for online view only -...

48
PLANMalaysia @Pahang MS ISO 9001 : 2015 Tajuk Dokumen : MANUAL KUALITI No. Dokumen : JPBD(C)/MK/01 DISEDIAKAN OLEH : DlLULUSKAN OLEH : ............................................. NOR AKHIRUDDIN MOHAMAD NAZRI PENOLONG PENGARAH ............................................. DATO' HAZIZAH SULAIMAN Tarikh : 25 Mei 2017 Tarikh : 1 Jun 2017 NOMBOR KELUARAN : 03 TARIKH KUATKUASA : 1 Jun 2017 FOR ONLINE VIEW ONLY

Upload: doandung

Post on 20-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PLANMalaysia @Pahang

MS ISO 9001 : 2015

Tajuk Dokumen : MANUAL KUALITI

No. Dokumen : JPBD(C)/MK/01

DISEDIAKAN OLEH : DlLULUSKAN OLEH :

............................................. NOR AKHIRUDDIN MOHAMAD NAZRI

PENOLONG PENGARAH

............................................. DATO' HAZIZAH

SULAIMAN

Tarikh : 25 Mei 2017 Tarikh : 1 Jun 2017

NOMBOR KELUARAN : 03

TARIKH KUATKUASA : 1 Jun 2017

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

1 - 40

PLANMalaysia @Pahang

KANDUNGAN MUKA

SURAT

A.

Senarai Edaran Manual Kualiti

5

B. Rekod Pindaan Manual Kualiti 6

C. Senarai Prosedur Kualiti Umum 7

D. Senarai Prosedur Kualiti Teras 7

BAHAGIAN 1 – PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI

1.1 Pendahuluan 8

1.2 Tujuan 8

BAHAGIAN 2 – MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 Latar Belakang 9

2.2 Visi Organisasi 10

2.3 Misi Organisasi 10

2.4 Fungsi Organisasi 10

2.5 Carta Organisasi 13

BAHAGIAN 3 - SKOP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

3.1 Skop Pelaksanaan 14

3.2 Pengecualian Klausa 15

BAHAGIAN 4 -KEPERLUAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI

4.0 KONTEKS ORGANISASI

4.1 Memahami organisasi dan konteksnya 15

4.2 Memahami keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan 15

4.3 Menentukan skop sistem pengurusan kualiti 16

4.4 Sistem pengurusan kualiti dan proses-prosesnya 16

5.0 KEPIMPINAN

5.1 Kepimpinan dan komitmen

5.1.1 Umum 17

5.1.2 Tumpuan kepada pelanggan

20

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

2 - 40

PLANMalaysia @Pahang

KANDUNGAN MUKA

SURAT

5.2

Dasar

5.2.1 Mewujudkan Dasar Kualiti 20

5.2.2 Penghebahan dasar kualiti 21

5.3 Peranan, tanggungjawab dan kuasa 21

6.0 PERANCANGAN

6.1 Tindakan untuk menangani risiko dan peluang 22

6.2 Objektif kualiti dan perancangan untuk mencapainya 23

6.3 Perancangan perubahan 24

7.0 SOKONGAN

7.1 Sumber

7.1.1 Umum 24

7.1.2 Manusia (Sumber Manusia) 24

7.1.3 Infrastruktur 25

7.1.4 Persekitaran untuk operasi proses-proses 25

7.1.5 Peralatan untuk pemeriksaan dan pengukuran 25

7.1.6 Pengetahuan Organisasi

26

7.2 Kekompetenan

26

7.3 Kesedaran

27

7.4 Maklumat yang didokumenkan 27

8.0 OPERASI

8.1 Perancangan dan kawalan operasi 29

8.2 Keperluan perkhidmatan 30

8.2.1 Komunikasi Pelanggan 30

8.2.2 Menentukan Keperluan Produk dan Perkhidmatan 30

8.2.3 Semakan Keperluan Produk dan Perkhidmatan 31

8.2.4 Perubahan kepada Keperluan Produk dan Perkhidmatan 31

8.3 Rekabentuk dan Pembangunan Produk dan Perkhidmatan 31

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

3 - 40

PLANMalaysia @Pahang

KANDUNGAN MUKA

SURAT

8.4

Kawalan proses, produk dan perkhidmatan oleh pembekal luar

8.4.1 Umum 31

8.4.2 Jenis dan takat kawalan 32

8.4.3 Maklumat untuk pembekal luar

32

8.5 Pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan

8.5.1 Kawalan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan 32

8.5.2 Identifikasi dan kemudahkesanan 33

8.5.3 Harta milik pelanggan atau pembekal 34

8.5.4 Pengekalan (Pemeliharaan) 34

8.5.5 Aktiviti selepas penghantaran 35

8.5.6 Kawalan perubahan

35

8.6 Pelepasan produk dan perkhidmatan

35

8.7 Kawalan produk dan perkhidmatan takakur 36

9.0 PENILAIAN PRESTASI

9.1 Pemantauan, pengukuran, analisis dan penilaian 36

9.1.1 Umum 36

9.1.2 Kepuasan pelanggan 37

9.1.3 Analisis dan penilaian

37

9.2 Audit dalaman

37

9.3 Kajian semula pengurusan 38

9.3.1 Umum 38

9.3.2 Input kajian semula pengurusan 39

9.3.3 Output kajian semula pengurusan 39

10. PENAMBAHBAIKAN

10.1 Umum

10.2 Ketakakuran dan tindakan pembetulan 40

10.3 Penambahbaikan berterusan 40

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

4 - 40

PLANMalaysia @Pahang

KANDUNGAN MUKA

SURAT

Lampiran 1 – Carta Organisasi

51

Lampiran 2 – Isu Luaran Dan Dalaman 52

Lampiran 3 – Keperluan Pihak Berkepentingan 53

Lampiran 4 – Interaksi Proses 54

Lampiran 5 – Format Daftar Peluang 55

Lampiran 6 – Format Pelan Tindakan Objektif Kualiti 56

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

5 - 40

PLANMalaysia @Pahang

A. SENARAI EDARAN MANUAL KUALITI

SENARAI EDARAN

NOMBOR

EDARAN

PEMEGANG DOKUMEN

JAWATAN BAHAGIAN

01 Pengarah Pengurusan

02 Wakil Pengurusan Rancangan Pembangunan & Projek Khas

03 Ketua Penolong Pengarah (J48) Kawalan Perancangan

04 Penolong Pengarah (J44) Perancangan Korporat & Lembaga Rayuan

05 Penolong Pegawai Tadbir Pentadbiran

Asal Pegawai Dokumen -

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

6 - 40

PLANMalaysia @Pahang

B. REKOD PINDAAN MANUAL KUALITI

BIL. MAKLUMAT RINGKAS

PINDAAN

TARIKH

PINDAAN

KETERANGAN

PINDAAN

BAHAGIAN/

MUKA SURAT

1.

Peralihan kepada

versi

MS ISO 9001 : 2015

1.6.2017

Pindaan keseluruhan

kandungan manual kualiti

yang diselaraskan dengan

keperluan klausa MS

9001:2015.

Semua

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

7 - 40

PLANMalaysia @Pahang

C. SENARAI PROSEDUR KUALITI UMUM (PKU)

BIL. NO. RUJUKAN

PROSEDUR KUALITI

NAMA PROSEDUR KUALITI

1. JPBD(C)PKU/01 Kawalan Dokumen

2. JPBD(C)PKU/02 Kawalan Rekod

3. JPBD(C)PKU/03 Audit Dalaman

4. JPBD(C)PKU/04 Pengurusan Risiko

5. JPBD(C)PKU/05 Tindakan Pembetulan

6. JPBD(C)PKU/06 Maklum Balas Pelanggan

D. SENARAI PROSEDUR KUALITI TERAS (PKT)

BIL. NO. RUJUKAN

PROSEDUR KUALITI

NAMA PROSEDUR KUALITI

1. JPBD(C)/PKT/01

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang

Negeri

2. JPBD(C)/PKT/02 Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pahang

3.

JPBD(C)/PKT/03

Urusan Pengendalian Bantahan Awam Rancangan

Struktur Negeri

4. JPBD(C)/PKT/04 Memberi Ulasan Dan Maklum Balas Ke Atas Laporan

Rancangan Tempatan/ Penggantian

5. JPBD(C)/PKT/05 Memberi Ulasan Dan Maklumbalas Ke atas Laporan

Rancangan Kawasan Khas (RKK)

6. JPBD(C)/PKT/06 Memberi Ulasan Permohonan Tukar Syarat /

Kategori Tanah

7. JPBD(C)/PKT/07 Memberi Ulasan Permohonan Kebenaran

Merancang Pelan Susunatur

8. JPBD(C)/PKT/08 Memberi Ulasan Permohonan Perancangan Tapak

9. JPBD(C)/PKT/09 Pemberian Ulasan Perancangan Ke Atas Laporan

Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

8 - 40

PLANMalaysia @Pahang

BAHAGIAN 1 - PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI

1.1 Pendahuluan

Dokumen ini merupakan Manual Kualiti JPBD Pahang (selepas ini disebut

PLANMalaysia@Pahang). Ia disediakan untuk memenuhi matlamat dan

objektif pewujudan PLANMalaysia@Pahang selaras dengan kehendak dan

keperluan MS ISO 9001 : 2015. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan

Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya seperti

borang, rujukan, lampiran dan lain-lain.

