format pelan tindakan 2016-2020 graduate employability

2
PERMOHONAN DANA Graduate Employability GE 2015 Permohonan Dana GE Fasa III akan dibuka mulai 20 April hingga 20 Mei 2015. Maklumat berkaitan permohonan boleh dicapai melalui pautan seperti berikut: a) Borang Permohonan Dana Tahun 2015 (Pindaan Mac 2015) b) Kriteria Program GE c) Carta Alir Proses Kerja d) Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Fokal dan Ketua Penyelaras Program Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan sama ada dalam bentuk salinan keras melalui pos/serahan tangan atau dokumen yang diimbas melalui e-mel kepada [email protected] sebelum jam 11.00 pagi pada 20 Mei 2015 (Rabu). Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh dikemukakan kepada urus setia Pengurusan Dana GE di talian 03 8870 5100/5118/5083/5096. LATAR BELAKANG Dana Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability;GE) merupakan salah satu inisiatif bagi memberi nilai tambah kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017 sebagai panduan halatuju (guiding principle) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) merangka strategi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi sejajar dengan perubahan landskap negara. GEB menjadi panduan kepada pelaksanaan Program dan pemantauan GE di peringkat KPM dan IPT. Mulai tahun 2013, dana ini memberi penumpuan khas dengan konsep stop- gap measure di mana kumpulan sasaran adalah dalam kalangan pelajar yang mendapat Penilaian Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah dan bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri berdasarkan laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG I). Pada tahun 2014, pengurusan dana telah mengalami perubahan di mana syarat jaminan pekerjaan dijadikan syarat utama penilaian permohonan program GE. Semua permohonan perlu mengemukakan surat jaminan pekerjaan daripada syarikat/industri sebagai bukti pelajar yang dilatih akan ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian/program. Selaras dengan pemantapan Pengurusan Dana 2015, pelaksanaan program GE akan menekankan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( National Blue Ocean Strategy;NBOS) iaitu :

Upload: amatroslan

Post on 28-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PELAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Format Pelan Tindakan 2016-2020 Graduate Employability

PERMOHONAN DANA Graduate Employability GE 2015 Permohonan Dana GE Fasa III akan dibuka mulai 20 April hingga 20 Mei 2015. Maklumat berkaitan permohonan boleh dicapai melalui pautan seperti berikut:a)    Borang Permohonan Dana Tahun 2015 (Pindaan Mac 2015)b)    Kriteria Program GEc)    Carta Alir Proses Kerjad)    Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Fokal dan Ketua Penyelaras Program

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan sama ada dalam bentuk salinan keras melalui pos/serahan tangan atau dokumen yang diimbas melalui e-mel kepada [email protected] sebelum jam 11.00 pagi pada 20 Mei 2015 (Rabu).

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh dikemukakan kepada urus setia Pengurusan Dana GE di talian 03 – 8870 5100/5118/5083/5096.

LATAR BELAKANG

Dana Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability;GE) merupakan salah satu inisiatif bagi memberi nilai tambah kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017 sebagai panduan halatuju (guiding principle) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) merangka strategi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi sejajar dengan perubahan landskap negara. GEB menjadi panduan kepada pelaksanaan Program dan pemantauan GE di peringkat KPM dan IPT.

Mulai tahun 2013, dana ini memberi penumpuan khas dengan konsep stop-gap measure di mana kumpulan sasaran adalah dalam kalangan pelajar yang mendapat Penilaian Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah dan bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri berdasarkan laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG I).

Pada tahun 2014, pengurusan dana telah mengalami perubahan di mana syarat jaminan pekerjaan dijadikan syarat utama penilaian permohonan program GE. Semua permohonan perlu mengemukakan surat jaminan pekerjaan daripada syarikat/industri sebagai bukti pelajar yang dilatih akan ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian/program.

Selaras dengan pemantapan Pengurusan Dana 2015, pelaksanaan program GE akan menekankan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy;NBOS) iaitu : i.    rapid execution

Page 2: Format Pelan Tindakan 2016-2020 Graduate Employability

Program GE yang dilaksanakan mengunakan modul sedia ada dan bersesuaian mengikut templat kluster GE 2015 bagi mempercepatkan pelaksanaan program. KPM mensasarkan sebanyak 70% program GE tahun semasa dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos tahun semasa.

ii.    low-cost

Program GE yang dilaksanakan perlu melibatkan perkongsian kos dengan pihak industri daripada aspek kepakaran, kemudahan,wang tunai kepada pelajar dll. Kos pelaksanaan juga perlu munasabah dan menggunakan prinsip memberi nilai untuk wang (value for money).

iii.    sustainability

Program GE perlu lestari dan akan diteruskan pada masa akan datang walaupun tanpa dana GE.

iv.    High impact

Program GE akan dinilai beradasarkan outcome seperti Penempatan kerja, budaya kerja, kemahiran bahasa, jangkaan gaji permulaan dll bergantung kepada kluster program.