analisa reka bentuk kerusi menunggu di … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi...

24
ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK Aini Madihah Binti Mohamad Arip Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian TT (Teknologi Senireka) 196 2007 A295 2007

Upload: vothuy

Post on 13-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK

Aini Madihah Binti Mohamad Arip

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian TT (Teknologi Senireka) 196 2007 A295 2007

Page 2: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

I

" LiSar .h..tUdmal 1\1 UNIVERSfTl MALiAKJuma[ AKaLJ.

. YSIA SARAWAJI 4,00 KOla Samaral1:t1l

ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK

J

AINI MADIHAH BINTI MOHAMAD ARIP

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Deugau Kepujiau

(Teknologi Seni Reka Perindustrian)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

2007

Page 3: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya, AINI MADIHAH BINTI MOHAMAD ARIP (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesisl Laporan*ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat Kegunaan seperti berikut :

1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pengkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan D

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah Keselamatan atau kepentingan seperti termaktub Didalam AKTA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah di tentukan oleh organisasi Ibadan dimana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tarikh:

Alamat Tetap : KM 34 KG. SG. BAT ANG 36200 SELEKOH PERAK DARUL RIDZUAN

Page 4: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

*Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk "Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian kes

Hospital Umum Sarawak" telah disediakan oleh Aini Madihah Binti Mohamad

Arip dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi

syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka

Perindustrian).

Diterima untuk diperiksa oleh :

Tarikh:

$"·/0. ~?

II

Page 5: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kumia-Nya,

saya dapat menyiapkan penulisan ilmiah ini serta menghasilkan Projek Penyelidikan

Tahun Akhir iaitu "Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian Kes

Hospital Umum Sarawak".

Jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Khairul Aidil Azlin di atas teguran

dan nasi hat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan, tidak lupa kepada

Encik Musdi Bin Hj. Shanat yang telah ban yak membantu dalam proses perkembangan

idea, serta Encik Firdaus Abong Abdullah yang memberi dorongan serta tunjuk ajar.

Ribuan terima kasih juga kepada semua pensyarah Teknologi Seni Reka dari program

Grafik dan Fesyen yang banyak membantu dalam projek penyelidikan ini.

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga

tersayang yang banyak memberi dorongan. Teristimewa buat bonda tercinta Puan

Aishah Binti Hj. Ahmad serta ayahanda yang dikasihi Tuan Hj. Mohd. Arif Bin Hj.

Mohd. Yasin yang sentiasa memberi sokongan serta mendoakan kejayaan saya di dalam

pelajaran.

Seterusnya buat ternan-ternan seperjuangan yang sentiasa tersemat di hati. Tidak

lupa juga ribuan terima kasih kepada Encik Sudiman yang telah banyak menyumbang

tenaga membantu ketika menyiapkan tugasan projek serta kepada sesiapa yang turut

terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.

Semoga segalanya menjadi ingatan buat selamanya.

T erima Kasih.

III

Page 6: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN PENGHARGAAN iii KANDUNGAN

ABSTRACT

iv ABSTRAK v

BAB1 PENGENALAN PROJEK PENYELIDlKAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Objektif 4 1.4 Metodologi Penyelidikan 5 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Hipotesis 7

BAB2 KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan dan Huraian 8

BAB3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 10 3.2 SumberData 10

BAB4 ANALISA DATA 4.1 Demografi 13 4.2 Cadangan Reka Bentuk 14 4.3 Kesimpulan Analisis Data 21

BAB5 HASIL DAPATAN KAJIAN 5.1 Proses Penghasilan Reka Bentuk 22 5.2 Spesifikasi Reka Bentuk 23 5.3 Cadangan Reka Bentuk 25 5.4 Reka Bentuk 26

5.4.1 Cadangan Akhir 26

BAB6 KESIMPULAN 30

RUJUKAN 31

LAMPIRAN 32

IV

Page 7: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian Kes Hospital Umum Sarawak

Aini Madihah Binti Mohamad Arip

Program Teknologi Seni Reka Perindustrian Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRAK

Pada masa sekarang, pereka mengguna dan menggabungkan pelbagai bahan seperti

keluli, plastik, dan kayu untuk mereka bentuk sebuah kerusi. Reka bent uk sesebuah

kerusi di ruang menunggu hospital akan diaplikasikan dengan elemen fizikal dan

psikologikal. Ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah terhadap reka bentuk kerusi di

lobi hospital. Reka bentuk sedia ada tidak memberi sepenuh keselesaan kepada

pengguna kerana kualiti rekaan yang digunakan dalam pembuatan sesebuah kerusi tidak

mengalami evolusi. Kajian ini melaporkan keputusan rekaan yang dijalankan terhadap

reka bentuk kerusi di lobi Hospital Umum Sarawak. Antara elemen yang dikaji ialah

dari segi pembuatan, bahan, dan reka bentuk. Rekaan terhadap kerusi ini akan memberi

perubahan terhadap ruang menunggu hospital untuk masa hadap'an.

ABSTRACT

Nowadays, designers apply and combine many types ofmaterials such as steel, plastic,

and wood to design a chair. Chair design in the hospital waiting area will be applied

with the physical and psychological elements. The problem is to solve the chair's design

at the hospital's lobby. The current designs are not comfortable for users because the

design is not quality and do not have evolution. This study will present the design result

about waiting chair's design at the General Hospital Sarawak. The elements that will be

studied such as, from manufacturing, material, and design. The design will change the

wailing area situation in the future.

v

Page 8: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

BAB 1

,...

1.1 Pengenalan

PENGENALAN PROJEK PENYELIDlKAN

Ruang menunggu adalah sebuah kawasan di mana sesebuah keluarga, kawan­

kawan, mahupun sahabat handai menanti pesakit ketika sedang menerima rawatan. Pada

kebiasaannya, ruang menunggu ini terletak ruang legar utama hospital. Di dalam ruang

menunggu sememangnya mempunyai beberapa buah kerusi menunggu yang telah

disediakan. Kerusi yang terdapat di ruang menunggu hospital adalah berpasangan sarna

ada empat unit atau lima unit.

Rekaan kerusi yang elok adalah perkara yang penting untuk kemudahan pesakit

serta pengunjung yang mengunjungi hospital. Sesuatu rekaan kerusi perlulah

mempunyai elemen-elemen penting yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

Misalnya, dari segi keselesaan ketika menggunakan kerusi terse but.

Penyelidikan yang dijalankan adalah berkenaan proses untuk mendapatkan

sesuatu rekaan yang baru dan terbaik untuk kerusi menunggu di hospital. Segala bahan

atau maklumat yang diperoleh akan digunakan sebagai rujukan atau panduan untuk

menghasilkan sebuah rekaan terbaru. Rekaan tersebut akan diaplikasikan dengan idea­

idea yang bernas yang diperoleh melalui kajian dan penyelidikan yang telah dibuat.

Page 9: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

, Secara keseluruhannya, penyelidikan yang dijalankan adalah bertujuan untuk

mereka bentuk kerusi menunggu di hospital awam. Rekaan tersebut akan diaplikasikan

dengan menambah elemen dari segi fizikal dan psikologikal untuk memberi keselesaan

kepada pengguna atau para pengunjung semasa menunggu di kawasan lobi hospital.

Rajah 1.1: Ruang menunggu yang terdapat di Hospital Umum Sarawak

1.2 Penyataan Masalah

Sehingga kini, kerusi menunggu yang sedia ada di hospital awam masih lagi

menggunakan atau mengaplikasikan bahan-bahan yang tidak sesuai serta tahan lama.

Material merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan dalam membuat sesuatu

rekaan kerusi. Pemilihan material perlulah tepat agar memberi impak yang positif

kepada pengguna.

Terdapat beberapa masalah teknikal terhadap rekaan kerusi sedia ada yang terdapat

di hospital. Misalnya rekaan kerusi yang tidak dapat diselaraskan dengan betul, mudah

patah atau rosak, tidak selesa, serta tidak dapat menampung beban dengan stabil.