1.2 Tujuan

Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk :

1.2.1 Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi

PLANMalaysia@Pahang;

1.2.2 Menerangkan applikasi keperluan-keperluan Standard ISO 9001:2015

di dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di

PLANMalaysia@Pahang

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

9 - 40

PLANMalaysia @Pahang

BAHAGIAN 2 - MAKLUMAT ORGANISASI

Perancangan Bandar Dan Desa adalah di bawah senarai bersama (concurrent list)

dalam Perlembagaan dan ianya terletak di bawah Kementerian Perumahan Dan

Kerajaan Tempatan, manakala PLANMalaysia@Pahang terletak di bawah

perkhidmatan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Oleh kerana Pegawai-Pegawai

Perancang Bandar Dan Desa dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri terdiri daripada

pegawai Persekutuan yang dipinjamkan kepada Negeri-Negeri, maka Ketua

Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) mempunyai kawalan dalam

aspek teknikal bagi dasar-dasar perancangan. PLANMalaysia@Pahang beralamat di

Tingkat 3 & 4, Bangunan KOMTUR, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan.

2.1 Latar Belakang

PLANMalaysia@Pahang telah ditubuhkan pada 1 Februari 1959 dan jabatan

ini adalah salah satu jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pahang yang mana fungsi utama jabatan ini adalah melaksanakan dan

menyelaraskan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di

Negeri Pahang. Di dalam melaksanakan dan menyelaraskan Akta 172,

PLANMalaysia@Pahang berperanan memastikan perancangan

pembangunan guna tanah di seluruh Negeri Pahang teratur dan mampan,

dengan membentuk dasar dan strategi 'forward planning' serta menjalankan

kawalan perancangan guna tanah berdasarkan akta-akta, dasar-dasar

kerajaan, garis panduan dan piawaian bagi mewujudkan persekitaran

kehidupan dan alam sekitar yang berkualiti dan lestari.

Tugas-tugas Pengarah telah bertambah terutamanya setelah

penerimapakaian pindaan Akta 172 oleh Kerajaan Negeri. Ini meliputi

beberapa seksyen yang berkaitan. Sub-seksyen 4(1) Akta 172 menetapkan

Pengarah Perancang Bandar dan Desa sebagai Setiausaha Jawatankuasa

Perancang Negeri (JPN) yang merupakan penasihat utama JPN, berkenaan

dengan perkara-perkara berhubung dengan perancangan bandar dan

desa. Sebagai Setiausaha, beliau juga bertanggungjawab menjalankan

keputusan-keputusan dan melaksanakan dasar-dasar Jawatankuasa.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

10 - 40

PLANMalaysia @Pahang

Sub-seksyen 8(1) Akta 172 menetapkan Pengarah Perancang Bandar dan

Desa Negeri menyediakan dan menyampaikan suatu draf Rancangan

Struktur bagi Negeri itu kepada JPN bagi kelulusan.

2.2 Visi Organisasi

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Kelestarian

Persekitaran Kehidupan Menjelang 2020.

2.3 Misi Organisasi

Memacu Perancangan Fizikal Negeri Pahang Melalui Pelaksanaan Dasar dan

Strategi Perancangan Yang Komprehensif

2.4 Fungsi Organisasi

Di dalam memastikan perancangan kegunaan dan pembangunan tanah

dilaksanakan secara optimum, Jabatan mempunyai beberapa fungsi utama

sebagaimana yang disenaraikan di bawah: -

2.4.1 Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan

i. Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri, Mesyuarat

Penyelarasan Pegawai Perancang Pihak Berkuasa Tempatan,

Mesyurat Ketua Unit OSC Negeri Pahang, Mesyuarat Pengurusan

Jabatan, Mesyuarat Teknikal Jabatan dan Mesyuarat Laman Web

dan ICT;

ii. Memastikan Lembaga Rayuan Negeri Pahang berfungsi

sepertimana peruntukan dalam akta;

iii. Mengemaskini garis panduan perancangan dan membuat

hebahan kepada semua pihak yang berkepentingan;

iv. Mengendalikan latihan bagi semua lapisan pegawai termasuk

menyediakan perancangan latihan, rekod latihan, surat / memo

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

11 - 40

PLANMalaysia @Pahang

latihan, analisis kesesuaian latihan dan analisis keberkesanan

latihan;

v. Menyelaras maklumbalas bagi semua mesyuarat yang berkaitan

dengan Jabatan;

vi. Mengemaskini laman web jabatan dan pelaporan kepada MDEC

dan menyelaras keperluan ICT Jabatan;

vii. Menyelaras pelaporan berkaitan Kejiranan Hijau, KPI, Piagam

Pelanggan dan sebagainya;

viii. Membantu dalam memastikan sistem pengurusan kualiti jabatan

berjalan lancar; dan

ix. Menganjurkan dan menyediakan program dan penerbitan bagi

tujuan mempromosi jabatan melalui seminar, bengkel, kursus,

buletin rancang, laporan tahunan dan sebagainya.

2.4.2 Rancangan Pembangunan dan Projek Khas

i. Menyediakan / mengawalselia / memantau pelaksanaan atau

penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan

Tempatan (Penggantian / Pengubahan) dan Rancangan

Kawasan Khas (RKK) / Pelan Tindakan Khas (PTK);

ii. Memberi maklumbalas / ulasan di dalam Rancangan Fizikal

Negara Ke-3 (RFN3), Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2),

Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN);

iii. Membantu kajian / pelaksanaan MURNInet dan Bandar Selamat;

iv. Menyediakan pelan-pelan komprehensif, kajian-kajian khas

dan Coffee Table sejarah perancangan bandar Negeri Pahang;

v. Menyediakan Laporan Pematuhan Rancangan Tempatan di

dalam Kebenaran Merancangan;

vi. Membantu / menjalankan proses pewartaan; dan

vii. Menyelia / mengemaskini Pusat Sumber Jabatan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

12 - 40

PLANMalaysia @Pahang

2.4.3 Kawalan Perancangan

i. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (Projek JKR),

Mesyuarat Fundamental Dataset (MyGDI) Negeri Pahang;

ii. Memberi khidmat nasihat perancangan kepada permohonan

Kebenaran Merancang,Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), tukar

syarat tanah, rundingan JKR dan permohonan tanah (Bahagian

Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan

Harta, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Ketua Pengarah

Tanah dan Galian);

iii. Mengemaskini dan membekal data serta maklumat gunatanah

kepada orang awam dan agensi yang berkaitan;

iv. Bertanggungjawab di dalam mengumpul, mengemaskini dan

menyelaras data guna tanah (semasa, zoning dan komited);

v. Mengumpul, mengemaskini dan menyelaras maklumat status

pewartaan tanah lapang awam bagi semua PBT di Negeri

Pahang;

vi. Menyediakan pelaporan aduan dan maklumbalas pelanggan

jabatan;

vii. Membantu dalam penyediaan kertas kerja untuk diangkat

kepada Jawatankuasa Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN);

dan

viii. Menyediakan laporan tahunan tukar syarat dan permohonan

Pusat Setempat (OSC) bagi Negeri Pahang untuk pematuhan

kepada Rancangan Tempatan

2.4.4 Pentadbiran

i. Mengurus kerja-kerja pentadbiran am, kewangan dan

perkhidmatan;

ii. Menyediakan permohonan Bajet Jabatan setiap 2 tahun;

iii. Mengurus pembangunan sumber manusia (maklumat SISPEN);

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

13 - 40

PLANMalaysia @Pahang

iv. Mengurus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk penilaian

prestasi;

v. Mengurus sistem kualiti jabatan, program Nilai-nilai Murni dan

Penerapan Nilai-Nilai Islam;

vi. Menjadi urusetia kepada Majlis Bersama Jabatan (MBJ); dan

vii. Menjadi Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan

Pengurusan.

2.5 Carta Organisasi

Struktur Organisasi PLANMalaysia@Pahang terbahagi kepada empat (4)

Bahagian iaitu Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan,

Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas, Bahagian Kawalan

Perancangan dan Bahagian Pentadbiran.

Carta Organisasi PLANMalaysia@Pahang dinyatakan di dalam Lampiran 1.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

14 - 40

PLANMalaysia @Pahang

BAHAGIAN 3 - SKOP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

3.1 Skop Pelaksanaan

Komited untuk memberikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa

dalam melaksanakan SPK berasaskan keperluan Standard MS ISO 9001: 2015

bagi urusan seperti berikut :

3.1.1 Mengurus Pelaksanaan Dasar Perancangan Di Peringkat Negeri dan

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri;

3.1.2 Menyedia dan Menyelaras Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan

dan Rancangan Kawasan Khas;

3.1.3 Pengawalan Perancangan Penggunaan Gunatanah bagi Pemohonan

Kebenaran Merancang dan Perancangan Tapak .

3.2 Pengecualian Skop Pendaftaran

Semua keperluan MS ISO 9001: 2015 dilaksanakan kecuali :

3.2.1 Klausa 7.1.5 – Sumber untuk pemantauan dan pengukuran;

3.2.2 Klausa 8.3 – Rekabentuk dan pembangunan produk dan

perkhidmatan.

Rujuk klausa yang berkenaan dalam Manual Kualiti ini untuk justifikasi

pengecualian.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

15 - 40

PLANMalaysia @Pahang

BAHAGIAN 4 – KEPERLUAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI

4.0 KONTEKS ORGANISASI

4.1 Memahami organisasi dan konteksnya

PLANMalaysia@Pahang menentukan isu luaran dan isu dalaman yang berkaitan

dengan tujuan dan hala tuju strategik yang menjejaskan keupayaan untuk

mencapai hasil yang dihasratkan daripada pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.

PLANMalaysia@Pahang akan memantau dan mengemaskini maklumat berkaitan isu

luaran dan isu dalaman ini dari semasa ke semasa.

Isu Luaran dan isu dalaman yang telah dikenalpasti dinyatakan di dalam Lampiran 2.

4.2 Memahami keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan

Disebabkan oleh kesan atau kesan berpotensi kepada keupayaan

PLANMalaysia@Pahang untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang

memenuhi keperluan pelanggan dan keperluan undang-undang dan peraturan

berkaitan secara konsisten, PLANMalaysia@Pahang telah menentukan:

i. Pihak berkepentingan yang berkaitan dengan system pengurusan kualiti;

ii. Keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan ini yang berkaitan dengan

sistem pengurusan kualiti.

PLANMalaysia@Pahang akan memantau dan mengemaskini maklumat mengenai

pihak berkepentingan dan keperluan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Pihak berkepentingan dan keperluan yang berkaitan yang telah dikenalpasti

dinyatakan di dalam Lampiran 3.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

16 - 40

PLANMalaysia @Pahang

4.3 Menentukan skop sistem pengurusan kualiti

Di dalam penentuan skop pelaksanaan, PLANMalaysia@Pahang telah

mempertimbangkan:

i. Isu luaran dan dalaman yang dirujuk dalam Klausa 4.1;

ii. Keperluan pihak berkepentingan yang dirujuk dalam Klausa 4.2;

iii. Produk dan perkhidmatan PLANMalaysia@Pahang.

Skop pelaksanaan sistem pengurusan kualiti PLANMalaysia@Pahang dinyatakan di

dalam Klausa 3.1 Manual Kualiti ini. Pengecualian Klausa dan justifikasi terhadap

pengecualian pula dinyatakan di dalam Klausa 3.2 Manual Kualiti ini.

4.4 Sistem pengurusan kualiti dan proses-prosesnya

PLANMalaysia@Pahang mewujud, melaksana, menyelenggara dan menambahbaik

secara berterusan sistem pengurusan kualiti, termasuk proses yang diperlukan dan

interaksinya, selaras dengan keperluan Standard ISO 9001:2015.

PLANMalaysia@Pahang telah menentukan proses yang diperlukan untuk sistem

pengurusan kualiti dan pemakaiannya dalam seluruh PLANMalaysia@Pahang. Carta

Interaksi Proses ialah seperti di Lampiran 4.

PLANMalaysia@Pahang juga telah menyediakan Prosedur Kualiti untuk

menerangkan dan menyokong operasi proses-proses yang berkaitan dan

menyelenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk keyakinan bahawa proses-

proses telah dilaksanakan seperti dirancang.

PLANMalaysia@Pahang telah membangunkan dokumentasi yang berkaitan untuk

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan

Kualiti MS ISO 9001:2015 PLANMalaysia@Pahang adalah seperti berikut:

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

17 - 40

PLANMalaysia @Pahang

a) Manual Kualiti

Manual Kualiti adalah dokumen utama yang memberi penerangan ringkas

mengenai Sistem Pengurusan Kualiti PLANMalaysia@Pahang termasuk

applikasi klausa-klausa dalam Standard MS ISO 9001:2015 di dalam proses-

proses di PLANMalaysia@Pahang.

b) Prosedur Kualiti

Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menggariskan secara terperinci

langkah-langkah yang perlu dipatuhi di dalam pelaksanaan sesuatu proses.

Prosedur PLANMalaysia@Pahang terbahagi kepada dua iaitu kepada

Prosedur Kualiti Umum (PKU) dan Prosedur Kualiti Teras (PKT).

c) Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah dokumen yang terdiri dari Arahan Kerja, Fail

Meja, borang-borang dan senarai semak, akta-akta, pekeliling-pekeliling

kerajaan dan dokumen-dokumen luaran lain yang berkaitan dengan proses-

proses di dalam skop pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.

d) Rekod

Rekod diwujudkan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu proses atau aktiviti.

5.0 KEPIMPINAN

5.1 Kepimpinan dan komitmen

5.1.1 Umum

Pengarah PLANMalaysia@Pahang memberikan komitmen di dalam pelaksanaan

sistem pengurusan kualiti dengan:

a) Mengambil akauntabiliti ke atas keberkesanan sistem pengurusan kualiti;

b) Memastikan dasar kualiti dan objektif kualiti disediakan dan selaras dengan

konteks dan halatuju strategik jppbd phg;

c) Memastikan penggabungan keperluan sistem pengurusan kualiti dengan

proses-proses di jppbd phg;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

18 - 40

PLANMalaysia @Pahang

d) Menggalakkan penggunaan pendekatan proses dan pemikiran berasaskan

risiko;

e) Memastikan sumber yang diperlukan untuk sistem pengurusan kualiti tersedia;

f) Menyampaikan kepentingan pengurusan kualiti yang berkesan serta

pematuhan ke atas keperluan sistem pengurusan kualiti;

g) Memastikan sistem pengurusan kualiti mencapai hasil yang dihasratkan;

h) Melibat, mengarah dan menyokong mereka yang berkenaan supaya

menyumbang ke arah keberkesanan sistem pengurusan kualiti;

i) Menggalakkan penambahbaikan berterusan;

j) Menyokong peranan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk menunjukkan

kepimpinan yang bersesuaian dengan bidang tanggungjawab masing-

masing.

Untuk tujuan pemantauan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti,

Jawatankuasa ISO telah diwujudkan. Pengarah PLANMalaysia@Pahang telah

melantik Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Pembangunan dan Projek Khas)

sebagai Wakil Pengurusan.

Jawatankuasa ISO akan bermesyuarat dari semasa ke semasa berdasarkan

keperluan, untuk membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan

kualiti di PLANMalaysia@Pahang. Ahli Jawatankuasa ISO memainkan peranan utama

untuk memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Fungsi yang

berkenaan ialah seperti berikut:

i. Wakil Pengurusan

Fungsi utama:

- Memantau status keseluruhan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti;

- Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa ISO apabila perlu.

ii. Pegawai Kualiti

Fungsi utama:

- Memantau status pelaksanaan sistem pengurusan kualiti secara

keseluruhan;

- Mengemaskini Manual Kualiti dari semasa ke semasa;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

19 - 40

PLANMalaysia @Pahang

- Memastikan keperluan di dalam Manual Kualiti dilaksanakan oleh

pelaksana proses yang berkaitan;

- Memastikan pelaksanaan Prosedur Tindakan Pembetulan;

- Pegawai rujukan utama di dalam pelaksanaan sistem pengurusan

kualiti;

- Menguruskan urusan audit pensijilan;

- Menguruskan pelaksanaan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.

iii. Pegawai Dokumen

Fungsi utama:

- Mengawal dokumentasi sistem pengurusan kualiti mengikut keperluan

Standard dan prosedur terutamanya berkaitan pindaan dan edaran;

- Menyimpan dan mengawal Dokumen Asal (hardcopy) serta salinan

softcopy versi terkini.

iv. Ketua Audit Dalaman

Fungsi utama:

- Merancang pelaksanaan Audit Dalaman dan menyediakan Plan

Audit;

- Memantau pelaksanaan Audit Dalaman serta memantau status

penutupan NCR dan OFI;

- Membuat kompilasi dan pemfailan semua rekod-rekod Audit

Dalaman.

v. Pegawai Pengurusan Risiko

Fungsi utama:

- Memastikan pelaksanaan pengurusan risiko mengikut prosedur;

- Memantau pelaksanaan pengurusan risiko dan memastikan

pengemaskinian Daftar Risiko dari semasa ke semasa;

- Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko dari

semasa ke semasa ;

- Membuat kompilasi dan pemfailan salinan semua Daftar Risiko untuk

rujukan;

- Memastikan Daftar Peluang dikemaskini dan difailkan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

20 - 40

PLANMalaysia @Pahang

vi. Pegawai Objektif Kualiti

Fungsi utama:

- Membuat kompilasi dan pemfailan laporan pencapaian Objektif

Kualiti secara berkala (setiap 3 bulan);

- Memantau pelaksanaan Plan Tindakan Objektif Kualiti dan

memastikan pengemaskiniannya dari semasa ke semasa;

- Membuat kompilasi dan pemfailan salinan semua Plan Tindakan

Objektif Kualiti untuk rujukan.

vii. Pegawai ISO Bahagian

Fungsi utama:

- Memastikan pelaksanaan proses mengikut prosedur ditetapkan;

- Memastikan pengemaskinian prosedur dari semasa ke semasa;

- Memastikan pengemaskinian Daftar Risiko dan Plan Tindakan Objektif

dari semasa ke semasa.

