februari 2012 amanat ketua pengarah ... fileperikanan malaysia mengadakan lawatan ke syarikat flora...

7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya kita dapat menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan kepada kita dengan selesa. Pembaca yang dihormati sekalian, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Parit Buntar, Perak baru-baru ini telah memberi penekanan kepada produktiviti dalam usaha memperkasakan bidang pertanian negara. Sebenarnya inilah cabaran yang harus kita hadapi sebagai warga Jabatan Perikanan. Jadi, sempena tahun baharu 2012 ini, marilah kita sama-sama menyahut cabaran ini dengan bekerja keras melalui gerak kerja yang berteraskan perancangan dan pelaksanaan secara holistik. Bagi memastikan cabaran itu dapat direalisasikan, kita perlu meningkatkan penyelidikan dan inovasi. Walaupun kita mempunyai tanah dan perairan yang luas sekalipun, namun pengeluaran tidak dapat ditingkatkan secara optimum jika tidak ada teknologi dan inovasi. Dalam hal ini, kita telah mewujudkan Standard of Prosedur (SOP) untuk Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Sijil Amalan Akuakultur Baik (SAAB). Justeru ia boleh dijadikan garis panduan untuk menjalankan penternakan ikan secara komersial yang mampu meningkatkan pengeluaran dan pendapatan kepada pengusaha. Maka semua warga Jabatan Perikanan dari peringkat atasan hingga ke akar umbi perlu maklum akan dasar-dasar Jabatan supaya sentiasa selari dengan kehendak pucuk pimpinan negara dalam usaha meningkatkan produktiviti. Oleh itu saya berharap supaya kita dapat meneruskan program pemulihan kolam dan sangkar terbiar di kawasan masing-masing. Kita perlu terus menyediakan input-input untuk penternak supaya mereka dapat memulihkan sangkar dan kolam terbiar untuk mengusahakan penternakan ikan. Maka semua Pengarah Perikanan Negeri (PPN) dan Ketua Daerah Perikanan (KDP) perlu mengambil perhatian bagi meningkatkan bidang akuakultur, sekali gus mambantu untuk meningkatkan hasil pengeluaran ikan negara. Di samping meningkatkan pengeluaran ikan, sistem pemasaran juga perlu diberi perhatian. Kita bukan sahaja mahu melihat peningkatan pengeluaran tetapi juga dari segi harga seperti yang disarankan kerajaan. Di pasaran kini, harga ikan tilapia telah mencecah antara RM10 – RM12 sekilogram. Jadi tugas kita adalah untuk meningkatkan pengeluaran dengan harga yang mampu dibeli oleh rakyat. Nelayan pula hanya mendaratkan ikan-ikan di jeti, manakala pemborong akan membeli dan menjualnya semula kepada pengguna di mana ikan yang bernilai tinggi akan dieksport dan ikan yang kurang berkualiti untuk pasaran tempatan. Jadi, rakyat kita tidak dapat merasa ikan-ikan yang bagus dengan harga yang berpatutan. maka, kita perlu mengawal harga ikan supaya ia tidak terlalu tinggi untuk rakyat membelinya. Kita juga bertanggungjawab untuk mengurangkan aktiviti mengaut keuntungan yang berlebihan yang dimainkan oleh orang tengah. Harga ikan juga dipengaruhi oleh keadaan cuaca di mana akan lebih tinggi Februari 2012 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: trinhduong

Post on 08-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya kita

dapat menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan kepada kita

dengan selesa.

Pembaca yang dihormati sekalian,

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia dalam ucapan semasa merasmikan Hari

Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di

Parit Buntar, Perak baru-baru ini telah memberi penekanan

kepada produktiviti dalam usaha memperkasakan bidang

pertanian negara. Sebenarnya inilah cabaran yang harus kita

hadapi sebagai warga Jabatan Perikanan. Jadi, sempena

tahun baharu 2012 ini, marilah kita sama-sama menyahut

cabaran ini dengan bekerja keras melalui gerak kerja yang

berteraskan perancangan dan pelaksanaan secara holistik.

