gagasan 1 malaysia ke arah pembentukan negara bangsa

Upload: muhammad-faiz

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    1/12

    Gagasan 1 Malaysia Ke arah Pembentukan

    Negara Bangsa

    http://1.bp.blogspot.com/-taJ0uk-xieQ/T8Nlh66-_tI/AAAAAAAABbM/Z-xx7FRpn6o/s1600/Untditled-2.jpg
  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    2/12

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    3/12

    merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi

    perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam membentuk sebuah negara.

    1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian

    berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib

    Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.1 Malaysia dilihatsebagai pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia

    sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.

    Dimana keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai

    integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan dan pemimpin serta rakyat perlu memahami

    dan menghayati lapan nilai yang telah digariskan didalam dasar 1 Malaysia.

    1 MALAYSIA DARI SUDUT EKONOMI

    Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

    segalanya perlu dinikmati secara bersama dan tiada masyarakat atau kaum yang akan

    dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

    Seperti yang dijelaskan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

    Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita

    mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam

    negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong

    kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi

    pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangandaripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita

    amalkan sejak sekian lama.

    Seperti mana yang diperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) oleh Perdana Menteri

    keenam Malaysia dimana matlamatnya adalah bertujuan menjadikan Malaysia sebagai

    ekonomi maju dan berdaya saing dengan rakyatnya tanpa mengira kaum menikmati

    kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang

    inklusif dan mampan.

    1 MALAYSIA DARI SUDUT SOSIAL

    Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat

    menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Semua kaum perlu

    mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada

    kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    4/12

    kaum, agama, budaya serta fahaman politik. 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan

    dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan

    Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk

    menghadapi sebarang cabaran.

    NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

    Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep 1 Malaysia dan nilai-nilai murni ini

    diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang

    menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

    1. Budaya Kecemerlangan

    Budaya cemerlang yang diamalkan secara sistematik akan membawa Malaysia ke tahap

    kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Pengamalan secara berterusan ini denganmementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan disertai

    prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.

    2. Ketabahan

    Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan

    negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala

    rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Ketabahan

    dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan

    kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan atau kemerosotanyang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya

    secara positif. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu

    diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat

    juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri,

    masyarakat dan negara.

    3. Rendah Hati

    Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang

    lain. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana

    kita berada.

    4. Penerimaan

    Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat

    persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik

    amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    5/12

    daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat

    penerimaan daripada masyarakat negara ini.

    5. Kesetiaan

    Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasikesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan akan membina kepercayaan

    berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap

    perhubungan.

    6. Meritokrasi

    Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi

    memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu

    pembangunan negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan

    kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteriatersebut berhak dipilih.

    7. Pendidikan

    Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai

    kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang

    berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu

    memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-

    galanya.

    8. Integriti

    Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan

    rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu

    diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira

    kedudukan.

    PEMBINAAN NEGARA BANGSA

    Pembinaan negara bangsa adalah matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah

    negara yang mempunyai multi etnik seperti malaysia, kemuncak kepada kejayaan dalam

    membina negara bangsa seperti Malaysia adalah kejayaan sesebuah negara, pentadbiran

    dan juga penduduknya. Pembinaan negara tanpa mengambil kira mewujudkan bangsa

    yang satu dalam keseluruhan rakyat negara akan merugikan negara pada masa akan

    datang. Tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa etnosentrime sebagai satu kumpulan

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    6/12

    bangsa bagi masyarakat multi etnik akan mewujudkan perbalahan dan perpecahan antara

    kaum. Ini secara tidak langsung akan menggugatkan kedudukan ekonomi negara,

    terutamanya persepsi para pelabur terhadap Malaysia sebagai negara yang tidak

    mempunyai perpaduan yang kukuh.

    Terdapat pelbagai pandangan dalam melangkah ke abad 21, pelbagai pendapat yangdilontarkan akan kemunculan suatu bentuk dunia yang baru akan mengakhiri sistem

    negara bangsa. Pendapat yang kini di anggap releven adalah sistem negara-wilayah.