5.1.2 Tumpuan kepada pelanggan

Pengarah PLANMalaysia@Pahang menunjukkan kepimpinan dan komitmen

berkaitan tumpuan kepada pelanggan dengan memastikan:

a) Keperluan pelanggan, keperluan undang-undang dan peraturan

berkaitan ditentukan, difahami, dan dipenuhi secara konsisten;

b) Risiko dan peluang yang boleh menjejaskan pematuhan penyampaian

perkhidmatan dan keupayaan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan

ditentukan dan ditangani;

c) Fokus untuk sentiasa meningkatkan kepuasan pelanggan.

5.2 Dasar

5.2.1 Mewujudkan Dasar Kualiti

Pengarah PLANMalaysia@Pahang telah mewujud, melaksana dan menyelenggara

dasar kualiti yang:

i. Sesuai dengan tujuan dan konteks planmalaysia@Pahang serta menyokong

hala tuju strategik planmalaysia@Pahang;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

21 - 40

PLANMalaysia @Pahang

ii. Menyediakan rangka kerja untuk menetapkan objektif kualiti;

iii. Merangkumi komitmen untuk memenuhi keperluan yang berkaitan;

iv. Merangkumi komitmen untuk penambahbaikan berterusan sistem

pengurusan kualiti.

Dasar Kualiti PLANMalaysia@Pahang ialah:

“Komited untuk memberikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang

efisien untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti

akan sentiasa ditambahbaik untuk kelestarian persekitaran kehidupan”.

5.2.2 Penghebahan dasar kualiti

Dasar Kualiti dihebah serta dipamerkan di lokasi-lokasi bersesuaian untuk difahami

oleh semua kakitangan PLANMalaysia@Pahang. Dasar Kualiti juga dimuatnaik di

dalam website untuk tujuan penghebahan kepada pihak-pihak berkepentingan.

5.3 Peranan, tanggungjawab dan kuasa

Pengarah PLANMalaysia@Pahang memastikan tanggungjawab dan kuasa

ditetapkan, dihebah dan difahami di dalam PLANMalaysia@Pahang.

Pengarah PLANMalaysia@Pahang menetapkan tanggungjawab dan kuasa untuk:

a) Memastikan sistem pengurusan kualiti memenuhi keperluan Standard ISO

9001:2015;

b) Memastikan proses-proses dapat menyampaikan output yang

dihasratkan;

c) Melaporkan prestasi sistem pengurusan kualiti kepada Pengarah

PLANMalaysia@Pahang dan peluang untuk penambahbaikan, khususnya

kepada Pengarah PLANMalaysia@Pahang;

d) Memastikan fokus kepada pelanggan ditingkatkan di seluruh

PLANMalaysia@Pahang;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

22 - 40

PLANMalaysia @Pahang

e) Memastikan integriti sistem pengurusan kualiti dikekalkan apabila

perubahan kepada sistem pengurusan kualiti dirancang dan

dilaksanakan.

Di dalam pelaksanaan proses sistem pengurusan kualiti, tanggungjawab dan kuasa

dinyatakan di dalam Prosedur dan Fail Meja yang diwujudkan.

6.0 PERANCANGAN

6.1 Tindakan untuk menangani risiko dan peluang

Di dalam merancang untuk sistem pengurusan kualiti, PLANMalaysia@Pahang

mengambil kira isu yang dirujuk dalam Klausa 4.1 dan keperluan yang dirujuk dalam

Klausa 4.2 dan menentukan risiko dan peluang yang perlu ditangani untuk:

a) Memberi jaminan bahawa sistem pengurusan kualiti boleh mencapai hasil

yang diinginkan;

b) Meningkatkan kesan yang diingini;

c) Mencegah, atau mengurangkan kesan yang tidak diingini;

d) Mencapai penambahbaikan.

Di dalam menguruskan risiko, PLANMalaysia@Pahang melaksanakan Pengurusan

Risiko. Risiko yang dikenalpasti didaftar di dalam Daftar Risiko untuk tujuan

pemantauan.

Di dalam menguruskan peluang, Daftar Peluang telah diwujudkan untuk tujuan

pemantauan. Format Daftar Peluang ialah seperti di Lampiran 5. Daftar Risiko dan

Daftar Peluang ini akan disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dokumen Rujukan: JPBD(C)/PKU/04: Pengurusan Risiko

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

23 - 40

PLANMalaysia @Pahang

6.2 Objektif kualiti dan perancangan untuk mencapainya

Objektif Kualiti telah diwujudkan seperti berikut:

i. Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan

a) Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)3 kali setahun

b) Memastikan semua lapisan pegawai mengikuti program latihan sekurang-

kurangnya tujuh (7) hari setahun.

c) Memastikan aduan pelanggan yang sahih diberi maklumbalas dalam

tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima

ii. Rancangan Pembangunan dan Projek Khas

a) Menyediakan dan menyelaras Rancangan Struktur Negeri Pahang dalam

tempoh lapan belas (18) bulan

b) Memberi ulasan terhadap Laporan Rancangan Tempatan dalam tempoh

empat belas (14) hari

c) Memberi ulasan Laporan Rancangan Kawasan Khas dalam tempoh

empat belas (14) hari

iii. Kawalan Perancangan

a) Memberi ulasan perancangan yang lengkap dalam tempoh 14 hari dari

tarikh permohonan diterima

iv. Kawalan Perancangan

a) Memproses dan memastikan urusan pembayaran bil dan tuntutan dapat

diselesaikan dalam tempaoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen

yang lengkap

Objektif Kualiti dihebahkan kepada semua kakitangan yang berkaitan untuk difahami.

Pencapaiannya juga akan dipantau dari semasa ke semasa.

Di dalam perancangan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, Pelan Tindakan

Objektif Kualiti telah diwujudkan untuk setiap objektif kualiti ini. Format untuk Plan

Tindakan Objektif Kualiti ini ialah seperti di Lampiran 6. Sekiranya Objektif Kualiti tidak

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

24 - 40

PLANMalaysia @Pahang

mencapai sasaran ditetapkan, tindakan pembetulan akan dilaksanakan dan Plan

Tindakan Objektif Kualiti akan dikemaskini.

6.3 Perancangan perubahan

Apabila terdapat keperluan untuk perubahan kepada proses di dalam pelaksanaan

sistem pengurusan kualiti, perubahan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan

terancang.

Jika perubahan melibatkan pindaan kepada proses kerja di dalam Prosedur, ianya

akan dibincang di peringkat Bahagian atau Unit yang berkaitan sebelum ianya

diangkat untuk kelulusan pengurusan merujuk kepada Prosedur Kawalan Dokumen.

Jika perubahan yang ingin dilakukan merupakan perubahan yang besar, Kertas

Cadangan yang memperincikan perubahan yang ingin dilakukan perlu disediakan.

Ianya perlu dibincang dan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan untuk kelulusan.

7.0 SOKONGAN

7.1 Sumber

7.1.1 Umum

PLANMalaysia@Pahang menentukan dan menyediakan sumber yang diperlukan

merangkumi sumber kewangan dan sumber manusia untuk mewujudkan,

melaksanakan, menyelenggara dan menambahbaik secara berterusan sistem

pengurusan kualiti.

7.1.2 Manusia (Sumber Manusia)

PLANMalaysia@Pahang menentukan dan menyediakan kakitangan yang diperlukan

untuk keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan untuk kawalan ke

atas proses-prosesnya.

Jika terdapat keperluan untuk penambahan atau pengisian perjawatan,

permohonan akan dibuat mengikut kaedah dan saluran yang ditetapkan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

25 - 40

PLANMalaysia @Pahang

7.1.3 Infrastruktur

PLANMalaysia@Pahang menentukan, menyediakan dan menyelenggara

infrastruktur yang diperlukan bagi operasi proses-prosesnya dan untuk mencapai

pematuhan penyampaian perkhidmatan merujuk kepada keperluan yang

ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan, 1PP, Pekeliling Perkhidmatan dan

Surat Pekeliling Perkhidmatan. Di samping itu, pelaksanaan penyelenggaraan

dinyatakan di dalam Fail Meja yang berkenaan.

Infrastruktur ini merangkumi:

a) bangunan pejabat termasuk kemudahan seperti penghawa dingin

b) peralatan untuk operasi,

c) kenderaan jabatan;

d) teknologi maklumat dan komunikasi.

7.1.4 Persekitaran untuk operasi proses-proses

PLANMalaysia@Pahang menentukan, menyediakan dan menyelenggara

persekitaran yang diperlukan bagi operasi proses-prosesnya dan untuk mencapai

pematuhan penyampaian perkhidmatan.

PLANMalaysia@Pahang menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa

bagi memastikan warga kerjanya dapat melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti

yang berkesan.

Persekitaran yang kondusif juga disediakan terutamanya di kaunter pelanggan untuk

memastikan keselesaan pelanggan yang berurusan dengan PLANMalaysia@Pahang.

7.1.5 Peralatan untuk pemeriksaan dan pengukuran

PLANMalaysia@Pahang tidak mengunakan sebarang peralatan yang perlu

dikalibrasi atau diverifikasi di dalam proses penyampaian perkhidmatan di dalam

skop pelaksanaan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

26 - 40

PLANMalaysia @Pahang

7.1.6 Pengetahuan Organisasi

PLANMalaysia@Pahang akan menentukan pengetahuan yang diperlukan untuk

pelaksanaan proses-proses dan untuk mencapai pematuhan produk dan

perkhidmatan.

