foto m.o. salleh budak pintar matematik, adi, … bh pg 1.pdf · atas kertas setelah mendarab angka...

1
SOLAT hd Osman. Lebih 500 orang yang sudah men- daftar untuk menyertai bengkel tersebut. kanak lain agar mereka tidak lihat matematik sebagai satu mata pelaja- ran yang susah,” ujar Adi, yang ber- asal dari Perak. ngan kebolehannya menghuraikan masalah matematik yang rumit. Pada usia sembilan tahun, dia barangan makanan kesihatan yang dipasarkan di bawah namanya. Bosan dengan sekolah dan sis- ngenai 12 formula matematik yang diciptanya sendiri – hanya sebahagi- an daripada lebih 200 formula yang telah diciptanya. Oleh IRMA KAMARUDIN [email protected] BILANGAN pesakit terus ke Ja- batan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) semakin bertambah, seku- rang-kurangnya di dua hospital awam sejak beberapa tahun lalu. Jumlah pesakit yang kian ramai itu menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lebih lama bagi menda- patkan rawatan. A&E Hospital Besar Changi (CGH) misalnya menerima secara purata 463 pesakit setiap hari sepan- jang Januari lalu – berbanding 432 pesakit sehari tahun lalu. Hospital Universiti Nasional (NUH) pula menerima secara purata 360 pesakit sehari. Namun, bilangan tersebut boleh meningkat kepada 400 pesakit sehari. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CGH, Dr Lee Chien Earn, berkata bi- langan pesakit di A&E hospitalnya bertambah sejak beberapa tahun la- lu dan mereka diserang sakit yang lebih teruk. Ini menyebabkan masa menung- gu semakin panjang, katanya. “Disebabkan itu, kakitangan pe- rubatan kami perlu meluangkan le- bih masa ke atas setiap pesakit,” ka- ta Dr Lee ketika menjelaskan me- ngapa masa menunggu semakin la- ma di Jabatan A&E di CGH. Menurutnya, pesakit yang meng- alami sakit ringan pula perlu me- nunggu lebih lama, iaitu sekitar tiga jam atau lebih, bagi mendapatkan ra- watan kerana hospital itu perlu me- layani terlebih dahulu pesakit yang lebih kritikal. Dr Lee menasihatkan pesakit yang mengalami sakit ringan agar berjumpa doktor biasa (GP) bagi mendapatkan rawatan. Kos rawatan di A&E CGH pula ialah $95, termasuk ujian dan peme- riksaan standard. Ketua dan Konsultan Kanan Jaba- tan Perubatan Kecemasan NUH, Profesor Madya Malcolm Mahade- van, pula berkata jumlah pesakit di A&E NUH telah meningkat kerana ramai yang mungkin kurang penge- tahuan tentang sakit mereka. Mereka juga mungkin berpenda- pat bahawa rawatan di hospital ada- lah lebih baik daripada klinik biasa, kata beliau. “Kami mempunyai penduduk yang semakin menua dan golongan warga emas ini mungkin lebih yakin dengan rawatan di hospital bagi sa- kit walaupun ringan,” kata Profesor Madya Mahadevan. Beliau menambah jumlah pesakit di A&E dijangka meningkat pada musim selesema dan musim pera- yaan kerana biasanya ramai yang mengalami sakit perut gastrousus di- sebabkan makan tanpa had. Mengulas tentang rawatan di A&E, seorang jurucakap NUH ber- kata keutamaan perlu diberi kepada pesakit serius atau mengancam nya- wa. Oleh itu, kes pesakit tidak serius dan tidak memerlukan ujian lanjut perlu menunggu sekurang-kurang- nya satu jam. Bahkan masa menunggu bagi kes pesakit tidak serius yang dihantar ke A&E dengan ambulans adalah anta- ra dua dengan tiga jam. E Laporan lain 4&5 Namun, tempoh menunggu anta- ra dua dengan tiga jam itu juga seja- jar dengan garis panduan Kementeri- an Kesihatan (MOH). “Banyak kes sakit ringan seperti batuk, selesema dan cirit-birit boleh dirawat pada tahap penjagaan awal kerana ia memerlukan rawatan stan- dard yang tidak ada bezanya antara hospital dengan GP. “GP telah dilatih untuk mengenal pasti kes lebih serius dan merujuk- kannya kepada kami di jabatan kece- masan jika perlu. “Dengan berkunjung ke GP, ini akan membantu menjimatkan sum- ber dan masa di jabatan tersebut ba- gi kes lebih serius, atau mengurang- kan masa menunggu,” kata juruca- kap NUH itu. Kos rawatan di A&E NUH pula adalah $100 – termasuk konsultasi asas dan diagnosis, siasatan dan prosedur makmal asas, ujian X-ray dan ubat-ubatan. Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Tay Seow Yian, pula ber- kata secara purata jabatannya me- nerima sekitar 443 kes sehari tahun lalu, dengan sekitar 20 peratus meru- pakan kes pesakit yang dihantar de- ngan ambulans. Jumlah purata pesakit itu juga mencatatkan kenaikan sebanyak 6 peratus berbanding 2011. Menurut Dr Tay, pesakit yang mengunjungi A&E TTSH akan di- asingkan mengikut keadaan mereka oleh seorang jururawat. “Pengasingan membantu memas- tikan penjagaan dapat disediakan ba- gi kes yang lebih genting dan ke- utamaan diberi kepada pesakit dalam keadaan lebih serius atau me- ngancam nyawa,” kata Dr Tay. Beliau menambah A&E TTSH menerima sebanyak 54 peratus kes kritikal dan sakit sederhana dan 46 peratus kes ‘kecemasan kecil’. Jumlah kes pesakit tidak perlu- kan rawatan kecemasan pula hanya membentuk 0.3 peratus daripada ke- seluruhan kes di A&E. Memberi contoh, Dr Tay berkata kes pesakit berkeadaan kritikal ter- masuk mereka yang mengalami se- rangan jantung atau trauma besar. Contoh pesakit yang disifatkan dalam kategori ‘sakit sederhana’ ialah mereka yang rasa hendak pi- tam atau keretakan tulang kaki. Kes kecemasan kecil pula terma- suk pesakit mengalami luka, terke- hel, demam yang berpanjangan dan sakit perut. Dr Tay berkata pesakit yang berkeadaan kritikal akan seberapa segera ditemui doktor dan masa menunggu adalah sekitar 28 minit pada tahun lalu. Bagaimanapun, masa menunggu bagi kes kecemasan kecil pula ialah 54 minit pada tahun lalu. Pesakit yang tidak perlukan ra- watan kecemasan pula akan dilayan selepas pesakit perlukan rawatan ce- mas rmenemui doktor. “Pesakit akan sentiasa dimaklum- kan mengenai masa menunggu me- nerusi papan maklumat pesakit yang terdapat di semua jabatan kami,” ka- ta Dr Tay. Subuh . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5.49 Syuruk . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7.06 Zuhur . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1.11 Asar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4.15 Maghrib . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7.13 Isyak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 8.22 A&E kian ‘tenat’ rawat kes kurang kritikal LIMA JAM: Hospital Besar Changi memberi maklumat kepada pengunjung dan pesakit mengenai masa menunggu di Jabatan A&E dengan meletakkan notis di kaunter mereka. – Foto TUKIMAN WARJI Masa menunggu untuk dapatkan rawatan lebih lama

