skema jawapan kertas 2 johor 2012

35
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] Bahagian A 1. Huraikan pelaksanaan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19 dan bezakan antara Adat Pepatih dengan Adat Temenggung. A. Pengenalan (3/2 M) 1. Hukum adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta diwarisi secara turun-temurun yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu. 2. Pada awalnya, ia hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dipatuhi. 3. Hukum adat tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau hukum yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. B. Isi 1. Pelaksanaan Hukum Adat (4 M) - Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. - Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga lahirnya pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”. - Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai pengaruh keagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-Buddha dan pengaruh Islam. - Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah berdasarkan kepada Adat Pepatih dan Adat Temenggung. - Adat Pepatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan Minangkabau. - Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning. - Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat perkahwinan, adat pertabalan raja dan sebagainya. 2. Perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung ( 16 M ) - Adat Pepatih disusun oleh Dato Pepatih Nan Sebatang dari pagar Ruyung, sementara Adat Temenggung disusun oleh Dato Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang. - Adat Pepatih diamalkan khusus oleh orang Melayu keturunan Minangkabau dan boleh dilihat di beberapa kawasan terutamanya di Negeri Sembilan dan Naning. Sementara itu, Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning. - Dalam sistem pemerintahan, Adat Pepatih mementingkan prinsip demokrasi iaitu kuasa pemerintahan tidak berada di tangan seorang sahaja dan kerjasama di dalam masyarakat keseluruhannya. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak di mana

Upload: saiful-maslul

Post on 06-Sep-2015

110 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah stpm

TRANSCRIPT

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    1

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Bahagian A

    1. Huraikan pelaksanaan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abadke 19 dan bezakan antara Adat Pepatih dengan Adat Temenggung.

    A. Pengenalan (3/2 M)

    1. Hukum adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup sertadiwarisi secara turun-temurun yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu.

    2. Pada awalnya, ia hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaandan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dipatuhi.

    3. Hukum adat tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atauhukum yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukansebaliknya dihafal oleh Ketua Adat.

    B. Isi1. Pelaksanaan Hukum Adat (4 M)

    - Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi sejakturun-temurun.

    - Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga lahirnyapepatah biar mati anak, jangan mati adat.

    - Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai pengaruhkeagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-Buddha dan pengaruhIslam.

    - Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah berdasarkankepada Adat Pepatih dan Adat Temenggung.

    - Adat Pepatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan Minangkabau.- Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan diamalkan oleh

    masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning.- Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan dalam sesuatu majlis atau upacara

    tertentu seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat perkahwinan, adatpertabalan raja dan sebagainya.

    2. Perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung ( 16 M )

    - Adat Pepatih disusun oleh Dato Pepatih Nan Sebatang dari pagar Ruyung,sementara Adat Temenggung disusun oleh Dato Ketemenggungan yang menjadipemerintah di Palembang.

    - Adat Pepatih diamalkan khusus oleh orang Melayu keturunan Minangkabau danboleh dilihat di beberapa kawasan terutamanya di Negeri Sembilan dan Naning.Sementara itu, Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu kecuali NegeriSembilan dan Naning.

    - Dalam sistem pemerintahan, Adat Pepatih mementingkan prinsip demokrasi iaitukuasa pemerintahan tidak berada di tangan seorang sahaja dan kerjasama di dalammasyarakat keseluruhannya. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak di mana

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    2

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    ketua pelbagai peringkat dipilih dari peringkat bawah ke atas. Contohnya, anak buahmemilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undangmemilih Yamtuan Besar. Sementara itu, Adat Temenggung lebih mengutamakankedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Mengikut Adat Temenggung, rajaadalah pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak atau autokratik. Tempat bagindaakan diwarisi oleh putera sulung atau adik lelaki selepas kemangkatan baginda. Rajamempunyai kuasa melantik pembesar untuk membantu mengendalikan tugasbaginda.

    - Dalam sistem kekeluargaan, Adat Pepatih mementingkan pihak sebelah perempuan.Hal ini dapat dilihat dalam soal pembahagian harta dan jurai keturunan yang merujukkepada golongan sebelah perempuan. Perempuan menjadi ketua keluarga danharta pusaka akan diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Suamidikehendaki tinggal bersama keluarga isterinya. Perkahwinan sesama suku adalahdilarang. Sementara itu, Adat Temenggung pula mementingkan pihak sebelah lelakidalam soal pembahagian harta, pemegang kuasa dan lain-lain. Gelaran dan pangkatakan disalurkan daripada ayah kepada anak lelaki. Lelaki menjadi ketua danketurunan keluarga. Dalam soal perkahwinan, isteri dikehendaki tinggal bersamadengan keluarga lelaki. Dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan selagitidak melanggar hukum syarak.

    - Pembahagian harta mengikut Adat Pepatih, harta daripada sesebuah keluarga akandiwarisi oleh anak perempuan sahaja. Tanah hanya dimiliki oleh anak perempuan.Harta akan diwarisi oleh ibu kepada anak perempuan. Harta pusaka turun-temurunadalah milik suku. Sementara itu, dalam Adat Temenggung, pewarisan harta pusakalebih kepada mengikut hukum syarak. Di dalam hukum syarak, harta yang diwarisioleh anak lelaki lebih banyak daripada harta yang diwarisi oleh anak perempuan.

    - Dari segi jenayah, hukuman yang dilaksanakan oleh Adat Pepatih adalah bersifattimbang rasa dan perikemanusiaan. Undang-undang jenayah berunsur pemulihanatau memperbaiki keadaan dan berdasarkan kerjasama serta jalinan kekeluargaanyang rapat. Adat Pepatih percaya bahawa orang yang melakukan jenayah bolehmemperbaiki perangainya dan pulih menjadi seorang yang baik. Sementara undang-undang jenayah Adat Temenggung sangat ketat dan keras serta berpegang kepadaprinsip pembalasan. Undang-undangnya bertujuan untuk menghukum.

    - Adat Pepatih tidak dipengaruhi oleh unsur pengaruh luar. Sementara itu, AdatTemenggung mempunyai unsur pengaruh agama Hindu-Buddha dan kemudiannyaagama Islam.

    C. Kesimpulan ( 2/3 M)

    1. Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah adalah ditandai denganaturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara dua kelas ini adalah dilarang dan hampirmustahil dalam masyarakat Melayu.

    2. Kedatangan kuasa Barat telah mengubah pelaksanaan undang-undang tradisionalmasyarakat Melayu . Namun terdapat adat-adat lama yang masih wujud hingga kini.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    3

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    2. Huraikan kesan-kesan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu akibat perkembanganekonomi komersil selepas campur tangan British dari pertengahan abad ke-19hingga awal abad ke-20.

    A. Pengenalan (3/2 M)1. Ekonomi komersil di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas campur tangan

    British tahun 1874. Ini terutama dalam perusahaan bijih timah dan tanaman daganganseperti getah.

    2. Terdapat banyak perubahan terhadap peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur,teknologi dan perbandaran.

    3. Kesannya sosioekonomi Tanah Melayu telah berkembang maju.

    B. Isi-isiSosial (10 M)

    1. Pertambahan penduduka. Kestabilan politik telah membawa perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan ini

    menyebabkan berlaku pertambahan penduduk kerana kemasukan orang Cina danIndia.

    b. Orang Cina dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja disektor perlombongan dan perusahaan getah.

    2. Masyarakat Majmuka. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi

    penduduk dan membentuk masyarakat majmuk.b. Perpaduan sukar dicapai melalui Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh

    British.c. Pola penempatan penduduk mengikut kaum iaitu orang Melayu tinggal di kampung,

    orang Cina di bandar atau kawasan perlombongan dan orang India di ladang-ladang.3. Sistem pendidikan vernakular

    a. Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan mengikut kaum telah berkembangselaras dengan perkembangan ekonomi komersil.

    b. Terdapat empat aliran pendidikan di Tanah Melayu iaitu pendidikan Melayu, Cina, Tamildan Inggeris. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah menggunakan bahasa ibundamasing-masing. Guru dan buku teks dibawa dari negara asal. Keadaan ini menjuruskepada meluasnya jurang perbezaan antara kaum di negeri-negeri Melayu dan sukarmembentuk perpaduan.