Dalam pada itu juga, rekaan kerusi yang sedia ada ini tidak mengalami perubahan

evolusi terhadap reka bentuk yang lebih ergonomik. Rekaan terse but telah lama direka

2

Page 10: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

dan masih lagi digunakan sehingga sekarang. Dalam era globalisasi ini, negara perlu

mengambil inisiatif yang berguna terhadap sesuatu rekaan di dalam negara.

Rajah 1.2: Bahagian kaki kerusi yang tidak stabil merupakan punca masalah yang utama.

3

Page 11: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

________

,.....

1.3 Objektif

1.3.1 Penyelidikan yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah yang terdapat

pada reka bentuk kerusi menunggu di hospital. Beberapa masalah yang sering

dialarni oleh pengguna, merupakan salah satu perkara yang perlu dibendung

sarna ada melalui reka bentuk, mahupun kesesuaian material yang digunakan.

1.3.2 Selain itu, pengkaji juga membuat analisa terhadap reka bentuk kerusi

menunggu sedia ada. Hal ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan reka

bentuk kerusi di samping menjadi panduan untuk menghasilkan rekaan terbaru

kerusi menunggu.

1.3.3 Menghasilkan sebuah reka bentuk kerusi menunggu berpandukan maklumat

yang diperoleh. Hal ini bermaksud, segal a keputusan analisa data melalui kaji

selidik digunakan untuk menghasilkan suatu rekaan baru. Misalnya, pemilihan

material yang kukuh dan tahan lama .

4

L~_____________________________________________________________

Page 12: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

l>t·s t J( h'~""at Maldum::tt Aka(ie~ik I · 1 ., · lfl ~LALAYS'A ARAWAJ(

1.4 Metodologi Penyelidikan

1.4.1 Pemerhatian

Melalui kaedah ini, pemerhatian dilakukan dengan membuat tinjauan di

beberapa buah kawasan yang berkaitan dengan penyelidikan. Kaedah yang

dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang sedia ada.

Pemerhatian dijalankan terhadap reka bentuk sesebuah rekaan yang sedia ada.

1.4.2 Rakaman Visual

Kaedah yang dilakukan adalah berkaitan dengan pengambilan gambar-gambar

yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Mengambil imej atau gambar

berkenaan situasi sesuatu kawasan.

1.4.3 Temubual

Membuat temubual secara rambang ke atas beberapa pihak di sekitar kawasan

penyelidikan. Temubual sambi Ian yang dilakukan adalah bertujuan untuk

mengetahui beberapa aspek penting iaitu masalah yang sering dial ami oleh pihak

tersebut.

5

Page 13: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

,...

1.4.4 Pengumpulan Data

1.4.4.1 Data Primer

Segal a data diperolehi melalui pengedaran borang kaji selidik serta hasil dapatan

daripada penyelidikan.

1.4.4.2 Data Sekunder

Pengumpulan data adalah melalui beberapa kaedah yang merangkumi

penyelidikan melalui internet serta bahan penerbitan seperti buku dan majalah.

1.4.5 Analisa Data

Me1akukan penganalisaan semua data yang diperoleh berpandukan penyelidikan

yang telah dijalankan.

1.5 Skop Kajian

Kajian yang dilakukan perlulah mencapai matlamat serta objektif yang sebenar

di dalam penyelidikan. Untuk mencapai objektiftersebut, segala maklumat tentang reka

bentuk sesebuah kerusi perlu difahami dengan teliti. Melalui pemahaman tersebut faktor

ergonomik adalah salah satu aspek penting dalam menghasilkan sesebuah rekaan kerusi.

Kajian dan penyelidikan juga dilakukan di beberapa buah hospital awam

terutamanya di sekitar bandaraya Kuching. Pemerhatian atau tinjauan dijalankan di

berapa buah syarikat swasta mahupun kerajaan. Penyelidikan tersebut dilakukan di

6

I

Page 14: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

sekitar kawasan ruang menunggu atau lobi yang terdapat di beberapa kawasan hospital

serta kawasan-kawasan awam yang lain.

Kajian yang berikutnya adalah memahami tentang beberapa jenis material.