Upload: dangxuyen

Post on 04-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Foto M.O. SALLEH Budak pintar matematik, Adi, … BH Pg 1.pdf · atas kertas setelah mendarab angka ... E Laporan lain 4 & 5 Namun, ... pada tahun lalu. Bagaimanapun, masa menunggu

SOLAT

Oleh NUR’ADILAH [email protected]

KURANG 20 saat.Itulah masa yang diambil genius

atau budak pintar matematik dariMalaysia, Adi Putra Abdul Ghani,12 tahun, untuk mendarab 280,987(tarikh lahir penulis) dengan999,999.

“280,986,719,013,” tulis Adiatas kertas setelah mendarab angkaitu dalam mindanya tanpa meng-gunakan kalkulator.

Ternyata, jawapannya tepat se-telah dibandingkan dengan kiraankalkulator telefon bimbit wartawan.

Dia kini berada di Singapura atasundangan Jamiyah Singapura untukmengendalikan bengkel matematik.

Semalam, Adi mengongsi rahsiadan formula mengira dalam satubengkel bersama penghuni DarulMa’wa di Guillemard Crescent.

“Jangan pakai kalkulator. Gunaotak anda kerana ia lebih ber-kuasa,” ujar Adi dalam bengkel le-bih sejam itu, yang turut me-nyelitkan kata-kata motivasi kepa-da kanak-kanak – ada yang hampirsebaya atau lebih tua daripadanya.

Hari ini dia akan menghadiri Maj-lis Maulud Nabi di Bedok Stadium,dari 6 petang hingga 10 malam.

Esok, Adi akan mengendalikanbengkel I am a Genius and Head-start in Mathematics di auditoriumMasjid Sultan bersama guru mate-matik dari Singapura, Cik Aisah Mo-hd Osman.

Lebih 500 orang yang sudah men-daftar untuk menyertai bengkeltersebut.