    4. Sistem perhubungana. British telah membina dan membangunkan sistem perhubungan moden iaitu jalan

    keretapi dan jalan raya. Tujuannya untuk kemudahan pengangkutan dan pemasaranhasil ekonomi dari kawasan pengeluaran ke Pelabuhan.

    b. Pada tahun 1885, Hugh Low telah membina jalan keretapi yang pertama di Perak iaitumenghubungkan Taiping ke Port Weld sejauh 12.8 km. Tahun 1889, jalan keretapi

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    4

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    dibina antara Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pada tahun 1904 semua kawasanperlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan mempunyaiperkhidmatan keretapi.

    c. Jalan raya juga telah dibina menghubungkan bandar-bandar di negeri-negeri Melayu.Pembinaannya untuk kepentingan ekonomi British selaras dengan perkembanganekonomi komersil terutama getah dan bijih timah.

    5. Kemudahan kesihatan dan bandar barua. Pertambahan penduduk menyebabkan wabak penyakit mulai merebak disebabkan

    keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang kotor.b. Antara penyakit berjangkit seperti malaria, taun, beri-beri dan batuk kering.c. Untuk mengatasi masalah ini, British telah mendirikan hospital dan pusat kesihatan kecil

    di Bandar dan luar Bandar. Hospital pertama dibina di Taiping dan Kuala Lumpur padatahun 1878. Pusat kesihatan kecil telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah dan KualaKangsar.

    d. Perkembangan ekonomi komersil juga telah membentuk bandar-bandar baru sepertiTaiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Menjelang tahun 1911 terdapat 92 buah bandartelah muncul hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

    Ekonomi (10 M)1. Kewujudan sistem ekonomi mengikut kaum.

    a. British dan kaum yang berhijrah iaitu orang Cina dan India ke Tanah Melayu telahterlibat dalam ekonomi komersil.

    b. Orang Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan perniagaan, orang India pulaterlibat dalam sektor perladangan, buruh pembinaan jalan raya dan keretapi danpengawal keselamatan manakala orang Melayu masih kekal dalam kegiatan ekonomisara diri.

    c. Keadaan ini mewujudkan pemisahan ekonomi mengikut kaum.2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagangan.

    a. Pemodal British telah membuka lebih banyak kawasan perlombongan bijih timah sepertiAmpang, Klang, Kuala Lumpur di Selangor dan Lembah Kinta di Perak.

    b. Kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek telah membolehkan hasil pengeluaranmeningkat secara berganda. Kesannya Tanah Melayu menjadi pengeluar utama dunia.

    c. Antara tanaman dagang yang penting ialah getah. British telah menggalakkanperkembangan penanaman getah di Negeri-negeri Melayu.

    d. Usaha-usaha yang dilakukan untuk memperkembangkan tanaman getah sepertisumbangan H.N. Ridley, perkembangan industri kereta, kejatuhan harga kopi danpelaburan modal oleh pelabor Eropah. Kesannya Tanah Melayu menjadi pengeluarutama getah dunia.

    e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagang seperti getah telahmewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu seperti bidangpengurusan, pengangkutan dan buruh di lombong dan ladang.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    5

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    3. Perkembangan kilang perusahaana. Kemunculan perusahaan perkilangan berasaskan bijih timah seperti perusahaan

    melebur bijih timah yang diusahakan oleh Strait Trading Company. Syarikat UnitedEngineers merupakan syarikat perkilangan terawal. Syarikat ini menjalankan operasimembina peralatan perlombongan seperti kapal korek dan mesin memproses getah.Antara kilang-kilang yang berasaskan getah telah muncul seperti Kilang kasut Bata dankasut Fung Koeng, di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh.

    4. Institusi kewangan dan banka. Bank-bank berperanan sebagai memberi pinjaman kepada sektor swasta dan individu

    untuk tujuan pelaburan.b. Antara bank yang ditubuhkan seperti Mercantile Bank (1859), Bank of Malaya (1920),

    Bank Hin Lee (1935) dan Malay National Banking Corporation Berhad (1947).

    C. Kesimpulan (3/2M)1. Pengenalan ekonomi komersil oleh British telah memperkembangkan ekonomi Tanah

    Melayu terutama dalam sektor perlombongan bijih timah dan getah. Perkembangan initelah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.

    2. Walau bagaimanapun perkembangan ekonomi komersil ini tidak menguntungkan orangMelayu kerana masih kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    6

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    3. Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran SyarikatBerpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke padaabad ke-19.

    A. Pengenalan (3/2 M)1 Pada abad ke-19 Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) telah mentadbir Sabah

    bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan penguasaan tersebut banyakperubahan telah dilakukan oleh SBBU.

    2 Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati yang membawa kepada penentangandari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote dan Mat Salleh.

    3 Manakala di Sarawak, penguasaan Dinasti Brooke bermula dari tahun 1842 apabila JamesBrooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak. Sepanjang penguasaan tersebut banyakpembaharuan telah dilakukan

    4 Pembaharuan tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk menyebabkanberlakunya penentangan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Sharif Masyahor, Rentap,orang-orang Cina dan Banting.

    B. Isi Jawapan

    1. Gerakan penentangan di Sabah. (10 M)a. Penentangan Pangeran Samah (1884).

    Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai olehPangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dankemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atasaktiviti mengutip sarang burung. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakanoleh pihak berkuasa British.

    Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untukmengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihakberkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindakmenutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.

    Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah,mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapatdikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

    b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).

    Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari daerahPadas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan inidiketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote. Beliau dipercayaimempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada pada beliau telah tidakdiiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba untuk menghapuskannya.

    Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telahmelahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit menentangSBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi akhirnya berjayadihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    7

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).

    Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihakberkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh bin DatuBalu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani. Berasal darihulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau.

    Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBUmembakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusanpentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikanburuh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalankeretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong sertatidak menghormati adat resam penduduk tempatan.

    Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagangDayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Inimenyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh diPulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.

    Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannyaitu telah menyebabkan SBBU bertindakbalas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh diRanau.

    Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar taktik denganmemujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai. Syarat perjanjian tersebut ialahDaerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh, boleh mentadbir secara bebas danpengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan.

    Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambilsemula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas hati lalumengatur strategi menyerang British. Belum sempat Mat Salleh dan pengikutnyamelancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan. Dalamserangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah Tambunan menjadiwilayah kepunyaan SBBU.

    2. Gerakan penentangan di Sarawak. (10 M)

    a. Penentangan Sharif Masahor (1853-1860).

    Sharif Masahor merupakan seorang gabenor dari Daerah Sarikei, bangkit menentangpihak berkuasa British di bawah pimpinan Brooke disebabkan beberapa pembaharuanyang telah diperkenalkan khususnya berkaitan masalah pungutan cukai.

    Kemuncak rasa tidak puas hati Sharif Masahor ialah apabila British bertindakmenyokong Pangeran Matusin dalam peristiwa perbalahan antara Pangeran Matusindengan Pangeran Arshad, sedangkan Sharif Masahor menyokong Pangeran Arshad.Beliau mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang Melayu, Iban dan lain-lain.

    Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah bersatu dengan Datu Patinggi Abdul Ghapurbertindak menyerang kubu Brooke. Abdul Ghapur berjaya melarikan diri ke Pontianaktetapi telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjara di Betawi. Manakala Sharifpula berjaya melepaskan diri dari buruan British.

    Pada tahun 1860, Sharif bersama pengikutnya sekali lagi melakukan serangan ke atasKuching, namun serangannya gagal apabila mendapat serangan balas dari CharlesBrooke di Sungai Sadong. Sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri dan memaksa

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    8

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Charles Brooke menyerang dan bertindak membakar kampung Igan iaitu perkampunganSharif Masahor.

    Pada tahun 1861, British terpaksa meminta bantuan Sultan Brunei untuk mengadakanperundingan dengan Sharif yang akhirnya bersetuju untuk dibuang negeri ke Singapuradan meninggal dunia di sana pada tahun 1890.

    b. Penentangan Rentap (1853-1861).

    Rentap atau juga dikenali dengan Libau merupakan ketua kaum Iban di hulu SungaiSekrang. Beliau bersama pengikutnya bangkit menentang Brooke kerana rasa tidakpuas hati ekoran daripada tindakan melakukan beberapa perubahan yang telahmenganggu punca pencarian mereka serta menghapuskan adat resam kaum Ibanseperti memburu kepala atau disebut adat mengayau.

    Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang dan berjayamembunuh seorang pegawai British bernama Allan Lee. Pada tahun 1854, Brooke telahmengarah tenteranya supaya menangkap Rentap, namun beliau bejaya melarikan dirike Bukit Sadok.

    Pada tahun 1857, Charles Brooke cuba menyerang rentap yang berkubu di BukitSadok, tetapi gagal kerana kubu tersebut dilengkapi dengan meriam. Padatahun1861,cubaan Brooke untuk menawan Bukit Sadok buat kali ketiga akhirnya berjayadengan menggunakan meriam bujang sadok. Namun Rentap berjaya melarikan diri kedalam hutan dan meninggal dunia beberapa tahun kemudiaannya.

    b. Penentangan orang-orang Cina.

    Masyarakat Cina di Bau telah bangkit menentang pentadbiran Brooke disebabkan tidakberpuas hati terhadap beberapa perkara.

    Kerajaan Brooke menganggap bahawa masyarakat Cina yang berhijrah dari Sambasadalah sebagai pelarian jenayah. Mereka tidak dibenarkan menjalankan perdaganganluar.Malah segala perdagangan judi, pajak, arak dan candu berada di bawah kawalankerajaan Brooke.

    Kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut ialah apabila kerajaan Brookemengenakan cukai terhadap orang Cina. Mereka telah dipaksa mematuhi segalaperaturan yang diperkenalkan. Pada bulan Januari 1857, pelombong Cina di Bau telahdidenda sebanyak 150 kerana menyeludup candu.

    Tindakan tersebut telah menyebabkan seramai 600 orang Cina bangkit melancarkanserangan ke atas Kuching tetapi berjaya dipatahkan oleh British. Akhirnya masyarakatCina terpaksa berundur ke Bau dan kemudiaannya berhijrah ke Sambas, Kalimantan.

    c. Penentangan Banting (1893).

    Gerakan penentangan ini diketuai oleh Banting, seorang pemimpin Iban berasal darihulu Sungai Batang Lupar. Kebangkitan Banting dan pengikutnya disebabkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Brooke yang cuba menghapuskan beberapa amalan tradisiseperti memburu kepala.

    Pada tahun 1895, Banting bersama pengikutnya telah didenda kerana membawa masuktajau dan perkakas tembaga tanpa membayar cukai. Ekoran daripada itu, Banting danpengikutnya telah bertindak menyerang perkampungan dayak yang menyokong

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    9

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    kerajaan Brooke dan berjaya membunuh 10 orang Dayak. Charles Brooke bertindak dancuba menangkap Banting tetapi gagal.

    Pada tahun 1902, Banting bersama pengikutnya muncul semula dan beberapa kalimelancarkan serangan terhadap penyokong-penyokong Brooke. Bagaimanapuntindakan Brooke untuk menangkap Banting menemui kegagalan.

    Akhirnya pada tahun 1904, Bating berjaya ditewaskan dalam Pertempuran Bong Kapyang kemudian bersetuju untuk membayar denda kepada pihak berkuasa British.

    C. Kesimpulan (3/2M)

    1 Kesimpulannya gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran Britishdi Sabah dan Sarawak telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukanmereka.

    2 Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telahmuncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    10

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    4. Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap Tanah Melayuantara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.

    A. Pendahuluan [3/2 M]

    1. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .2. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosioekonomi rakyat yang menderita

    akibat kekejaman Jepun.3. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu

    bergerak secara militan.4. 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris

    dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.5. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan

    pemberontakan komunis di Tanah Melayu.

    B. Isi

    Kesan Politik [6M]

    1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatankomunis ditangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan

    2. Pergerakan kesatuan sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulitdengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan pemogokan.

    3. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh denganidea PKM.

    4. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan merekadibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan proInggeris dibenarkan bergerak sepertiUMNO, MCA,MIC dan Parti Negara.

    5. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai statusberkerajaan sendiri.

    6. Pilihan raya diadakan di George Town (Disember1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.

    KesanSosial [8M]

    1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak keranadikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancamankomunis.

    2. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orangramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah.

    3. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .4. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang

    menjadi sarang komunis.5. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan

    ekonomi negara.6. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup terpaksa mematuhi banyak

    peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyaikad pengenalan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    11

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    7. Timbul masalah perkauman peperangan menentang komunis dianggap sebagaipeperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiridaripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjatakerajaan.

    8. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soalkerakyatan bertujuan menarik mereka prokerajaan

    9. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskanpermohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2juta orang Cina mendapat kerakyatan.

    10. Banyak nyawa terkorban dan hartabenda musnah akibat pengisytiharan darurattermasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.

    11. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membanteras kegiatan komuniscontoh antara 1948-1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskanpergerakan komunis.

    12. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semulasetinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Inimenyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasatidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.

    Kesan Ekonomi [6M]

    1. Rakyat mengalami penderitaan dan kesengsaraan akibat kemusnahan ladang danlombong.

    2. Banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keamanan. Kegiatan ekonomikhususnya di Tanah Melayu terbantut. Dianggarkan $300 000 sehari dibelanjakan untukmembanteras kegiatan komunis demi menjaga keselamatan harta dan nyawa rakyat.

    3. Daripada Laporan Tahunan 1950, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $7 jutauntuk mengatasi masalah penempatan semula. Kerajaan terpaksa memberikan elaundan pemberian bantuan perumahan kepada penduduk setinggan.

    4. Negara mengalami kemelesetan ekonomi, perdagangan antarabangsa terbantut. Defisitnegara sebanyak $146 juta pada tahun 1953 menyebabkan banyak projekpembangunan negara semasa dan selepas darurat terpaksa diketepikan dahulu.

    5. Penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority) 1960.Ini bertujuan untukmemajukan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu bagi masyarakat luar bandarkhususnya kaum Melayu.

    C. Kesimpulan [2/3 M]

    1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemuikegagalan.

    2. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republik komunis .3. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membanteras

    pemberontakan komunis.4. Kegiatan komunis mulai merosot darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada

    1960.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    12

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk TanahMelayu terhadap penubuhannya.

    A. Pengenalan [3/2 M]

    1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. Britishterpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangkaPerlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.

    2. Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

    B. Isi

    1.Ciri-ciri PTM [6M] PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat. Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasamenggubal undang-undang.

    Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon

    kerakyatan diperketatkan.

    2. Reaksi [14M]

    a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic

    Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggaptidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.

    MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti MalayanIndian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan BuruhSeluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-ServiseComrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.

    AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supayaperlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu,dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British diTanah Melayu kerana terlalu radikal.

    b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan

    perlembagaan PTM 1948. Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr.

    Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan AngkatanWanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan RakyatMelayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGARAKYAT pada Februari 1947.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    13

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    c. Tentangan AMCJA-PUTERA Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili

    seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan ini tidak bersetuju kerana British secara sulittelah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.

    Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyatTanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.

    Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatanAMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British diTanah Melayu kerana dianggap radikal.

    Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutandaripada rakyat.

    C. Kesimpulan [2/3 M]

    1. Cadangan-cadangan yang terkandung dalam PTM 1948 adalah liberal berbanding MUnamun masih wujud cari campur tangan dan pengaruh British.

    2. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU danmemperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayudan hak istimewa orang-orang Melayu.

    3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    14

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    6. Jelaskan sistem pentadbiran Malaysia dari tahun 1957 hinggapembentukan Malaysia.

    A. Pengenalan (3/2 M)

    1. Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British pada 31Ogos 1957. Sabah dan Sarawak pula mencapai kemerdekaan melaluiPersekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

    2. Pemerintahan Malaysia berasaskan Perjanj ian Persekutuan Tanah Melayutahun 1957.

    3. Parlimen merupakan penggubal undang-undang. Parlimen Malaysia terdiri daripadaYang DiPertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Selain itu, terdapat JemaahMenteri, Kementerian dan Badan Kehakiman.

    B. Isi (20 M)

    1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Dengan ini, terdapat pembahagiankuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ini diperuntukkandalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. lni membawamakna bahawa kuasa menggubal undang-undang sama ada oleh Parlimen atau DewanUndangan Negeri ditetapkan oleh perlembagaan. Perkara seperti kehakiman, hal-ehwal luarnegara, kewangan, pendidikan dan pertahanan termasuk dalam Senarai Persekutuan.Perkara yang dijadikan undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri seperti undang-undang Islam, tanah, pertanian, perhutanan dan perlombongan adalah di bawah SenaraiNegeri. Senarai Bersama memperuntukkan perkara yang boleh dijadikan undang-undangoleh Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Perkara ini adalah sepertikebajikan masyarakat, biasiswa dan perlindungan mergastua.