Antaranya seperti besi, plastik, danjenis fabrik. Bahan-bahan yang dikaji adalah penting

untuk mengetahui tahap pengukuhan serta ketahanan sesuatu bahan terse but.

Oleh yang demikian, segala kajian dan penyelidikan yang dilakukan dengan

tepat dan berkesan dapat menghasilkan sebuah rekaan kerusi yang berguna serta

mewujudkan sua sana keharmonian para pengguna.

Rajah 1.5: Kawasan hadapan Hospital Umum Sarawak

1.6 Hipotesis

Secara keseluruhannya, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk

memberi perubahan terhadap pengeluaran kemudahan kerusi hospital di samping

memberi perubahan kepada persekitaran ruang menunggu dengan meletakkan sebuah

rekaan perabot terbaru.

7

Page 15: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

BAB2

KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan

K~ian lepas merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji

terdahulll untuk membuktikan hasil kajian yang diperoleh. Kajian lepas ini memberi

panduan kepada pengkaji dalam tugas penyelidikan yang dilakukan. Sumber rujukan

atall kajian lepas yang digunakan oleh pengkaji ialah buku-buku dan sumber internet.

Kajian yang dihasilkan adalah berdasarkan idea, penyelidikan dan pemerhatian

yang dilakukan. Di sini disediakan satu contoh yang menerangkan fakta di dalam buku

yang berkaitan dengan ergonomik. Ergonomik ialah suatu fakta sains di dalam sesuatu

pekerjaan iaitu melalui seseorang manusia yang melakukannya dan kaedah sesuatu

perkara tersebut diselesaikan serta melalui peralatan dan kelengkapan yang mereka

gunakan, tempat atau kawasan yang digunakan untuk bekerja, dan aspek psikososial di

dalam situasi bekerja.

Perkataan ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos, kerja;

nomos, undang-undang semulajadi. Perkataan ergonomik diistilahkan sebagai suatu

keputusan membentuk kesatuan untuk 'penyelidikan perkembangan manusia di dalam

persekitaran kerja, .1

I Professor Hymel! Murel!

8

Page 16: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

Menurut fakta di dalam kamus menyatakan, maksud ergonomik ialah suatu ilmu

tentang pekerjaan dan persekitarannya untuk menghasilkan kecekapan yang

. ')makSlmum.­

L-Th_e ~produ-------,"I

e; I TheUw

L--T_heTas----,kI ~ Rajah 2.1

Sesuatu rekaan boleh dirumuskan sebagai sesuatu objek yang memasuki perkara

yang baik yang boleh dibandingkan antara prod uk dengan penggunanya. Dalam erti kata

lain, kerja ergonomik adalah perkara yang berkenaan dengan sains kerja yang dapat

disesuaikan kepada pekerja serta prod uk untuk pengguna. Hal ini boleh dirujuk melalui

Rajah 2.1.

Secara rumusannya, pengkaji mengambil isi kandungan buku serta bahan-bahan

lain secara ringkas untuk dijadikan panduan dalam kajian yang dibuat. Manakala

perkara yang berkaitan dengan penyelidikan pula dihuraikan oleh pengkaji untuk

menyatakan pendekatan yang digunakan oleh pengarang mengenai topik yang dikaji.

2 Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Ketiga oleh Joyce M Hml'kins

9

Page 17: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

BAB3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan yang dijalankan ini adalah menggunakan kaedah pengumpulan

data melalui sumber primer dan sumber sekunder. Terdapat dua kaedah di dalam

sumber primer iaitu pengumpulan data melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Kualitatif melibatkan aktiviti pemerhatian, pengambilan gambar-gambar, membuat

temubual, dan penyelidikan melalui kemudahan internet. Kaedah kuantitatif pula

melibatkan penganalisaan segala maklumat yang diperoleh melalui pengedaran borang

soal selidik.

