feqah tahun 3 penggal 1

Upload: wahedahbegum

Post on 11-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

nota feqah

TRANSCRIPT

TAYAMUM,Pengertian tayamum.Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.TAYAMUM SATU KALI UNTUK SATU KALI SOLATLafaz niat Tayamum.

Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala.RUKUN TAYAMUM. 3 perkara1. Niat2. Menyapu debu kemuka dan kedua belah tangan hingga ke siku.3. Tertib (Melakukan mengikut susunan)SYARAT TAYAMUM1. Keuzuran kerana sakit yang tidak boleh menggunakan air2. Air yang ada diperlukan untuk keperluan yang lebih penting.3. Tayamum mesti dilakukan setelah masuk waktu solat4. Menggunakan debu tanah yang suciPERKARA YANG SUNAT KETIKA BERTAYAMUM1. Membaca Bismillah2. Mengadap kiblat3. Menipiskan debu 4. Mendahulukan anggota yang sebelah kananPERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM1. Murtad (Keluar daripada Islam)2. Luput waktu solat (Habis waktu)3. Sembuh dari sakit4. Ada air sebelum solat5. Melakukan perkara yang membatalkan wuduk

HIKMAH TAYAMUM1. Kemudahan kepada umat Islam yang uzur2. Membuktikan agama Islam itu mudah dan mampu untuk dilaksanakan3. Pentingnya ibadat SolatCARA-CARA BERTAYAMUM1. Menepuk kedua tangan diatas debu yang bersih 2. Menyapu debu kemuka3. Menepuk kedua tangan diatas debu4. Menyapu debu dikedua tapak tangan5. Kemudian menyapu debu kedua tangan hingga ke siku

AZANPENGERTIAN AZANAzan ialah seruan memanggil solat fardu dengan kalimah tertentuKalimah Azan

WAKTU AZANMasuk waktu solat farduLAFAZ QAMAH

WAKTU QAMAHKetika hendak menunaikan solat farduPERKARA SUNAT KETIKA AZAN & QAMAT1. Mengadap kiblat2. Suci dari hadas besar & kecil (ada air sembahyang)3. Berdiri ketika Azan4. Memaling muka kekanan ketika mengucapkan Haiya Solah & memaling kekiri ketika mengucapkan Haiya Ala-falah. Dada tetap mengadap kiblat.5. Melafazkan kalimah dengan tertil6. Mengulang lafaz azan

DOA SELEPAS AZAN & QAMAT

AZAN SUBUH ada ditambah lafaz. selepas Haiya Ala-Falah.Bererti SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR.BILAL BIN RABAH ialah orang yang pertaman melaungkan azan.Apabila mendengar Azan, diam dan ikut sebutan azan.

SOLAT FARDUPENGERTIAN SOLATSOLAT adalah perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentuHUKUM SOLAT FARDU adalah WAJIB (FARDU AIN) kepada semua orang islam yang berakal dan balig (cukup umur).SOLAT FARDU 5 WAKTU & BILANGAN RAKAAT.1. SUBUH 2 Rakaat2. Zohor 4 Rakaat3. Asar 4 Rakaat4. Magrib 3 Rakaat5. Isyak 4 RakaatRUKUN SOLAT ada 13 perkara1. Berdiri tegak2. Niat3. Takbiratul Ihram (AllahuAkbar)4. Membaca Alfatihah5. Rukuk selepas Tomakninah (Berhenti sekejap)6. Iktidal serta Tomakninah7. Sujud serta tomakninah8. Duduk antara dua sujud dan tomakninah9. Duduk thayat Akhir10. Membaca tahayat Akhir11. Membaca Salawat 12. Salam 13. Tertib (Berturutan)SYARAT WAJIB SOLAT1. Beragama Islam2. Balig (Cukup Umur)3. Berakal (Tidak gila)

SYARAT SAH SOLAT1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar (kena ada air sembahyang/wuduk)2. Suci pakaian, badan dan tempat dari najis3. Mengadap kiblat4. Masuk Waktu Solat5. Menutup AuratPERKARA SUNAT DALAM SOLAT (ada dua. SUNAT AB-HAH SUNAT HAI-AH)SUNAT AB-AD (Sunat yang digalakkan)1. Membaca tahayat awal2. Solawat dalam tahayat awal3. Baca doa Qunut dalam solat subuh4. Solawat dalam tahayat Akhir.SUNAT HAI-AT1. Mengangkat tangan ketika takbiratul Ihram2. Meletak tapaktangan kanan keatas tangan kiri dan meletakkan dibawah dada & atas pusat.3. Membaca doa iftitah (Alllahu Akbaru kabiran)4. Membaca Tauz (Aa u zubillah..)5. Membaca Aminnn di akhir surah Al-Fatihah6. Menguatkan bacaan Al_fatihah pada dua rakaat yang pertama dalam solat magrib, Ishak & Subuh7. Membaca ayat dari Al-Quran8. Membaca Takbir Allahu Akbar mengiringi setiap pergerakan dalam solat9. Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud10. Membaca SamiAllahu liman Hamidah dan Rabbana Lakal Ham du ketika bangkit dari rukuk.11. Membaca ketika duduk antara dua sujud.12. Duduk Iftirash setika tahayat awal13. Duduk Turak ketika tahayat akhir14. Berpaling muka kekanan & ke kiri ketika memberi salam15. Memberi Salam kedua

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.1. Berkata-kata dengan sengaja2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat3. Kedatangan haid4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian5. Terbuka Aurat6. Memalingkan dada daripada kiblat7. Mengubah niat atau ragu-ragu untuk meneruskan atau membatalkan solat.8. Makan dan minum walaupun sedikit9. Berkata selain perkataan dalam solat10. Murtad.