    2. Perlembagaan Malaysia menetapkan Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara.Baginda dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh limatahun sahaja. Yang DiPertuan Agong merupakan raja berperlembagaan yang bertindakmengikut nasihat Jemaah Menteri. Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa melantikPerdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen ataupunmengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara tentangkeistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. YangDiPertuan Agong juga mempunyai kuasa melindungi orang Melayu dan bumiputera diSabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

    3. Yang DiPertuan Agong juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Bagindadiberi kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan.Baginda bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan dalam hal ini. Yang DiPertuanAgong menjadi ketua agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak danWilayah Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.

    4. Undang-undang Darurat memerlukan perkenan Yang DiPertuan Agong. Bagindadiberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan Darurat denganpersetujuan Jemaah Menteri. Semua rang undang-undang yang telah diluluskan

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    15

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    oleh Parlimen mesti diperkenan oleh baginda. Yang DiPertuan Agong sebagaiRaja Berperlembagaan menjalankan pemerintahan atas nasihat Perdana Menteri.Yang DiPertuan Agong juga berhak melantik anggota Jemaah Menteri dan HakimMahkamah dengan nasihat Perdana Menteri. Baginda terlibat dalam ketiga-tiga badanpemerintahan, iaitu perundangan, pelaksanaan dan kehakiman.

    5. Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihan raya pada tahun 1959. Anggota DewanRakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Pada mulanya terdapat 104 kerusi.Jumlah ini bertambah dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura kedalam Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1990, terdapat 180 kerusi dalam DewanRakyat bagi semua kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara.

    6. Dewan Rakyat membincangkan cadangan rang undang-undang yang dibawa olehMenteri berkenaan setelah melalui beberapa proses tertentu. Menteri berkenaan akanmembincangkan cadangan rang undang-undang dengan Peguam Negara. Kertascadangan tersebut kemudiannya akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untukmendapat kelulusan. Setelah mendapat kelulusan, rang undang-undang digubal.Penggubal Undang-undang merujuk Menteri berkenaan. Setelah mendapat persetujuanJemaah Menteri, Menteri berkenaan perlu memaklumkannya kepada SetiausahaDewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara. Setiausaha Dewan kemudiannyamengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua ahli Parlimen. Rangundang-undang akan dibincangkan. Setelah diluluskan, rang undang-undang inihendaklah dikemukakan kepada Dewan Negara. Seterusnya setelah mendapatkelulusan Dewan Negara akan dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agong untukmendapat perkenan dan Cop Mohor untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan

    7. Dewan Negara ataupun Senat pada prinsipnya adalah lebih tinggi daripada DewanRakyat. Pada amalannya, Dewan Rakyat lebih diutamakan kerana keanggotaannya yangdipilih. Pada asalnya, ahli Dewan Negara berjumlah 38 orang, iaitu 16 orang dilantik olehYang DiPertuan Agong dan 22 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, iaitu dua orangbagi setiap negeri. Bilangan ahli Dewan Negara bertambah menjadi 69 orang dengankemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurdan Labuan. Seramai 40 orang ahli dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Ahli DewanNegara atau dikenali sebagai Senator akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun tertakluksama ada mereka dipilih atau dilantik semula sebagai Senator. Ahli kedua-dua DewanRakyat dan Dewan Negara adalah sama tarafnya sebagai ahli Parlimen. Mereka jugaboleh dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri.

    8. Ahli Dewan Negara memainkan peranan dan tanggungjawab membentang danmembahaskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Setelahdipersetujui, rang undang-undang ini akan dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agonguntuk mendapat perkenan. Yang DiPertuan Agong setelah bersetuju dengan rangundang-undang akan menurunkan Cop Mohor Besar. Undang-undang ini kemudiannyaakan diwartakan dalam Warta Kerajaan.

    9. Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinetmerupakan badan penggubal dasar yang tertinggi di Malaysia. Kabinet melaksanakankuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Menteri yang dilantik oleh

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    16

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Yang DiPertuan Agong mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagimelaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Merekabertanggungjawab kepada Parlimen. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan fasalperlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik untukmembantu menteri melaksanakan tanggungjawabnya. Terdapat pegawai dan kakitanganawam dalam setiap kementerian.

    10. Jemaah Menteri terdiri daripada Menteri Kementerian dan dipengerusikan oleh PerdanaMenteri. Ketua Setiausaha Negara ialah Setiausaha Jemaah Menteri. Beliau ialahpegawai tertinggi kerajaan yang mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan dan jabatankerajaan.

    11. Perdana Menteri ialah ketua kerajaan di peringkat pusat. Perdana Menteri dibantu olehJemaah Menteri di peringkat negeri pula, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuaiMajlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau kabinet Kerajaan Negeri Sabah danSarawak.

    12. Di peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Menteri. Menteri dibantuoleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua SetiausahaKementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan, iaitu pegawai kerajaan. Sesebuahkementerian mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di peringkat pusat, negeridan daerah. Adanya kementerian yang mempunyai agensi yang bersifat autonomi.Agensi ini dikenali sebagai Badan Berkanun yang ditadbir oleh sebuah majlis atauLembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Sebagai contoh,di bawah naungan Kementerian Pendidikan, adanya badan berkanun seperti DewanBahasa dan Pustaka, universiti-universiti dan Institut Teknologi Mara. Badan-badan inimempunyai ketua pengarah masing-masing.

    13. Badan Kehakiman, iaitu mahkamah mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Parlimenatau Jemaah Menteri. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan, mentafsirdan menguatkuasakan undang-undang dan kuasa mengisytiharkan sebarang undang-undang sebagai sah. Badan kehakiman bebas daripada sebarang kawalan badanperundangan atau badan pelaksana atau daripada sesiapa DiPertuan Agong dengannasihat Perdana Menteri. Perbicaraan kebanyakannya dijalankan oleh MahkamahRendah dan Mahkamah Sesyen. Terdapat dua kategori mahkamah, iaitu MahkamahRendah dan Mahkamah Utama. Di Sabah dan Sarawak, terdapat Mahkamah Anak Negeritetapi di luar hierarki mahkamah awam.

    14. Peguam Negara ialah penasihat undang-undang kerajaan. Beliau juga bertindak sebagaiPendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Beliau dibantu oleh pegawaidaripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

    C. Kesimpulan ( 3/2 M)

    Sistem pentadbiran Malaysia selepas tahun 1957 adalah melalui proses demokrasi.Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yangada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yangboleh digunakan oleh kerajaan kita semuanya ditetapkan oleh perlembagaan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    17

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    7. Huraikan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat tradisional Filipina dan Vietnamsebelum kedatangan Barat.

    A. Pengenalan (3/2 M)

    1. Penduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi sara diri sebelum kedatangankuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

    2. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan diri dankeluarga dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil yang diperolehinya sangatsedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.

    B. Isi

    Filipina (10 M)

    1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk. Sebelum kedatanganSepanyol dan Amerika, penduduk menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumberekonomi mereka. Masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.

    2. Padi merupakan tanaman utama yang ditanam di kawasan tanah pamah serta tanahtinggi. Tanaman lain yang diusahakan seperti kelapa, ubi dan abaka

    3. Tanah bukan hak milik individu tetapi milik masyarakat. Setiap invidu diberi petak-petaktanah untuk diusahakan dan bertanggungjawab menjaga tanaman mereka.Setiapbarangay (daerah kecil) mengeluarkan makanan untuk keperluan sendiri. Perdaganganantara barangay jarang dijalankan.

    4. Di Mondoro, masyarakat nomad menjalankan sistem pertanian pindah dan menanampelbagai jenis tanaman.

    5. Masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan perindustrian ringan yang berasaskanhasil pertanian dan juga kraftangan terutama yang berasaskan hasil laut. Perusahaankecil seperti menenun, membuat anting-anting, cincin, dan gelang emas.

    6. Mereka juga menjalankan kegiatan mencari hasil alam.Masyarakat yang tinggaldipinggir pantai akan mendapatkan hasil alam daripada laut, penduduk pinggir hutanmencari hasil hutan.

    7. Kegiatan perdagangan antara pulau. Aktiviti perdagangan tukar barang merupakan carapenduduk Filipina menjalankan perniagaan. Memandangkan Filipina terdiri daripadabeberapa pulau maka perhubungan dengan jalan laut memudahkan aktivitiperdagangan. Penghulu dan bangsawan terlibat dalam kegiatan perdagangan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    18

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    8. Perdagangan juga dijalankan dengan Negara China. Pedagang dari China membawatembikar, sutera dan manik untuk ditukarkan dengan barangan seperti kulit kura-kura,mutiara dan pinang.