Bagi memastikan cabaran itu dapat direalisasikan, kita perlu

meningkatkan penyelidikan dan inovasi. Walaupun kita

mempunyai tanah dan perairan yang luas sekalipun, namun

pengeluaran tidak dapat ditingkatkan secara optimum jika tidak

ada teknologi dan inovasi. Dalam hal ini, kita telah mewujudkan

Standard of Prosedur (SOP) untuk Skim Pensijilan Ladang

Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Sijil Amalan Akuakultur Baik

(SAAB). Justeru ia boleh dijadikan garis panduan untuk

menjalankan penternakan ikan secara komersial yang mampu

meningkatkan pengeluaran dan pendapatan kepada

pengusaha.

Maka semua warga Jabatan Perikanan dari peringkat atasan

hingga ke akar umbi perlu maklum akan dasar-dasar Jabatan

supaya sentiasa selari dengan kehendak pucuk pimpinan

negara dalam usaha meningkatkan produktiviti. Oleh itu saya

berharap supaya kita dapat meneruskan program pemulihan

kolam dan sangkar terbiar di kawasan masing-masing. Kita

perlu terus menyediakan input-input untuk penternak supaya

mereka dapat memulihkan sangkar dan kolam terbiar untuk

mengusahakan penternakan ikan. Maka semua Pengarah

Perikanan Negeri (PPN) dan Ketua Daerah Perikanan (KDP)

perlu mengambil perhatian bagi meningkatkan bidang

akuakultur, sekali gus mambantu untuk meningkatkan hasil

pengeluaran ikan negara.

Di samping meningkatkan pengeluaran ikan, sistem

pemasaran juga perlu diberi perhatian. Kita bukan sahaja mahu

melihat peningkatan pengeluaran tetapi juga dari segi harga

seperti yang disarankan kerajaan. Di pasaran kini, harga ikan

tilapia telah mencecah antara RM10 – RM12 sekilogram. Jadi

tugas kita adalah untuk meningkatkan pengeluaran dengan

harga yang mampu dibeli oleh rakyat. Nelayan pula hanya

mendaratkan ikan-ikan di jeti, manakala pemborong akan

membeli dan menjualnya semula kepada pengguna di mana

ikan yang bernilai tinggi akan dieksport dan ikan yang kurang

berkualiti untuk pasaran tempatan. Jadi, rakyat kita tidak dapat

merasa ikan-ikan yang bagus dengan harga yang berpatutan.

maka, kita perlu mengawal harga ikan supaya ia tidak terlalu

tinggi untuk rakyat membelinya. Kita juga bertanggungjawab

untuk mengurangkan aktiviti mengaut keuntungan yang

berlebihan yang dimainkan oleh orang tengah. Harga ikan juga

dipengaruhi oleh keadaan cuaca di mana akan lebih tinggi

Februari 2012http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

6 Januari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia menyampaikan Sijil Kelulusan Lesen Sampan kepada Encik Chia KangChye sempena Majlis MOA Bersama Rakyat di Bukit Changgang, Banting,Selangor.

9 Januari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia bersama YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua PengarahPerikanan Malaysia mengadakan lawatan ke Syarikat Flora Kancil Sdn. Bhd. diKawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Perak.

2

14 Januari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia menyampaikan anugerah Usahawan Ikan Air Tawar Jaya kepadaEncik Tan Teck Whatt sempena Hari Peladang, Penternak dan NelayanPeringkat Kebangsaan 2011 di Parit Buntar, Perak.

20 Januari 2012YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysiaberucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Ketua PengarahPerikanan Bersama Warga Perikanan Sempena Tahun Baharu 2012 di IbuPejabat Perikanan, Putrajaya.

21 Januari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia menyampaikan bot gentian kaca kepada penerima sempena MajlisPelancaran Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di TanjungLumpur, Kuantan, Pahang.

22 Januari 2012YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysiamengadakan lawatan rasmi ke Syarikat SQB Agrotech Sdn. Bhd. yangmengeluar dan membekalkan benih tilapia monosex di Gambang, Kuantan,Pahang.