“Saya ingin mengajar kanak-kanak lain agar mereka tidak lihatmatematik sebagai satu mata pelaja-ran yang susah,” ujar Adi, yang ber-asal dari Perak.

Sejak berusia enam tahun, Adi te-lah menarik perhatian Malaysia de-ngan kebolehannya menghuraikanmasalah matematik yang rumit.

Pada usia sembilan tahun, dia

menjadi ketua pegawai eksekutif(CEO) syarikatnya yang menjualbarangan makanan kesihatan yangdipasarkan di bawah namanya.

Bosan dengan sekolah dan sis-

tem pendidikan yang dirasakan‘tidak sepadan’ dengan kebolehan-nya, Adi kini dididik di rumah.

“Kami masih cari sistem pendi-dikan terbaik buatnya. Ada pelba-gai saranan yang kami terima me-ngenai pendidikannya tetapi setakatini kami hanya lakukan kaedah trialand error (cuba-cuba) sahaja,” ujaribunya, Cik Seri Hana Elias, 38tahun, yang akur tidak mempunyaikepakaran dalam matematik.

Adi kini seorang jurulatih danpensyarah yang telah mengendalibengkel matematik kepada ribuankanak-kanak di Malaysia dan Bru-nei.

Dia pernah ke Singapura keranamenghadiri satu bengkel motivasipada 2009, tetapi kini ingin mengen-dalikan bengkel matematik di nega-ra ini pula.

Baru-baru ini, dia menghasilkanbuku Seni Matematik Islam me-ngenai 12 formula matematik yangdiciptanya sendiri – hanya sebahagi-an daripada lebih 200 formula yangtelah diciptanya.

Oleh IRMA [email protected]

BILANGAN pesakit terus ke Ja-batan Kemalangan dan Kecemasan(A&E) semakin bertambah, seku-rang-kurangnya di dua hospitalawam sejak beberapa tahun lalu.

Jumlah pesakit yang kian ramaiitu menyebabkan pesakit terpaksamenunggu lebih lama bagi menda-patkan rawatan.

A&E Hospital Besar Changi(CGH) misalnya menerima secarapurata 463 pesakit setiap hari sepan-jang Januari lalu – berbanding 432pesakit sehari tahun lalu.

Hospital Universiti Nasional(NUH) pula menerima secara purata360 pesakit sehari. Namun, bilangantersebut boleh meningkat kepada400 pesakit sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)CGH, Dr Lee Chien Earn, berkata bi-langan pesakit di A&E hospitalnyabertambah sejak beberapa tahun la-lu dan mereka diserang sakit yanglebih teruk.

Ini menyebabkan masa menung-gu semakin panjang, katanya.

“Disebabkan itu, kakitangan pe-rubatan kami perlu meluangkan le-bih masa ke atas setiap pesakit,” ka-ta Dr Lee ketika menjelaskan me-ngapa masa menunggu semakin la-ma di Jabatan A&E di CGH.

Menurutnya, pesakit yang meng-alami sakit ringan pula perlu me-nunggu lebih lama, iaitu sekitar tigajam atau lebih, bagi mendapatkan ra-watan kerana hospital itu perlu me-layani terlebih dahulu pesakit yanglebih kritikal.

Dr Lee menasihatkan pesakityang mengalami sakit ringan agarberjumpa doktor biasa (GP) bagimendapatkan rawatan.

Kos rawatan di A&E CGH pulaialah $95, termasuk ujian dan peme-riksaan standard.

Ketua dan Konsultan Kanan Jaba-tan Perubatan Kecemasan NUH,Profesor Madya Malcolm Mahade-van, pula berkata jumlah pesakit diA&E NUH telah meningkat keranaramai yang mungkin kurang penge-tahuan tentang sakit mereka.

Mereka juga mungkin berpenda-pat bahawa rawatan di hospital ada-lah lebih baik daripada klinik biasa,kata beliau.

“Kami mempunyai pendudukyang semakin menua dan golonganwarga emas ini mungkin lebih yakindengan rawatan di hospital bagi sa-kit walaupun ringan,” kata ProfesorMadya Mahadevan.

Beliau menambah jumlah pesakitdi A&E dijangka meningkat padamusim selesema dan musim pera-yaan kerana biasanya ramai yangmengalami sakit perut gastrousus di-sebabkan makan tanpa had.

Mengulas tentang rawatan diA&E, seorang jurucakap NUH ber-kata keutamaan perlu diberi kepadapesakit serius atau mengancam nya-wa.

Oleh itu, kes pesakit tidak seriusdan tidak memerlukan ujian lanjutperlu menunggu sekurang-kurang-nya satu jam.

Bahkan masa menunggu bagi kespesakit tidak serius yang dihantar keA&E dengan ambulans adalah anta-ra dua dengan tiga jam.