Di dalam pengkongsian pengetahuan, PLANMalaysia@Pahang akan melaksanakan

Sesi Pengkongsian Ilmu (Knowledge Sharing Session) dari semasa ke semasa. Ianya

perlu dirancang dan diselaraskan oleh Pegawai Kualiti manakala dilaksanakan oleh

Bahagian yang berkaitan. Rekod pelaksanaan seperti senarai kehadiran dan nota

berkaitan perlu difailkan oleh Pegawai Kualiti untuk tujuan rujukan.

Di samping itu, untuk kursus-kursus tertentu yang dihadiri, laporan kursus yang lengkap

akan disediakan oleh peserta terbabit untuk tujuan pengkongsian ilmu. Laporan

kursus akan difailkan untuk tujuan rujukan. Sesi Pengkongsian Pengetahuan akan

dilaksanakan jika terdapat keperluan.

Untuk pengurusan sistem maklumat, Manual Operasi atau Manual Troubleshooting

untuk sistem yang dibangunkan oleh PLANMalaysia@Pahang akan disediakan untuk

tujuan rujukan.

7.2 Kekompetenan

PLANMalaysia@Pahang:

a) menentukan kekompetenan yang diperlukan kakitangan, yang memberi

kesan ke atas prestasi dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti;

b) memastikan mereka adalah kompeten berdasarkan pendidikan, latihan atau

pengalaman yang bersesuaian;

c) di mana berkenaan, merancang dan mengadakan latihan, kursus atau

tindakan lain yang bersesuaian untuk mencapai tahap kompetensi yang

dikenalpasti, dan menilai keberkesanannya oleh pegawai atasan

menggunakan Borang Penilaian Keberkesanan Latihan;

d) menyelenggara rekod-rekod yang bersesuaian dengan pendidikan, latihan,

kemahiran dan pengalaman serta mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

27 - 40

PLANMalaysia @Pahang

Pelaksanaan program latihan di PLANMalaysia@Pahang merujuk kepada keperluan

yang ditetapkan di dalam 1PP, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling

Perkhidmatan. Di samping itu, pelaksanaan program latihan dinyatakan di dalam Fail

Meja yang berkenaan.

7.3 Kesedaran

PLANMalaysia@Pahang memastikan semua kakitangan perlu mempunyai kesedaran

mengenai:

a) Dasar kualiti;

b) Objektif kualiti berkaitan;

c) Sumbangan mereka ke arah keberkesanan sistem pengurusan kualiti,

termasuk manfaat daripada prestasi yang telah ditambahbaik;

d) implikasi sekiranya tidak memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti.

7.4 Komunikasi

JPPD Pahang akan mengadakan perjumpaan atau perhimpunan, mesyuarat dan

program-program tertentu dari semasa ke semasa untuk berkomunikasi dengan

kakitangan dan pelanggan serta pihak berkepentingan berkaitan dengan sistem

pengurusan kualiti.

Komunikasi mengenai maklumat-maklumat berkaitan juga boleh disalurkan melalui

laman web, laman sosial, e-mel, broucher jabatan dan sebagainya.

7.5 Maklumat yang didokumenkan

Sistem pengurusan PLANMalaysia@Pahang terdiri daripada:

a) Maklumat yang didokumenkan (Dokumen Dan Rekod) yang diperlukan oleh

Standard ISO 9001:2015;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

28 - 40

PLANMalaysia @Pahang

b) Maklumat yang didokumenkan (Dokumen Dan Rekod) yang ditentukan oleh

PLANMalaysia@Pahang sebagai perlu untuk keberkesanan Sistem Pengurusan

Kualiti.

A. Kawalan Dokumen

Dokumen-dokumen yang perlu dikawal adalah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan

dokumen-dokumen sokongan (Arahan Kerja, borang dan senarai semak) yang

berkaitan. Dokumen-dokumen rujukan dalaman dan luaran yang diperlukan untuk

pelaksanaan sistem pengurusan kualiti juga akan dikenalpasti dan dikawal

pengedarannya.

Kawalan terhadap dokumen dijelaskan di dalam prosedur berkaitan.

Dokumen Rujukan: JPPBDPHG-PK(P)-01: Prosedur Kawalan Dokumen

B. Kawalan Rekod

PLANMalaysia@Pahang mewujudkan rekod untuk menyediakan bukti kepatuhan

terhadap keperluan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.

Semua rekod adalah mudah dibaca, boleh dikenalpasti dan mudah diperolehi

apabila diperlukan.

Semua rekod dan tempoh simpanan didokumenkan pada setiap prosedur berkaitan.

Jika rekod yang disimpan dalam media elektronik, sistem “backup” akan

diwujudkan. Tempoh simpanan dinyatakan di dalam prosedur yang berkaitan.

Rekod-rekod yang berkaitan juga perlu dilindungi dari segi kerahsian serta dielakkan

daripada sebarang pengubahsuaian yang tidak diingini.

Dokumen Rujukan: JPBD(C)/PKU/02: Kawalan Rekod

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

29 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8. OPERASI

8.1 Perancangan dan kawalan operasi

PLANMalaysia@Pahang merancang, melaksanakan dan mengawal proses yang

diperlukan bagi memenuhi keperluan penyediaan produk dan penyampaian

perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan yang ditentukan di dalam Klausa 6,

dengan:

i. Menentukan keperluan produk dan perkhidmatan;

ii. Mewujudkan kriteria untuk:

a. Proses-proses;

b. Penerimaan produk dan perkhidmatan;

iii. Menentukan sumber yang diperlukan untuk mencapai keakuran kepada

keperluan penyediaan produk dan penyampaian perkhidmatan;

iv. Melaksanakan kawalan ke atas proses menurut kriteria tersebut;

v. Menentukan, menyelenggara dan menyimpan maklumat yang

didokumenkan pada tahap yang diperlukan:

a. Untuk keyakinan bahawa proses-proses telah dilaksanakan

mengikut perancangan;

b. Untuk menunjukkan keakuran kepada keperluan produk dan

penyampaian perkhidmatan.

PLANMalaysia@Pahang mengawal perubahan dan menyemak kesan perubahan

yang tidak diinginkan, mengambil tindakan untuk mengurangkan sebarang kesan

tidak diingini, di mana perlu.

Di mana berkaitan PLANMalaysia@Pahang juga akan memastikan kawalan

terhadap proses sumber luar (lihat Klausa 8.4). Khidmat Perunding digunakan bagi

perkhidmatan penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan

Rancangan Kawasan Khas. Pelantikan Perunding dilakukan mengikut keadaan di

mana jika peruntukan kajian daripada kerajaan negeri, PLANMalaysia@Pahang akan

membuat lantikan dan melaksanakan pemantauan yang sewajarnya. Jika

peruntukan kajian daripada kerajaan persekutuan, pelantikan Perunding akan

dibuat oleh PLANMalaysia dan PLANMalaysia@Pahang akan menyelaras dan

memantau penyediaan kajian.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

30 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8.2 Keperluan perkhidmatan

8.2.1 Komunikasi pelanggan

Komunikasi dengan pelanggan merangkumi:

a) Maklumat perkhidmatan melalui website, broucher jabatan, mesyuarat dan

lain-lain;

b) Pertanyaan pelanggan melalui kaunter pertanyaan, website dan laman

sosial, telefon, e-mail dan lain-lain;

c) Maklumbalas pelanggan melalui kajian kepuasan pelanggan dan peti

cadangan;

d) Pengendalian atau kawalan harta hakmilik pelanggan;

e) Mewujudkan keperluan khusus untuk pelan kontigensi, apabila berkaitan.

Dokumen Rujukan : JPBD(C)/PKU/06: Maklumbalas Pelanggan

8.2.2 Menentukan keperluan produk dan perkhidmatan

Apabila menentukan keperluan produk dan penyampaian perkhidmatan untuk

ditawarkan kepada pelanggan, PLANMalaysia@Pahang memastikan bahawa:

i. Keperluan produk dan perkhidmatan serta syarat-syarat sesuatu

permohonan ditetapkan, termasuk:

a. Sebarang keperluan undang-undang dan peraturan yang

digunapakai;

b. Mana-mana keperluan yang dipertimbangkan sebagai perlu oleh

PLANMalaysia@Pahang;

ii. PLANMalaysia@Pahang boleh memenuhi keperluan perkhidmatan yang

ditawarkan.

8.2.3 Semakan keperluan produk dan perkhidmatan

PLANMalaysia@Pahang memastikan ia memiliki kemampuan untuk memenuhi

keperluan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

PLANMalaysia@Pahang akan melakukan semakan sebelum memberikan komitmen

untuk penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan; merangkumi:

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

31 - 40

PLANMalaysia @Pahang

a) Keperluan yang dinyatakan oleh pelanggan,

b) Keperluan yang tidak dinyatakan oleh pelanggan, tetapi ianya perlu

untuk perkhidmatan tersebut, di mana diketahui;

c) Keperluan yang ditetapkan oleh PLANMalaysia@Pahang;

d) Keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan;

e) Keperluan produk dan perkhidmatan yang berbeza dengan yang

dinyatakan sebelumnya.

