g dan nota-kawad

6
Kawat - Asas Barisan Asas Perbarisan Kawat dan perbarisan merupakan satu aktiviti yang harus diketahui oleh semua pengakap. Kawat ialah pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. Semasa dalam perbarisan, pengakap yang mengambil bahagian hendaklah melakukan pergerakan yang diarahkan secara serentak. Dengan demikian setiap hentakan kaki dan sebutan dapat di dengar dalam satu bunyi atau pun suara. Babaimanapun, sebelum pengakap dapat memahirkan diri dalam kawat atau mengambil bahagian dalam perbarisan, mereka harus tahu melakukan gerakan asas dalam kawat. Antaranya ialah sedia, senang diri, rehatkan diri, masuk baris, keluar baris, pandang depan, pusing kiri dan kanan, berjalan dan berhenti serta gerakan lain dengan betul. Untuk itu, latihan yang cukup adalah perlu. Setelah dapat menguasai gerakan-gerakan asas ini pengakap bolehlah diajar berkawat dalam barisan. 1

Upload: perodua1962

Post on 01-Jan-2016

167 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: g Dan Nota-kawad

Kawat  -   Asas Barisan

Asas Perbarisan

Kawat dan perbarisan merupakan satu aktiviti yang harus diketahui

oleh semua pengakap. Kawat ialah pergerakan anggota badan

seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. Semasa

dalam perbarisan, pengakap yang mengambil bahagian

hendaklah melakukan pergerakan yang diarahkan secara

serentak. Dengan demikian setiap hentakan kaki dan sebutan

dapat di dengar dalam satu bunyi atau pun suara.

Babaimanapun, sebelum pengakap dapat memahirkan diri dalam

kawat atau mengambil bahagian dalam perbarisan, mereka

harus tahu melakukan gerakan asas dalam kawat. Antaranya

ialah sedia, senang diri, rehatkan diri, masuk baris, keluar baris,

pandang depan, pusing kiri dan kanan, berjalan dan berhenti

serta gerakan lain dengan betul. Untuk itu, latihan yang cukup

adalah perlu. Setelah dapat menguasai gerakan-gerakan

asas ini pengakap bolehlah diajar berkawat dalam barisan.

                                  

1

Page 2: g Dan Nota-kawad

Sedia                               Senang Diri

                           

         Rehatkan Diri                           Pusing Ke Kanan

                                          

              Pusing Ke Kiri                     Hadapan Lulus

2

Page 3: g Dan Nota-kawad

                                         

       Kanan Lulus                        Pusing Ke Belakanghttp://www.scoutkn.org/log/utama/kw.htm

PELAJARAN 1 : SEDIA

Kedudukan sedia (Pertunjukan dan penerangan )

Kedudukan Sedia ……..tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 70cm; lutut

tegang, badan tegak dengan berat seimbang di antara kedua-dua tapak kaki

dan tumit, bahu-bahu bawa kebelakang supaya dapat berada dalam

keadaan biasa dengan tiada menyusah atau mengeraskan badan. Tangan

lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan, pergelangan tangan lurus,

tapak tangan tutup (bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha,

ibu jari tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan kebelakang sedikit

dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar baju dan

memandang terus kehadapan.

PELAJARAN 2 : SENANG DIRI

(Pertunjukan dan penerangan)

Biarkan kaki kanan tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang “angkat

kaki kiri” ke hadapan, bengkok lutut, peha paras bawa kaki kiri ke sebelah

kiri hentak ke bumi. Jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 32cm, pada

ketika yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari

bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa

3

Page 4: g Dan Nota-kawad

yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kiri supaya berat seimbang.

SEDIA DARI SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan)

Angkat kaki kiri ke hadapan bengkok lutut peha paras, hujung kaki junam ke

bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan

sedia, pada masa yang samabawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam

kedudukan sedia. Dengan teriakan "UP!".

PELAJARAN 3 : REHATKAN DIRI

(Pertunjukkan dan Penerangan)

Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa ( 1 - 2 - 3 rehat ) Kendurkan

anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa

menggerakkan kaki.

Peringatan:

a. kecuali dalam perbarisan-perbarisan tertentu , satu tangan bolehlah

digunakan untuk membetulkan pakaian dan lain-lain.

b. Dengan hukuman “Skuad” kedudukan senang diri hendaklah dilakukan

semula. Ini adalah hukman yang tak ada amaran sebelumnya.

PELAJARAN 4 : BERBARIS DALAM TIGA BARISAN

(Pertunjukkan dan Penerangan)

TIGA BARISAN - DI HADAPAN SAYA - GERAK.

Peserta berbaris dalam tiga barisan ( hadapan , tengah dan belakang) 70

cm. jarak di antara baris dan jarak jauh satu tangan ( dengan jari

digenggam) di antara seorang. Peserta itu berdiri rehat. (rehatkan diri)

Peringatan:

4

Page 5: g Dan Nota-kawad

a. Perkataan hukuman di atas adalah mencukupi buat latihan permulaan.

b. Semasa berbaris dalam tiga barisan kadang kala ada kekosongan barisan.

Kalau kekosongan 2 orang duduknya difail no.2 dari kiri barisan tenganh dan

belakang, kalau kosong seorang duduknya di fail no.2 dari kiri barisan

tengah.

PELAJARAN 5 : MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN )

LURUS BARISAN DENGAN NOMBOR.

1. Ke kanan lurus - Satu. Angkat tangan kanan paras bahu orang di

sebelah kanan jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan ke atas,

penggengam tangan kena bahu orang di sebelah kanan/kiri

2. Skuad - dua. Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta

meluruskan barisan, tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka

dua orang selang darinya. Dengan pantas, orang di sebelah kanan barisan

tengah dan belakang tentukan jaraknya kebarisan hadapan 70cm.

3. Pandang hadapan. Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke

hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan lengan lurus.

http://rosmah.blogspot.com/2010/02/bahasa-hukuman-kawad.html

http://www.freewebs.com/hanyc93/lencanausaha.htm

5