pharmaniaga berhad

27
Pharmaniaga Berhad PENGENALAN Pharmaniaga Berhad merupakan sebuah firma multinasional yang beroperasi di Malaysia dan menjalankan perniagaan farmasitikal dan ubat-ubatan. Firma multinasional didefinisikan sebagai sebuah firma yang mempunyai anak syarikat, cawangan, atau penggabungan dengan mana-mana firma lain di negara asing. Ia juga termasuk firma-firma yang menjalankan aktiviti perkhidmatan seperti perundingan, akauntansi, pembinaan, perundangan, pengiklanan, hiburan, perbankan, telekomunikasi, dan cagaran. Firma multinasional berpusat di seluruh dunia. Kebanyakan dari firma ini dimiliki secara kombinasi pemegang saham dalam dan luar negara. Pemilikan firma ini adalah pemilikan secara antarabangsa atau lebih dikenali dengan firma transnasional. Firma ini selalunya diuruskan secara perspektif global berbanding dari perspektif dari mana-mana negara tunggal. Pharmaniaga Berhad merupakan firma penjagaan 1

Upload: topeq

Post on 06-Jun-2015

1.741 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

PENGENALAN

Pharmaniaga Berhad merupakan sebuah

firma multinasional yang beroperasi di Malaysia

dan menjalankan perniagaan farmasitikal dan ubat-

ubatan. Firma multinasional didefinisikan sebagai

sebuah firma yang mempunyai anak syarikat,

cawangan, atau penggabungan dengan mana-mana firma lain di negara asing. Ia juga

termasuk firma-firma yang menjalankan aktiviti perkhidmatan seperti perundingan,

akauntansi, pembinaan, perundangan, pengiklanan, hiburan, perbankan, telekomunikasi,

dan cagaran.

Firma multinasional berpusat di seluruh dunia. Kebanyakan dari firma ini

dimiliki secara kombinasi pemegang saham dalam dan luar negara. Pemilikan firma ini

adalah pemilikan secara antarabangsa atau lebih dikenali dengan firma transnasional.

Firma ini selalunya diuruskan secara perspektif global berbanding dari perspektif dari

mana-mana negara tunggal. Pharmaniaga Berhad merupakan firma penjagaan kesihatan

integrasi tempatan terbesar di Malaysia. Ia merupakan public listed company di papan

utama Sekuriti Bursa Malaysia di mana jumlah modal berbayar RM100 juta.

Sebagai pelapor dalam firma penjagaan kesihatan di Malaysia, Pharmaniaga

Berhad diterajui oleh perniagaan asasnya, iaitu pengeluaran generis farmasiutikal dan R

& D, gudang dan pengedaran produk-produk farmasiutikal dan perubatan, jualan dan

pemasaran juga alatan lengkapan hospital. Pharmaniaga Berhad juga mencipta nichi

dalam solusi penjagaan kesihatan IT di mana ia merupakan tulang belakang operasi

1

Page 2: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Pharmaniaga Berhad. Pharmaniaga Berhad merupakan sebuah firma

multinasional, juga merupakan government link company yang berasal dari Malaysia.

Pharmaniaga Berhad dikatakan sebuah firma multinasional kerana ia mempunyai

anak syarikat yang beroperasi di Indonesia dan Vietnam. Selain dari itu, Pharmaniaga

juga merupakan pembekal bagi ubat-ubatan dan alatan lain untuk MERCY.

Selain daripada itu, Pharmaniaga Berhad juga terlibat dalam urusan pertukaran

kewangan antarabangsa yang melibatkan kadar dalam pasaran tukaran wang asing dunia

dalam operasi pertukaran wang antara negara yang terlibat dalam perniagaannya.

2

Page 3: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

LATARBELAKANG PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan tempatan

terbesar di Malaysia. Pharmaniaga Berhad merupakan syarikat jenis milikan berhad

dengan telah disenaraikan dalam papan utama Bursa Malaysia Securities (BMS) dengan

modal berbayar sebanyak RM100 million.

Pharmaniaga mempunyai 16 produk yang telah didaftarkan untuk pasaran

Malaysia dan telah melancarkan dua produk baru. Di samping itu, Pharmaniaga juga

telah memperbaiki satu produk baru bio-equivalent. Selain mendaftarkan produk di

pasaran Malaysia, Pharmaniaga juga telah 15 produknya di pasaran antarabangsa.

Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan terbesar Malaysia, Pharmaniaga telah

menjalankan beberapa perniagaan teras iaitu menjalankan penyelidikan dan

pembangunan serta pengeluaran ubat-ubat atau farmaseutikal generik, logistik dan

pengedaran, jualan dan pemasaran, membekal produk dan perkhidmatan perubatan serta

kelengkapan hospital. Pharmaniaga juga telah membentuk kemudahan IT solution yang

telah menjadi tulang belakang kepada operasi syarikat ini.

Bidang perniagaan Pharmaniaga merupakan gabungan beberapa displin utama

yang dipersembahkan oleh kumpulan syarikat yang terintregasi, proses dan individu yang

memberi komitmen untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti pada

setiap masa. Ini berpandukan kepada matlamat Pharmaniaga untuk memperkayakan

kehidupan ke semua pihak-pihak yang berhubung dengan mereka iaitu pekerja,

pelanggan dan rakan kongsinya, atau pesakit yang mendapat faedah dari produk dan

perkhidmatannya.

3

Page 4: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Komitmen Pharmaniaga adalah untuk enriching life together dipandu oleh

falsafah mereka dalam menjalankan perniagaan dengan suci hati, falsafah yang akan terus

digunakan oleh Pharmaniaga untuk membimbing ke arah menjadi global total intregated

healthcare solution provider. Pharmaniaga telah memperkukuhkan lagi sumbernya, dan

bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa kini dan hadapan. Transformasi

sekarang ini mengumpul momentum, inisiatif yang bertenaga dan mempunyai kuasa

untuk memenuhi objektifnya untuk menjadi pengeluar utama dalam industri penjagaan

kesihatan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas warganegara korporat.

4

Page 5: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

SEJARAH PHARMANIAGA BERHAD

Mei 1984 – United Engineers (M) Bhd (UEM) telah dianugerah konsesi untuk

menswastakan Government Medical Store (GMS) melalui Kementerian Kesihatan

(MOH).

Ogos 1994 – Remedi (kemudian dikenali sebagai Souther Task (M) Sdn Bhd) di mana

mula beropeasi pada 1 Disember 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM20 million.

Di bawak perjanjian konsesi, Remedi telah Remedi mempunyai hak eksklusif untuk

mengeluar, membeli, menyimpan dan mengedar produk farmaseutikal dan perubatan

kepada institusi perubatan dan hospital di bawah kuasa MOH.

Mei 1999 – Remedi menjadi anak syarikat Pharmaniaga berhad, syarikat memegang

pelaburan dengan kepentingan utama dalam mengeluar, memasar begitu juga membekal

dan mengedar produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada sektor awam dan

swasta.

November 1999 – Pharmaniaga Berhad membuat kemunculan pertamanya di papan

kedua dalam Kuala Lumpur Stock Exchange, (sekarang dikenali sebagai Malaysia

Securities Exchange Berhad – MSEB).

5

Page 6: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Oktober 2002 – Kesemua syarikat di dalam kumpulan Pharmaniaga kecuali Strand

Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd telah dinamakan semula untuk menunjukkan identiti

Pharmaniaga.

Mac 2003 – penghijrahan Pharmaniaga dari papan kedua ke papan pertama di MSEB

Dengan peningkatan modal berbayar sebanyak RM 100 Million dari RM 50 million

sebelumnya.

2006 – Pharmaniaga Berhad telah dianugerahkan The BrandLaureate 2006-2007 bagi

jenama yang paling bagus dalam segmen Penjagaan kesihatan – Farmaseutikal oleh Asia

Pacific Brands Foundation.

2007 – Pharmaniaga Berhad dianugerahkan 2006 Practice Solution Award oleh National

Award for Management Accounting (NAfMA).

6

Page 7: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

LEMBAGA PENGARAH PHARMANIAGA BERHAD

Ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Berhad terdiri daripada golongan individu

yang telah mendedikasikan diri mereka sendiri bukan sahaja untuk membina kekuatan

dan perniagaan yang menguntungkan, tetapi juga untuk menjadi Pharmaniaga sebuah

syarikat yang akan menmperkayakan masyarakat. Mereka adalah pasukan professional

yang berpengalaman yang mana telah menanamkan nilai dan pengetahuan ke dalam

setiap pekerja dan rakan kongsi perniagaan, malahan, kepada setiap individu yang

mempunyai kepentingan dalam Pharmaniaga. Peneraju utama Pharmaniaga Berhad ialah

Dato’ Mohamed Azman Bin Yahya yang memegang jawatan presiden dan seramai 7

orang ahli lembaga pengarah pula diterajui oleh pengarah-pengarah tempatan yang terdiri

daripada bangsa melayu dan cina.

Dato' Mohamed Azman bin Yahya Non-Independent Non Executive Chairman

Mohamad Bin Abdullah Managing Director

Dato' Ahmad Pardas bin SeninNon-Independent Non-Executive Director

Datuk Sulaiman Bin Daud Senior Independent Non-Executive Director

Ismael Fariz bin AliIndependent Non-Executive Director

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal AbidinIndependentNon-Executive Director

7

Page 8: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Dato' Wira Prof. Ir.Dr.Mohammad Noor Bin Salleh Independent Non-Executive Director

Oh Kim SunNon-Independent Non-Executive Director

LOKASI FIRMA INDUK DAN ANAK SYARIKAT

Syarikat induk Pharmaniaga Berhad terletak di Malaysia dan beribu pejabat di

Shah Alam, Selangor. Pharmaniaga mempunyai 11 buah anak syarikat serta dua syarikat

kerjasama yang berada di bawah pengurusannya. Di antara syarikat-syarikat tersebut,

terdapat tiga buah syarikat yang telah beropeasi di tiga buah negara luar yang berasingan

iaitu Indonesia, China dan Seychelles. Selain itu, Pharmaniaga juga mempunyai

hubungan perdagangan dengan beberapa negara lain seperti Vietnam, Myammar,

Filipina, Kenya dan Nigeria.

SYARIKAT PERNIAGAAN TERASPharmaniaga Logistics Sdn Bhd Penyimpanan, logistik dan pengedaran.

Pharmaniaga Biomedical Sdn BhdProvision of turnkey contract services for hospital equipping.

Pharmaniaga Marketing Sdn Bhd Jualan Farmasitikal.

Pharmaniaga Manufacturing BerhadMengeluarkan ubat generik dan kontrak pengeluaran.

Pharmaniaga Diagnostics Jualan dan pengedaran alat perubatan mudah alih.Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd

Penyelidikan dan Pembangunan

Safire Pharmaceuticals (M) Sdn BhdMengeluarkan ubat generik dan kontrak pengeluaran.

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd Pengeluaran dan jualan produk farmaseutikal.Pharmaniaga Diagnostics Sdn Bhd Jualan dan pengedaran alat perubatan mudah alih.Pharmaniaga International Corporation Sdn Bhd

Syarikat mengendalikan pelaburan bagi pengedaran perniagaan farmaseutikal di luar negara.

PT Millennium Pharmacon International Tbk (Indonesia)

Pengedaran dan perdagangan produk farmaseutika, makanan tambahan dan produk diagnostik di Indonesia.

Pharmaniaga Pegasus (Seychelles) Menguruskan pelaburan.

8

Page 9: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Co. Ltd

9

Page 10: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

NEGARA DAN MATA WANG ASING

Mata wang yang telah digunakan oleh Pharmaniaga Berhad dalam menjalankan

transaksi perdagangan pertukaran asing terdiri daripada Dolar US, Euro, Dolar

Singapura, Rupiah Indonesia, Pound Sterling, Dolar Australia dan akhir sekali Remedi

China. Struktur modal Pharmaniaga Berhad terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sekuriti

ekuiti sebanyak 50.235%, hutang sebanyak 39.243% dan tunai sebanyak 10.522%.

31 DISEMBER 2006

Ekuiti 50.235%

Hutang 39.243%

Tunai 10.522%

Jumlah 100%

10

Page 11: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

PENDEDAHAN TERJEMAHAN

Pendedahan terjemahan atau turut disebut sebagai pendedahan perakaunan, wujud

disebabkan penyata kewangan subsidiari asing yang mana dinyatakan dalam matawang

asing perlu dinyatakan semula dalam matawang yang digunakan dalam pelaporan

syarikat induk bagi menyediakan penyata kewangan gabungan. Subsidiari asing syarikat

di Malaysia contohnya, perlu menyatakan semula penyata dalam matawang Rupiah,

Baht, Dollar Singapura dan lain-lain kepada Ringgit Malaysia (RM) supaya nilai asing

boleh ditambah kepada penyata pendapatan dan kunci kira-kira syarikat induk di

Malaysia yang mengguna pakai Ringgit Malaysia sebagai matawang rasmi. Proses

perakaunan ini dipanggil terjemahan.

Pendedahan terjemahan adalah potensi pertambahan atau pengurangan dalam nilai

bersih dan pendapatan bersih dilaporkan syarikat induk disebabkan oleh perubahan dalam

kadar pertukaran melalui terjemahan yang dilakukan. Terjemahan adalah perlu untuk

mewujudkan satu pelaporan dalam satu matawang bagi menyediakan penyata kewangan

gabungan bertaraf antarabangsa.

Item-item yang dimasukkan dalam penyata kewangan bagi setiap entiti

Pharmaniaga Berhad diukur menggunakan matawang di mana entiti itu beroperasi secara

ekonomi (matawang fungsian). Penyata kewangan gabungan dipersembahkan dalam

Ringgit Malaysia (RM) yang merupakan matawang fungsian dan persembahan syarikat.

Transaksi matawang asing diterjemahkan kepada matawang fungsian

menggunakan kadar pertukaran semasa pada tarikh transaksi. Keuntungan atau kerugian

11

Page 12: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

pertukaran asing disebabkan oleh penyelesaian transaksi dan terjemahan tersebut pada

kadar pertukaran akhir tahun bagi aset dan liabiliti kewangan yang dinyatakan dalam

matawang asing akan dikenalpasti dan dinyatakan dalam penyata pendapatan. Kadar

pertukaran utama yang telah digunakan untuk setiap unit matawang asing pada tarikh

lembaran imbangan adalah seperti berikut :

RM

Dollar US 3.53

Euro 4.65

Dollar Singapura 2.30

Rupiah Indonesia 0.04

Pound Sterling 6.93

Dollar Australia 2.79

Renminbi China 0.45

Keputusan dan kedudukan kewangan bagi semua entiti kumpulan (tiada daripada ini

mempunyai matawang ekonomi hiperinflasi) yang mempunyai matawang fungsian

berbeza daripada matawang persembahan Syarikat diterjemah kepada matawang

persembahan seperti berikut:

- aset dan liabiliti untuk setiap lembaran imbangan yang dipersembahkan adalah

diterjemah pada kadar penutupan (closing rate) pada tarikh lembaran imbangan;

- pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap penyata pendapatan diterjemah pada

kadar pertukaran ‘average’ (kecuali ‘average’ ini bukan penghampiran yang

sesuai bagi kesan terkumpul kadar semasa pada tarikh transaksi, yang mana kes

12

Page 13: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

pendapatan dan perbelanjaan diterjemahkan pada kadar pada tarikh transaksi);

dan

- semua perbezaan pertukaran dinyatakan sebagai komponen berlainan bagi ekuiti.

Dalam pengabungan, perbezaan pertukaran yang wujud daripada terjemahan

pelaburan bersih dalam entiti asing, pinjaman, dan instrumen kewangan lain dibentuk

sebagai ‘hedge’ bagi pelaburan tersebut, dimasukkan dalam ekuiti pemegang saham.

Apabila operasi asing dijual, perbezaan pertukaran dinyatakan dalam penyata pendapatan

sebagai sebahagian daripada keuntungan atau kerugian atas jualan.

Penyelarasan muhibbah dan nilai saksama wujud daripada pengambilalihan entiti

asing dinyatakan sebagai aset dan liabiliti entiti asing dan diterjemah pada kadar

penutupan (closing rate).

13

Page 14: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

PENDEDAHAN TRANSAKSI

Setiap firma yang menjalankan aktiviti perniagaan di luar negara sudah

semestinya mempunyai pemdedahan transaksi kerana ia melibatkan pertukaran matawang

asing. Pendedahan transaksi adalah merupakan alat untuk mengukur obligasi pertukaran

tertunggak tetapi ia perlu diselesaikan sebelum atau selepas kadar pertukaran asing.

Dalam pendedahan transaksi, kontrak sudah berlaku pada hari ini, dimana telah berlaku

aktiviti penjualan tetapi pembayaran berlaku kemudian. Biasanya ia berlaku dalam

tempoh jangkamasa pendek. Terdapat empat perkara berlakunya pendedahan transaksi :-

i. Beli dan jual secara kredit.

pendedahan transaksi ini berlaku apabila mempunyai aktiviti beli dan jual

secara kredit yang melibatkan import dan eksport.

Ia juga berlaku apabila kadar pertukaran asing mempunyai hubungan

diantara sebuah negara dengan negara yang lain.

ii. Beri hutang dan pinjam dalam matawang asing.

iii. Apabila menjalankan aktiviti menggunakan forward rate.

Dimana ia beli pada hari ini tapi terima produk/perkhidmatan kemudian.

iv. Berhutang dalam jangkamasa panjang.

Melalui keempat-empat transaksi ini, transaksi import dan eksport (jual dan beli)

merupakan transaksi yang paling utama yang digunakan.

Disamping itu juga, terdapat tiga kaedah untuk melindung nilai dalam pengurusan

pendedahan transaksi :-

14

Page 15: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

i. Lindung nilai dalam pasaran forward.

ii. Lindung nilai dalam pasaran money market.

iii. Lindung nilai dalam pasaran option.

Dan akhir sekali tidak melakukan lindung nilai.

Melalui ketiga-tiga kaedah ini, kita harus memilih kaedah yang mana yang akan

memberi keuntungan kepada firma. Biasanya pulangan keuntungan yang tinggi akan

dipilih oleh firma.

Berdasarkan penyata kewangan Pharmaniaga Berhad yang berakhir pada 31

Disember 2006, menunjukkan kewujudan pendedahan transaksi kerana mempunyai

aktiviti import, eksport, jual, dan beli diantara Pharmaniaga Berhad dengan negara luar.

Negara luar yang terlibat adalah Indonesia, China, Singapura, Myanmar dan lain-lain

negara yang telah disenaraikan di pengenalan laporan ini. Matawang yang digunakan

pada dalam pertukaran ini melibatkan US Dollar, Euro, Singapore Dollar, Indonesia

Rupiah, Sterling Pound, Australia Dollar, dan Chinese Renminbi. Dengan ini, ia akan

mewujudkan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar dalam urusniaga kadar

pertukaran asing di antara Pharmaniaga Berhad dengan firma luar negara yang lain.

Contoh :-

Paharmaniaga jual produk/perkhidmatan dalam amaun kepada Singapura

sebanyak S$1,000,000. Pembayaran dalam tempoh masa 60 hari. Kadar

pertukaran asing semasa ialah RM2.30/S$. Maka Pharmania akan menerima :-

S$1,000,000 x RM2.30 = RM 2,300,000

Apabila pembayaran telah diterima maka akan berlaku pendedahan

transaksi.

15

Page 16: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Selain daripada itu juga, Pharmaniaga Berhad juga membuat pinjaman. Ia melibatkan

pinjaman dalan jangkamasa pendek dan pinjaman dalam jangkamasa panjang bagi

menampung aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Pharmaniaga Berhad. Jumlah

pinjaman yang dilakukan biasanya akan bersesuaian dengan jumlah modal yang ingin

dilaburkan. Dimana ini penting untuk mengelak dari risiko yang tidak diingini.

Pharmaniaga Berhad juga menggunakan kadar pertukaran hadapan dalam aktiviti

perniagaannya. Dimana ia bertujuan untuk lindung nilai di dalam pendedahan transaksi.

Diantara matawang yang terlibat adalah US Dollar ($), Euro (€), Singapore Dollar (S€),

Indonesia Rupiah (Rp), Sterling Pound (£), Australia Dollar (A$), dan Chinese Renminbi

(Y). Dimana kadar pertukarannya pada tahun 2006 ialah RM3.53/$, RM4.65/€,

RM2.30/S$, RM0.04/Rp, RM 6.93/£, RM2.79/A$, dan RM0.45/Y.

Contoh 1 :-

Misalnya Pharmaniaga Berhad mahu mengimbangi obligasi kemasukkan untuk

membeli Rp1,000,000 untuk membayar aktiviti import import dari Indonesia

dalam tempoh 90 hari. Maka cara untuk mengimbangi pembelian itu adalah

dengan menggunakan kadar pertukaran hadapan yang telah dijanjikan. Dimana

pertukaran ini mesti relatif dengan US Dollar. Sekiranya nilai rupiah meningkat

atau menurun, dengan menggunakan kadar pertukaran hadapan ia dapat

mengimbangi kadar pertukaran tersebut kerana firma sudah bersiap sedia dengan

jumlah yang telah diperuntukkan. Ia juga menentukan keuntungan atau kerugian

dengan membuat pembandingan dengan kadar pertukaran lani.

16

Page 17: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Contoh 2 :-

MALAYSIA INDONESIA

Maka :-

Rugi sebanyak RM500 akibat dari kadar pertukaran lani pada pasaran hadapan ialah

RM0.05/Rp.

17

Hari ini

Menjual Rp 50,000

RM0.04/Rp

Kadar Pertukaran Hadapan

Penerimaan

Rp 50,000 * RM0.04

= RM 2000

Page 18: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

PENDEDAHAN OPERASI

Pendedahan Operasi disebut juga pendedahan ekonomi, pendedahan persaingan,

dan kadang-kadang disebut sebagai pendedahan strategik. Ia mengukur sebarang

perubahan nilai kini firma yang didapati daripada perubahan di dalam aliran tunai operasi

masa hadapan yang disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka di dalam kadar

pertukaran.

Pendedahan Operasi menganalisis penilaian kesan kepada perubahan kadar

pertukaran terhadap operasi firma pada bulan dan tahun yang akan datang dan pada

keadaan persaingan ‘vis-à-vis’ firma lain. Matlamatnya adalah untuk mengenalpasti

gerakan strategik atau teknik operasi yang akan digunakan oleh firma bagi meningkatkan

nilai firma dalam menghadapi perubahan kadar pertukaran tidak dijangka.

Pendedahan Operasi dan Pendedahan Transaksi berhubung antara satu sama lain

kerana masing-masing berkaitan dengan aliran tunai masa hadapan. Kedua-duanya

berbeza dari segi terma di mana aliran tunai ditimbang oleh pihak pengurusan dan kenapa

aliran tunai berubah apabila kadar pertukaran berubah.

Mengukur Pendedahan Operasi firma memerlukan ramalan dan analisis semua

Pendedahan Transaksi individu masa hadapan firma bersama-sama dengan pendedahan

masa hadapan semua pesaing firma dan keseluruhan pesaing berpotensi.

Terdapat beberapa andaian untuk mengukur kesan pendedahan operasi terhadap

Pharmaniaga Berhad seperti kadar pertukaran matawang - turun nilai (devaluation) atau

naik nilai (appreciation), jumlah jualan, harga jualan, dan kemungkinan-kemungkinan

lain. Kami menggunakan andaian kadar pertukaran matawang untuk mengukur kesan

18

Page 19: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

Pendedahan Operasi terhadap Pharmaniaga Berhad. Kadar pertukaran yang digunakan

ialah RM 0.04/Rupee.

KES ASAS : ANAK SYARIKAT PHARMANIAGA BERHAD DI INDONESIA

Kami andaikan pada 1 Januari 2008 sebelum aktiviti perdagangan bermula, Rupee telah

turun nilai (depreciation) daripada RM 0.04/Rupee kepada RM 0.02/Rupee.

KES 1 : TIADA PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN MATAWANG

Diandaikan tidak berlaku turun nilai (depreciation) dan Pharmaniaga Berhad dijangka

mampu memperoleh keuntungan seperti yang terdapat dalam aliran tunai operasi 2006

iaitu sebanyak Rupee 312,025,000 (RM 12,481,000 ÷ RM 0.04/Rupee)

KES 2 : BERLAKU TURUN NILAI (DEPRECIATION) DALAM MATAWANG

Diandaikan dalam tiga tahun ini, tidak berlaku perubahan dalam jumlah jualan, harga

jualan, dan kos operasi. Untung pada tahun akan datang adalah seperti yang dijangka dan

aliran tunai operasi adalah RM 12,481,000 seperti yang ditunjukkan dalam laporan

kewangan Pharmaniaga Berhad. Dengan perubahan yang berlaku dalam matawang, RM

0.04/Rupee menjadi RM 0.02/Rupee dan ukuran dalam Rupiah pada tahun 2006 akan

berubah menjadi Rupee 624,050,000 (RM 12,481,000 ÷ RM 0.02/Rupee). Perubahan

dalam aliran tunai akhir tahun syarikat daripada kes 1 ialah Rupee 624,050,000 – Rupee

312,025,000 = Rupee 312,025,000.

19

Page 20: PHARMANIAGA BERHAD

Pharmaniaga Berhad

RUJUKAN

1. www.pharmaniaga.com/ph/main.cfm 20 September 2007 , 4.00pm

2. www.pharmaniaga.com/ph/businessover.view.cfm 20 September 2007 , 4.00 pm

3. www.pharmaniaga.com/ph.boardofdirectors.cfm 20 September 2007 , 4.15 pm

4. www.pharmaniaga.com/ph/coporatestructure.cfm 20 September 2007 4.20 pm

5. www.pharmaniaga.com/ph/pdf/overseas%20Activities.pdf 16 September 2007 ,

1.30 pm

6. www.pharmaniga.com/ph/pdf/operatingresloz.pdf 16 September 2007 1.30 pm

7. www.pharmaniaga.com/ph/pdf/statecorpgov03.pdf 16 September 2007 1.45 pm

8. Buku Multinasional Business Finance – David K.Eiteman,Arthur I. Stonehill,

Michael H. Moffett Eleven Edition. M/S 335-357

9. Annual Report 2006 Pharmaniaga Berhad

20