formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)

4
FORMULA MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN MENARIK Agak senang jadi panduan untuk cikgu yang kurang mahir mengajar karangan macam saya PERNYATAAN/FAKTA KAITAN DENGAN TAJUK @ Papa Fahmi Kenal Dengan Tajol @ PFKDT TIPS: 1. Pengenalan/pendahuluan anda mestilah rigkas tapi padat serta menarik hati pemeriksa (sampaikan pemeriksa terbayang-bayang ‘A’ sejak kali pertama membaca pendahuluan anda ) 2. Anda boleh guna peribahasa,perumpamaan dan sebagainya dalam pendahuluan. 3. Boleh guna dialog yang agak menarik. 4. Boleh cedok mana-mana petikan ucapan tokoh-tokoh terkenal dan sebagainya. 5. Boleh juga guna lirik lagu sebagai pendahuluan, tetapi awas! Jangan lari daripada tajuk. Kena berkaitan dengan tajuk yang di baca. Sebutkan juga nama penyanyinya. 6. Boleh juga guna fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. 7. Dibolehkan buat pernyataan lucu. Tetapi perlu sesuai dengan tajuk serta benar belaka. Bukan lucu merapu! 8. Untuk membina pendahuluan cemerlang.. semuanya boleh! Jadilah kreatif, banyakan membaca. 9. Untuk cikgu-cikgu.. semat dalam hati untuk menjadi guru baik cemerlang di sayang (kalau pun GB/Pengetua tak bagi anugerah hehehe) keikhlasan itu penting kio CONTOH-CONTOH PENDAHULUAN: Soalan 1:

Upload: namaku-mahani

Post on 15-Jun-2015

9.238 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

panduan membina pendahuluan bahagian B UPSR yang super menarik :)

TRANSCRIPT

Page 1: Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)

FORMULA MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN MENARIK

Agak senang jadi panduan untuk cikgu yang kurang mahir mengajar karangan macam saya

PERNYATAAN/FAKTA KAITAN DENGAN TAJUK

@Papa Fahmi Kenal Dengan Tajol

@PFKDT

TIPS:

1. Pengenalan/pendahuluan anda mestilah rigkas tapi padat serta menarik hati pemeriksa (sampaikan pemeriksa terbayang-bayang ‘A’ sejak kali pertama membaca pendahuluan anda )

2. Anda boleh guna peribahasa,perumpamaan dan sebagainya dalam pendahuluan.3. Boleh guna dialog yang agak menarik.4. Boleh cedok mana-mana petikan ucapan tokoh-tokoh terkenal dan sebagainya.5. Boleh juga guna lirik lagu sebagai pendahuluan, tetapi awas! Jangan lari daripada tajuk.

Kena berkaitan dengan tajuk yang di baca. Sebutkan juga nama penyanyinya.6. Boleh juga guna fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi.7. Dibolehkan buat pernyataan lucu. Tetapi perlu sesuai dengan tajuk serta benar belaka.

Bukan lucu merapu!8. Untuk membina pendahuluan cemerlang.. semuanya boleh! Jadilah kreatif, banyakan

membaca.9. Untuk cikgu-cikgu.. semat dalam hati untuk menjadi guru baik cemerlang di sayang (kalau

pun GB/Pengetua tak bagi anugerah hehehe) keikhlasan itu penting kio

CONTOH-CONTOH PENDAHULUAN:

Soalan 1:

Kamu dan keluarga berkunjung ke Taman Tema Air di Kuala Lumpur, tulis karangan tentang pengalaman kamu di sana (buku teks tahun 6)

Pendahuluan 1: Pernyataan/Fakta

Saya tidak tahu berenang. Tetapi, saya tetap berkobar-kobar ke Taman Tema Air di Kuala Lumpur selepas diajak oleh ibu bapa saya untuk bermandi-manda di sana.

Kaitan dengan tajuk

Page 2: Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)

Pendahuluan 2: Sense of Humor

Semua orang mandi. Saya juga sama. disebabkan itulah, saya tidak kisah dibawa bermandi –manda di taman tema air Kuala Lumpur bersama keluarga saya.

Pendahuluan 3: Fakta/peribahasa

Hampir 80% permukaan bumi dilitupi oleh air. Kita juga dapat menemui banyak tempat berair di semua tempat. Taman tema air pula tumbuh pesat seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Oleh itu, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang bermandi-manda di sana.

Soalan 2:

Tulis karangan bertajuk masalah sosial di kalangan remaja masa kini.

Pendahuluan 1:

"Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa pentingnya peranan remaja. Malangnya, masalah sosial remaja masa kini semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Pendahuluan 2:

Semua orang akan dan pernah menjadi remaja. Menjadi remaja bermaksud mendapat tiket kebebasan, tidak hairanlah jika ramai remaja terkandas dalam masalah sosial pada masa kini seperti masalah buli, vandalisme, lepak, dadah dan sebagainya.

Pendahuluan 3:

Sayang seribu kali sayang lagi amat menyedihkan jika remaja di Malaysia tetap terus terjerumus dalam masalah sosial yang tidak berpenghujung. Namun kita yakin, masalah sosial akan dapat dibendung dengan kerjasama semua pihak.

Soalan 3:

Tulis karangan tentang langkah-langkah mengatasi masalah penebangan hutan.

Pendahuluan 1:

Orang Utan atau monyet Bayau merupakan haiwan yang hampir pupus, sampaikan kerajaan turut campur tangan melindungi haiwan ini daripada terus pupus gara-gara penebangan hutan secara berleluasa di Sabah.

Page 3: Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)

Pendahuluan 2:

Sewalah teksi, atau bas, atau berkereta dari Kuala Lumpur ke Selangor misalnya. Pandang ke luar tingkap. Perhatikan di mana hutan kita? Dalam almari? Bawah meja? Yang tinggal hanya hutan simpan. Semua pihak sepatutnya bekerjasama memikirkan langkah-langkah mengatasi masalah penebangan hutan secara berleluasa ini.

Pendahuluan 3:

“Ibu.. hutan itu apa?”. bayangkan anak-anak kita bertanya soalan seperti itu 30 tahun lagi apabila hutan tidak lagi wujud. Sayang sekali, jika kita juga tidak tahu bagaimana menerangkan kepada anak-anak tentang hutan pada masa itu jika tiada contoh untuk dilihat dan disentuh. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama mengatasi masalah penebangan hutan secara berleluasa pada masa kini.

SAMPAI DI SINI DAHULU PANDUAN MEMBINA PENDAHULUAN/PENGENALAN KARANGAN MENARIK CARA SAYA

-harus di ingat…

- latih, latih dan latih murid dengan sabar. Samalah macam mengasah pisau yang tumpul. Alah… sabar itukan separuh daripada iman. Bagi murid pandai. Gunakan formula ini dan latih, latih dan asah macam mengasah berlian atau polishing the diamonds lah katakan hehehe

-Selamat Mencuba dan semoga berjaya. Yang baik itu datangnya dari Allah..yang buruk itu datangnya dari saya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Namaku Mahani