(bersambung ke muka surat 3)

3

semasa musim tengkujuh. Dengan itu pihak kerajaan telah

menubuhkan Kedai Ikan Satu Malaysia di mana ikan dibeli terus

daripada nelayan untuk dijual kepada rakyat.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita masih mempunyai ruang dalam sektor perikanan tangkapan

dan penyusunan semula sedang dijalankan dengan mengehadkan

pemilikan lesen sampan disebabkan sumber yang ada di perairan

pantai tidak lagi ekonomik. Kita tidak mahu nelayan yang ingin

memohon lesen sampan, semata-mata untuk memperoleh elaun

insentif RM200 sebulan. Pasukan Audit juga telah mengaudit

lesen-lesen perikanan laut dalam. Melalui laporan, terdapat vesel-

vesel yang tidak produktif mendaratkan ikan di jeti-jeti dalam

negara. Maka pihak Jabatan terpaksa membatalkan lesen mereka

dan sebahagian lagi telah ditahan pemberian subsidi minyak

diesel. Manakala bagi pengusaha yang produktif, mereka

digalakkan terus menyumbang dan meneruskan operasi.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita juga perlu menghadapi cabaran untuk memastikan sumber

perikanan terus mampan (sustainable) dan jaminan keselamatan

makanan (food security) dalam industri perikanan negara terus

diberi perhatian. Untuk tujuan ini kita mempunyai pelbagai

bahagian yang bertanggungjawab seperti Bahagian Pelesenan

dan Pengurusan Sumber, Bahagian Perlindungan Sumber dan

Bahagian Biosekuriti Perikanan. Kerajaan telah dapat

menjimatkan berjuta-juta ringgit melalui penggunaan VesselTracking Monitoring System (VTMS) kerana dapat mengelak

sumber perikanan diseludup keluar. Kita juga telah mengadakan

program pelepasan benih ikan di perairan umum bagi memastikan

stok ikan di sungai dan tasik sentiasa mampan.

Di samping itu, kita juga perlu memperbanyakkan promosi dan

kempen melalui media massa untuk memberi penerangan

mengenai peranan yang dijalankan oleh Jabatan. Oleh itu,

Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan (PMP) perlu

meningkatkan program publisiti dan kesedaran masyarakat

supaya Jabatan Perikanan dapat dilihat menjalankan peranannya

dalam aktiviti seperti penarikan pelabur, dasar jaminan

keselamatan makanan, pengeksportan produk, pemuliharaan

sumber serta untuk menghebahkan hasil-hasil penyelidikan dan

inovasi. Jadi dalam konteks ini saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Bahagian PMP kerana gerai Jabatan Perikanan dipilih

sebagai pemenang kategori Gerai Pameran Terbaik semasa

sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat

Kebangsaan 2011 pada Januari lalu.

Berkaitan dengan hebahan ini juga, Jabatan telah melancarkan

Facebook (FB) Jabatan baru-baru ini. FB adalah satu trend baharu

di mana ia merupakan rangkaian atau front page yang

membolehkan Ketua Pengarah berinteraksi dengan kumpulan sasar

dan orang ramai termasuk untuk menarik generasi muda untuk

mendekati bidang perikanan. Melaluinya, input dan pandangan

boleh diperoleh daripada kumpulan sasar dan orang ramai dalam

usaha untuk mempromosikan Jabatan melalui perhubungan maya.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Jabatan telah menghasilkan Perancangan Strategik yang akan

menentukan Petunjuk Prestasi Utama atau Key PerformanceIndicator (KPI) untuk semua Bahagian termasuk di peringkat

Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah. Pada tahun 2012 ini,

Jabatan dan Agensi kerajaan akan dinilai dari segi pencapaian KPImasing-masing. Oleh itu, Jabatan Perikanan perlu memastikan

bahawa setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi

menetapkan KPI masing-masing kerana penilaian dibuat ke atas

kakitangan yang melaksana tugas tersebut.

