg pakaian

    Bukan seperti taktik lama yang mana dadah disorokkan di dalam bahagian beg pakaian,

  • 5/19/2018 Gambar Dadah n Cara Pengedaran Dadah

    4/4

    kerana penjenayah dadah kreatif dengan menjadikan beg pakaian itu menggunakan campuran

    kokain dengan damar dan gentian kaca. Kejadian berlaku di Sepanyol apabila seorang wanita

    Chile yang cuba masuk ke Sepanyol ditahan bersama dua beg pakaian yang dibawanya.

    Wanita itu ditahan kerana pihak berkuasa mendapati beg pakaian yang dibawanya lebih berat

    daripada kandungannya.tamat

    INFO: 'Wajah' keldai dadah

    Pihak berkuasa lapangan terbang lazimnya menahan mereka yang mempamerkan ciri-ciri

    berikut:

    Penumpang yang kelihatan berisi atau gemuk dan mengenakan jaket yang mencurigakan

    kerana bungkusan yang diikat pada badan.

    Individu yang resah

    Wanita yang mengembara bersendirian

    Wanita dengan bagasi sedikit dan tidak mengenakan pakaian mengikut cuaca negara

    destinasi

    Penumpang yang membawa bungkusan, hadiah untuk orang lain

    Anjing pengesan, mesin x-ray atau pengimbas dan ujian air kencing turut digunakan bagi

    mengesahkan kehadiran dadah itu.