    Sistem negara-wilayah ini dikatakan selari dengan zaman yang semakin canggih, sistem

    dunia tanpa sempadan dan zaman globalisasi. Pemikiran terhadap gelombang globalisasi

    dan kehidupan bersama di dunia tanpa sempadan mula tercetus sebagai alternatif terbaik

    bagi setiap warganegara dunia. Kecanggihan dunia dengan teknologi, komunikasi dan

    sains telah mendorong untuk melahirkan dunia tanpa sempadan. Topik-topik seperti ini

    juga kebiasaannya menjadi topik utama bagi pemikir terkenal seperti Ohmae, Fukuyama

    dan Naisbitt.

    Seperti yang kita ketahui, Malaysia sama sekali tidak menolak proses pembangunan dan

    proses perkembangan dunia. Malaysia juga tidak menolak pendapat yang menyatakan

    berakhirnya era negara bangsa apabila menerima kehadiran era globalisasi. Kewujudan

    Malaysia sebagai negara yang mempunyai multi etnik akibat penjajahan daripada pihak

    barat menyebabkan proses pembinaan bangsa itu sukar berlaku dan mengambil masa

    yang panjang disamping suatu cabaran yang besar bagi Malaysia.

    Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi manifestasi kepada keadaan cabaran sebenar yang

    digambarkan dalam usaha pembentukan pembinaan negara bangsa. Tindakan kerajaan

    dengan memperkenalkan dasar ekonomi baru (DEB) adalah untuk merapatkan jurang diantara semua kaum terutamanya tiga kaum terbesar di Malaysia disamping menyusun

    semula rakyat. Rentetan daripada itu, pelbagai dasar-dasar diperkenalkan, antaranya

    Dasar Kebudayaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara dan pembentukan

    parti politik pelbagai kaum seperti Barisan Nasional yang memberi ruang kepada

    pembinaan negara bangsa.

    Proses bina bangsa semakin hari diberi perhatian yang serius oleh pelbagai pihak, usaha

    perpaduan kini bergerak seiring dengan keperluan pembangunan ekonomi. Ini selari

    dengan cabaran untuk merealisasikan gagasan perdana menteri kelima iaitu Wawasan

    2020. Dasar ini merupakan perancangan masa panjang yang dirangka oleh kerajaan

    sebagai panduan bangsa dan negara yang maju. Kekuatan yang perlu digunakan oleh

    kerajaan bagi mencapai matlamat ini adalah nasionalisme, ia menjadi pegangan bagi

    pemilikan semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai

    kebangsaan yang dikongsi bersama.

    Nasionalisme menyediakan asas-asas kepada sesebuah bangsa dan negara bagi

    mempertahankan kumpulan negara bangsa supaya terus wujud. Nasionalisme yang wujud

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    7/12

    dalam negara kita perlulah bersandar kepada nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama oleh

    semua penduduk negara ini tanpa ada perbezaan. Hakikat yang perlu diketahui, konsep

    pembinaan negara bangsa adalah suatu proses yang melibatkan suatu jangka masa yang

    berpanjangan. Sekalipun sukar dan mengambil masa yang panjang, pembinaan negara

    bangsa adalah suatu perkara yang penting dalam sebuah masyarakat yang majmuk seperti

    Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan secaramenyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan.

    KONSEP NEGARA BANGSA

    Negara bangsa merujuk kepada kombinasi masyarakat dan negara yang berfungsi dalam

    wilayah yang mengkhusus persempadannya (Sodaro, 2001). Ia adalah berkenaan hidup

    dalam keadaan terintegrasi tanpa wujud perbezaan antara mereka sekaligus dapat

    menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara dan dapat mengelak daripadaberlakunya sebarang konflik antara kaum yang semestinya akan merugikan semua pihak

    di negara ini.

    Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara multi etnik seperti Malaysia adalah penting

    terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi. Cabaran seperti ini membuatkan

    pembinaan negara bangsa amat diperlukan bagi mengelakkan Malaysia terdedah kepada

    konflik perkauman yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sekiranya satu nilai

    kebangsaan yang dikongsi bersama tidak dapat diwujudkan dan dihargai oleh semua

    warganegara Malaysia. 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan negara bangsa

    yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satusama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai

    integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

    CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

    INTEGRASI

    Integrasi merupakan suatu proses yang mewujudkan suatu identiti nasional di kalangan

    kumpulan-kumpulan yang sudah terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam

    sesebuah unit politik. Ia terdiri daripada wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial,

    pendidikan dan politik. Integrasi merupakan salah satu instrumen penting dalam

    pembentukan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam negara. Aktiviti-aktiviti

    integrasi mampu mengikis perasaan perkauman yang sempit dan sekaligus boleh

    mengancam matlamat untuk membentuk negara bangsa. Contoh Konsep 1 malaysia

    adalah dasar untuk mewujudkan integriti dalam setiap kaum.