Semua warga Jabatan perlu memandang serius perkara ini kerana

melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mereka

akan dinilai dan diberi ganjaran berdasarkan prestasi. Oleh itu

semua warga Jabatan perlu membuat perubahan positif bagi

mengelakkan mereka dikeluarkan melalui Exit Policy. Sekiranya

tidak ada perubahan positif, bukan sahaja kakitangan yang

bankrap, Jabatan juga boleh jadi fade-out.

Dalam KPI terdapat beberapa komponen utama yang menjadi

pengukur iaitu kewangan, kepuasan pelanggan termasuk juga

stakeholder expectation yang menuntut kepada perkhidmatan

awam yang efisien. Oleh itu, kita sebagai warga Jabatan

memerlukan penambahbaikan dalam proses dalaman dalam

aspek pengurusan prestasi, kepimpinan, komunikasi dan proses

pembelajaran. Contohnya, untuk menentukan KPI pengurusan

kewangan, penunjuknya ialah perbelanjaan yang berhemat,

teratur dan tidak ada projek yang terbengkalai melalui proses

internal improvement iaitu kepimpinan, motivasi dan latihan. Jika

aspek ini dipatuhi, ia akan memberi kepuasan dan manfaat

kepada pelanggan.

Dalam hal ini, saya berharap supaya kita dapat merekodkan

penetapan dan pencapaian tahunan kita bukan sahaja di dalam

Sasaran Kerja Tahunan (SKT), malah juga dalam bentuk KPI.Maka dari situ, kita akan jadikan semua KPI sebagai KPI Jabatan.

Seorang pegawai khas telah dilantik untuk menjaga KPI ini supaya

laporannya dapat dikemukakan kepada pihak atasan sekiranya

diminta.

Begitulah harapan saya kepada semua warga Jabatan dan

semoga kita sama-sama dapat membuat perancangan kerja pada

awal tahun ini bagi menetapkan SKT dan KPI masing-masing.

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

4

i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2011

Tajuk : Dasar dan Prosedur Pelepasan Jawatan danPeletakan Jawatan

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan dasar dan prosedur mengenaipelepasan jawatan dan peletakan jawatan selarasdengan hasrat kerajaan untuk memberi ruang mobilitikepada Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dibawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tarikh : 16 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2011

Tajuk : Dasar Baharu Perlantikan Secara Peminjaman,Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan keputusan kerajaan mengenai dasarbaharu yang meliputi syarat peminjaman dan kaedahpenetapan gaji permulaan pelantikan secarapeminjaman, pertukaran sementara dan pertukarantetap.

Tarikh : 30 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011

Tajuk : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) DalamPerkhidmatan Awam

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan keputusan kerajaan untukmemperkukuhkan pelaksanaan Dasar Pemisah (exitpolicy) dalam Perkhidmatan Awam selaras denganpelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).

Tarikh : 30 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011

Tajuk : Sistem Penilaian Prestasi Pegawai PerkhidmatanAwam Di Bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemperkenalkan sistem penilaian prestasi pagawaiperkhidmatan awam kumpulan pengurusan tertinggi,kumpulan pengurusan dan profesional sertakumpulan pelaksana bagi menggantikan sistempenilaian prestasi sedia ada selaras denganpelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).

Tarikh : 30 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2011

Tajuk : Kemajuan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan AwamPersekutuan Di Bawah Saraan Baru PerkhidmatanAwam

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmenjelaskan mengenai kemajuan kerjaya PegawaiPerkhidmatan Awam Persekutuan yang dilaksanakandi bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tarikh : 30 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran JPA

Tajuk : Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat PegawaiKumpulan Pelaksana Perkhidmatan GunasamaPersekutuan Yang Telah Memangku

Tujuan : Dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, JPAsedang dalam proses mengumpul maklumat bagiurusan pertimbangan kenaikan pangkat pegawaikumpulan pelaksana perkhidmatan gunasamapersekutuan yang telah memangku selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu sebelum 1 Julai 2011.