    9. Kegiatan perlombongan dijalankan di Toledo dibahagian tengah Cebu. Kawasanperlombongan bijih timah utama terdapat di Surigao di bahagian utara Mindanao.

    Vietnam (10 M)

    1. Ekonomi Vietnam bergantung kepada pertanian dan perdagangan terhad. Petanibergantung kepada tanah untuk mengusahakan tanaman bagi keperluan sendiri.

    2. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka. Tanaman utama yangdiusahakan adalah padi. Penanaman padi sawah bergantung kepada kesuburan tanahdi sepanjang Lembah Mekong dan Lembah Sungai Koi. Petani di Lembah Mekongbergantung kepada musim hujan dan hanya menjalankan penanaman padi setahunsekali. Di Vietnam Utara penanaman padi dijalankan dua kali setahun. Baja daripadanajis haiwan begitu giat digunakan

    3. Kerja-kerja membajak dan mengisar padi dilakukan secara tradisional menggunakanbinatang dan alat-alat tradisional. Masyarakat Vietnam telah membina parit dan tali airuntuk mengairi kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong.

    4. Tuan tanah sering menindas petani. Corak ekonomi Vietnam adalah primitif. Tiadausaha oleh mana-mana pihak untuk memajukan atau memperkenalkan teknologimoden. Ini disebabkan kerajaan Vietnam yang dipengaruhi golongan Mandarinmenentang hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.

    5. Setiap kampung menjalankan pengkhususan dalam perusahaan kampung sepertimengusahakan pertukangan tangan,menenun, menghasilkan tembikar dan anyaman.

    6. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat Vietnam telah menjalinkanhubungan perdagangan dengan orang Cina di sempadan kedua dua negara. Terdapatbanyak jong Cina di pelabuhan Vietnam.

    C. Kesimpulan (2/3M)

    1. Sebelum kedatangan Barat Filipina dan Vietnam kegiatan ekonominya lebih tertumpukepada pertanian sara diri. Mereka juga menjalankan kegiatan pertukangan danperdagangan secara kecil-kecilan.

    2. Kedatangan Barat telah memperkenalkan ekonomi komersil yang mengutamakankeuntungan semata-mata.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    19

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    3. Ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan ekonomi tradisional tidakmampu bersaing dengan penguasaan Barat.

    8. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Myanmar sebelum campurtangan Barat.

    A. Pendahuluan (3/2 M)a) Masyarakat tempatan di India dan Myanmar sudah memiliki satu sistem masyarakat

    yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi dan hidup berasaskan hukum adat yang

    menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian.

    b) Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-

    temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi.

    c) Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Myanmar

    sebelum campur tangan Barat.

    B. ISI1. Adat-adat di India (14 M)

    a) Adat Suttee

    - Di India, antara adat yang diamalkan seperti Adat Sutte, Thuggee, larangan

    berkahwin semula balu, adat khas wanita hamil, pembunuhan bayi perempuan

    dan adat mencecah madu pada bibir bayi. Adat suttee merupakan amalan yang

    dilakukan oleh penganut agama Hindu di mana seorang isteri yang kematian

    suami telah mengorbankan diri dengan membakar diri sendiri bersama mayat

    suami semasa upacara pengkebumian berlangsung. Adat ini diamalkan sebagai

    membuktikan kesetiaan seseorang isteri terhadap suami yang sanggup sehidup

    semati.

    b) Adat Thuggee

    - Adat berikutnya ialah adat Thuggee yang merupakan satu sistem rompakan dan

    pembunuhan di jalan raya yang dilakukan oleh golongan Thug di bahagian

    Wilayah Laut India. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama

    bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas

    nama Dewa Kali.

    c) Adat larangan kahwin

    - Manakala adat larangan kahwin semula balu merupakan peraturan yang dibuat

    bagi menghalang balu-balu daripada berkahwin semula selepas kematian

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    20

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    suaminya. Balu-balu juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari

    bewarna putih sahaja. Golongan ini juga dilarang menghadiri perayaan keluarga

    dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

    d) Adat khas wanita hamil

    - Di India, bagi wanita yang hamil mereka dikehendaki menjaga dirinya agar tidak

    melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan

    mempengaruhi anak dalam kandungannya. Ibu yang hamil juga tidak boleh

    melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh dan

    sebagainya. Perbuatan yang tidak baik cuba dielakkan oleh ibu hamil bertujuan

    melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

    e) Adat pembunuhan bayi perempuan- Masyarakat India lebih bersifat patrilineal iaitu mengutamakan anak lelaki

    berbanding anak perempuan. Ini bermakna mereka tidak suka akan kelahiran

    anak perempuan dan jika berlaku mereka mengamalkan perbuatan membunuh

    bayi tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ibu bapa daripada

    menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila anak mereka

    berkahwin kelak.

    f) Adat mencecah madu pada bibir bayi

    - Adat terakhir ialah adat mencecah madu pada bibir bayi. Bayi yang baru lahir akan

    akan dicecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi. Adat ini

    biasanya dilakukan oleh kasta Brahmin sebagai tanda kemuliaan.

    2. Adat-adat di Myanmar (6 M)Manakala di Myanmar pula antara amalan adat yang dilakukan seperti adat berkaitan

    tanah, adat mengadap raja dan adat menanggalkan kasut.

    a) Adat mengadap raja

    - Bagi adat mengadap raja pihak istana telah menetapkan mengikut tatacara yang

    ditetapkan kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing.

    Misalnya, perwakilan asing atau pelawat luar perlu menunggu di perkarangan

    istana untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu

    gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

    b) Adat menanggalkan kasut

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    21

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    - Seterusnya adat menanggalkan kasut dimana mengikut adat ini sebelum

    memasuki istana atau pagoda, dikehendaki menundukkan kepala dan

    menanggalkan kasut. Hal ini demikian kerana pagoda dan kawasan istana serta

    persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawasan suci.

    Larangan yang diamalkan ini menjadi simbol penghormatan tertinggi rakyat

    kepada raja.

    c) Adat berkaitan tanah

    - Bagi adat berkaitan dengan tanah pula, telah ditetapkan bahawa tanah bukan

    dimiliki oleh orang perseorangan, tetapi turut dimiliki oleh keluarga, masyarakat

    dan raja. Ini bertujuan untuk menjamin kedudukan seorang daripada disingkirkan

    dalam masyarakat. Kepentingan tanah juga dapat dilihat apabila seseorang itu

    menghadapi masalah hutang, dia boleh menjual diri dan keluarga untuk dijadikan

    hamba tetapi tidak boleh menjual tanah yang diusahakan.

    - Tanah boleh diberikan kepada sesiapa yang mahu mengerjakannya. Jika anak

    dan keturunannya dapat menunjukkan kemampuan untuk mengerjakan tanah itu,

    maka tanah tersebut boleh kekal dengan mereka. Ancaman penyingkiran

    seseorang daripada tanah keluarga adalah merupakan hukum adat yang amat

    berkesan. Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada kejadian

    yang buruk di samping dapat menjamin hubungan sesebuah keluarga serta

    menstabilkan masyarakat Myanmar.

    C. Kesimpulan (2/3 M)

    - Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat India dan Myanmar sebelum

    kedatangan Barat.

    - Walau bagaimanapun adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat tersebut

    mengalami pengubahsuaian hasil kedatangan Barat.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    22

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    9. Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Kanagawa (1854) menyebabkan implikasiekonomi, sosial dan politik kepada Thailand dan Jepun. Bincangkan pernyataantersebut.

    A. Pendahuluan ( 3/2 m )

    1. Abad ke-19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorongkuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di AT.

    2. Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa barat akan mengancamkeselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma.Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan olehnegara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa-kuasabarat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong RajaMongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegahpencerobohan kuasa-kuasa barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama kearah pembukaan Thailand kepada kuasa-kuasa barat, beliau telah menandatanganiPerjanjian Bowring pada 18 April 1855.

    3. Pada awal abad ke 19 kuasa barat seperti Rusia,British dan USA(Amerika) ingin meluaskankuasa dan mewujudkan hubungan diplomatik dan perdagangan di Jepun tetapi gagal.Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluan bekalan bahanmentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yangbertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jepun diberi layanan yangburuk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika pada1854 iaitu Perjanjian Kanagawa

    4. Perjanjian ini telah merintis kepada bermulanya hubungan kedua-dua negara tersebutdengan kuasa-kuasa Barat secara rasmi dan persamaan taraf.