3.2 Sumber Data

.A) Data Primer

I) Kualitatif

Pelbagai cara yang dilakukan melalui kaedah kualitatif untuk mendapatkan

segala maklumat sepanjang tempoh penyelidikan yang dijalankan. Antaranya ialah

melakukan pemerhatian dengan cara mengambil gambar-gambar kerusi menunggu di

hospital awam. Pemerhatian ini dijalankan di sekitar Hospital Umum Sarawak. Gambar­

gambar yang diambil di beberapa kawasan ruang menunggu hospital, dijadikan sumber

10

Page 18: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

imej rekaan kerusi yang sedia ada. Gambar-gambar tersebut dijadikan panduan untuk

pengkaji menganalisa rekaan sedia ada dari segi pembuatan dan reka bentuk.

Rajah 1.4: Kawasan ruang menungguyang terdapaJ di sekitar hospital.

Selain itu, pengkaji juga membuat catatan serta merekod segala maklumat yang

diperoleh melalui temubual yang dilakukan dengan pihak pengurusan hospital, staf

hospital, pesakit, dan para pengunjung. Peralatan yang digunakan semasa temubual

tersebut ialah seperti buku catatan serta kamera digital. Temubual yang dilakukan

adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan pandangan pengguna tentang rekaan

kerusi menunggu sedia ada di hospital.

11

Page 19: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

II ) Kuantitatif

Dalam kaedah kuantitatif, pengkaji telah menyediakan seratus borang soal

selidik untuk para pengguna di hospital. Borang terse but mengandungi tiga bahagian

soalan yang perlu dijawab oleh pengguna. Bahagian satu adalah berkaitan dengan

demografi individu iaitu latar belakang pengguna tersebut seperti umur, jantina, dan

status pekerjaan. Manakala bahagian dua pula terdiri daripada soalan berkenaan

pendapat pengguna terhadap rekaan kerusi sedia ada. Dalam bahagian tiga, pengguna

perlu memberikan pandangan atau pendapat mereka dalam mengaplikasikan beberapa

idea untuk membuat rekaan terbaru. Sepanjang pengedaran borang soal selidik

dilakukan, beberapa kaedah atau protokol telah digunakan sebagai panduan untuk

memulakan sesi pertanyaan bersama para pengguna.

B) Data Sekunder

Sepanjang penyelidikan dijalankan, pengkaji juga membuat penyelidikan

menggunakan kemudahan melayari laman web di internet. Pencarian maklumat adalah

berkaitan dengan rekaan perabot terutamanya kerusi menunggu. Selain itu, pengkaji

juga mendapatkan gambar-gambar terkini kerusi menunggu untuk dijadikan panduan

membuat rekaan.

Di samping itu juga, pengkaji telah mendapatkan beberapa maklumat dengan

membaca dan meneliti terhadap rekaan-rekaan terkini dalam industri pembuatan serta

kaedah membuat rekaan kerusi yang betul. Selain itu, pengkaji juga telah mendapatkan

rujukan daripada pembacaan berkenaan anthropometri dan faktor ergonomik.

12

Page 20: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

BAB4

ANALISA DATA

Penganalisaan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada

para pengguna. Borang tersebut diedarkan di sekitar kawasan Kuching terutamanya di

kawasan Hospital Umum Sarawak.

4.1 Demografi

UMUR

7% 10%

72%

. 21-25 tahun11%

• 26-30 tahun

31-35 tahun

36 ke atas

Rajah 4.1 Jumlah Responden Mengikut Peringkat Umur

Carta pai di atas menunjukkan jumlah responden yang menjawab borang soal

selidik yang telah diedarkan mengikut peringkat umur. Melalui carta tersebut jumlah

peratusan yang tertinggi ialah daripada responden yang berumur dalam lingkungan 21

bingga 25 tahun manakala jumlah peratusan yang terendah terdiri daripada responden

yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.

13

Page 21: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan responden yang menjawab soalan kaji

selidik adalah terdiri daripada golongan pelajar ataupun remaja yang menerima rawatan

di hospital. Selain itu, pengkaji juga lebih mudah mengedarkan borang soal selidik

kepada peringkat umur yang lebih muda kerana golongan tersebut lebih mudah

memahami soalan-soalan yang disediakan. Hal ini juga disebabkan oleh golongan

dewasa kurang berminat untuk mendengar penjelasan ekoran mereka sibuk menunggu

giliran menerima rawatan di hospital.