Tarikh : 10 Januari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran JPA

Tajuk : Urusan Penyimpanan Data/Borang Laporan PenilaianPrestasi Tahunan (LNPT) Bagi PegawaiPerkhidmatan Gunasama

Tujuan : Seperti sedia maklum, pengisian LNPT secara atastalian boleh dibuat melalui sistem HRMIS. SuratPekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 dibawah perkara 36 (Urusan penyimpanan data/borangLNPT) menjelaskan bahawa lagi LNPT yang dibuatsecara manual, urus setia Panel PembangunanSumber Manusia (PPSM) hendaklah merekodkanmaklumat LNPT ini dalam sistem HRMIS sebagaidata sejarah LNPT.

Tarikh : 30 Januari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

DARI PERBENDAHARAAN(Kementerian Kewangan Malaysia)

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2012

Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2012

Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa sejumlahRM232,832,900,000 telah diluluskan bagi anggaranperbelanjaan 2012 iaitu RM181,584,000,000 untukperbelanjaan Mengurus dan RM51,248,900,000untuk perbelanjaan Pembangunan.

Tarikh : 4 Januari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012

Tajuk : Bajet Berasaskan Outcome

Tujuan : Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memperkenal dan memberikan panduan mengenai dasar danpelaksanaan Bajet Berasaskan Outcome (OutcomeBased Budgeting – OBB) di sektor awam sertamenerangkan proses strategik OBB meliputiperancangan berasaskan outcome, penyediaan bajet pemantauan dan penilaian, dan pelaporankeberhasilan.

Tarikh : 3 Januari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012

Tajuk : Garis Panduan Bagi Penyediaan CadanganAnggaran Perbelanjaan Tahun 2013

Tujuan : Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi panduanbagi menyediakan cadangan anggaran perbelanjaanMengurus dan Pembangunan bagi tahun 2013.Pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali denganPekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012mengenai bajet berasaskan outcome.

Tarikh : 17 Januari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2011

Tajuk : Garis Panduan Pelaksanaan Program ProjekPenyelenggaraan Infrastruktur Awam Dan ProjekInfrastruktur Asas

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuanuntuk memperkemaskan garis panduan pelaksanaanProgram Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam(PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) yangdibiayai melalui peruntukan khas KementerianKewangan dan dilaksanakan oleh Unit PenyelarasanPelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tarikh : 19 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

v) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Penyambungan Perlantikan Contract For ServiceBagi Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat Di BawahPakej Rangsangan Ekonomi Kedua

Tujuan : Untuk makluman, kerajaan telah memutuskan supaya perkhidmatan kakitangan sambilan ProjekCari dan pegawai Skim Perkhidmatan Singkat dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yangsedang berkhidmat dan akan tamat pada penghujungtahun 2011 dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2012.

Tarikh : 23 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

vi) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Pemansuhan Kontrak Sistem Panel Bagi ItemCenderamata Kepada Semua Agensi Kerajaan DiSemenanjung Malaysia

Tujuan : Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telahmemutuskan supaya item cenderamata dikeluarkandari Kontrak Sistem Panel berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Mulai tarikh tersebut, perolehan bagiitem ini hendaklah dilaksanakan oleh semua agensikerajaan mengikut tatacara perolehan semasa yangberkuat kuasa.

Tarikh : 23 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

vii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Borang Kontrak Perjanjian JKR Siri PWD 203 danPWD DB (REV.1/2010)

Tujuan : Dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telahmenyemak dan menggubal semula borang-borangkontrak perjanjian JKR siri PWD 203 dan PWD DBbagi memastikan klausa kontrak yang disediakanakan melindungi dan memelihara kepentingankerajaan. Sehubungan itu, agensi adalahdinasihatkan untuk merujuk kepada borang kontrakperjanjian JKR siri PWD 203 (Rev. 1/2010) dan PWDDB (Rev. 1/2010) bagi kontrak kerja.

Tarikh : 8 Februari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

viii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Perkhidmatan Penyelenggaran dan PembaikanKenderaan (Di Bawah 3 Tan) Bagi Semua AgensiKerajaan Di Zon Tengah (Selangor dan WilayahPersekutuan) dan Zon Selatan (Negeri Sembilan,Melaka dan Johor) Semenanjung Malaysia

Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa KementerianKewangan telah memutuskan untuk memperluaskanperolehan perkhidmatan penyelenggaraan danpembaikan kenderaan (di bawah 3 tan) di kalanganbengkel Bumiputera dan bukan Bumiputera mulai 1 Februari 2012.

