fiqh ibadat topik 3 "solat jemaah"

13
PENGENALAN Solat jemaah merupakan satu medium pertemuan yang dapat mengeratkan hubungan ahli qariah. Oleh kerana itu, fiqh ibadat sangat menekankan amalan solat jemaah. Apakah maksud Solat jemaah? Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia dikira telah berhasil apabila solat diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum. Dalil pensyariatannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang maksudnya: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda, solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh lima darjah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Umar menyebut maksudnya: Sebanyak dua puluh tujuh darjah. T T o o p p i i k k 3 3 Solat Jemaah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya; 2. Menghuraikan hikmah dan hukum solat jemaah; dan 3. Membezakan syarat imam dengan makmum dalam solat jemaah.

Upload: nooridzam

Post on 10-Sep-2015

92 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

membicarakan tentang pengertian solat jemaah serta kelebihan dan cara-caranya.

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Solat jemaah merupakan satu medium pertemuan yang dapat mengeratkan hubungan ahli qariah. Oleh kerana itu, fiqh ibadat sangat menekankan amalan solat jemaah. Apakah maksud Solat jemaah? Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia dikira telah berhasil apabila solat diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum. Dalil pensyariatannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang maksudnya: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda, solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh lima darjah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Umar menyebut maksudnya: Sebanyak dua puluh tujuh darjah.

    TTooppiikk

    33 Solat

    Jemaah HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya;

    2. Menghuraikan hikmah dan hukum solat jemaah; dan

    3. Membezakan syarat imam dengan makmum dalam solat jemaah.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    48

    HIKMAH SOLAT JEMAAH

    Allah s.w.t. tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja. Segala perkara yang diperintahkan ada kebaikannya pada diri hamba itu sendiri. Di samping itu, segala larangan pasti jua ada hikmahnya. Begitulah juga dengan solat secara berjemaah, ia mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Antara hikmah solat jemaah ialah:

    (a) Untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada. Dengan berkumandangnya azan yang mengajak manusia membesarkan Allah, menunaikan kewajipan yang difardukan syiar Islam bergema sebanyak lima kali sehari.

    (b) Berfungsi menyatupadukan umat Islam supaya mereka dapat berkenal-kenalan, beramah mesra dan bekerjasama untuk kebaikan ummah berdasarkan persaudaraan Islam.

    (c) Membentuk umat Islam yang berdisiplin dan mematuhi apa yang telah ditetapkan sebagaimana yang terdapat dalam peraturan dan hukum makmum mengikut imam dalam solat.

    (d) Menanam dasar persamaan yang sejati kerana dalam solat berjemaah di masjid, surau atau di mana sahaja, tidak ada taraf tinggi rendah. Semua orang sama sahaja. Sesiapa yang datang awal, disunatkan mengambil tempat di saf hadapan, manakala sesiapa yang datang lewat pula duduk di saf yang akhir.

    (e) Menyatukan arah dan tujuan segala amal dalam kehidupan bagi mencapai keredaan Allah s.w.t. di akhirat, sebagaimana yang terdapat dalam perintah berkiblat ke arah Baitullah.

    (f) Melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua sebab makmum wajib mematuhi imam selagi dia tidak melakukan kesilapan.

    3.1

    AKTIVITI 3.1

    Anda dan sekumpulan lima hingga sepuluh orang diminta membuatkajian melalui pemerhatian dan kaji selidik untuk menjawab soalanberikut: Solat jemaah: Sejauh mana kefahaman dan amalan masyarakatdi kawasan tempat tinggal anda?

    userHighlight

    userHighlight

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 49

    HUKUM SOLAT BERJEMAAH

    Para fuqaha sependapat berjemaah adalah syarat sah solat jemaah. Namun demikian, mereka tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima waktu. Pendapat-pendapat tersebut seperti berikut: Mengikut mazhab Hanabilah, berjemaah bagi solat lima waktu adalah fardu

    ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat. Hujahnya ialah berdasarkan hadis riwayat Amru bin Ummu Maktum yang bermaksud: Wahai Rasulullah engkau tidak mengetahui keadaan aku yang tidak ada pembawa sedangkan di antara rumah aku dan masjid banyak pokok tamar, aku tidak mampu untuk mendapat pemandu setiap masa. Baginda berkata: Adakah engkau mendengar laungan azan? Jawab Amru, ya. Baginda berkata lagi: Hendaklah engkau datang solat, walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak.

    Kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat solat

    berjemaah adalah fardu kifayah. Apabila sesetengah ahli qariah melaksanakan jemaah, gugurlah dosa yang tidak melaksanakannya. Hujah mereka ialah hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Solat berjemaah dua puluh tujuh darjah.

    Mengikut jumhur fuqaha pula, solat jemaah adalah sunat muakkadah bagi

    lelaki. Mereka juga berhujah dengan hadis-hadis sebagaimana di atas.

    SYARAT IMAM

    Fiqh ibadat Islam telah menentukan terdapat beberapa syarat yang membolehkan seseorang mengimamkan solat. Tidak semua orang layak mengimamkan solat. Syarat tersebut ialah:

    (a) MMuslim Seorang yang bukan beragama Islam tidak layak mengimamkan solat.

    Tidak sah solat berimamkan seorang kafir, malah solat yang dilakukan orang kafir tidak sah.

    (b) BBerakal dan baligh Berakal ialah bukan gila atau mabuk. Seseorang dikira berakal apabila dia

    sedar apa yang dilakukan atau dikatakannya. Baligh ialah sampai umur seorang kanak-kanak menjadi mukallaf. Tanda sampai umur baligh ialah genap umur lima belas tahun atau keluar mani. Kedua-dua tanda ini dikongsi sama antara lelaki dan perempuan. Tanda ketiga pula khusus bagi

    3.3

    3.2

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    50

    perempuan iaitu mengalami pendarahan haid pada usia sembilan tahun ke atas.

    Berdasarkan syarat ini, solat tidak sah jika berimamkan seorang yang gila atau mabuk. Berimamkan kanak-kanak yang belum mumaiyiz juga tidak sah. Namun, fuqaha khilaf dalam kes orang yang telah baligh berimamkan kanak-kanak yang telah mumaiyiz. Jumhur fuqaha berpendapat tidak sah. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayat oleh Ali yang bermaksud:

    Kalam diangkat daripada tiga golongan: Orang gila sehingga dia sembuh, orang tidur sehingga dia jaga dan kanak-kanak sehingga dia baligh.

    Namun demikian, mengikut mazhab Syafii, orang baligh sah berimamkan kanak-kanak mumaiyiz. Alasan yang mereka kemukakan bagi pendapat ini ialah hadis riwayat Amru bin Salamah yang berkata:

    Aku mengimamkan (orang ramai) pada zaman Rasulullah s.a.w. ketika itu aku kanak-kanak berumur tujuh tahun.

    (c) LLelaki Wanita tidak sah mengimamkan kaum lelaki dan khunsa. Ini berdasarkan

    hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Wanita tidak boleh mengimamkan lelaki.

    Namun demikian wanita dibolehkan mengimamkan wanita.

    (d) BBoleh membaca ayat al-Quran (al-Fatihah) dengan baik

    (e) SSempurna syarat-syarat sah solat Maksudnya, semasa mengimamkan solat, imam mestilah

    menyempurnakan semua perkara yang menjadi syarat sah solat. Sekiranya berlaku sebarang kekurangan pada syarat-syarat sah solatnya, dua keadaan akan berlaku:

    (i) Sekiranya imam solat dalam keadaan berhadas, sedangkan makmum mengetahui keadaan imam tersebut berhadas, kedua-dua solat makmum dan solat imam adalah batal kerana imam bersolat dalam keadaan tidak suci daripada hadas yang menjadi salah satu syarat sah solat.

    (ii) Sekiranya makmum tidak mengetahui imam tersebut dalam keadaan hadas, solat makmum tidak terbatal. Namun demikian, solat imam tidak sah atas alasan seperti di atas.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 51

    (f) SSejahtera daripada sebarang keuzuran Ini bermakna bebas daripada penyakit seperti salas al-baul (kencing tak lawas), perempuan dalam keadaan istihadah.

    Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat orang yang sempurna sihat tidak sah berimamkan orang yang uzur. Namun makmum yang uzur sah berimamkan imam yang mengalami keuzuran yang sama jenis dengan keuzurannya. Mazhab Syafie dan Maliki pula berpendapat sebaliknya iaitu bagi mereka orang yang sihat sah berimamkan orang yang uzur. Contohnya, orang sihat berimamkan imam yang mengalami penyakit kencing tak lawas.

    (g) AAdil bukan fasik Adil ialah meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Fasik pula

    bermaksud melakukan dosa besar dan sikap suka menonjolkan dosa dan maksiat yang dilakukannya. Syarat ini hanya diwajibkan mazhab Hanbali sahaja, sedangkan jumhur fuqaha tidak mensyaratkannya. Jumhur fuqaha berpendapat, solat berimamkan seorang yang fasik adalah sah tetapi dianggap makruh.

    3.3.1 Keutamaan untuk Menjadi Imam

    Islam menganjurkan supaya umatnya mendirikan solat secara berjemaah. Untuk merealisasikan ibadat ini, kita memerlukan imam dan makmum. Terdapat beberapa buah hadis Nabi yang memberi panduan dalam memilih seseorang untuk menjadi imam, lebih-lebih lagi bagi jemaah yang ramai seperti di surau, masjid dan sebagainya. Bagi masjid besar, seperti masjid daerah atau masjid negeri tentulah memerlukan seseorang yang lebih ilmunya untuk menjadi imam. Dalam sebuah hadis, Nabi ada menyebut beberapa kriteria seseorang yang layak untuk menjadi imam.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    52

    : : !" !#$, %& '()* + -+" * ./ 01* ,'2)* + %& 3* ./ 01* -4 ,)* + -4' * ./ 01* & '2... 2(6 7.

    Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Masud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Yang lebih layak menjadi imam bagi sesuatu kaum (jemaah) ialah yang lebih baik bacaan Qurannya (lebih banyak hafaz Quran). Jika pada jemaah itu ada orang lain yang sama baik bacaan Qurannya, maka pilihlah yang lebih faham sunnah. Jika ada orang yang sama-sama baik fahaman sunnahnya, maka pilihlah yang lebih dahulu hijrah. Jika ada pada jemaah itu sama-sama hijrah, maka pilihlah yang lebih tua umurnya...

    (Riwayat Ahmad dan Muslim)

    Berdasarkan hadis ini, kita faham bahawa orang yang lebih layak menjadi imam ialah yang lebih baik bacaan al-Qurannya. Dalam bahasa Arab, kalimah ( ) berasal daripada kalimah () iaitu isim tafdhil yang bererti lebih bacaan. Ia boleh bermaksud lebih baik bacaannya, lebih banyak hafaz al-Quran, lebih banyak membaca al-Quran, lebih faham al-Quran dan lebih banyak mengamalkan ajaran al-Quran. Orang yang menghafaz al-Quran memang banyak membaca al-Quran kerana ia mengulang-ulangkan bacaan supaya ingat dan tidak lupa. Oleh kerana banyak membacanya maka akan lebih baik sebutan huruf-huruf dan ayat al-Quran. Demikian juga orang yang memahami maksud al-Quran, tentulah ia banyak mengamalkan ajaran al-Quran. Kalau ada di tempat itu orang yang sama hebat al-Qurannya, maka pada masa itu kita disuruh pilih orang mempunyai ilmu hadis atau sunnah iaitu orang yang menghafaz sunnah dan faham maksudnya serta beramal dengannya. Jika ada dua orang yang serupa dan sama-sama alim dalam al-Quran dan sunnah, maka kita disuruh pula pilih yang lebih dahulu berhijrah. Kalau semuanya sama-sama berilmu al-Quran dan hadis serta sama-sama berhijrah, maka barulah pilih yang lebih tua umurnya. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. hijrah itu bermaksud orang yang lebih dahulu hijrah dari Makkah ke Madinah. Pada zaman ini, tidaklah bermaksud hijrah dari Makkah ke Madinah, sebaliknya ia bermaksud hijrah sikap. Misalnya hijrah dari perangai yang buruk kepada yang baik; hijrah dari suka melakukan dosa kepada gemar berbuat kebajikan; atau hijrah dari suka berada di tempat-

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 53

    tempat yang lagha ke masjid. Kefahaman ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi:

    %& '. 8 -4' Maksudnya:

    Hijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.

    Adapun syarat orang yang lebih umur bukanlah syarat yang utama dalam hal ini; sebaliknya, ia adalah yang keempat di dalam senarai hadis tersebut. Justeru, anda sebagai seorang yang terpelajar haruslah memahami konsep ini dengan jelas supaya anda dapat menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam masyarakat anda berkaitan dengan pemilihan imam.

    SEMAK KENDIRI 3.1

    1. Fuqaha khilaf dalam isu wajib atau tidak solat jemaah lima waktu ke atas mukallaf. Huraikan pendapat-pendapat tersebut dengan mengemukakan hujah masing-masing.

    2. Pernah berlaku polemik mengenai isu wanita menjadi iman solat. Huraikan pendapat fuqaha dalam isu ini dengan mengemukakan hujah masing-masing.

    Buat pemerhatian dalam masyarakat tempat tinggal anda dan cuba selidik sama ada perlantikan imam di situ mengikut maksud hadis yang dibincangkan tadi atau tidak. Jika tidak, mengapa?

    AKTIVITI 3.2

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    54

    SYARAT MAKMUM

    Berikut adalah syarat makmum atau syarat-syarat bagi mengikut imam iaitu:

    (a) MMakmum berniat solat jemaah atau berniat mengikut imam Niat tersebut disyaratkan berserta dengan takbiratulihram. Bagi imam, niat menjadi imam tidak diwajibkan. Malah digalakkan sahaja untuk mendapat fadilah jemaah. Sekiranya imam tidak berniat menjadi imam, solat tersebut sah tetapi imam tidak mendapat fadilah jemaah.

    (b) SSolat makmum hendaklah sejajar dengan solat imam Kesejajaran solat makmum dengan solat imam berlaku dalam dua perkara; imam mestilah lebih sempurna syarat. Para fuqaha khilaf dalam menentukan maksud pensejajaran solat makmum dengan solat imam. Menurut mazhab Hanafi, sejajar ialah keadaan yang membolehkan makmum mengikut solat yang diniatkan imam. Maksudnya, niat imam sama dengan niat makmum, kalau imam berniat melakukan solat zohor, makmum juga mesti berniat melakukan solat Zohor. Mazhab Maliki pula mentafsirkan sejajar dengan kesejajaran pada zat atau kelakuan solat dan kesejajaran sama ada tunai atau qada. Manakala mazhab Hanbali pula berpendapat sejajar bermaksud kesejajaran pada waktu dan nama solat. Maksudnya, kalau imam melakukan solat dalam waktu Zohor maka solatnya adalah solat Zohor. Oleh itu, makmum juga mesti melakukan perkara yang sama iaitu menunaikan solat Zohor.

    Mazhab Syafie pula menentukan kesejajaran antara solat imam dengan solat makmum ialah kesejajaran pada peraturan solat imam dan solat makmum. Berdasarkan tafsiran ini, sekiranya tidak berlaku persamaan peraturan antara solat imam dengan solat makmum, maka solat jemaah tidak sah. Sebagai contoh: Imam melakukan solat sunat gerhana dengan khutbahnya sekali, makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira tidak sah. Contoh ini tidak sama dengan kes sekiranya imam melakukan solat sunat biasa yang tidak berbeza dengan solat fardu, makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira sah. Ini kerana dalam kes pertama peraturan melakukan solat gerhana yang ada khutbah tidak sama dengan melakukan solat fardu yang tiada khutbah. Oleh itu, solat jemaah dikira tidak sah. Sedangkan dalam kes kedua, peraturan solat sunat yang dilakukan imam adalah sama dan tidak berbeza dengan solat fardu yang dilakukan makmum. Oleh itu solat jemaah dikira sah.

    3.4

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 55

    Selain daripada itu, jumhur fuqaha kecuali Imam Maliki berpendapat kesejajaran juga merangkumi pengetahuan makmum terhadap pergerakan perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun lain, sama ada dia mengetahuinya dengan melihat secara langsung pergerakan imam, dengan dia melihat pergerakan saf di hadapannya, dengan dia mendengar suara imam, mendengar suara mubaligh atau dengan apa-apa cara lain yang membolehkannya mengikuti pergerakan imam.

    (c) MMengikut perbuatan imam Maksudnya, makmum melakukan perbuatan solat setelah imam

    melakukannya terlebih dahulu. Makmum tidak boleh melakukan sesuatu rukun serentak dengan imam atau melakukannya terlebih dahulu daripada imam. Dalam sebuah hadis, Baginda melarang perbuatan seperti ini. Sabda Baginda yang maksudnya:

    Jangan kamu mendahului imam dan jangan kamu menyamainya (melakukan serentak dengannya).

    Ada beberapa keadaan menyebabkan makmum menyalahi perbuatan imam:

    (i) MMelakukan sesuatu rukun serentak dengan imam Sekiranya makmum melakukan takbiratulihram serentak dengan

    imam, maka solatnya tidak sah. Walaupun begitu, sekiranya makmum melakukan mana-mana rukun lain serentak dengan imam, seperti rukuk, sujud atau memberi salam, solatnya tetap dikira sah, tetapi makruh dan tidak mendapat fadilat atau keistimewaan solat jemaah.

    (ii) MMendahului perbuatan imam Jika makmum mendahului imam pada satu rukun fili, seperti dia

    rukuk sebelum imam rukuk dan dia tidak bangkit sehingga imam rukuk, solat makmum tidak batal, sama ada dia melakukannya dengan sengaja atau terlupa.

    Jika dia mendahului imam pada dua rukun fili atau lebih dengan sengaja solatnya dikira batal. Namun jika dia melakukannya dengan tidak sengaja, solatnya tidak batal tetapi rakaat tersebut tidak diambil kira. Oleh itu, dia mestilah menambah satu rakaat lagi selepas imam memberi salam.

    (iii) TTertinggal perbuatan imam Jika makmum tertinggal satu rukun fili yang panjang daripada imam

    tanpa keuzuran, maka solatnya tidak batal.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    56

    Sebaliknya, jika dia tertinggal dua rukun yang panjang, solatnya batal, kecuali kerana keuzuran, makmum dibolehkan tertinggal daripada imam tiga rukun yang panjang, seperti makmum lambat membaca Fatihah sedangkan imam cepat membacanya.

    (d) MMengetahui keadaan imam musafir atau bermukim bagi musafir yang hendak mengqasarkan solat

    Oleh itu, tidak sah solat orang musafir yang mengqasarkan solatnya berimamkan orang bermukim.

    (e) IImam dan makmum mestilah berhimpun dan berada pada satu tempat Dalam hal ini ada tiga keadaan:

    (i) IImam dan makmum berada di dalam masjid Jika kedua-duanya berada di dalam masjid, makmum dikira sah mengikut imam, sama ada dekat atau jauh, diselangi oleh binaan lain atau tidak seperti diselangi telaga, menara atau sebagainya. Sekiranya di antara imam dan makmum ada pintu tetapi ia dikunci atau dipaku atau di antara imam dan makmum ada dinding tembok yang tidak mempunyai pintu yang membolehkan makmum terus kepada imam, maka dalam semua keadaan ini makmum tidak sah mengikuti imam.

    (ii) IImam berada di dalam masjid dan makmum berada di luar masjid atau sebaliknya Sekiranya makmum berada di dalam masjid dan di luar masjid, maka tidak sah mengikut imam. Disyaratkan jarak di antara imam dan makmum tidak melebihi 300 hasta dari tepi dinding masjid atau dari orang yang bersembahyang di luar masjid dan tidak ada dinding di antara keduanya.

    (iii) KKedua-duanya bukan di dalam masjid Dalam keadaan ini, imam dan makmum tidak berada di dalam masjid seperti di padang atau di dalam bangunan lain yang besar. Maka untuk sah mengikut imam, disyaratkan jarak di antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.

    (f) MMakmum dilarang sama sekali menyalahi perbuatan imam Dalam perkara-perkara sunat, ia dikira cacat sekiranya makmum menyalahi imam, seperti sujud tilawah. Makmum wajib mengikut imam dalam mengerjakan dan meninggalkannya. Jika tidak diikuti, solat makmum dianggap batal.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 57

    (g) MMakmum dilarang mendahului imam pada kedudukan tempat sembahyangnya Jika solat dalam keadaan berdiri, asas pengukur makmum mendahului imam atau tidak ialah kedudukan tumit. Ertinya, tumit makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari tumit imam. Jika solat dalam keadaan duduk, asas pengukuran ialah pada dua papan punggung. Ertinya, papan punggung atau pinggul makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari pinggul imam. Jika solat dilakukan dalam keadaan berbaring pula, asas pengiraan ialah kedudukan rusuk. Maksudnya rusuk makmum tidak boleh lebih ke depan dari rusuk imam. Jika solat dilakukan dalam keadaan terlentang pula, asas pengiraan ialah kedudukan kepala. Maksudnya kepala makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari kepala imam. Semua kaifiat ini adalah mengikut pendapat jumhur kecuali mazhab Maliki.

    (h) MMusafir berimamkan orang bermukim Dalam kes orang musafir yang ingin melakukan solat penuh (tamam), dia bolehlah berimamkan orang bermukim, sama ada dia tahu atau tidak solat apa yang dilakukan imam.

    SEMAK KENDIRI 1.5

    SEMAK KENDIRI 3.2

    1. Kalau anda masbuk dalam solat Maghrib dan imam baru bangundaripada tahyat awal, bagaimana anda hendak teruskan solatselepas imam memberi salam?

    2. Anda salah seorang daripada ahli jawatankuasa masjid di tempatanda. Pada suatu hari Jumaat, anda mendengar imam membacasurah al-Fatihah dengan tidak tepat sebutan huruf Dhod ( 9 ), iaberbunyi seperti huruf To )< ( . Apa yang patut anda lakukan?

    AKTIVITI 3.3

    1. Kasim menjadi imam semasa solat Zohor dengan Lokman. Selepas satu rakaat, Ali pula masuk berjemaah. Lakonkan cara Ali masuk berjemaah (masbuk) dengan Kasim dan Lokman.

    2. Minta tutor anda membuat ulasan terhadap pelakuan Ali.

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

    58

    Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia terhasil

    apabila solat diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum.

    Terdapat pelbagai hikmah solat jemaah. Antara hikmah solat jemaah ialah untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada, menyatupadukan umat Islam dengan cara berkenal-kenalan, beramah mesra dan bekerjasama, menanam dasar persamaan yang sejati dan melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua.

    Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima waktu. Sebagai contoh, mengikut mazhab Hanabilah, berjemaah bagi solat lima waktu adalah fardu ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat manakala kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat solat berjemaah adalah fardu kifayah.

    Fiqh ibadat Islam telah menentukan syarat tertentu bagi memilih seseorang menjadi imam solat iaitu muslim, berakal dan baligh, lelaki, boleh membaca ayat al-Quran (al-Fatihah) dengan baik, sempurna syarat-syarat sah solat, sejahtera daripada sebarang keuzuran dan adil bukan fasik.

    Bagi makmum pula, antara syarat bagi mereka ialah solat mereka perlu berniat solat jemaah atau berniat mengikut imam, solat mereka adalah sejajar dengan solat iman, mengikut perbuatan imam, tidak mendahului imam dan lain-lain lagi.

    Batal Hikmah Hukum solat berjemaah Imam Jarak 300 hasta

    Kelebihan solat berjemaah Masbuk Makmum Muwafiq Syarat

  • TOPIK 3 SOLAT JEMAAH 59

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub

    al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Al-Zuhaili. (1997). al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.