felcra berhad pemangkin luar bandar

7
FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 1. PENGENALAN Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan membolehkan kerajaan menggubal dan memperkenalkan beberapa dasar dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang rapi bertujuan menjamin kemakmuran ekonomi rakyat dan kesejahteraan sosial. Keadaan jurang pemisahan ekonomi di antara kawasan bandar dengan luar bandar telah mewujudkan perbezaan taraf hidup di kalangan penduduknya. Kesan dwiekonomi ini secara langsung menjadi pengenalan setiap kaum mengikut kegiatan ekonomi masing-masing di mana masyarakat Bumiputera tertumpu di sektor pertanian yang sinonim dengan petempatan di luar bandar, masyarakat India yang sinonim dengan petempatan di estet manakala masyarakat Cina yang melaksanakan aktiviti perniagaan yang sinonim dengan petempatan di bandar. 1 Menyedari kewujudan fenomena dwiekonomi ini, perancangan pembangunan yang dirangka oleh kerajaan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara di samping mengagih kekayaan negara secara saksama. Ini diterjemahkan dalam setiap perancangan lima (5) tahun negara yang telah pun melibatkan tiga fasa perancangan iaitu Fasa Pertama (1956-1970), Fasa Kedua (1970-1990) yang juga dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Fasa Ketiga yang merangkumi Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010) dalam fasa Dasar Wawasan Negara (2001-2020). Kerajaan memandang serius untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. Seiring dengan hasrat tersebut, kerajaan telah menubuhkan beberapa buah agensi yang berperanan membangunkan sektor luar bandar. Antaranya seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Desa (RIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Bank Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta lain-lain agensi pertanian di peringkat negeri dan agensi-agensi pembangunan wilayah. … dalam setiap perancangan lima (5) tahun negara yang telah pun melibatkan tiga fasa perancangan iaitu Fasa Pertama (1956-1970), Fasa Kedua (1970-1990) yang juga dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Fasa Ketiga yang merangkumi Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010) dalam fasa Dasar Wawasan Negara (2001-2020).

Upload: sheem65

Post on 23-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Summary Peranan FELCRA Berhad

TRANSCRIPT

  • FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    1. PENGENALAN

    Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan membolehkan kerajaan menggubal dan memperkenalkan beberapa dasar dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang rapi bertujuan menjamin kemakmuran ekonomi rakyat dan kesejahteraan sosial. Keadaan jurang pemisahan ekonomi di antara kawasan bandar dengan luar bandar telah mewujudkan perbezaan taraf hidup di kalangan penduduknya. Kesan dwiekonomi ini secara langsung menjadi pengenalan setiap kaum mengikut kegiatan ekonomi masing-masing di mana masyarakat Bumiputera tertumpu di sektor pertanian yang sinonim dengan petempatan di luar bandar, masyarakat India yang sinonim dengan

    petempatan di estet manakala masyarakat Cina yang melaksanakan aktiviti perniagaan yang sinonim dengan petempatan di bandar.

    1

    Menyedari kewujudan fenomena dwiekonomi ini, perancangan pembangunan yang dirangka oleh kerajaan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara di samping mengagih kekayaan negara secara saksama. Ini diterjemahkan dalam setiap perancangan lima (5) tahun negara yang telah pun melibatkan tiga fasa perancangan iaitu Fasa Pertama (1956-1970), Fasa Kedua (1970-1990) yang juga dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Fasa Ketiga yang merangkumi Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010) dalam fasa Dasar Wawasan Negara (2001-2020).

    Kerajaan memandang serius untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. Seiring dengan hasrat tersebut, kerajaan telah menubuhkan beberapa buah agensi yang berperanan membangunkan sektor luar bandar. Antaranya seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Desa

    (RIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Bank Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta lain-lain agensi pertanian di peringkat negeri dan agensi-agensi pembangunan wilayah.

    dalam setiap perancangan lima (5) tahun negara yang telah pun melibatkan tiga fasa perancangan iaitu Fasa Pertama (1956-1970), Fasa Kedua (1970-1990) yang juga dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Fasa Ketiga yang merangkumi Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010) dalam fasa Dasar Wawasan Negara (2001-2020).

  • FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN FELCRA

    Di awal kemerdekaan, kerajaan berusaha

    membasmi kemiskinan di luar bandar. Salah satu kaedah pembasmian yang dikenalpasti ialah dengan menganugerahkan tanah kepada masyarakat luar bandar untuk diusahakan. Melalui usaha ini, tertubuhlah FELDA pada tahun 1956 oleh Kerajaan Persekutuan dan Rancangan Tanah Pinggir oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri. Adalah didapati bahawa rancangan pembangunan tanah di bawah FELDA lebih berjaya kerana diuruskan oleh sebuah badan yang mempunyai bantuan modal dan kepakaran pengurusan. Manakala, rancangan tanah pinggir kerajaan negeri kebanyakannya telah mengalami kegagalan kerana tanah anugerah yang diusaha sendiri oleh masyarakat desa tersebut tanpa bantuan modal dan tidak mempunyai pasukan pengurusan profesional. Bagi mengatasi masalah ini, FELCRA telah ditubuhkan iaitu dalam Rancangan Malaysia Pertama.

    1966 - 1970 1971 - 1972

    1986 - 19971973 - 1985

    1997 HINGGA KINI

    3. PERKEMBANGAN FELCRA

    FELCRA iaitu nama singkatan bagi Federal Land Consolidation And Rehabilitation Authority atau Lembaga Pemulihan Dan Penyatuan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada tahun 1966. Matlamat awal

    penubuhannya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam tahun 1967, sebagai langkah permulaan untuk melaksanakan gagasan pembangunan ini, satu pasukan pengurusan baru seramai 42 orang ditugaskan untuk memajukan empat rancangan tanah yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan kerja-kerja penyatuan dan pemulihan tanah. Rancangan-rancangan itu ialah Simpang Renggam di Kluang, Johor, Ayer Hitam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Gong di Temerloh, Pahang dan Kampung Rasau A di Slim River, Perak meliputi kawasan seluas 1,726 hektar yang melibatkan 547 peserta desa.

    2

    Bermula dari empat buah rancangan, program pembangunan tanah FELCRA terus berkembang dengan pesat. Beberapa program baru telah diperkenalkan dalam usaha kerajaan merancakkan pembangunan luar bandar menerusi agensi FELCRA. Antaranya ialah Rancangan Pembangunan

  • FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    Tanah In Situ. Sebanyak dua buah projek iaitu FELCRA In Situ Teratak Batu di Kelantan dan FELCRA In Situ Ulu Berang di Terengganu dimajukan.

    Seterusnya pada tahun 1972, kerajaan telah memberi

    tanggungjawab kepada FELCRA untuk membangunkan Rancangan Tanah Belia yang lengkap dengan penempatan peserta. Bermula dari tahun 1972 hingga 1980, sebanyak 10 buah Rancangan Tanah Belia dengan keluasan 7,675 hektar telah dibangunkan.

    Pada tahun 1976, FELCRA telah diberi tanggungjawab untuk memajukan

    tanah-tanah Rizab Orang Asli dan Rancangan Tanah Orang Asli yang pertama dibuka ialah Rancangan Orang Asli (ROA) Redang Punggur seluas 162 hektar bersebelahan dengan projek penyatuan dan pemulihan Rancangan Redang Punggur I, Langkap Perak. Sehingga kini, FELCRA telah memajukan 47 buah projek Orang Asli dengan keluasan 7,975 hektar melibatkan 3,500 orang peserta.

    Pada tahun 1978, Jabatan Perdana Menteri telah membuat kajian mengenai tanah-tanah milik yang tidak produktif di luar bandar yang dikategorikan sebagai tanah terbiar. Kajian tersebut mendapati seluas 565,000 hektar tanah-tanah milik terbiar yang tidak diusahakan secara ekonomik dan ianya merugikan hasil kepada negara. Seterusnya pada tahun 1984, FELCRA sekali lagi diarahkan untuk mengembangkan peranannya bagi memajukan tanah-tanah milik terbiar iaitu disatukan dan dipulihkan menjadi ladang kelompok yang komersil dan berdaya maju.

