folio pendidikan agama islam tingkatan 2 bahagian ahlak islamiah

13
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALING PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 BAHAGIAN AHLAK ISLAMIAH Nama: Siti Mazenah Dienta Rochani binti Mohamed Tajudin Kelas: 1D (Jauzi) Nombor Maktab: 12094 Guru: Ustad Najib

Upload: dienta-alias

Post on 05-Aug-2015

299 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Folio PAI Ting. 2 Ahlak Islamiah.. kerja rumah cuti semester 2 2012.

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MAKTAB RENDAH SAINS MARABALING

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAHAGIAN AHLAK ISLAMIAH

Nama: Siti Mazenah Dienta Rochani binti Mohamed Tajudin

Kelas: 1D (Jauzi)

Nombor Maktab: 12094

Guru: Ustad Najib

Nikmat Dan Musibah Ujian Kehidupan

Page 2: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

Folio PAI 2

Nikmat Dan Musibah

Ujian Kehidupan

Nikmat ialah semua bentuk kesenangan

keselesaan dan kemudahan yang

diterima oleh seseorang.

Antara contoh musibah ialah

kesakitan, kematian orang yang disayangi, dan sebagainya.

Musibah pula ialah semua

bentuk kesusahan, kesulitan dan

keperitan yang dihadapi

oleh seseorang.

Antara contoh nikmat ialah

kesihatan tubuh badan, tempat

tinggal yang selesa dan

sebagainya.

Allah SWT mengurniakan

nikmat atau musibah

bertujuan untuk menguji keimanan

hambaNya.

Page 3: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

Folio PAI 3

Adab menerima nikmat:

bersyukur apabila mendapat nikmat Allah SWT;menggunakan nikmat pada jalan kebaikan;sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.

Adab menerima musibah:

beristighfar kepada Allah SWT dengan mengucapkan “innalillahi waina ilahi raajiuun”sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT;tidak berputus asa, sebaliknya berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bersungguh-sungguh.memuhasabah diri dan memohon pengampunan kepada Allah SWTmenghadapinya dengan redha

Akibat tidak bersyukur:

tidak mendapat keberkatan dalam hidup;nikmat yang dimiliki akan ditarik balik oleh Allah SWT;mendapat azab yang pedih di akhirat kelak.

Kelebihan beradab ketika

ditimpa musibah:

mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT dengan diberikan nikmat yang melimpah ruah;mendapat keampunan Allah SWT;mendapat penghormatan dan sanjungan masyarakat.

Page 4: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MENJAGA MARUAH DIRI

Folio PAI 4

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan , di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru.

jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaanjiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan;jiran bukan Islam.

Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu:

menziarahi jiran pada masa yang sesuai seperti hujung minggu;menghormati dan bersangka baik terhadap jiran;membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan.

Cara beradab kepada jiran:

kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT;keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas;seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat;sukar mendapat pertolongan ketika menghadapi kesusahan.

Akibat tidak beradab kepada

jiran:

kehidupan dalam keadaan aman dan damai;kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan;setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan.

Hikmat beradab kepada jiran:

Page 5: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MENJANA KEHARMONIAN HIDUP

Folio PAI 5

Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta

tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam .Antara kepentingan

menjaga maruah diri ialah:

untuk mendapat keredaan Allah SWT;untuk memelihara maruah diri dan keluarga;supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Cara menjaga maruah diri dari segi

berpakaian:memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang;memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan;tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang salib dan jenama arak.

Cara menjaga maruah diri dari segi

pergaulan:memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama;menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak;hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Cara menjaga maruah diri dari segi

percakapan:bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan;bercakap benar dalam percakapan seharian;tidak menghina orang lain ketika bercakap.

Akibat tidak menjaga maruah diri:

maruah diri dan keluarga akan tercemar;dipandang hina dan dibenci oleh orang lain;mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.

Hikmat menjaga maruah diri:

mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT;kehormatan diri akan terpelihara;terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini;melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.

Page 6: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MEMELIHARA KESUCIAN MASJID DAN SURAU

Folio PAI 6

Sebagai M uslim yang berim an, kita m estilah beradab ketika bergaul dengan saudara seagam a dan juga orang bukan Islam .

Sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah:

untuk menjamin keharmonian hidupuntuk melahirkan masyarakat yang sejahtera;untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara.

Adab terhadap orang Islam dan orang bukan Islam:

memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam;bertoleransi dalam sesuatu perkara;hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

Sebab dituntut beradab terhadab orang bukan Islam:

dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam;supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka;supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam.

Akibat tidak beradab kepada orang bukan Islam:

masyarakat bukan Islam akan bersikap buruk sangka terhadap Islam;dakwah Islam tidak akan berkembang luas;perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas.

Langkah mengekalkan adab terhadap orang bukan Islam berdasarkan syariat:

membudayakan amalan ziarah-menziarahi;mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti hari keluarga;mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan;perancangan penempatan yang lebih tersusun.