8.2.4 Perubahan kepada keperluan produk dan perkhidmatan

PLANMalaysia@Pahang memastikan bahawa apabila berlaku perubahan pada

keperluan produk dan perkhidmatan, dokumen yang berkaitan akan dipinda, dan

mereka yang berkenaan dimaklumkan mengenai perubahan keperluan tersebut.

8.3 Rekabentuk dan pembangunan produk dan perkhidmatan

PLANMalaysia@Pahang tidak terlibat dalam rekabentuk dan pembangunan di mana

pelaksanaan proses penyampaian perkhidmatan adalah berdasarkan Akta, Manual,

Garis Panduan, Pekeliling, Arahan dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa.

8.4 Kawalan proses, produk dan perkhidmatan oleh pembekal luar

8.4.1 Umum

PLANMalaysia@Pahang melaksanakan proses perolehan bekalan, kerja dan

perkhidmatan samada secara pembelian terus, sebutharga atau tender merujuk

kepada keperluan yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan dan

Pekeliling-pekeliling serta Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan yang terkini dan 1PP.

Pemilihan pembekal dilakukan mengikut keperluan ditetapkan. Penilaian terhadap

prestasi pembekal, kontraktor dan perunding pula akan dilaksanakan menggunakan

Borang Penilaian Prestasi Pembekal. Di samping itu, proses perolehan dinyatakan di

dalam Fail Meja yang berkenaan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

32 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8.4.2 Jenis dan takat kawalan

PLANMalaysia@Pahang sentiasa memastikan setiap bekalan atau perkhidmatan

yang dibekalkan oleh pembekal disahkan lengkap dan memenuhi spesifikasi yang

ditetapkan semasa penerimaan. Pengesahan penerimaan dilakukan oleh

kakitangan Bahagian atau Unit yang menerima barangan atau perkhidmatan yang

dibekalkan. Pengesahan penerimaan ini akan dicatat pada Inden Kerja, Pesanan

Tempatan (LO) dan Nota Serahan (DO).

8.4.3 Maklumat untuk pembekal luar

PLANMalaysia@Pahang sentiasa memastikan kecukupan keperluan dan maklumat

sebelum berkomunikasi dengan pembekal luar. Maklumat untuk pembekal ialah

dalam bentuk samada melalui Pesanan Tempatan (LO), Surat Lantikan, Inden Kerja

atau Kontrak Perjanjian. Unit Kewangan sentiasa memastikan pembekal yang dilantik

dapat memenuhi kepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan yang diberikan

samada bekalan atau perkhidmatan berdasarkan penilaian yang dibuat melalui

Rekod Penilaian Prestasi Pembekal

8.5 Pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan

8.5.1 Kawalan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan

PLANMalaysia@Pahang melaksanakan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan

di dalam keadaan terkawal.

Keadaan terkawal termasuk, di mana berkenaan:

i. Kewujudan dokumen dan rekod yang menetapkan:

a. Ciri-ciri produk perkhidmatan dibekalkan, atau aktiviti yang

dilaksanakan;

b. Hasil yang ingin dicapai;

ii. Kewujudan dan penggunaan peralatan yang sesuai untuk pemeriksaan

dan pengukuran;

iii. Pelaksanaan aktiviti pemantauan dan pengukuran di peringkat yang

sesuai untuk mengesahkan kritera untuk kawalan ke atas proses dan

kriteria produk dan perkhidmatan telah dipenuhi;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

33 - 40

PLANMalaysia @Pahang

iv. Penggunaan infrastruktur dan persekitaran yang sesuai untuk

pengoperasian proses;

v. Pelantikan orang kompeten; termasuk sebarang kelayakan yang

diperlukan, jika berkaitan;

vi. Validasi, ke atas keupayaan untuk mencapai hasil produk dan

perkhidmatan yang dirancang, di mana output yang dihasilkan tidak

boleh dibuat pengesahan melalui pemantauan dan pengukuran;

vii. Pelaksanaan tindakan untuk mencegah kesilapan manusia;

viii. Pelaksanaan aktiviti kelulusan, penghantaran dan selepas penghantaran.

Dokumen Rujukan:

BIL. NO. RUJUKAN

PROSEDUR KUALITI NAMA PROSEDUR KUALITI

1. JPBD(C)/PKT/01 Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang

Negeri

2. JPBD(C)/PKT/02 Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pahang

3.

JPBD(C)/PKT/03

Urusan Pengendalian Bantahan Awam Rancangan

Struktur Negeri

4. JPBD(C)/PKT/04 Memberi Ulasan Dan Maklum Balas Ke Atas Laporan

Rancangan Tempatan/ Penggantian

5. JPBD(C)/PKT/05 Memberi Ulasan Dan Maklumbalas Ke atas Laporan

Rancangan Kawasan Khas (RKK)

6. JPBD(C)/PKT/06 Memberi Ulasan Permohonan Tukar Syarat /

Kategori Tanah

7. JPBD(C)/PKT/07 Memberi Ulasan Permohonan Kebenaran

Merancang Pelan Susunatur

8. JPBD(C)/PKT/08 Memberi Ulasan Permohonan Perancangan Tapak

9. JPBD(C)/PKT/09 Pemberian Ulasan Perancangan Ke Atas Laporan

Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

8.5.2 Identifikasi dan kemudahkesanan

Di mana perlu, PLANMalaysia@Pahang mengenalpasti produk atau perkhidmatan

dan statusnya dengan cara yang sesuai sepanjang proses penyediaan produk dan

penyampaian perkhidmatan.

Untuk kemudahkesanan, setiap permohonan adalah berdasarkan nombor rujukan

fail jabatan sebagai rujukan sepanjang proses penyediaan dan penyampaian

perkhidmatan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

34 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8.5.3 Harta milik pelanggan atau pembekal

PLANMalaysia@Pahang menjaga dengan baik harta milik pelanggan dan pembekal

termasuk maklumat berkaitan semasa ianya berada di bawah kawalan

PLANMalaysia@Pahang atau digunakan oleh PLANMalaysia@Pahang.

Harta hakmilik pelanggan ini boleh merangkumi pelan dan laporan yang diterima

daripada pelanggan.

Harta hakmilik pembekal pula boleh merangkumi peralatan-peralatan pejabat yang

disewa daripada pembekal.

Apabila harta milik pelanggan atau pembekal hilang, rosak atau didapati sudah

tidak sesuai digunakan, PLANMalaysia@Pahang hendaklah melaporkannya kepada

pelanggan atau pembekal yang berkenaan dan menyimpan rekod ke atas apa

yang telah berlaku.

8.5.4 Pengekalan (Pemeliharaan)

PLANMalaysia@Pahang akan memelihara output atau produk hasil daripada

penyediaan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan keakuran kepada

keperluan.

Di mana berkaitan, PLANMalaysia@Pahang mewujudkan kaedah pemeliharaan

produk merangkumi pengenalpastian, pengendalian, pembungkusan,

penyimpanan dan perlindungan.

Di antara output atau produk hasil daripada penyediaan dan penyampaian

perkhidmatan yang perlu dipelihara merangkumi Rancangan Pemajuan

(Rancangan Struktur Negeri) yang telah diwartakan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

35 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8.5.5 Aktiviti selepas penghantaran

Di mana berkaitan, PLANMalaysia@Pahang akan memenuhi keperluan selepas

penyampaian perkhidmatan termasuklah menangani sebarang isu yang

dibangkitkan oleh pelanggan selepas perkidmatan disampaikan.

8.5.6 Kawalan perubahan

PLANMalaysia@Pahang akan menyimpan rekod yang menerangkan hasil semakan

terhadap sebarang perubahan kepada proses penyampaian perkhidmatan

termasuk pihak yang meluluskan perubahan tersebut. Jika perubahan proses

melibatkan Prosedur, ianya akan direkodkan di dalam Borang Cadangan Pindaan

Dokumen. Jika perubahan yang ingin dilakukan merupakan perubahan yang besar

Kertas Cadangan yang memperincikan perubahan yang ingin dilakukan perlu

disediakan. Ianya perlu dibincang dan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan untuk

kelulusan. Rujuk Klausa 6.3 untuk perancangan perubahan.

8.6 Pelepasan produk dan perkhidmatan

PLANMalaysia@Pahang melaksanakan aturan yang telah dirancang, di peringkat

yang bersesuaian, untuk mengesahkan yang keperluan produk dan perkhidmatan

telah dipenuhi iaitu semakan dan kelulusan oleh mereka yang diberi kuasa di

sepanjang proses penyediaan dan penyampaian perkhidmatan.

Kelulusan atau pelepasan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan tidak boleh

diteruskan sehingga aturan yang telah dirancang telah lengkap dengan

memuaskan, melainkan diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa dan di mana

berkenaan, oleh pelanggan.

PLANMalaysia@Pahang akan menyimpan rekod berkaitan pelepasan produk dan

perkhidmatan iaitu:

i. Bukti keakuran dengan kriteria penerimaan;

ii. Kemudahkesanan kepada pegawai yang membenarkan pelepasan itu.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

36 - 40

PLANMalaysia @Pahang

8.7 Kawalan produk dan perkhidmatan takakur

PLANMalaysia@Pahang memastikan produk dan perkhidmatan yang takakur

kepada keperluan diidentifikasi dan dikawal untuk mencegah daripada tersalah

guna atau penghantaran.

