fisiologi kadar denyutan nadi

7
Fisiologi Kadar Denyutan Nadi KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. c Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Nadi. Definisi Kadar Denyutan Nadi Kadar denyutan jantung merujuk kepada kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit. Degupan jantung berbeza mengikut faktor perbezaan individu seperti umur dan mengawal amalan gaya hidup.

Upload: sue-ezza-salleh

Post on 22-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KDN

TRANSCRIPT

Page 1: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL

Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda.

Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit.

c

Definisi Kadar Denyutan Nadi

Kadar denyutan jantung merujuk kepada kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit. Degupan jantung berbeza mengikut faktor perbezaan individu seperti umur dan mengawal amalan gaya hidup.

Page 2: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

Faktor Mempengaru

hi Kadar Denyutan

Nadi.

Emosi

SuhuSaiz Badan

Keadaan postur - berdiri, duduk,

baring.

Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Nadi.

,ck,c,xx,x,

Page 3: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

- Nadi dapat dirasai di leher, pergelangan tangan, pangkal peha atau bahagian atas kaki.

- Kebiasaannya manusia mengukur kadar nadi di pergelangan tangan yang dipanggil “radial pulse”.

- Untuk mengukur denyutan nadi adalah senang. Ia tidak memerlukan sebarang peralatan. Jam yang mempunyai unit kaunter saat digital amat membantu. 

- Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan. Letakkan indek dan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke pergelangan tangan sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan. Tekan jari ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi untuk seminit. 

Cara Mengukur Denyutan Nadi

Page 4: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti.

Tujuan pergiraan kadar nadi rehat ini adalah untuk menilai tahap kecergasan

kardiovaskular kita. Jumlah kadar nadi yang rendah dalam seminit menggambarkan

tahap kecergasan yang lebih tinggi.Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan

nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-

turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum

melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah

dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.

Contoh:-

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 denyutan seminit.

Page 5: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220

telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senaman sebagai satu angkatap formula.

Contoh:-

Umur subjek ialah 16 tahun.

KNM = 220 – 16(umur)

= 204 denyutan seminit.

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :-

KNM = 220 – 16(umur)

= 204 denyutan seminit

KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 denyutan seminit.

KNL = KNM – KNR

= 204 – 72

= 132 denyutan seminit.

Page 6: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi

Kadar Nadi Sasaran 70%(KNS)

Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 70% ialah dengan menggunakan

formula ini.

Contoh :-

(KNM – KNR) x 0.7 + KNR

= (204 - 72) x 0.7 + 72

= (132) x 0.7 + 72

= 93 +72

= 164 denyutan seminit

Kadar Nadi Sasaran 80%(KNS)

Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan

formula ini.

Contoh :-

(KNM – KNR) x 0.8 + KNR

= (204 - 72) x 0.8 + 72

= (132) x 0.8 + 72

= 106 +72

= 177 denyutan seminit

Page 7: Fisiologi Kadar Denyutan Nadi