fitrah manusia menurut perspektif agama

Upload: muez-al

Post on 17-Jul-2015

297 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Mohd Muizzuddin Bin Mohd Yatim KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

EDU 3201

Dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya, namun, semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah dengan sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu. Segala makhluk yang tamak dan serakah mula menduduki bumi, dan semuanya tergiur kepada sari tersebut. Akibat kelakuan para makhluk tersebut, maka cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus menghilang, dan timbullah matahari, bulan dan bintang. Setelah sekian masa yang sangat lama, tubuh para makhluk menjadi padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai dengan acuan sari tanah yang mereka makan. Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh. Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang dan lenyap, maka muncullah tumbuhan dari tanah. Setelah tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan menjalar, setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan kewanitaannya. Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain, dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya. AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA 1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua, penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan, tidak memperolehi yang dikehendaki dan lain-lain. 2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia 3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita. 4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu. 5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana.

Mohd Muizzuddin Bin Mohd Yatim KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

EDU 3201

Kitab Kejadian (Genesis) Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu. Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini. AJARAN YAHUDI MENGENAI MANUSIA 1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. 3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan. 4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya. 5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

Mohd Muizzuddin Bin Mohd Yatim KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

EDU 3201

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama. Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut: Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup. (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup. (1 korintus 15:45) Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia. sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa. (Roma 5:12) Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna. Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam. AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA 1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. 3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan. 4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam. 5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut. 6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

Mohd Muizzuddin Bin Mohd Yatim KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

EDU 3201

Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini. Al-Quran memberikan penjelasan yang Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s. Allah melalui proses berikut: iaitu: - Dari air - Dari tanah (at-turab) - Dari pati tanah (at-tin) - Meniupkan roh - Nutfah - Alaqah

- Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al- - Mudghah lazib) - Tulang - Dari tanah yang panas dan berbau (hamain - Membalut tulang dengan daging masnun) - Menjadikan rupa bentuk manusia - Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) - Meniupkan roh

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA 1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati. 3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan manusia. 4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah). 5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT. 6. Manusia memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah. 7. Kenikmatan dunia adalah untuk digunakan oleh manusia dan menjadi bahan ujian untuk menentukan siapakah yang paling tinggi takwanya kepada Allah SWT. 8. Manusia yang terbaik adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah. 9. Allah SWT menyediakan potensi dan kelengkapan material dan spiritual kepada manusia untuk mencapai tingkat insan kamil. Sebaliknya manusia juga boleh turun darjatnya sama bahkan lebih rendah dari haiwan.