4.2 Cadangan Reka Bentuk

4.2.1 Perubahan Untuk Rekaan Baru Kerusi Menunggu

5 ,---------------- -.-----------------,

.!:

4.5 +----d--1-=1---------__----------":<....>L--------41

4 +--­

3.5 +--­

3 +--­

E 2.5 +--­

2 +--­

1.5 +--­

1

0.5

o Perubahan Warna Warna asal Sistem Material rupll dan korporat (bim, hijau) pelarasan kukuh bentuk

Rajah 4.2.1 Cadangan yang dipilih da/am rekaan baru kerusi menunggu

Oraf di atas merupakan jumlah pendapat atau cadangan yang diperolehi melalui

jawapan para responden. Melalui graf tersebut, dapat dinilai bahawa pemilihan material

atau bahan-bahan yang kukuh adalah salah satu aspek yang penting. Hal ini kerana,

pcmgaplikasian material yang kukuh dapat menjamin ketahanan sesuatu produk itu

14

Page 22: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

ditempatkan di hospital sahaja. Dalam hal tersebut pengkaji perlu membuat keputusan

yang bernas dalam menyelesaikannya.

4.2.2 Material

4.5 ..,..-------- --- -----,--,..-..,

4+----------- ---­

3.5 +------"''"''"'-----------­

3+--­

.! 2.5 +--­e

2+--­

1.5 +--­

0.5 +--­

0+---Kayu Besi Plastik Besi dan span

Rajah 4.2.2 Penggunaan Bahan-bahan Da/am Rekaan Kerusi Menunggu

Kebanyakan responden bersetuju memilih bahan atau material daripada

gabungan besi dan span untuk menghasilkan rekaan kerusi menunggu di hospital. Besi

merupakan salah satu material yang tahan lasak serta mampu menampung bebanan yang

bent dengan jangka masa yang lama. Manakala pemilihan material span adalah sebagai

material tambahan pada rekaan. Span digunakan pada bahagian tempat duduk sebagai

alas ketika duduk.

Di dalam graftersebut juga menunjukkan jumlah min antara material plastik dan

. adalah sarna rata. Oleh yang demikian, pengkaji boleh menggunakan mana-mana

erial sebagai bahan yang digunakan dalam menghasilkan rekaan kerusi menunggu.

16

Page 23: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

tahan

Pengkaji boleh menggunakan besi sebagai rekaan untuk struktur kerusi manakala plastik

sebagai bahagian tempat duduk dan penyandar. Di dalam graf tersebut juga dapat

dihmaikan bahawa para responden kurang bersetuju sekiranya material kayu dijadikan

sebagai bahan untuk membuat kerusi. Hal ini kerana, kayu merupakan bahan yang tidak

lama, ianya mudah rosak apabila kerap digunakan serta terdedah kepada

persekitaran.

17

Page 24: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI … reka bentuk kerusi menunggu di... · organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh . tesisl . laporan ini perlu ... Reka

4.2.3 Faktor Penting Dalam Reka Bentuk

6 ~------------------------------------------~

5 5+-­

4 +--­

.s 3 +-­E

2+-­

1+-­

o+---Ergonomik Penyandar Tempat letak Tempat Saiz selesa Tempat

kerusi tangan duduk barang

Rajah 4.2.3 Faktor-faktor Penting Di dalam Reka Bentuk Baru Kerusi Menunggu

Graf di atas menunjukkan kebanyakan responden sememangnya mengutamakan

mktor ergonomik di dalam membuat sesuatu rekaan terutamanya kerusi. Hal ini kerana,

sesuatu rekaan kerusi yang dihasilkan dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

Respol¥ien juga memilih bahagian penyandar kerusi dan tempat duduk sebagai aspek

yang terpenting untuk membuat rekaan kerusi yang sesuai untuk pengguna yang berada

hospital Selain itu juga, graf tersebut menunjukkan para responden bersetuju sekiranya

Jekaan kerusi mempunyai tempat meletak barang. Oleh itu, pengguna boleh meletakkan

bnng mereka agar barang tersebut tidak diletakkan di merata temp at.

18