    B. ISI JAWAPAN

    Kesan Perjanjian Bowring 1855 ( 10 M )

    Politik1. Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA

    Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.2. Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa-kuasa barat apabila menandatangani

    perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden1868.

    3. Pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telahmengakibatkan kemasukan golongan mubaligh,professional dan orang Eropah sebagaitukang, tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat tentera.

    4. Pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam, tidak ada sebarang alasanyang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan. Keadaan inimenyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    23

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Ekonomi1. Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua

    jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hakistimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.

    2. Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadisistem ekonomi perdagangan / komersial.

    3. Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun1850jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripadadaripadajumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali gandamenjelang 1865.

    4. Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkatmeningkat 10 kali ganda.

    5. Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam. Singapura dan Hong Kong mulaberdagang dengan Siam

    6. Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanyamemajakkan monopoli eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman kerassahaja kepada orang Cina.

    Sosial1. Raja Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja,

    perhambaan dan buruh kerah2. Sistem pendidikan barat mula diperkenalkan dan berkembang di Thailand3. Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut

    dan Chulalongkorn dengan memodenkan sistema perhubungan dan kesihatan denganpenasihat barat.

    Kesan-kesan Perjanjian Perjanjian Kanagawa 1854 ( 10 M )

    Politik1. Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era

    penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.2. Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak

    Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun3. Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya menandatangani perjanjian

    perdagangan yang lebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasabarat yang lain.

    4. Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan dibuka iaituKanagawa, Nagasaki, Nigata dan Hyogo (Kobe)

    5. Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika.Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di Jepun.

    6. Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnyamerintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    24

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Ekonomi1. Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui2. Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang

    Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakananti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang.Shogun terpaksa membayar ganti rugi.

    3. Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar barudalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

    4. Kemunculan golongan zaibatsu yang merupakan penggerak kemajuan ekonomi Jepun.

    Sosial

    1. Perkembangan agama Kristian telah dibawa masuk oleh pedagang dan mubalighKristian.

    2. Sistem pendidikan disusun mengikut sistem pendidikan negara barat seperti Perancisdan Amerika Syarikat.

    C. Kesimpulan ( 2/3 M )

    1. British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka diJepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsur kekerasandigunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk menggugat kedaulatanThailand dan Jepun.

    2. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand dan Jepun daripadadijajah.

    3. Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telahbangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    25

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    10.Sejauhmanakah isu agama menjadi faktor terpenting tindakbalas masyarakat diIndonesia pada tahun 1825-1830 dan di China tahun 1899-1900 terhadap peluasankuasa barat.

    A. Pendahuluan (3/2 m)1. Peluasan kuasa Belanda telah menimbulkan tidak puas hati golongan bangsawan dan

    petani di Indonesia. Belanda telah campur tangan dalam amalan sosial tempatan.Kebangkitan ini dikenali sebagai Perang Jawa. Perang tersebut meletus di daerahJogjakarta dan dipimpin oleh Pangeran Dipo Negoro atau digelar Ratu Adil.

    2. Di China, tindakbalas orang Cina menentang kuasa Barat dikenali PemberontakanBoxer. Ini juga disebabkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap tekanankuasa asing. Pemberontakan ini dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan TerataiPutih, Persatuan Hung Meng dan Persatuan Dunia dan akhirat. Pertubuhan Kongsigelap dikenali juga sebagai I Ho Chuan.

    3. Tindakbalas di China dan Indonesia dipengaruhi oleh isu agama sebagai faktor pentingtetapi tidak dinafikan tindakbalas tersebut juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi danpolitik.

    B. Isi

    Perang Jawa (10 M)1. Faktor Agama

    - Kemarahan Depo meningkat kerana Belanda tidak mengiktirafnya sebagai ketuaagama Islam Jawa

    - Di kalangan penduduk Jawa Depo dianggap pemimpin agama juga sebagai RatuAdil yang akan membebaskan mereka daripada penjajahan Belanda

    - Depo merasa terhina bila Belanda berkeras ingin membina jalan raya diJogjakarta melalui kawasan perkuburan nenek moyangnya

    - Tindakan Belanda dianggap membina jalan raya tersebut melanggar tatasusila,nilai sosial dan agama Islam

    - Pada 1825 apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebutDepo mengistiharkan perang jihad terhadap Belanda dan masyarakat tempatanmemberi sokongan .

    - Beliau turut disertai oleh Sentot dan Mangku Bumi

    2. Ekonomi

    a. Pembatalan kontrak sewa tanah

    - Golongan bangsawan tidak puas hati dengan tindakan Gabenor Van DerCapellan yang membatalkan kontrak sewa tanah.

    - Sebelum ini orang orang Eropah menyewanya daripada pembesar tempatanuntuk tujuan pertanian.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    26

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    - Menurut kontrak tersebut orang Eropah mempunyai hak menanam tanaman danmemerintah petani untuk mengerjakan pertanian.

    - Capellan menganggap sistem ini merupakan satu penindasan terhadapmasyarakat tempatan sehingga membatalkan semua kontrak sewa tanah.

    - Menimbulkan kemarahan pembesar yang kehilangan sumber pendapatan danterpaksa memulangkan semula wang pendahuluan.

    - Pembesar tempatan juga mendapati mereka banyak berhutang dengan orangEropah dan mereka memaksa petani bekerja lebih masa untuk membayarsemula wang pendahuluan tersebut. Ini menyebabkan petani tidak berpuas hati.

    b. Penindasan ekonomi

    - Masyarakat tempatan dikenakan pelbagai jenis cukai. Contohnya cukai tanah,cukai kepala dan cukai sempadan.

    - Orang Jawa marah kerana kuasa memungut cukai diberikan kepada orang Cinadan orang cina mengenakan cukai yang lebih tinggi.

    - Masyarakat juga dikenakan bayaran tol untuk ke ladang di kawasan pedalamanyang melalui kawasan kerajaan.

    - Masyarakat tempatan tidak puas hati dengan kegiatan peminjam wang danorang tengah Cina.

    - Mereka mengenakan kadar faedah tinggi terhadap pinjaman dan menjadi orangtengah perdagangan garam.

    - Penindasan ekonomi menimbulkan perasan benci dan marah masyarakattempatan terhadap Belanda dan menyokong perjuangan Depo Negoro.

    3. Faktor politik- Pengaruh pengeran Anto Wiria atau Depo Negoro putera kerabat Jogjakarta.- Depo marah kerana Belanda tidak melantiknya sebagai Amangku Buwono IV

    selepas kemangkatan adiknya Djarot pada 1822.- Beliau merasa terhina kerana dilantik sebagai penasihat Amangku Buwono V

    yang berumur 2 tahun.

    Pemberontakan Boxer (10 M)

    1. Agamaa. Penyebaran agama kristian yang berleluasa di China dianggap sesuatu yang

    mengancam dan bertentangan dengan falsafah dan kepercayaan lama masyarakatCina iaitu ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme. Keadaan ini telahmewujudkan sentimen anti kristian dalam kalangan masyarakat Cina.

    b. Golongan anti asing dan anti Kristian amat bimbang terhadap kuasa yang seringmemberi perlindungan kepada pemberontak dan cuba mencampuri hal ehwalNegara China. Kebimbangan juga timbul terhadap sikap masyarakat Cina yangmemeluk Kristian kerana mereka tidak lagi menghormati ajaran nenek moyangmereka. Keengganan menyertai upacara suatu perayaan keagamaan, tidak mahumembayar perbelanjaan untuk membiayai perayaan dan hiburan peringkat kampongperlu dihapuskan.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    27

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    c. Keadaan ini telah membimbangkan sebahagian rakyat Cina terhadap penganutKristian berbangsa Cina yang tidak lagi percaya kepada anak dari syurga. Oleh itumereka harus dihapuskan.

    d. Golongan paderi dan mubaligh sering campurtangan dalam pertikaian yangmelibatkan orang Cina Kristian. Ini dianggap mencabar kedaulatan undang-undangdan sistem kehakiman.

