format peperiksaan o

Upload: bibi-latif

Post on 15-Jul-2015

654 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FORMAT PEPERIKSAAN O LEVEL BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 JAM 30 MINIT Ada tujuh tajuk karangan. Calon dikehendaki memilih satu sahaja tajuk karangan daripada tujuh tajuk yang disediakan. Jenis-jenis karangan perbincangan, pendapat, peribahasa, cereka[menyambung cerita], laporan, surat kiriman, dialog[wawancara] dan perbahasa. Jumlah patah perkataan mesti tidak kurang dari 350 patah perkataan. Markah maksimum dipotong untuk kesalahan ejaan ialah 8 markah. Jumlah perenggan yang baik ialah 6 8 perenggan termasuk perenggan khusus untuk pengenalan dan penutup. Pengenalan dan penutup jumlah baris memadai 4 5 baris. Pelbagaikan penggunaan penanda wacana dan boleh menggunakan peribahasa asalkan bersesuaian dengan tajuk.

KERTAS 2 1 JAM 30 MINIT Ada empat soalan , SOALAN 1 WAJIB dijawab dan PILIH 2 soalan yang lain. Soalan 1 Ringkasan menjadi 100 patah perkataan. [40 markah] Soalan 2 Kefahaman / Cerpen [30 markah] (a) Soalan kefahaman 5 soalan (1x3 =15 markah). (b) Sinonim 5 soalan (5 markah) (c) Tatabahasa atau Peribahasa (10 markah) Soalan 3 Memoden [30 markah] (a) Menukarkan bahasa Melayu Klasik kepada Moden (15 markah) (b) Sinonim (5 markah) (c) Tatabahasa atau peribahasa (10 markah) Soalan 4 Puisi lama atau baru [30 markah] Puisi Lama Syair, Gurindam, Pantun dan Seloka Puisi Baru Sajak Bentuk soalan Tema, pengajaran, ,maksud rangkap dalam sajak, maksud frasa, pendapat, ciri-ciri dan sebagainya)

-

-

Markah keseluruhan = 100 markah.. Soalan Tatabahasa: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Membina ayat kata ganda, menunjukkan perbezaan maksud Ayat Aktif dan Pasif Imbuhan Ayat Biasa dan Songsang Cakap Ajuk dan Pindah Ayat Majmuk