E Laporan lain 4 & 5

Namun, tempoh menunggu anta-ra dua dengan tiga jam itu juga seja-jar dengan garis panduan Kementeri-an Kesihatan (MOH).

“Banyak kes sakit ringan sepertibatuk, selesema dan cirit-birit bolehdirawat pada tahap penjagaan awalkerana ia memerlukan rawatan stan-dard yang tidak ada bezanya antarahospital dengan GP.

“GP telah dilatih untuk mengenalpasti kes lebih serius dan merujuk-kannya kepada kami di jabatan kece-masan jika perlu.

“Dengan berkunjung ke GP, iniakan membantu menjimatkan sum-ber dan masa di jabatan tersebut ba-gi kes lebih serius, atau mengurang-kan masa menunggu,” kata juruca-kap NUH itu.

Kos rawatan di A&E NUH pulaadalah $100 – termasuk konsultasiasas dan diagnosis, siasatan dan

prosedur makmal asas, ujian X-raydan ubat-ubatan.

Sementara itu, Ketua JabatanKecemasan, Hospital Tan Tock Seng(TTSH), Dr Tay Seow Yian, pula ber-kata secara purata jabatannya me-nerima sekitar 443 kes sehari tahunlalu, dengan sekitar 20 peratus meru-pakan kes pesakit yang dihantar de-ngan ambulans.

Jumlah purata pesakit itu jugamencatatkan kenaikan sebanyak 6peratus berbanding 2011.

Menurut Dr Tay, pesakit yangmengunjungi A&E TTSH akan di-asingkan mengikut keadaan merekaoleh seorang jururawat.

“Pengasingan membantu memas-tikan penjagaan dapat disediakan ba-gi kes yang lebih genting dan ke-utamaan diberi kepada pesakitdalam keadaan lebih serius atau me-ngancam nyawa,” kata Dr Tay.

Beliau menambah A&E TTSHmenerima sebanyak 54 peratus keskritikal dan sakit sederhana dan 46peratus kes ‘kecemasan kecil’.

Jumlah kes pesakit tidak perlu-kan rawatan kecemasan pula hanyamembentuk 0.3 peratus daripada ke-seluruhan kes di A&E.

Memberi contoh, Dr Tay berkatakes pesakit berkeadaan kritikal ter-masuk mereka yang mengalami se-rangan jantung atau trauma besar.

Contoh pesakit yang disifatkandalam kategori ‘sakit sederhana’ialah mereka yang rasa hendak pi-tam atau keretakan tulang kaki.

Kes kecemasan kecil pula terma-suk pesakit mengalami luka, terke-hel, demam yang berpanjangan dansakit perut.

Dr Tay berkata pesakit yangberkeadaan kritikal akan seberapasegera ditemui doktor dan masa

menunggu adalah sekitar 28 minitpada tahun lalu.

Bagaimanapun, masa menunggubagi kes kecemasan kecil pula ialah54 minit pada tahun lalu.

Pesakit yang tidak perlukan ra-watan kecemasan pula akan dilayan

selepas pesakit perlukan rawatan ce-mas rmenemui doktor.

“Pesakit akan sentiasa dimaklum-kan mengenai masa menunggu me-nerusi papan maklumat pesakit yangterdapat di semua jabatan kami,” ka-ta Dr Tay.

Subuh ...................... 5.49Syuruk ...................... 7.06Zuhur ....................... 1.11Asar .......................... 4.15Maghrib ................... 7.13Isyak .......................... 8.22

A&E kian ‘tenat’ rawat kes kurang kritikal

Budak pintar habiskan kiraan 280,987 x 999,999 kurang 20 saatMICA (P) 041/11/2012 60 senhttp://cyberita.asia1.com.sg

LIMA JAM: Hospital Besar Changi memberi maklumat kepada pengunjung danpesakit mengenai masa menunggu di Jabatan A&E dengan meletakkan notis dikaunter mereka. – Foto TUKIMAN WARJI

MATEMATIK MUDAH: Budak pintar matematik, Adi, menunjukkan cara mendarab menggunakan formula 'pelangi' yangdiciptanya dalam satu bengkel di Darul Ma'wa, semalam. – Foto M.O. SALLEH

Sabtu, 30 Mac 2013 (18 Jamadilawal 1434)

Masa menungguuntuk dapatkanrawatanlebih lama

’Jangan pakaikalkulator.Guna otakanda kerana ia

lebih berkuasa.– Adi Putra Abdul Ghani,12 tahun.

MUKA 6, 7

MUKA 15

Penulis beri jawapan kenapa tunai haji terpaksa menunggu lama...

Kembang niaga logistik ke Pulau Mutiara

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle