format kertas projek

9
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FORMAT KERTAS PROJEK PERINGKAT MASTER Objektif pembelajaran: Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: 1. mengaplikasi kemahiran menjalankan penyelidikan dalam skala kecil. 2. menghargai pengalaman melaksanakan proses penyelidikan. 1. Jenis projek yang boleh dijalankan a. Projek yang berdasarkan pendekatan saintifik iaitu bermula dengan pengenalpastian masalah, pelaksanaan prosedur kajian, penganalisisan data dan pelaporan dapatan serta rumusan kajian. Projek tersebut boleh dilakukan dalam skala yang kecil tetapi masih perlu mengikuti prosedur pendekatan saintifik. Contohnya, projek yang berbentuk tinjauan deskriptif, korelasi, ex post facto, eksperimen, eksperimen single-subject. Contoh projek yang mengguna pendekatan kualitatif ialah kajian naratif dan ethnografi. b. Projek yang berbentuk kajian replikasi boleh dijalankan tetapi perlu mempunyai elemen tambahan daripada kajian asal. c. Projek yang dijalankan perlu berkait dengan ilmu di dalam bidang pengajian pelajar. Contoh projek yang tidak menepati ialah pelajar bidang bimbingan dan kaunseling mengkaji isu pentadbiran pendidikan dalam kalangan kaunselor sekolah. d. Projek yang mengkaji isu yang telah mencapai tahap kajian tepu (over-researched) tidak dibenarkan 1

Upload: alif1510

Post on 17-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Format Kertas Projek

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FORMAT KERTAS PROJEK PERINGKAT MASTER

Objektif pembelajaran:Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. mengaplikasi kemahiran menjalankan penyelidikan dalam skala kecil.2. menghargai pengalaman melaksanakan proses penyelidikan.

1. Jenis projek yang boleh dijalankana. Projek yang berdasarkan pendekatan saintifik iaitu bermula dengan

pengenalpastian masalah, pelaksanaan prosedur kajian, penganalisisan data dan pelaporan dapatan serta rumusan kajian. Projek tersebut boleh dilakukan dalam skala yang kecil tetapi masih perlu mengikuti prosedur pendekatan saintifik. Contohnya, projek yang berbentuk tinjauan deskriptif, korelasi, ex post facto, eksperimen, eksperimen single-subject. Contoh projek yang mengguna pendekatan kualitatif ialah kajian naratif dan ethnografi.

b. Projek yang berbentuk kajian replikasi boleh dijalankan tetapi perlu mempunyai elemen tambahan daripada kajian asal.

c. Projek yang dijalankan perlu berkait dengan ilmu di dalam bidang pengajian pelajar. Contoh projek yang tidak menepati ialah pelajar bidang bimbingan dan kaunseling mengkaji isu pentadbiran pendidikan dalam kalangan kaunselor sekolah.

d. Projek yang mengkaji isu yang telah mencapai tahap kajian tepu (over-researched) tidak dibenarkan melainkan terdapat elemen baru yang dikemukakan. Contoh isu yang telah mencapai tahap kajian tepu:

i. Kajian tentang minat, potensi, aspirasi kerjaya dalam keusahawanan.

ii. Persepsi terhadap perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di sekolah.iii. Kajian tentang persepsi individu terhadap sesuatu isu.

e. Projek yang berdasarkan penghasilan sesuatu produk (seperti pembinaan perisian pembelajaran) atau modul latihan (seperti pakej pembelajaran) perlu mempunyai elemen pengumpulan data berhubung dengan produk atau modul latihan yang dihasilkan. Contohnya data mengenai pandangan pengguna atau pakar mengenai produk atau modul latihan tersebut.

f. Projek yang berbentuk kajian tindakan dan penilaian sesuatu program boleh dijalankan dan perlu mengikuti prosedur yang menggunakan pendekatan tersebut.

1

Page 2: Format Kertas Projek

2. Tinjauan kajian lepas a. Projek yang dirancang perlu mempunyai tinjauan kajian lepas yang

merangkumi teori yang mendasari projek tersebut dan kajian yang berkaitan yang telah dilakukan di dalam dan di luar negara. Penekanan diberi kepada sejauh mana kajian berkaitan telah dijalankan di dalam negara.

b. Sumber rujukan berdasarkan kertas projek sarjana dan latihan ilmiah pelajar prasiswazah tahun akhir juga dibenarkan.

c. Sekurang-kurangnya 75% rujukan terdiri daripada lima tahun yang terkini.d. Pelajar boleh memilih untuk mengemukakan sama ada kerangka teoritis,

kerangka konsep atau kerangka kajian sebagai rumusan tinjauan kajian lepas.

3. Populasi dan sampel kajian

a. Populasi yang kecil boleh digunakan selagimana ia dapat memenuhi objektif kajian dan sesuai dengan prosedur penyelidikan saintifik. Contohnya, tinjauan kajian yang menggunakan guru atau pelajar dalam sebuah sekolah sebagai populasi, seorang individu sebagai informan dalam kajian kualitatif atau sebuah kelas atau kumpulan yang digunakan dalam kajian single-subject design.

4. Alat kajiana. Alat kajian yang sedia ada dalam kajian lepas boleh digunakan di dalam

projek setelah mengikuti prosedur kesahan yang boleh dilakukan oleh penyelia kertas projek.

b. Pelajar juga boleh menghasilkan sendiri alat kajian dan disahkan oleh penyelia kertas projek.

c. Kebolehpercayaan alat kajian boleh dijalankan dengan responden yang berjumlah 20 orang untuk kajian kuantitatif.

d. Data kualitatif perlu disahkan kebolehpercayaannya oleh subjek yang terlibat di dalam kajian tersebut.

5. Pelaporan dapatana. Data boleh dianalisis sekurang-kurangnya mengguna statistik deskriptif

bagi kebanyakan kajian kuantitatif atau secara naratif untuk kajian kualitatif. Bagi kajian yang melibatkan statistik inferens, pelajar boleh mengguna teknik yang boleh menjawab persoalan asas kajian tanpa perlu mengguna teknik statistik lanjutan seperti MANOVA, analisis regresi atau analisis faktor.

2

Page 3: Format Kertas Projek

6. Penulisan kertas projeka. Kertas projek perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima bab utama iaitu

pendahuluan, tinjauan kajian lepas, methodologi, dapatan kajian dan perbincangan dan penutup

b. Penulisan kertas projek perlu merujuk Buku Panduan Penyediaan Tesis yang dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, UPM dan Manual APA.

c. Sebarang percanggahan format penulisan yang timbul, pelajar perlu mengutamakan format yang ditetapkan oleh Manual APA.

d. Kertas projek yang lengkap boleh diserahkan dalam bentuk soft-bound.e. Kertas projek yang telah siap tidak akan disimpan di pusat sumber.

7. Penilaian kertas projek (Sila rujuk Lampiran 1)

Disediakan oleh:Jawatankuasa Semakan Format Kertas Projek (2007)

3

Page 4: Format Kertas Projek

LAMPIRAN 1

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN PENILAIAN KERTAS PROJEK MASTER

Bil. Perkara Markah penuh

Peroleh

BAB SATU1. Tajuk kajian

- Tajuk menggambarkan apa yang ingin dikaji iaitu bersesuaian dengan objektif dan kaedah kajian.

5

2. Pengenalan- Latar belakang kajian jelas.- Justifikasi kajian munasabah.- Kajian ini perlu dijalankan.

5

3. Permasalahan kajian- Huraian yang diberi jelas, sesuai, mencukupi

dan memberi gambaran tentang masalah yang membuatkan kajian ini perlu dijalankan.

- Huraian mengambil kira isu semasa dalam bidang yang dikaji.

15

4. Objektif kajian dan hipotesis (jika ada)- Terdapat objektif umum dan objektif khusus.- Objektif sesuai dengan kajian yang

dicadangkan.- Objektif dinyatakan dengan jelas.- Terdapat soalan kajian atau hipotesis yang

dikemukakan.- Jika hipotesis diperlukan, ia dinyatakan

dengan jelas.

15

5. Skop dan kesesuaian kajian- sesuai dengan tahap pengajian master.- sesuai dengan bidang pengajian.- sesuai dengan kekangan masa.- kajian ini menyumbang kepada ilmu atau

bidang pengajian berkenaan.

5

4

Page 5: Format Kertas Projek

Bil. Perkara Markah penuh

Peroleh

6. Definisi istilah, limitasi dan delimitasi- Definisi constitutive dan operasi dinyatakan.- Limitasi dan delimitasi kajian dinyatakan.- Andaian dinyatakan.

5

BAB DUATinjauan bahan berkaitan

- Menepati tajuk kajian.- Meliputi pemboleh ubah yang dikaji.- Bahan berkaitan diulas, disintesis dan

disusun berdasarkan urutan isu yang dikemukakan dalam kajian.

- Bahan berkaitan disorot secara ekstensif dan meliputi yang terkini.

- Melaporkan kajian dan penerbitan tempatan.- Penulisannya memudahkan pembacaan.- Rumusan dibuat bagi setiap isi utama.- Mengemukakan kerangka teori, kerangka

konsep atau kerangka kajian.

30

BAB TIGAMethodologi

- Kaedah kajian yang diguna tepat.- Reka bentuk kajian yang diguna tepat.- Menerangkan cara yang diguna untuk

mengawal ancaman kesahan dalaman.- Populasi jelas.- Saiz sampel sesuai.- Kaedah persampelan tepat.- Alat kajian sesuai.- Kaedah penentuan kebolehpercayaan alat

kajian diterangkan dengan jelas dan sesuai dengan alat kajian yang dicadangkan.

- Alat kajian mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai.

- Kaedah penentuan kesahan diterangkan dengan jelas.

- Kaedah pengumpulan data diterangkan dengan jelas.

- Menerangkan bagaimana non-response error dikawal (untuk kajian tinjauan)

Cara menganalisis data yang diguna menepati objektif , persoalan dan hipotesis kajian.

30

5

Page 6: Format Kertas Projek

Bil. Perkara Markah penuh

Peroleh

BAB EMPATDapatan kajian

- bagi kajian kuantitatif, statistik yang diguna selaras dengan objektif dan hipotesis kajian.

- Cara pelaporan komponen statistik sesuai.- Penerangan dapatan selaras dengan statistik

yang diguna.- Data statistik diinterpretasi dengan tepat.

50

BAB LIMARumusan, perbincangan dan cadangan

- Rumusan yang merangkumi bab 1, bab 3 dan dapatan kajian dibuat.

- Hasil dapatan kajian dibincangkan.- Hasil perbincangan dikaitkan dengan dapatan

kajian lain.- Cadangan yang diberi munasabah yang

berdasarkan kajian yang dijalankan.

30

Rujukan- Sekurang-kurangnya 75% rujukan terdiri

daripada lima tahun yang terkini.- Rujukan ditulis dengan lengkap dan

mengikut format APA.

10

JUMLAH 200

Pengiraan Gred: Jumlah yang diperolehi x 100% 200

Nilai wajaran: Penyelia = 60%Pembaca = 40%

6