Page 7: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

MEMELIHARA KESUCIAN MASHAF

Folio PAI 7

Adab-adab ketika masuk ke dalam masjid atau surau:

menanggalkan kasut atau alas kaki;

masuk dengan mendahulukan kaki

kanan;

membaca doa ketika masuk;

mengucapkan salam kepada orang yang

berada dalam masjid.

Adab-adab semasa berada di dalam masjid atau surau:

menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid;

berniat iktikaf di dalam masjid;

melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti

membaca al-Quran dan berzikir.

Adab-adab ketika keluar masjid:

keluar dengan mendahulukan kaki kiri;

membaca doa;

memberi salam kepada orang yang berada di

dalam masjid;

Peranan masjid:

pusat ibadat bagi umat Islam;

pusat pendidikan untuk mempelajari ilmu pengetahuan;

pusat pembangunan keluarga dan masyarakat;

pusat persinggahan dan khidmat musafir.

Kelebihan menjaga adab di masjid dan surau:

mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah

SWT;

dapat melakukan ibadat kepada

Allah SWT dengan khusyuk;

mewujudkan suasana tenang di dalam masjid dan

surau.

Amalan negatif di masjid dan surau:

membuat kotor seperti membuang

bekas makanan dan minuman di dalam

masjid;

tidak menutup aurat;

bergurau dalam masjid.

Akibat tidak beradab di masjid dan surau:

mendapat dosa dan kemurkaan

Allah SWT;

menjatuhkan imej Islam di mata orang bukan

Islam;

lahir individu yang tidak menghormati

masjid sebagai tempat ibadat dan rumah Allah SWT.

Page 8: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

DOA PENYERI KEHIDUPAN

Folio PAI 8

Page 9: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

Folio PAI 9

Doa ialah memohon sesuatu kepada Allah SWT sama ada untuk

memohon kebaikan atau untuk menolak sesuatu kejahatan.

Antara kepentingan doa:mendorong seseorang untuk terus berusaha

bagi mencapai kejayaan.

merapatkan hubungan antara hamba dengan

Allah SWT;

memantapkan iman, menenangkan jiwa dan

meningkatkan keimanan;

Waktu yang mustajab untuk

berdoa:

pada satu pertiga malam iaitu kira-kira

pukul 3 pagi;

pada hari dan malam Jumaat;

pada waktu di antara dua khutbah Jumaat.

Page 10: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

Folio PAI 10

Adab-adab berdoa:suci daripada hadas kecil dan hadas besar;memakai pakaian bersih dan menutup aurat;mengangkat kedua-dua tapak tangan;memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Tempat yang mustajab untuk berdoa:di depan Kaabah;di Padang Arafah;di dalam masjid.

Langkah untuk membiasakan diri berdoa:sentiasa mengingati Allah SWT di waktu senang dan susah;berkawan dengan orang yang memiliki akhlak yang baik;yakin dengan pertolongan Allah SWT.

Doa yang diterima oleh Allah SWT:doa ibu bapa terhadap anak-anak;doa pemimpin yang adil;doa orang yang dizalimi.

Doa-doa yang ditolak oleh Allah SWT:doa orang yang melakukan maksiat;doa orang yang makan dan minum dari sumber yang haram;doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.

Akibat tidak mengamalkan doa:tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT;lahir manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT;mudah berputus asa apabila gagal dalam sesuatu kerja;menjadi manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT apabila memperoleh kejayaan.

Page 11: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

WAWASAN BERIBADAT

Folio PAI 11

Ibadat bermaksud mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan melakukan segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.

Sebab-sebab perlu beradab ketika beribadat:

supaya ibadat yang dilakukan

diterima oleh Allah SWT;

supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah

SWT;

untuk melahirkan individu yang

memiliki peribadi yang unggul.

Page 12: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

Folio PAI 12

Perbezaan antara ibadat dengan adat iaitu:

Ibadat:ditentukan oleh syarak;bersumberkan al-Quran dan hadis;tidak boleh diubahsuai mengikut kehendak semasa.

Adat:ditentukan oleh adat;bersumberkan perbuatan kebiasaan yang dilakukan sejak turun temurun;berubah-ubah mengikut budaya sesebuah masyarakat.

Page 13: Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 Bahagian Ahlak Islamiah

Folio PAI 13

Adab ketika beribadat:

memakai pakaian yang bersih dan kemas;melakukan ibadat dengan hati yang khusyuk;melakukan ibadat mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak.

Hikmat beradab ketika beribadat:

meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT;hati dalam keadaan tenang dan tenteram;melahirkan masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab.

Akibat meninggalkan adab beribadat:

ibadat yang dilakukan tidak sempurna;ibadat yang dilakukan tidak memberikan kesan positif terhadap peribadi seseorang;jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT.