fiqh ibadat

38
Fiqh Ibadat Tajuk: ZAKAT Disediakan Oleh: Noor Azrina Tuah 110821 Norhafiqah Mustaffa Nadia Lokman Nor Atiqah Abdullah 110885 Disediakan Untuk: Ustaz Syahid

Upload: lafizo-neo-azhero

Post on 25-Jun-2015

704 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqh ibadat

Fiqh IbadatTajuk:ZAKAT

Disediakan Oleh:Noor Azrina Tuah 110821

Norhafiqah MustaffaNadia Lokman

Nor Atiqah Abdullah 110885Disediakan Untuk:

Ustaz Syahid

Page 2: Fiqh ibadat

Pengertian Zakat• Perkataan zakat diambil daripada

zakasai’u yang bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. Begitu juga ‘zakazzaru’wazakatil tijarota’ yang bermaksud tanam-tanaman dan perniagaan subur dan bertambah.

• Zakat juga bereri bersih.• Pengertian zakat pada istilah syara’ ialah

kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu,yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.

• Mengeluarkan zakat juga bererti membersihkan harta daripada syubhah. Dengan kata lain ia akan mengeluarkan hak orang lain yang ada dalam harta berkenaan terutamanya hak orang yang benar-benar berhajat dan memerlukannya

Page 3: Fiqh ibadat

Jenis-jenis zakat1. Emas dan Perak

Maksud emas dan perak adalah sama ada yang telah ditempah atau dalam bentuk jongkong. Begitu juga sama ada yang dimiliki secara langsung atau pun tidak, ya’ni ada berurusan dengan emas dan perak atau wang kertas sebagai ganti kedua-duanya. Termasuk juga sijil saham yang mempunyai jaminan tetap yang dibayar mengikut nilai sebenar sama ada emas atau perak.

Page 4: Fiqh ibadat

Jenis emas dan perak yang wajib zakat

• Wang dirham perak dan wang dinar emas serta sebarang mata wang yang dicetak menggantikan emas dan perak untuk sebarang urusan.

• Ketulan emas dan perak.

• Bekas-bekas kepingan yang dibuat daripada emas dan perak untuk sebarang kegunaan atau perhiasan

Page 5: Fiqh ibadat

Tidak wajib zakat barang kemas

Barang kemas yang harus dikecualikan daripada zakat seperti barang-barang perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas dan perak yang tidak sampai ke tahap berlebih-lebihan pada pandangan umum. Begitu jugalah halnya cincin perak bagi lelaki. Hal ini adalah kerana kedua-dua barang kemas tersebut yang dijadikan perhiasan telah hilang sifat suburnya yang diizinkan oleh syara’ menjadi harta beku.

Page 6: Fiqh ibadat

• Bagaimanapun zakat tetap dikeluarkan bagi barang kemas, peralatan dan perhiasan daripada emas dan perak yang haram digunakan seperti perkakas atau perhiasan rumah dan barang kemas bagi pihak lelak, kecuali cincin perak. Barang-barang tersebut telah hilang suburnya sebab digunakan, tetapi sebab tersebut tidak diambil kira keran menggunakannya adalah haram.

• Haram makan dan minum dengan menggunakan peralatan daripada emas dan perak adalah dikiaskan kepada penggunaan yang lain. Begitu juga sebagai perhiasan kerana ia akan membawa kepada penggunaan yang tidak diizinkan dan diharamkan.Pengharaman tersebut adalah sama ke atas lelaki dan perempuan.

Page 7: Fiqh ibadat

2. Binatang ternakan

• Maksud binatang ternakan ialah unta, lembu, biri-biri dan kambing.

Page 8: Fiqh ibadat

3. Tanam-tanaman dan buah-buahan• Tanam-tanaman dan buah-buahan

yang wajib zakat adalah yang menjadi makanan asasi manusia dalam keadaan biasa boleh disimpan lama dan tidak rosak.Antara buah yang wajib zakat ialah kurma dan anggur manakala tanam-tanaman pula adalah seperti gandum, bali, padi. Kacang dal, kacang putih, jagung dan sebagainya. Sebarang makanan pada masa kesusahan dan musim kemarau tidak dianggap sebagai makanan asasi.

• Sehubungan itu gandum dan bali diqiaskan kepada semua makanan asasi kerana ia menjadi keperluan hidup. Oleh itu ia wajib dikeluarkan zakat kepada orang yang memerlukan dan berhajat kepadanya.

Page 9: Fiqh ibadat

4. Barang Perniagaan

Maksud perniagaan ialah bertukar ganti barangan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak terhad kepeda harta benda tertentu sahaja. Sementara maksud barangan pula adalah barang2 yang ditukar ganti untuk tujuan keuntungan.

Page 10: Fiqh ibadat

Syarat wajib zakat pernigaanBarang yang dimiliki tidak dikatakan

barang perniagaan yang wajib zakat melainkan dua syarat.

1. Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti contohnya jual beli, sewa menyewa, mas kawin dan sebagainya.Pemilikan tersebut kerana warisan, wasiat atau hebah maka ia tidak dikira barang perniagaan

2. Ketika memiliki harta tersebut pemiliknya hendaklah berniat meniagakannya, dan niat tersebut hendaklah berterusan.Jika tidak berbuat demikian harta tersebut tidak dikatakan barang pernigaan walaupun ia berniat selepaanya.Jika dia berniat untuk berniaga barang tersebut semasa membelinya kemudian berniat pula menyimpannya tanpa diniagakan, maqka barangan itu tidak dikira barang perniagaan dan tidak wajib zakat.

Page 11: Fiqh ibadat

5. Harta Galian dan Harta PurbaHarta galian dan harta purba

bermaksud emas dan perak yang dikeluarkan dari bumi. Emas dan perak yang dikeluarkan dari bumi dan dibersihkan daripada benda-benda yang melekat dengannya dinamakan Mak’dan. Sementara emas dan perak yang tertanam dibumi sebelum kedatangan islam dinamakan Rikaz. Harta yang terbukti tertanam pada zaman islam maka harta tersebut diketegorikan harta hilang.Hukum khusus tentangnya akan diuraikan dalam bab harta terjumpa.

Page 12: Fiqh ibadat

Orang Yang Wajib Zakat1. Islam- Orang kafir tidak wajib

berzakat sebagai kewajipan yang dituntut di dunia.

2. Memiliki nisab- Nisab ialah had minimum harta yang dimiliki. Hal ini akan dijelaskan kemudian, dan begitu juga tentang dalilnya ketika membahaskan jenis-jenis harta yang wajib zakat.

3. Cukup setahun qamariah memiliki nisab- zakat tidak wajib walau seberapa banyak sekalipun harta yang dimiliki kecuali setelah genap setahun memilikinya.

Page 13: Fiqh ibadat

Nisab zakat

• Nisab bermaksud jumlah minimum yang dikira sebagai syarat bagi harta yang wajib zakat. Jika harta yang dimiliki seseorang mukallaf tidak sampai kepada jumlah tersebut, zakat tidaklah wajib.

• Setiap jenis zakat yang dikenakan zakat ada nisabnya seperti yang berikut:

Page 14: Fiqh ibadat

1. Nisab Emas dan Perak• Tidak dikenakan zakat pada emas

sehingga jumlahnya 20 mithqal manakala perak pula 200 dirham.

• Mithqal- Timbangan bagi emas ia ada dua jenis:-

1. M. Ajami- menyamai 4.8 gram oleh itu 20 m. Ajami bersamaan 96 gram.

2. M. Iraqi- bersamaan 5 gram. Oleh itu 20 M. iraqi bersamaan 100 gram.

• Untuk lebih selamat eloklah berpegang kepada kiraan M.a yang lebih rendah kadarnya bagi menjaga kepentingan fakir miskin. Denagn itu nisabnya ialah 96 gram, Lira Syiria, maka nisab zakatnya ialah 96 gram didharabkan dengan 15 Lira

Page 15: Fiqh ibadat

Maksud Dirham

• Sebagaimana yang disepakati bahawa setiap 10 dirham menyamai berat 7 mithqal, iaitu 33 grammengikut timbangan mithqal ajami.Oleh itu 200 dirham menyamai 672 gram

Page 16: Fiqh ibadat

Syarat zakat barang Kemas

• Islam• Merdeka• Sampai Nisab• Haul (cukup Tahun)

Page 17: Fiqh ibadat

Nisab Binatang Ternakan dan Kadar Zakatnya

Page 18: Fiqh ibadat

a) Nisab Unta Nisab Kadar Wajib Umur

5 ke 9 Seekor kambing Biri-biri kambing setahun atau

10 ke 14

2 ekor kambing Kambing berumur 2 tahun

15 ke 19

3 ekor kambing “

20 ke 24

4 ekor kambing “

25 ke 35

Bintu Makhadh Seekor unta berumur setahun masukm ke 2 tahun

36 ke 45

Bintu Labun Seekor unta berumur 2 tahun masuk ke 3 tahun

46 ke 60

Hiqqah Seekor unta betina berumur 3 tahun masuk ke 4 tahun.

61 ke 75

Jaza’ah Seekor unta betina berumur 4 tahun masuk ke 5 tahun.

76 ke 90

2 Bintu Labun Unta berumur 2 tahun masuk 3 tahun

91 ke 120

2 Hiqqah Unta betina berumur3 tahun masuk keempat tahun.

Page 19: Fiqh ibadat

• Jika bilangan lebih daripada 120 ekor zakat yang wajib tiap-tiap 40 ekor ilah seekor Bintu Labun dan tiap-tiap 50 ekor ialah seekor Hiqqah. Jika bilangan unta 170 ekor dan genap setahun zakat yang wajib ialah 3 ekor Bintu Labun dan seekor Hiqqah. Ini adalah keran 170 ekor unta menggandungi 3x40 dan 1x50.

Page 20: Fiqh ibadat

Nisab Lembu

• Nisab lembu bermula dengan 30ekor. Justeru tidak wajib zakat jika bilangannya kurang daripada itu.Apabila bertambah bilangannya maka bertambahlah kadar zakatnya sebagaimana kaedah yang berikut.

• Jika bilangannya melebihi 119 ekor, zakat yang wajib ialah seekor tabi’ bagi setiap 30 ekor, dan seekor Musinnah bagi 40 ekor.

Page 21: Fiqh ibadat

Nisab Kadar Wajib Umur

30 ke 39

Seekor Tabi” atau Tabi”ah Tabi’ atau Tabi’ah lembu

40 ke 59

Seekor Musinnah Yang berumur setahun

60 ke 69

Dua Tabi” “

70 ke 79

Seekor Musinnah dan seekor Tabi”

Musinnah lembu yang

80 ke 89

Dua ekor Musinnah Berumur 2 tahun

90 ke 99

Tiga ekot Tabi” “

100 ke 109

Seekor Musinnah dan Dua ekor Tabi”

110 ke 119

Dua ekor Musinnah dan seekor Tabi”

Page 22: Fiqh ibadat

Nisab Kambing• Nisab kambing bermula dari 40 ekor.

Oleh itu kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah seekor kambing. Apabila bilangannya bertambah pula kadar zakatnya sebagaimana berikut:-

Nisab Kadar Nisab Umur

40 ke 120 Seekor biri-biri atau kambing. Berumur setahun

121 ke 200 Dua ekor biri-biri atau kambing Bagi biri-biri dan 2

201 ke 300 Tiga ekor biri-biri atau kambing Tahun bagi kambing.

Page 23: Fiqh ibadat

• Kadar yang wajib bertambah mengikut kaedah yang ditetapkan, iaitu tiap-tiap 100 biri-biri atau kambing, kadar zakatnya seekor. Ini bermakna setiap pertambahan 100 ekor kadar zakatnya ialah seekor kambing atau biri-biri.

Page 24: Fiqh ibadat

Syarat wajib zakat ternakan

• Islam• Sempurna milik• Merdeka• Cukup nisab ( genap setahun)• Binatang ternakan tidak digunakan

untuk berkerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.

Page 25: Fiqh ibadat

Nisab tanam-tanaman dan Buah-buahan dan kadar

zakatnya• Nisab zakat bagi tanam-tanaman dan buah-buahan, sukatannya tidak kurang daripada 5 ausuq selepas dibersihkan daripada kulit, tanah dan debu, dan selepas itu dikeringkan. Apabila hasilnya mencukupi 5 ausuq atau lebih maka wajib dikeluarkan zakatnya.

Page 26: Fiqh ibadat

Pengertian Ausuq

• Ausuq ialah kata jama’ bagi perkataan wasaq iaitu sejenis sukatan. Rasulullah telah menetapkan kadar sukatan atau wasaq pada zaman baginda bersamaan 60 gantang. Segantang menyamai 4 cupak,iaitu 4 raup orang dewasa. Dalam ensaiklopedia islamiyah (jilid 14 m/s : 105) menetapkan bahawa kadar segantang menyamai sukatan 3 liter. Oleh itu, nisab tanam-tanaman satu wasaq bersamaan 180 liter dan buah-buahan ialah 900 liter.

Page 27: Fiqh ibadat

Syarat wajib zakat pertanian

• Islam• Sempurna milik• Merdeka• Cukup nisab- ckup sukatan 5 ausuk

Page 28: Fiqh ibadat

Zakat perniagaan• Zakat perniagaan ialah zakat yang

wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama islam atau dengan bukan islam , perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Page 29: Fiqh ibadat

• Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5 atau ¼ daripada semua nilaian harga barang yang diperniagakan pada tarikh ckup haul.

Page 30: Fiqh ibadat

Syarat wajib zakat perniagaan

• Islam• Sempurna milik• Merdeka• Cukup haul(biasanya setahun)• Cukup nisab (berubah2 mengikut

harga pasaran emas)

Page 31: Fiqh ibadat

Zakat Pendapatan • Zakat pendapatan bermaksud zakat

perolehan yang merangkumi pendapatan gaji pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri den juga sumbangan daripada mana-man pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemianya adalah sama.

Page 32: Fiqh ibadat

Jenis-jenis harta pendapatan

• Pengajian dan upah kerja• Zakat harta kerja bebas• Zakat harta al-Mustaghallat.

Page 33: Fiqh ibadat

Nisab ma’dan dan rikaz, dan perkara wajib yang

berkaitan dengannyaMa’dan• Nasib ma’dan adalah sama dengan

nisab emas dan perak tetapi ia tidak disyaratkan genap setahun. Malah zakatnya wajib sebaik-baik sahaj dikeluarkan.

• Apabila seseorang mengeluarkan emas atau perak daripada lombongnya dan ia mencapai nisab, dia wajib segera mengeluarkan zakatnya dengan kadar 1/40 daripada keseluruhan hasil yang didapatinya

Page 34: Fiqh ibadat

Rikaz

• Nisab rikaz juga sama dengan nisab emas dan perak tidak disyaratkan berlalu tempoh setahun malah wajib dikeluarkan zakatnya segera dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah 1/5 bersamaan 20% daripada hasil keseluruhannya.

• Hukum rikaz berbeza daripada harta zakat yang lain keran cara pemilikannya tanpa bebanan dan susah payah oleh itu hak orang fakir lebih banyak padanya.

Page 35: Fiqh ibadat

• Haul tidak disyaratkan pada ma’dan dan rikaz kerana kedua-duanya dikeluarkan daripada bui sebagaimana tanam-tanaman, zakat pula diambil segera sebaik-baik sahaj mendapat hasilnya sebagaimana zakat tanam-tanaman selepas dipilih dan dibersihkan daripada benda-benda yang bercampur aduk dengannya.

Page 36: Fiqh ibadat

Asnaf Zakat 1. Orang fakir2. Miskin3. Amil (orang yang dilantik untuk

memunggut zakat)4. Mualaf5. Riqab-Hamba sahaya yang hendak

menebus dirinya daripada tuannya6. Gharimin-Orang yang berhutang7. Fisabilillah-Pada jalan Allah8. Ibnu sabil-Orang musafir

Page 37: Fiqh ibadat

Hikmah berzakat

Melenyapkan sifat cintakan harta

Mensyukuri nikmat pemberian Allah

S.W.T

Membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki

Amalan jahid (pengorbanan)

Cara pengabdian diri kepada Allah

Page 38: Fiqh ibadat

Kesimpulan

• Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara islam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.