    2. Kemerosostan ekonomia. Barangan buatan Barat telah memasuki pasaran China dan menguasainya kerana

    harganya lebih murah serta berkualiti berbanding barangan tempatan. Baranganimport dikenakan cukai yang rendah kerana mendapat hak istimewa dalamperdagangan.

    b. China menghadapi imbangan perdagangan yang tidak seimbang kerana terpaksamembayar ganti rugi perang dan meminjam wang dari luar. Hal ini menyebabkanaliran modal dikuasai oleh orang asing dan meningkatkan kadar penganggurankerana industri tempatan ditutup.

    c. Pengenalan sistem pengangkutan moden seperti keretapi, jalan raya dan kapal wapmenjejaskan sumber pendapatan orang Cina yang mengendalikan sistempengangkutan tradisional seperti kereta lembu, kereta kuda dan sampan.

    d. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga, membayar cukai yang tinggidan cukai baru. Kedatangan orang barat dan kemajuan sosioekonomi tidakmenguntungkan orang Cina lalu menyertai pemberontakan.

    3. Bencana Alama. Banjir telah berlaku di sekitar Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze menyebabkan

    tebing kedua-dua sungai runtuh dan memusnahkan beberapa buah kampong diwilayah Shantung, Szechuan, Kangsi, Kiangsi dan Anhwei.

    b. Masyarakat Cina mengalami masalah kebuluran dan kemusnahan harta benda sertasemakin menderita akibat kejadian rompakan oleh kongsi gelap.

    c. Kepercayaan orang Cina, bencana terjadi kerana kutukan Tuhan kerana kediamanmereka dimusnahkan oleh orang barat untuk tujuan perlombongan dan pembinaanjalan.

    d. Orang asing perlu dihapuskan supaya keharmonian dapat dikembalikan.

    4. Sentimen anti asing dan antipengaruh luara. Orang asing bersikap bongkak dan tamak serta menimbulkan masalah ekonomi dan

    ketenteraan. Selain itu orang barat dianggap telah mencemarkan kedaulatan danmaruah kerana Cina kalah dalam Perang Candu 1, 2 dan Perang Cina-Jepun.

    b. Kuasa barat berlumba-lumba mendapatkan konsesi selepas perjanjian Shimonoseki.Contoh, Rusia mendapat wilayah Sinkiang dan membina jalan keretapi (1895).Jerman mendapat Tsingtao dan melabur modal perlombongan arang batu, bijih besidan mendapat konsesi keretapi dan menyewa Teluk Kiachow. 1898, Peranchis

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    28

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    menyewa Teluk Kwangchow untuk 99 tahun. British menyewa pelabuhan Wei HaiWei.

    c. Golongan petani, tuan tanah dan bangsawan bimbang akan menerima nasib samaseperti di India dan Myanmar.

    5. Sokongan Kerajaan Manchua. Antara tokoh-tokoh yang menyokong Boxer seperti Maharani Dowager, Putera

    Chuang, Putera Kang I dan Li Peng Heng.b. Maharani Dowager menolak permintaan Itali yang cuba mendapat San May Bay di

    Chikiang.c. British telah melindungi pemimpin Cina yang anti Mancu di Hong Kong dan Jepun

    serta golongan yang melaksanakan Pembaharuan 100 hari. Golongan Reformisdianggap sebagai pengkhianat Negara.

    d. Maharani Dowager dan pegawai istana Mancu membantu Boxer mengusir orangasing. Ini membangkitkan semangat pemberontak Boxer.

    C. Kesimpulan (2/3m)

    1. Jelas menunjukkan agama adalah antara faktor penting yang telah berjaya membangkitkansemangat masyarakat di China dan Indonesia untuk menentang kuasa barat.

    2. Selain isu agama, tindakbalas ini juga dipengaruhi oleh politik dan ekonomi. Kesannyawalaupun Dipo Negoro gagal dalam peperangan ini tetapi Belanda bersikap berhati-hatiuntuk mengelakkan wujudnya lagi penentangan. Pemberontakan Boxer di China juga telahgagal dan berakhir dengan menandatangani Protokol Boxer tetapi telah mempercepatkankeruntuhan Dinasti Mancu dan membentuk sistem pemerintahan baru bercorak republik.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    29

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    11. Huraikan corak perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal dalam gerakannasionalisme di India dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua.

    A. Pendahuluan (3/2M)

    1. Jose Rizal (JR) lahir tahun 1861 di Luzon dan berketurunan Sepanyol-Cina. Meminatibidang bahasa dan kesusasteraan, menerima pendidikan awal di Maktab Jesuit danUniversiti Santo Thomas, Manila. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan diSepanyol. Perjuangannya menggunakan pen dan kertas(propaganda) sebagai senjatautama.

    2. Mahatma Gandhi (MG) lahir pada tahun 1869 di Porbandar, Gujerat. Keluarganyaberstatus tinggi, terbabit dalam perdagangan dan pertanian. Beliau melanjutkanpelajaran ke London untuk menuntut ilmu undang-undang. Antara tahun 1893 1914,beliau menetap di Afrika Selatan. Beliau memperjuangkan hak-hak orang India di sana.Terkenal dengan ciri-ciri perjuangan seperti perjuangan secara aman, kehidupan yangsederhana, berkhidmat untuk kemanusiaan dan menggunakan kader yang berdisiplin.

    B. Isi

    1. JOSE RIZAL (10M)

    a. Cara pertama

    - Jose Rizal berjuang menuntut kemerdekaan bagi Filiphina melalui idea penulisan.

    - Jose Rizal, Marcelo del Pilar dan Lopez Jaena digelar golongan Ilastrado (pertengahan)selepas terjadinya peristiwa pembunuhan tiga orang paderi dalam pemberontakanCavite 1872.

    - Jose Rizal menggunakan strategi secara sederhana dan bergerak secara aman melaluigerakan propaganda dan parti politik.

    - Jose Rizal mengungkapkan idea nasionalismenya melalui novel Noli Me Tengere(Jangan Sentuh Daku) yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887. Novel ini

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    30

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    mendedahkan kepincangan hidup masyarakat Filiphina yang dibelenggu ketidakadilandan penindasan pemerintah Sepanyol.

    - Beliau turut mengarang novel El Filibuterismo (Pemerintah Yang Tamak) untukmengkritik undang-undang Filipina dan golongan agama di Filipina.

    - Jose Rizal bersama Del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan La Solidaridad diBarcelona pada 1889 untuk mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol,keadaanpetani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina. Merekajuga menuntut keadilan social dari pemerintahan Sepanyol.

    b. Cara kedua

    - Cara kedua Jose Rizal ialah membabitkan diri dalam gerakan berpersatuan atau partipolitik.

    - Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina semasa di Hong Kong tahun 1891 yangmengutamakan pembangunan masyarakat. Ahli-ahlinya terdiri daripada golonganIlustrados (pertengahan) dan berpendidikan. Agenda perjuangannya ialah untukmelindungi rakyat Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan penjajah Sepanyol,menyatukan pulau-pulau Filipina yang terpisah serta menuntut penjajah mengadakanreformasi pendidikan, perdagangan dan pertanian.

    - Beliau kemudian menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila tahun 1892 dengantujuan untuk mendapatkan pembaharuan sosial,ekonomi dan politik bagi negara denganaman. Persatuan ini juga bertujuan melindungi penduduk Filipina daripada kekejamanSepanyol serta mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepadakemerdekaan Filipina.

    - Akibatnya Jose Rizal telah dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao pada Julai1892.

    - Idea kesedaran ini telah memberi ilham kepada Andreas Bonifacio untuk menubuhkanKatipunan (Kesatuan Putera-putera Republik) pada tahun 1892. Katipunan merupakansebuah pertubuhan yang cuba menyebarkan fahaman revolusi di Filipina sebagai satucara menggulingkan penjajahan Sepanyol.

    - Jose Rizal tidak bersetuju dengan Katipunan dan menasihati pemimpinnya agar tidakmencetuskan revolusi. Katipunan melancarkan revolusi terhadap Sepanyol di Filipinatahun 1896 namun gagal. Akibatnya, Jose Rizal ditangkap kerana disyaki bersubahatdengan Katipunan dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.

    2. MAHATMA GANDHI (MG) (10M)

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    31

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    a. Perjuangan awal

    - Pada tahun 1915, MG pulang dari Afrika Selatan- Tahun 1918 mula terlibat dalam politik India melalui Parti Kongres India.- Bersifat sederhana dengan pelbagai cara seperti SATYAGRAHA atau pengaruh cinta

    rohani.- MG menumpukan khidmat kepada orang-orang Harijan yang dianggap berkasta rendah.- MG membantah Akta Rowlat (1919) yang beri polis banyak kuasa dan kerajaan untuk

    menyingkirkan individu-individu tertentu. Melalui pergerakan Satyagraha beliaumelancarkan hartal, tunjuk perasaan, mogok dan rusuhan di seluruh negara.

    - Pertempuran di Amristsar menyebabkan 2000 orang terbunuh.- Tekanan dan kegelisahan meluas terhadap golongan buruh dan petani seluruh India

    menyebabkan MG diterima sebagai pemimpin masyarakat India.

    b. GerakanTidak Bekerjasama

    - Peristiwa di Amritsar menyebabkan MG menukar taktik perjuangan kepada tidakbekerjasama antara tahun 1921-22 bertujuan untuk melumpuhkan pentadbiran British.

    - MG membentuk barisan bersatu dengan pemimpin-pemimpin Islam bertujuanmemulaukan dewan perundangan, mahkamah undang-undang, sekolah dan kolej.

    - Gerakan ini juga menjalankan kempen memboikot barangan asing.- Gerakan ini mendapat sokongan daripada golongan borjuis seluruh India. Gerakan ini

    berakhir apabila MG dipenjarakan selama enam tahun.- Tahun 1924, MG dibebaskan. Tahun 1930, MG dan pengikut telah berjalan kaki sejauh

    200km dari Sabarti ke Dandi sebagai bantahan terhadap undang-undang garam yangmewajibkan rakyat India membeli garam daripada kerajaan.

    - Tahun1931, British menjemput MG untuk menghadiri Persidangan Meja Bundar diLondon tetapi gagal mencapai apa-apa persetujuan.

    c. Perjuangan Kemerdekaan

    - Sepanjang tahun 1930-an,MG lebih memberi tumpuan terhadap perjuangan untukmenghapuskan kasta di India.

    - Tahun1935, parlimen British meluluskan akta untuk memberi kemerdekaan kepada Indiasecara berperingkat.

    - Awal tahun 1940-an, Parti Kongres India mengambil langkah untuk mengusir Britishkeluar dari India. Pada tahun 1942, MG dan beberapa pemimpin nasionalis Indiadiberkas.

    C. Kesimpulan (2/3 M)1. Jose Rizal dan Mahatma Gandhi merupakan dua tokoh nasionalisme yang gigih

    memperjuangkan nasib bangsa. Matlamat perjuangan mereka sama iaitumembebaskan bangsa dan negara dari penjajahan Barat.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    32

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    2. Jose Rizal meninggal dunia sebelum sempat menikmati erti kemerdekaan. MahatmaGandhi dikenang sebagai tokoh kemerdekaan India.

    .

    12. Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

    A. Pengenalan (3/2M)1 Selepas Perang Dunia Kedua, beberapa buah negara di Asia seperti Filipina, Myanmar,

    Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka telah mencapai kemerdekaan.2 Dalam masa yang sama wujud pembahagian dalam politik dunia iaitu Blok Barat di

    ketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis diketuai oleh Rusia.3 Namun, negara-negara yang baru merdeka memilih sama ada untuk memihak kepada

    kedua-dua blok itu atau mengamalkan dasar berkecuali.4 Dasar luar Filipina dan India antara tahun 1945 hingga tahun 1963 memperlihatkan

    beberapa persamaan di samping perbezaan yang nyata antara kedua-dua buah negara.

    B. Isi

    Dasar luar Filipina (10M)

    1. Filipina menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan semua agensikhasnya. Pada tahun 1949, Jeneral Ramolo telah dipilih sebagai anggota MajlisPemegang Amanah Bersatu PBB. Jeneral Ramolo telah memperjuangkan tuntutannegara-negara kecil untuk mengehadkan kuasa pembatal yang dipegang olehkuasa-kuasa besar. Filipina juga telah mengambil bahagian dalam PerjanjianGandum Antarabangsa dan Perjanjian Gula Antarabangsa.

    2. Dalam Pakatan SEATO, Filipina merupakan salah satu pihak yangmenandatanganinya dan ia diadakan di Manila. Filipina menganggap SEATO tidakmempunyai kuasa yang kuat. Filipina inginkan SEATO berkuasa seperti NATO.

    3. Pada tahun 1961, Filipina, Thailand dan Tanah Melayu telah membentukPertubuhan Asia Tenggara (ASA) untuk mempromosikan hubungan kebudayaan,ekonomi dan politik yang kukuh. Filipina juga mengetuai penubuhan MAPHILINDO(Malaya, Filipina dan Indonesia) tetapi badan ini gagal apabila gagasan PersekutuanMalaysia diumumkan. Delegasi Filipina telah menghadiri Persidangan Afro-Asiayang telah diadakan di Bandung pada bulan April 1955.

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    33

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    4. Filipina telah menjadi badan sukarela membantu pelbagai agensi dalam bentukbantuan teknikal, ketenteraan dan kewangan. Sebagai contoh, seramai 6000 orangtentera Filipina telah dihantar bersama-sama tentera lain PBB dalam Perang Koreasebagai misi keamanan dunia. Filipina mendapat bantuan teknikal daripada PBB dibawah program bantuan teknikal dalam bidang statistik, pembangunan industri,koperasi, pembangunan tanah dan air, pengeluaran tanaman dan binatang,perikanan, pembangunan perhutanan, kesihatan awam, tenaga atom sertapendidikan.

    5. Dari segi perdagangan luar, pada tahun 1956 hingga tahun 1960, Filipina mulamengeksport pelbagai barangan asas dan bahan mentah pertanian, perhutanan danmineral seperti minyak bijirin, gula, kayu, tekstil, tembakau dan buah-buahan.Menjelang tahun 1960, Filipina mengimport barang-barang seperti peralatan mesin,peralatan pengangkutan, tekstil, bahan-bahan kimia, hasil ternakan kertas danperalatan perubatan.

    Dasar luar India (10 M)

    1. India menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1946 dantelah menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB. India juga menjadianggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo. PuanVijaya Lakshimi Pandit ialah wanita pertama yang dilantik sebagai PresidenPerhimpunan Umum PBB. Seorang rakyat India telah dipilih sebagai PengarahAgung FAO pada tahun 1956 dan dilantik sebagai Setiausaha pertama ECAFE. Ibupejabat penyelidikan dan pusat cawangan UNESCO serta UNICEF juga terletak diDelhi.

    2. India juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangaan Antarabangsa sepertiECAFE pada tahun 1956 dan 1961. India juga menjadi tuan rumah kepada BulanSabit Merah Antarabangsa dan Persidangan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957.Semasa pemerintahan Nehru, India mengamalkan dasar tidak memihak kepadamana-mana blok. Nehru berpendapat bahawa dasar berkecuali akan membawakeamanan kepada dunia berbanding dengan dasar memihak kepada kuasa-kuasatertentu yang akan membawa kepada bencana dan peperangan. Oleh yangdemikian , India telah mengiktiraf rejim komunis China dan tidak menyertai SEATO.

    3. India memainkan peranan aktif dalam PBB. Pegawai-peagawai India dari AngkatanTentera India telah membantu menguatkuasakan perjanjian meletak senjata diKorea dan gencatan senjata di Vietnam, Kemboja dan Laos. Pada tahun 1956, Indiatelah menghantar kontinjennya ke Mesir untuk membantu tentera pendamai PBB keMesir. Semasa krisis Congo-Cuba, India merupakan penasihat kepada Setiausaha

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    34

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

    Agung PBB. Pada tahun 1961, lebih kurang 700 orang pakar dari India telahdihantar ke lebih 24 buah negara di bawah Program Bantuan Teknikal PBB.

    4. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri, sertatekstil. Eksport terpenting India ialah teh dan jut yang merupakan dua pertiga eksportIndia. Barangan eksport lain ialah seperti kain kapas, rempah ratus dan tembakau.Barangan import pula termasuklah besi keluli, peralatan pengangkutan, beras dansebagainya. England merupakan pelanggan India yang utama diikuti AmerikaSyarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan negara-negara perindustrian yang lain.

    C. Kesimpulan (2/3 M)

    1 Dasar luar India lebih menampakkan penglibatan secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berbanding dengan Filipina khususnya dalam PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu. Malahan beberapa orang rakyat India telah dilantik memegangbeberapa jawatan penting dalam PBB.

    2 Penglibatan India dan Filipina dalam PBB dan pertubuhan yang lain berjayamengekalkan kemerdekaan dan keamanan di negara masing-masing selepas PerangDunia Kedua hingga tahun 1963. Hubungan luar dan hubungan perdagangan yangdiamalkan oleh Filipina dan India turut membantu perkembangan ekonomi di kedua-duabuah negara.

    Daripada:Pn. Sarifah OthmanSMK Labis, Jalan Muar,85300 Labis. Johor

  • SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

    35

    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]