fonem segmental dan suprasegmental

5
Klasifikasi Fonem Dalam kajian fonologi, fonem dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu; (i) fonem segmental dan (ii) fonem suprasegmental. (i) Fonem segmental Maksud fonem segmental adalah vokal dan konsonan dalam fonologi ataupun fonem-fonem yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap arus ujaran. Maksud segmen pula adalah satuan bahasa yang diabstraksikan dari suatu teks, misalnya fon atau fonem sebagai suatu bunyi, morf atau morfem sebagai satuan gramatikal. (ii) Fonem Supramental Suprasegmental pula bermaksud, jalinan atau susunan bunyi yang dapat membezakan erti suatu kata dengan kata yang lain. Di antara cirinya ialah sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu : a) Tekanan b) Nada c) Jeda d) Intonasi e) Panjang-pendek

Upload: puterasafri

Post on 27-Dec-2015

7.527 views

Category:

Documents


131 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fonem Segmental Dan Suprasegmental

Klasifikasi Fonem

Dalam kajian fonologi, fonem dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu; 

(i) fonem segmental dan

(ii) fonem suprasegmental.

(i) Fonem segmental

Maksud fonem segmental adalah vokal dan konsonan dalam fonologi ataupun fonem-fonem

yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap arus ujaran.  Maksud

segmen pula adalah satuan bahasa yang diabstraksikan dari suatu teks, misalnya fon atau

fonem sebagai suatu bunyi, morf atau morfem sebagai satuan gramatikal.

(ii) Fonem Supramental

Suprasegmental pula bermaksud, jalinan atau susunan bunyi yang dapat membezakan erti

suatu kata dengan kata yang lain. Di antara cirinya ialah sifat bunyi yang menindih atau

menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama

fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.

Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu :

a) Tekanan

b) Nada

c) Jeda

d) Intonasi

e) Panjang-pendek

Page 2: Fonem Segmental Dan Suprasegmental

Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu dan kepentingan dalam pengajaran

kemahiran lisan bahasa Melayu

Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu

Suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi

saran ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan

yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri

yang bukan segmental seperti kepanjangan, tekanan, jeda dan intonasi maka barulah makna

kata itu menjadi pasti dan jelas.

Fonem-fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu bukan bersifat fonemik, tetapi

sesetengah bahasa fonem-fonem suprasegmental adalah bersifat fonemik kerana fonem-fonem

tersebut boleh membezakan makna Ciri-ciri inilah yang biasanya dipanggil dalam fonetik

sebagai ciri-ciri suprasegmental atau ciri-ciri prosodi. Ciri-ciri suprasegmental ada lima jenis,

iaitu;

i.kepanjangan,

ii.tekanan,

iii.intonasi,

iv.jeda,

v.nada

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek.

Page 3: Fonem Segmental Dan Suprasegmental

a. Tekanan /’ /

Menunjukkan kelantangan sesuatu kata yang menandakan kearas

atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.

Dilambangkan oleh tanda /’ / dan diletakkan di atas suku kata yang

menerima tekanan. Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak

membezakan makna perkataan. Contohnya, /buda?’/

b. Nada

Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan . Ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 ( biasa), 3

(tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya; 2 3

Saya hendak balik,

Dalam Bahasa Melayu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi

seperti penghasilan sesuatu fonem

c.Jeda #

Juga disebut persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan

antara unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.

dilambangkan oleh # dan boleh membezakan makna, contohnya:-

(#saya makan nasi ema?#) adalah berbeza maknanya dengan (#saya

makan nasi ema?)

d Panjang pendek [:]

Kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi yang diucapkan

dilambangkan oleh [:] yang dinamakan mora [:], bererti panjang

sesuatu perkataan itu satu mora. [: :] menunjukkan dua mora dan [.]

adalah setengah mora. Dalam Bahasa Melayu, unsur ini tidak

membezakan makna.

Page 4: Fonem Segmental Dan Suprasegmental

Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Penggunaan intonasi ini akan dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ini

akan dapat menarik minat murid untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Suara yang tidak mempunyai perbezaan antara marah, geram,

lucu, gembira, sedih dan tegas akan membuat murid-murid itu seperti tidak mempunyai

sebarang reaksi. Inilah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu dalam pengajarannya.

Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat membantu

murid-murid untuk lebih cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka. Di dalam kelas,

bukan semua murid akan mempunyai tahap kemahiran yang sama dan tahap kecerdasan yang

sama. Bukan mudah untuk mengubah sikap seseorang tetapi adalah mudah untuk menarik

perhatian mereka agar dapat memberikan fokus kepada apa yang disampaikan. Nada-nada

yang dapat memberikan murid-murid sedar bahawa guru itu sedang tidak puas hati dengan

apa maklum balas mereka. Melalui tingkah laku mereka yang memperlihatkan tidak ada

penguasaan yang jitu terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru