format bahasa melayu pt3 terkini

Upload: azamiya

Post on 02-Mar-2016

368 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PT3, bahasa melayu, 2014, format, peperiksaan,

TRANSCRIPT

FORMAT BAHASA MELAYU1) 3 Kertas:a) Kertas 1 bertulisb) Kertas 2- ujian mendengarc) Kertas 3- ujian bertutur

2) Kertas 1 terbahagi kepada dua bahagiana) Bahagian A 60 markahb) Bahagian B - 40 markah

3) Bahagian A:a) SOALAN 1 A- MORFOLOGI ( GOLONGAN KATA, KATA TERBITAN ) * 6 MarkahDalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata sendi nama. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.Sekumpulan pelancong daripada Asia Barat telah mengadakan ekspedisi pendakian ke puncak Gunung Raya. Mereka berhenti rehat dalam pondok yang disediakan oleh pihak renjer hutan. Pegawai renjer tersebut telah memberikan taklimat pada semua pelancong tersebut.i) _____________________ ii) __________________________________________b) SOALAN 1 B- ANALISIS KESALAHAN EJAAN* 6 MARKAHDalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.i) Untuk memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran, ibubapa hendaklah menggembleng usaha dengan pihak sekolah._______________________ii) Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menangani masalah sosial dalam kalangan murid-murid.

_____________________ iii) Kejohanan olahraga yang diadakan secara dwi tahunan oleh sekolah itu dilangsungkan dengan meriah._______________________ c) SOALAN 1 C- BINA AYAT ATAU STRUKTUR AYAT* 6 MARKAHCerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

a) ___________________________. b) _______________________________

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.

a) __________________________ b) ___________________________

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya a) ________________________________________

b) ________________________________________

d) SOALAN 1 D PERIBAHASA* 6 MARKAHLihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

i. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

____________________________________________________________ iii. ____________________________________________________________

____________________________________________________________e) SOALAN 2 A DAN 2 B : SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS*20 MARKAHBaca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT (Berjimat Cermat) Pergi belukar memasang pikat,Pulangnya lewat di hujung petang;Jikalau sentiasa berjimat cermat,Rezeki secupak terasa gantang.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan;Sikap berjimat amalan mulia,Orang boros sahabat syaitan.

Masak ranum buah ara,Jatuh sebiji di atas papan;Jika berjimat setiap perkara,Pasti terjamin masa hadapan.

Sungguh pahit buah peria,Dimakan juga dibuat sayur;Membesar belanja sikap sesia,Hanya menambah beban kewangan.

Singgah berehat di Kota Lama,Kuih dijamah air dihirup;Berjimat cermat suruhan agama,Jika diamal sejahteralah hidup.

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan mulia. [3 markah] ____________________________________________________________________________________________________________________________________ii) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.

Berdasarkan puisi di atas, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai. [3 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan kanak-kanak?[4 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________________________

f) Soalan 3 ulasan gambarajah* 16 markahLihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

4) Bahagian B:a) Karangan berformat dan tidak berformatb) Jawab satu soalan sahajac) 40 markahd) Melebihi 180 patah perkataanPilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

1 Baru-baru ini anda telah menyertai program motivasi anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anda.Seorang sahabat anda ingin mengetahui pengalaman anda ketika menyertai program tersebut.

Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda itu untuk menceritakan pengalaman anda.

2 Belia pada masa ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Huraikan punca-punca belia hari ini kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

3 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik yang semakin pudar dalam diri anak-anak.Bincangkan cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam semangat patriotik dalam diri anak-anak.