    3

    Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

    (RMK9), FELCRA Berhad telah diberi tanggungjawab baru oleh kerajaan untuk memajukan projek agropolitan dalam rangka membasmi kemiskinan tegar di luar bandar. Di bawah konsep ini, 4 buah projek agropolitan mula dibangunkan oleh FELCRA Berhad iaitu Projek Agropolitan di Pulau Banggi, Sabah, Projek Agropolitan Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Projek Agropolitan Batang Sadong di Samarahan, Sarawak dan Projek Agropolitan Pulau Bruit di Mukah, Sarawak. Pembangunan ini meliputi kawasan seluas 4,720 hektar yang melibatkan 1,062 peserta miskin tegar.

    Pelaksanaan pembangunan tanah yang berasaskan penyatuan dan

    pemulihan yang melibatkan beberapa konsep pembangunan yang telah dijelaskan di atas, FELCRA berkembang begitu pantas dengan kedudukan projek merata ke

  • FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    seluruh negara. Sehingga ini, FELCRA telah berjaya memajukan tanah milik peserta seluas 230,000 hektar dengan jumlah peserta 87,000 orang.

    Sekiranya diandaikan nilai tanah yang telah dimajukan adalah bernilai RM30,000 per ekar @ RM74,130 per hektar, ini bermakna dengan keluasan 230,000 hektar FELCRA Berhad telah berupaya menaikkan nilai tanah masyarakat luar bandar yang rendah nilainya kerana tidak produktif menjadi satu aset tanah bernilai RM17 bilion. Ini merupakan salah satu kejayaan pembangunan luar bandar dan FELCRA menjadi pemangkinnya.

    4. PENGKORPORATAN FELCRA

    Pada 23 Mei 1997, FELCRA Berhad telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan no. pendaftaran 432483U sebagai sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Pengkorporatan FELCRA mulai 1hb. September 1997 telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Walaupun FELCRA Berhad telah mencapai status sebagai syarikat korporat kerajaan, namun tanggungjawab sosial terhadap masyarakat peserta dan penduduk luar bandar tetap diteruskan. Obligasi sosial merupakan pra syarat utama dalam perjanjian pengkorporatan FELCRA Berhad dengan kerajaan.

    FGtelah mencapai

    status sebagai syarikat korporat kerajaan, namun tanggungjawab sosial terhadap

    masyarakat peserta dan

    penduduk luar bandar tetap diteruskan.ED

    Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Justeru itu, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

    Sehingga kini, FELCRA Berhad telah menubuhkan 18 buah anak syarikat yang melibatkan 11 buah anak syarikat milik penuh dan 7 buah anak syarikat usahasama. Dengan penubuhan anak-anak syarikat ini, perniagaan kumpulan FELCRA Berhad telah berkembang dengan pesat dengan urus niaga yang telah melebihi RM3 bilion setahun. Bilangan kakitangan juga telah meningkat seramai 3,200 orang. Produk-produk yang dikeluarkan oleh kumpulan FELCRA Berhad telah mula memasuki pasaran dalam negeri dan juga antarabangsa. Sementara itu, keuntungan FELCRA

    4

  • FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    Kuah dan Kolej FELCRA di Seber

    FELCRA merancakkan lagi pembangunan luar bandar sejajar denga

    telah meningkat dari semasa ke semasa dan pada tahun tertentu, keuntungan selepas cukai melebihi RM100 juta.

    5. PROGRAM PELAN TRANSFORMASI SYARIKAT

    Setelah lebih sedasawarsa pengkorporatan sejak tahun 1997, FELCRA Berhad

    sedang merencanakan pelan transformasi. Penstrukturan korporat ke arah sebuah syarikat yang kukuh yang tidak hanya berorientasikan pulangan daripada perladangan sebagai core business semata-mata. Penjimatan kos pengurusan boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah dasar penstrukturan semula. Cadangan penstrukturan baru dan pembahagian bahagian-bahagian mengikut fungsinya pada dua komponen utama iaitu Commercial yang bersifat keuntungan dan Corporate Social Responsibility (CSR). Fungsi FELCRA sejajar dengan proses transformasi yakni berjalan serentak perlaksanaaan peranannya sepertimana aspirasi kepimpinan kerajaan kini. Komponen obligasi komersial pula diperkejabkan lagi dengan

    penubuhan Permodalan FELCRA Sdn. Bhd. Ini dapat menyokong peranan FELCRA dalam usaha meningkatkan perluasan hasil estet dalam dan luar negara, mendiversifikasikan aktiviti huluan dan hiliran, pembangunan tanah secara komersial, pendidikan, ternakan dan tenaga bio-teknologi.

    5

    FELCRA Berhad sentiasa merancang

    bisnes-bisnes baru yang berdaya maju bagi mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat yang disebut New Wealth Creation seperti Pembangunan Hartanah Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Pembangunan Resort & Pusat Latihan, ang Perak. FELCRA sentiasa berusaha dalam

    mengkomersialkan hartanah yang ada bagi menjana pendapatan syarikat untuk jangka panjang. Tidak terhenti di situ sahaja, FELCRA turut mempelbagaikan aktiviti-aktiviti syarikat yang berpotensi menjana pendapatan seperti Penghasilan Baja Bio-Organic Fertilizer (BOF), Transformasi FELCRA (Waste Management)Bio Energy, Pusat Penternakan Lembu Pedaging, (Fidlot) di Bio Valley dan pembinaan Kompleks Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di FELCRA Nasarudin untuk menyokong peningkatan produktiviti.

    n agenda kerajaan iaitu program transformasi luar bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Pusat-pusat transformasi luar bandar Rural Transformation Centre (RTC) telah dan bakal didirikan. Adalah menjadi kebanggaan FELCRA bagi memenuhi peranannya dengan

  • 6

    FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    6. KESIMPULAN

    Peranan kerajaan dengan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Mode

    FELCRA melakukan perubahan dari semasa ke semasa. Malaysia amnya dan FELCR

    ELCRA amat menyedari kerajaan pimpinan hari ini sentiasa berusaha untuk meng

    masa hadapan.

    menyediakan prasarana dan ameniti sosial. Hasilnya mampu memacu peningkatan kepada peserta dan peningkatan kualiti hidup kumpulan sasar. FELCRA membangunkan sebuah projek besar yang dinamakan Perumahan Generasi Kedua (Gen-2) di Seberang Perak dan Sri Makmur, Pekan, Pahang. Projek perumahan ini merupakan satu Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK) yang akan memberi manfaat khususnya kepada para peserta dan masyarakat luar bandar di sekitarnya. FELCRA Berhad adalah sebuah Government Owned Company (GOC) yang unik kerana dapat melaksanakan fungsi perniagaan dan fungsi CSR serentak dan seimbang.

    l Baru Ekonomi (MBE) merupakan satu tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini. Pelancaran pelan hala tuju ETP yang dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju berpendapatan tinggi. Sejajar dengan hasrat Y.A.B. Perdana Menteri, sememangnya langkah seiring perlu disusun dan dilaksanakan sepenuhnya oleh FELCRA dalam menterjemahkan gagasan transformasi kerajaan. FELCRA adalah antara sayap pelaksana program pembangunan kerajaan untuk bagi merealisasikan prinsip 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    A terutamanya perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa. Daya saing syarikat mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan. Selaras itu, kepimpinan dalam pengurusan FELCRA mestilah bersifat dinamik dan akomodatif. Ini penting bagi memastikan FELCRA mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Globalisasi dalam perdagangan antarbangsa juga memerlukan seluruh masyarakat FELCRA berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya.

    Fekalkan dan mempertingkatkan ekonomi negara. Kejayaan atau kegagalan negara

    adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kerajaan. FELCRA menelusuri, menghayati dan melaksanakan aspirasi besar kerajaan dengan merencanakan agenda transformasi ekonomi dan struktur pengurusan serta perkhidmatan yang dinamik, berwibawa dan peka pada perkembangan domestik dan antarabangsa. FELCRA mempercayai melalui agenda transformasi ini berupaya menggerakkan organisasi ke satu tahap kecemerlangan melalui usaha-usaha konkrit bagi memupuk sikap yang positif ke arah budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang. Semoga FELCRA terus gemilang di

  • 7

    FELCRA BERHAD PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    Tarikh: 5 Ogos 2013 engurus Besar Kumpulan

    Artikel ini disumbangkan oleh:- Jahare Abu Bakar PHal Ehwal Korporat FELCRA Berhad