    NASIONALITI

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    8/12

    Nasionaliti adalah kewarganegaraan yang mewujudkan suatu bentuk identiti kepada

    semua orang sebagai warganegara dalam sesebuah negara itu. Elemen ini mewujudkan

    suatu bentuk identiti kepada semua individu yan terdapat dalam negara ini sebagai

    warganegara. Contohnya seperti kad pengenalan yang sama bagi warganegara Malaysia.

    Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti kebudayaan, sistem

    politik dan bahasa boleh menjadi penyatuan rakyat yang diiktiraf sebagai satu bentuknasionaliti kebangsaan. Contoh pengenalan Meritokrasi dalam gagasan 1 Malaysia:

    kesamarataan- Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan

    dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1 Malaysia.

    NASIONALISME

    Perasaan cinta kepada tanahair dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada

    semua pihak dalam sesebuah negara. Nasionalisme adalah asas membina semangat

    kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Prinsip utama dalam 1

    Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging). 1

    Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysiayang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi

    amalan setiap rakyat Malaysia.

    PATRIOTISME

    Kesetiaan teragung untuk tanahair, elemen patriotisme hadir selepas hadir perasaan

    nasionalisme. Melalui patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu berjuang

    membangunkan bangsa daripada kemunduran dan penindasan. Hanya bangsa yang kuat

    akan berjaya menghadapi cabaran abad ke-21. Bangsa yang kuat perlulah mempunyai

    keberanian, ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam ketahanan nasional.

    DEMOKRASI

    Alat mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan.

    Kekuatan demokrasi dalam membantu pembentukan negara bangsa ialah dari sudut

    pemberian hak kepada semua warganegara berkongsi ideologi yang satu dalam memilih

    pemerintahan negara.Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar

    belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

    Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat

    persetujuan secara bersama.

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    9/12

    KONSEP 1 MALAYSIA DARI SUDUT PANDANGAN PLURALISME

    Gagasan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan lagi perpaduan di

    kalangan rakyat, seiring dengan usaha untuk mencapai kejayaan dan perpaduan diMalaysia. Memandangkan dalam pembinaan sebuah negara maju perpaduan adalah

    antara pra syaratnya, maka, kerajaan lebih tertumpu kepada perpaduan antara masyarakat

    tanpa mempedulikan warna kulit dan bangsa. Umumnya, apabila seluruh warganegara

    Malaysia bersatu padu dan bersama berganding bahu dalam gagasan 1 Malaysia, usaha

    menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan mencapai

    objektifnya.

    Konsep 1 Malaysia ini ditiangi oleh beberapa teras utama, antaranya, penghijrahan

    daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada yang berlandaskan penerimaan,

    keadilan sosial dan nilai-nilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah

    berpandukan keluhuran Perlembagaan serta prinsip Rukun Negara. Malah, Malaysia

    masih kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara

    152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti ditintakan dalam Perlembagaan

    Persekutuan. Jadi, walaupun masyarakat memahami konsep 1 Malaysia sebagai

    kesamarataan diantara kaum di Malaysia, namun secara tersuratnya bangsa Melayu masih

    lagi dikekalkan kedudukannya sebagai bangsa ketuanan di Malaysia seperti mana

    mengikut perjanjian yang telah termaktub didalam kontrak sosial.

    Meneliti 8 nilai yang diketengahkan didalam konsep 1 Malaysia dapat diperhatikan

    bahawa 1 Malaysia bukan sahaja menekankan kepada semangat perpaduan diantara

    kaum, malah turut menekankan kepada modal insan rakyat dan pemimpin itu sendiri.

    Seiring dengan slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan memberi

    pengertian akan keprihatinan kerajaan kepada nasib rakyat dengan memberi keutamaan

    didalam apa perkara sekalipun. Dalam pembentukan sesebuah Negara, perlunya

    pemimpin dan rakyat sebagai anggota penggerak dan penentu keupayaan Negara. Maka,

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    10/12

    mereka akan saling memerlukan dan siapa yang lebih memerlukan rakyat kalau bukan

    pemimpin dan siapa yang akan memerintah rakyat kalau bukan pemimpin? Jadi disitulah

    terletaknya teori fungtional dimana diantara kedua-dua subjek ini saling memerlukan dan

    berfungsi untuk memenuhi skop masing-masing. Sesungguhnya matlamat akhir 1Malaysia adalah untuk meraikan kemajmukan dan kepelbagaian kaum di Malaysia

    sebagai senjata dan kekuatan demi kemajuan bersama.