PLANMalaysia@Pahang mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan maklumat

ketakakuran dan kesannya ke atas keakuran produk dan perkhidmatan. Ini juga

terpakai ke atas perkhidmatan takakur yang dikesan selepas selepas penyampaian

perkhidmatan.

PLANMalaysia@Pahang menguruskan produk dan perkhidmatan takakur dengan

satu atau lebih daripada cara-cara berikut:

i. Pembetulan seperti pembetulan kepada kesilapan dan kuiri kepada

pelanggan atau pemohon;

ii. Diasingkan dari digunakan;

iii. Pemakluman kepada pelanggan atau pemohon;

iv. Mendapatkan konsesi atau kelulusan khas daripada pihak pengurusan.

9.0 PENILAIAN PRESTASI

9.1 Pemantauan, pengukuran, analisis dan penilaian

9.1.1 Umum

PLANMalaysia@Pahang menentukan:

i. Apa yang perlu dipantau dan diukur;

ii. Kaedah pemantauan, pengukuran, analisis dan penilaian yang diperlukan

bagi memastikan keputusan yang sahih;

iii. Bila pemantauan dan pengukuran perlu dilakukan;

iv. Bila hasil daripada pemantauan dan pengukuran perlu dianalisis dan dinilai.

PLANMalaysia@Pahang akan menilai prestasi pelaksanaan proses dan keberkesanan

sistem pengurusan kualiti dan menyimpan rekod yang berkaitan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

37 - 40

PLANMalaysia @Pahang

9.1.2 Kepuasan pelanggan

PLANMalaysia@Pahang akan memantau persepsi pelanggan sejauh mana

keperluan dan jangkaan mereka telah dipenuhi melalui kajian kepuasan pelanggan.

Dokumen Rujukan : JPBD(C)/PKU/06: Maklumbalas Pelanggan

9.1.3 Analisis dan penilaian

PLANMalaysia@Pahang menganalisis dan menilai data dan maklumat yang

bersesuaian hasil daripada pemantauan dan pengukuran.

Hasil analisis hendaklah digunakan untuk menilai:

i. Keakuran kepada produk dan perkhidmatan;

ii. Tahap kepuasan pelanggan;

iii. Prestasi dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti;

iv. Samada perancangan telah dilaksanakan dengan berkesan;

v. Keberkesanan tindakan yang diambil di dalam menangani risiko dan

peluang;

vi. Prestasi pembekal luar;

vii. Keperluan untuk penambahbaikan sistem pengurusan kualiti.

9.2 Audit dalaman

PLANMalaysia@Pahang menjalankan audit dalaman sekurang-kurangnya sekali

setahun untuk menilai samada sistem pengurusan kualiti:

i. memenuhi:

a. keperluan sistem pengurusan kualiti PLANMalaysia@Pahang;

b. keperluan Standard ISO 9001:2015;

ii. dilaksanakan dan disenggara dengan berkesan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

38 - 40

PLANMalaysia @Pahang

PLANMalaysia@Pahang akan:

i. Merancang dan menyediakan program audit, di mana ianya mengambilkira

kepentingan proses yang berkenaan, perubahan yang memberi kesan

kepada JPPBD Phg dan hasil audit terdahulu;

ii. Menetapkan kriteria audit dan skop audit;

iii. Memilih juruaudit yang terlatih untuk memastikan matlamat audit serta

memastikan pemilihan dan ketelusan proses audit;

iv. Memastikan hasil audit dilaporkan kepada pengurusan yang berkaitan

dengan melaksanakan Mesyuarat Penutup selepas selesai audit,

melaksanakan pembetulan, di mana berkaitan dan tindakan pembetulan

yang sesuai tanpa berlengah;

v. Menyimpan rekod-rekod audit sebagai bukti pelaksanaan dan hasil audit.

Dokumen Rujukan: JPBD(C)/PKU/03: Audit Dalaman

9.3 Kajian semula pengurusan

9.3.1 Umum

Pengarah JPPBD Phg mengkaji semula sistem pengurusan kualiti

PLANMalaysia@Pahang iaitu dengan melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula

Pengurusan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kesesuaian,

kecukupan dan keberkesanan serta selaras dengan hala tuju strategik

PLANMalaysia@Pahang.

9.3.2 Input kajian semula pengurusan

Kajian semula pengurusan dirancang dan dijalankan dengan mengambilkira:

i. Status tindakan daripada kajian semula pengurusan terdahulu;

ii. Perubahan dalam isu luaran dan dalaman yang berkaitan dengan sistem

pengurusan kualiti;

iii. Maklumat mengenai prestasi dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti,

termasuk trend dalam:

a. Kepuasan pelanggan dan maklumbalas daripada pihak berkepentingan

berkenaan;

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

39 - 40

PLANMalaysia @Pahang

b. Sejauh mana objektif kualiti telah tercapai;

c. Prestasi proses dan keakuran produk dan perkhidmatan;

d. Ketakakuran dan tindakan pembetulan;

e. Hasil pemantauan dan pengukuran;

f. Keputusan audit dalaman dan audit sirim;

g. Prestasi pembekal termasuk perunding untuk rancangan pembangunan ;

iv. Kecukupan sumber;

v. Keberkesanan tindakan yang diambil untuk menangani risiko dan peluang;

vi. Peluang penambahbaikan.

9.3.3 Output kajian semula pengurusan

Output kajian semula pengurusan merangkumi keputusan dan tindakan berkaitan:

i. Peluang penambahbaikan;

ii. Sebarang keperluan untuk perubahan dalam sistem pengurusan kualiti;

iii. Sumber yang diperlukan.

PLANMalaysia@Pahang menyimpan maklumat yang didokumenkan sebagai bukti

daripada hasil kajian semula pengurusan merangkumi minit mesyuarat dan bahan-

bahan pembentangan yang berkaitan.

10.0 PENAMBAHBAIKAN

10.1 Umum

PLANMalaysia@Pahang akan menentukan dan memilih peluang penambahbaikan

dan melaksanakan sebarang tindakan yang perlu untuk memenuhi keperluan

pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

MANUAL KUALITI

JPBD(C) /MK/01

40 - 40

PLANMalaysia @Pahang

10.2 Ketakakuran dan tindakan pembetulan

Apabila berlaku ketakakuran, termasuk yang dibangkit melalui aduan,

PLANMalaysia@Pahang akan:

i. Bertindak Ke Atas Ketakakuran, Dan Di Mana Berkenaan:

a. Mengambil Tindakan Untuk Mengawal Dan Membetulkannya;

b. Menangani Kesan Daripada Ketakakuran Tersebut;

ii. Menilai Keperluan Untuk Tindakan Menghapuskan Punca Ketakakuran,

Supaya Ia Tidak Berulang Atau Berlaku Di Tempat Lain, Dengan:

a. Semakan Dan Menganalisis Ketakakuran;

b. Menentukan Punca Ketakakuran;

c. Menentukan Jika Ketakakuran Yang Serupa Wujud, Atau Berpotensi Boleh

Berlaku;

iii. Melaksanakan Sebarang Tindakan Yang Diperlukan;

iv. Semakan Keberkesanan Bagi Sebarang Tindakan Pembetulan Yang Diambil;;

v. Mengemaskini Daftar Risiko, Jika Perlu;

vi. Membuat Pindaan Pada Dokumentasi Yang Berkaitan, Jika Perlu.

Dokumen Rujukan: JPBD(C)/PKU/05: Tindakan Pembetulan

10.3 Penambahbaikan berterusan

PLANMalaysia@Pahang hendaklah menambahbaik secara berterusan kesesuaian,

kecukupan dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti.

PLANMalaysia@Pahang hendaklah mengambilkira hasil analisis dan penilaian, dan

output daripada semakan pengurusan, untuk menentukan jika ada keperluan atau

peluang yang perlu ditangani sebagai sebahagaian daripada penambahbaikan

berterusan.

FOR ONLINE VIEW ONLY

BAHAGIAN PENTADBIRAN

PENGARAH

PEMBANTU TADBIR (P/O) N22

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

PEMBANTU OPERASI N11 PEMANDU KENDERAAN H11

PEMANDU KENDERAAN H11

PEG. KHIDMAT PELANGGAN N17

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32

EN MOHD NORAWIE BIN SULONG

PEMB. TADBIR (KEW) W22

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 (KUP)

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT DAN LEMBAGA RAYUAN

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J44 (M)

PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

PENOLONG JURUTERA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

EN. ZULKAFLY BIN MOHAMAD

PEMB. TADBIR (KEW) W17

PEMBANTU OPERASI N11

KOSONG PEMBANTU OPERASI N11

PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

SETIAUSAHA PEJABAT N28

BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN DAN GEOSPATIAL

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA36

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PRANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29 PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PELUKIS PELAN (K.A) JA22

PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA36

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PELUKIS PELAN (K.A) JA22

PELUKIS PELAN (K.A) JA17

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J48

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA36 (TBK)

PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PELUKIS PELAN (K.A) JA17 KOSONG PELUKIS PELAN (K.A) JA17

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

PENOLONG JURUTERA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA36

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA36 (TBK)

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J48 (M)

KOSONG PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

KOSONG PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

LAMPIRAN 1 : CARTA ORGANISASI PLANMalaysia@Pahang

KOSONG PELUKIS PELAN (K.A) JA17

M J54

51- 61

FOR ONLINE VIEW ONLY

BAHAGIAN PENTADBIRAN

PENGARAH HAZIZAH BINTI SULAIMAN

PN. HAZILAH BT. ABDULLAH

PEMBANTU TADBIR (P/O) N22

PN. ZULIANA BT. ABDUL MALIK

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

EN. ZAKARIA B. BESAR PEMBANTU OPERASI

N11 EN. MOHD. AMIN B.

HASHIM PEMANDU KENDERAAN

H11

EN. RAZAB B. HUSSIN PEMANDU KENDERAAN H11

PN. MASZITA ABD. AZIZ PEG. KHIDMAT

PELANGGAN N17

PN. NOR MAIZATUN AMLA BT. PAHARAL RADZI

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32

EN MOHD NORAWIE BIN SULONG

PEMB. TADBIR (KEW) W22

PN. NORLELAWATI BT. ABD GHAFFAR

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

PN. ARNIDA BT. ABD. AZIZ

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N22 (KUP)

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT DAN LEMBAGA RAYUAN

EN. NOR AKHIRUDDIN BIN MOHAMAD NAZRI

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J44 (M)

PN. ZURAIDA BT. ABIDIN PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

EN. AHMAD YUSSRI B. ABD. RASHID

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29 EN. AFFANDI B. ABU BAKAR

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. RAFIDI BIN ABDUL RAFAR PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. NOOR NAJUWA BT. MOHAMED YASSIN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

PN. NUR FARAH HANIM BT. A.RAHMAN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

PN. NURLAILATUL SYAHIDA BT. JUSOH

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. KAMARULZAMAN BIN TUGIMAN

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J41

EN. MOHAMAD RIJAL B.

MAT ARIB PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

CIK NOOR AZIZAH BT. MAMAT

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ABDULLAH

PENOLONG JURUTERA JA29

EN. YUSRIZAD ALIFF B. MOHAMAD YUSUF

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

PN. ZARINA BT. ABDUL RASHID

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

EN. ZULKAFLY BIN MOHAMAD

PEMB. TADBIR (KEW) W17

EN. ROSLI BIN MUBIN PEMBANTU OPERASI N11

KOSONG PEMBANTU OPERASI N11

CIK AIN NABILA BT. ABU ZAHRI

PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

F29

PN. NOR AINNA BT. MOHD AMIN

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

PN. HAREWATI BT. HASHIM SETIAUSAHA

PEJABAT N28

KOSONG

BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN DAN GEOSPATIAL

PN. NUR AMIZA BT. AZMI PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. ROSLI BIN AB. MALIK PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

CIK SITI SA’ADAH BT. OSMAN PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. NOOR HAZLINDA BT. ABD. KARIM

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. ILHAM B. HJ. ABU HASSAN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA36

CIK NORZALINDA BT. OTHMAN PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. ROSMALAINI BT. MD. MUSTAFA

PEN. PEG. PRANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. MD. ZAKI B. SAMAN PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. WAN NAENMUDDIN B. WAN ABD. KARIM

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. MOHAMED RAZI B. ABD. KADIR

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

CIK NOOR AASIKIN BT. ZULKEFLI PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. AMMIE FADILLA BT. KAMARUDDIN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. MOHAMAD RAMDZAN B. GHAFAR

PELUKIS PELAN (K.A) JA22

PN. HAZAR ROFIDAH BT. ZAKARIA

PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

EN. MOHAMAD TAMIZI B. AB. RAHMAN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. MUHAMMAD AFIQ BIN OMAR

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J41

CIK NOR IDAYANI BT. MOHAMAD LAZAM

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. NA’AZAHA BIN MAT PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA36

EN. MOHD SAIFUN BIN MUHAMAD NAZRI

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. AZMI BIN DAUD PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. ABD. RAHIM BIN HAMZAH PELUKIS PELAN (K.A) JA22

TN. SHAIKH AHMAD FARIZ B. SHAIKH MUSTAFA

PELUKIS PELAN (K.A) JA17

EN. MOHD FAIZALNIZAM B. MD. ZAIN

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J48

PN. SAZRINA BT. IBRAHIM PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. AKHBAR ZAHIM BIN SAID PEGAWAI PERANCANG

BANDAR DAN DESA J41

BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS

EN. MOHD NAZREIN BIN NGAIMIN

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J41

EN. AB. MALEK BIN SAHAK PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. ROZILA BINTI MOHD TAHIR PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

PN. NOR FADILAH BT. HAJI ABDULLAH

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

CIK NOR SYAHIDA BINTI RAMLI PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. EDZWADY SHAM B. ELIAS

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA36 (TBK)

EN. SHAMRI KAMARUL EZANI

B. MOHAMAD NASIR PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA29

PN. NORMARDIANA BT. ABD. MANAN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

PN. NORLIDA BT. CHE APPRI @ SABRI

PELUKIS PELAN (K.A) JA17 KOSONG

PELUKIS PELAN (K.A) JA17

EN. MOHD IREWAN B. HANAFI

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J41

CIK MUNIRAH SUBRI BT ISMAIL PENOLONG JURUTERA JA29

EN. ABD. BASIR B. ABD. GHANI PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA36

EN. ZULKEFLE BIN YUSOFE PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JA36 (TBK)

CIK SUHANA BINTI SHARUDDIN PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

EN. MUHAMAD FAZA B. HASHIM

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA

JA29

EN. ASMADI B. ANDI MASARAPI @ ADIMAS

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

J41

PN. ROSMAWATI BT. HARON PEGAWAI PERANCANG

BANDAR DAN DESA

J48 (M)

KOSONG PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

KOSONG PEN. PEG. PERANCANG

BANDAR DAN DESA JA29

CARTA ORGANISASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG MENGIKUT PERJAWATAN Rajah 2

3

KOSONG PELUKIS PELAN (K.A) JA17

M J54

FOR ONLINE VIEW ONLY

52 - 61

Lampiran 2 : Konteks Organisasi – Isu Luaran dan Isu Dalaman (Klausa 4.1)

Isu Luaran

Bil.

Isu Kesan

1

2

3

4

5

6

Isu Dalaman

Bil.

Isu Kesan

1

2

3

4

5

6

FOR ONLINE VIEW ONLY

53 - 61

Lampiran 3 : Keperluan Pihak-pihak Berkepentingan (Klausa 4.2)

Bil. Pihak Berkepentingan Keperluan dan Jangkaan Kesan atau Kesan Berpotensi

1

2

3

4

5

FOR ONLINE VIEW ONLY

INTERAKSI PROSES SISTEM PENGURUSAN KUALITI K

EPU

ASA

N P

ELAN

GG

AN

KEP

ERLU

AN

PELA

NG

GA

N

Kawalan Dokumen & Rekod

(6) PERANCANGAN

(10) PENAMBAHBAIKAN

(4) K

ON

TEKS O

RG

AN

ISASI

Risiko dan

Peluang

PER

KH

IDM

AT

AN

(9) PENILAIAN PRESTASI

Analisis dan Penilaian Penambahbaikan

Berterusan

Tindakan

Pembetulan

Kepuasan Pelanggan

Audit Dalaman

MKSP

Objektif Kualiti

(7 & 8) OPERASI DAN SOKONGAN

Ulasan Permohonan KM & Tukar Syarat / Perancangan Tapak

Ulasan Laporan

EIA

PERKHIDMATAN TERAS

Urusetia

Mesyuarat JPN

Penyediaan RSN dan

Pengendalian Bantahan Awam

Ulasan Laporan

RT/RKK

Perolehan Kewangan Teknologi

Maklumat

Korporat Latihan

PERKHIDMATAN SOKONGAN

LAMPIRAN 4

(5) KEPIMPINAN

Dasar Kualiti

Kepimpinan dan

Komitmen

FOR ONLINE VIEW ONLY

55 - 61

Lampiran 5

Daftar Peluang – Sistem Pengurusan Kualiti

Tarikh Disediakan / Kemaskini:

Disediakan / Kemaskini Oleh:

Kelulusan Oleh:

Tandatangan: …………………………

Bil. Tarikh Daftar

Keterangan Peluang Tindakan Diambil Tanggung jawab

Tarikh Jangka Siap

Tarikh Siap Sebenar

Status (Buka / Tutup)

Tarikh Tutup

Catatan

FOR ONLINE VIEW ONLY

56 - 61

Lampiran 6 : Format Pelan Tindakan Objektif Kualiti

Bil. Objektif dan Sasaran

Kaedah Penilaian Hasil

Pelan Tindakan

Sumber Diperlukan

Tanggung jawab

Tarikh Jangka Siap / Tarikh Mula Laksana

Tarikh Siap Sebenar / Tarikh Sebenar Mula Laksana

Catatan

1.

2.

3.

Bahagian / Unit

Tarikh Disediakan / Tarikh Kemaskini

Disediakan Oleh / Dikemaskini Oleh

Diluluskan Oleh

Tandatangan Kelulusan

FOR ONLINE VIEW ONLY