    KONSEP 1 MALAYSIA DARI SUDUT PANDANGAN MARXISME

    Malaysia seperti yang diketahui berbilang kaum, bangsa dan agama. Untuk melahirkan

    perpaduan dalam Negara yang berbilang kaum, perlunya sesuatu instrumen kepada

    kebergantungan untuk mencapai apa yang dimiliki. Melihat kepada perkara ini, maka

    tersetuslah idea 1 Malaysia bagi melahirkan hanya 1 bangsa didalam sesebuah Negara.

    Kesalahfahaman konsep 1 Malaysia yang cuba diterapkan ini memberi seribu satu

    masalah dalam menginterpretasikannya didalam masyarakat. Rata-rata rakyat memahami

    konsep 1 Malaysia sebagai satu konsep mewujudkan kesamarataan diantara kaum yang

    wujud di Malaysia. Jadi 1 bangsa, 1 bahasa, dan 1 agama meliputi 1 negara. Maka disini

    timbulnya protes ketidakpuasan hati tentang kesamarataan yang dijelmakan diatas

    kesalahan menginterpretasikan makna konsep itu. Ini terbukti melalui iklan raya sinari

    lebaran yang ditayangkan di TV3 sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh

    bangsa Melayu beragama Islam pada September 2010 yang lalu. Iklan yang memaparkan

    kemeriahan beraya cuba menjelmakannya dalam konteks kepelbagaian perayaan

    dijadikan kepada 1 perayaan. Dalam iklan yang berdurasi 3 minit itu memaparkan

    perayaan Krismas, Buddha, Hindu dicampurkan menjadi satu dan diterjemahkan kepada

    simbol-simbol tertentu dalam menyambut Hari Raya. Perkara ini telah menimbulkan

    kemarahan rakyat Malaysia kerana agama Islam telah dicemari dengan unsur-unsur yang

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    11/12

    tidak patut sama sekali diletakkan tarafnya bersama.

    Sistem meritokrasi yang dibuka untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik

    membuka satu lapangan saingan sengit diantara masyarakat berbilang kaum. Walaupunmatlamatnya secara tersirat adalah untuk kesamarataan kaum tetapi sistem ini secara

    tidak langsung memencilkan kedudukan bangsa melayu sendiri dimana melihatkan

    kepada persaingan diantara kaum-kaum lain di Malaysia, kaum Melayulah yang paling

    ketinggalan. Jadi walaupun 1 Malaysia ini dikatakan untuk semua kaum dan bangsa,

    realitinya ia masih mengekalkan ketuanan bangsa Melayu itu sendiri. Dan disini

    menimbulkan konflik perkauman kepada bangsa lain yang tidak berpuas hati diatas

    dasar kesamaan yang tidak adil itu.

    Melihat kepada pengekalan perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2

    dan bahagian 3 seperti ditintakan dalam Perlembagaan Persekutuan menterjemahkan

    kepada persamaan diantara kaum di Malaysia menjadi 1 Malaysia ibarat A + B + C = A.

    Dimana bangsa Melayu dilihat mendominasi keistimewaannya sementelah bangsa

    Melayu adalah bangsa ketuanan dan ini juga yang dipersetujui oleh ketua kaum-kaum

    lain jika menyelak helaian sejarah dahulu. Walaupun hakikat konsep 1 Malaysia lebih

    memberi penekanan kepada A + B + C = D tetapi realitinya tidak seperti begitu. Masing-

    masing mahu mementingkan kaum tersendiri tanpa mengambil kira faktor 1 negara yang

    dihuninya.

    KESIMPULAN

    Gagasan satu Malaysia ke arah pembentukan negara bangsa yang membawa aspirasi

    untuk memperkukuhkan hubungan kaum. Semua kaum perlu menganggap bahawa

    mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Nilai-

  • 7/28/2019 Gagasan 1 Malaysia Ke Arah Pembentukan Negara Bangsa

    12/12