Tarikh : 12 Februari 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

5

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Adalah sukar untuk mempercayai cerita ikan jerung paus atau yupaus (Rhincodon typus) sepanjang 40 kaki berjaya ditangkap.Tetapi itulah hakikatnya, apabila sekumpulan nelayan di Pakistantelah berjaya menangkap ikan yu paus gergasi dari Laut Arab.Ikan yu paus berkenaan sebenarnya telah ditemui mati setelahdihanyutkan arus dan terdampar di Pelabuhan Perikanan Karachipada 7 Februari 2012.

Menurut penduduk tempatan, ikan yu itu dilihat terapung dalamkeadaan tidak sedar di laut sejak sepuluh hari lepas, kira-kira 90batu dari pesisiran pantai. Dua buah kren digunakan untukmenarik bangkai seberat lapan tan itu, namun gagal. Merekaakhirnya menggunakan sebuah lagi kren untuk menyelesaikankerja tersebut. Ia telah dijual dengan harga $18,758.

Dalam rekod, ikan yu terbesar adalah sepanjang 41 kaki, namunia dipercayai boleh membesar lagi. Ikan jerung itu dijumpai diperairan tropika dan hidup selama kira-kira 70 tahun.Kebiasaannya, spesies ikan ini memakan plankton, tumbuhan-tumbuhan yang amat halus dan ikan kecil. Saiz mulutnya pulaboleh mencapai sehingga lima kaki lebar dan mempunyai 300hingga 350 baris gigi kecil.

Yu Paus Bersaiz 40 KakiBerjaya Ditangkap

Yu paus yang terdampar di Pelabuhan Karachi pada 7 Februari 2012.

Tiga buah krendiperlukan untukmengangkatikan yu pausseberat lapantan metrik dansepanjang 40kaki.

Ikan yu paus merupakan haiwanmarin yang terbesar dan gigi

kecilnya boleh mencapai antara300 hingga 350 baris.

10 Februari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Malaysia merasmikan Majlis MOA Bersama Rakyat di BandarKinrara, Puchong, Selangor.

13 Februari 2012Jabatan Perikanan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul danMajlis Perhimpunan Bulanan Bil.2/2012 yang turut diisi denganceramah agama yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hariri binHj. Mohamad Daud dari JAKIM di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

17 Februari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Malaysia menyampaikan geran Program Bantuan PeralatanPertanian sempena Majlis Perasmian MOA Bersama Rakyat di SabakBernam, Selangor.

18 Februari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) diGopeng, Perak yang berfungsi sebagai pusat integrasi logistik,pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian luar bandar.

(sambungan dari muka surat 2)

6

PETUA KESIHATAN

Saban hari kita

diingatkan mengenai

bahaya kolesterol, yang

merupakan punca penyakit

jantung. Statistik menunjukkan

bahawa penyakit jantung

adalah pembunuh nombor satu

di Malaysia. Bilangan kematian

akibat penyakit jantung di

hospital kerajaan pada tahun

2005 adalah 5,247 orang.

Seperti saya, anda juga tentu

percaya bahawa kolesterollah

punca penyakit jantung.

Terdapat dua jenis kolesterol

iaitu kolesterol HDL (baik) dan

kolesterol LDL (tidak baik). Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL

akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan

pembuluh darah. Manakala kolesterol HDL akan datang untuk

membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga

diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol LDL

berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat

penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukanlah tidak

baik. Ini adalah kerana kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah

baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel,

bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita

tidak mendapat kolesterol LDL yang mencukupi dari makanan,

badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi

masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk

(mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik.

Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah

tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk

menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan

kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu

digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar

penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Hasil kajian yang

diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran

23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang

mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang

normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan

pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk

menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan

bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan

radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar

dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-

satunya penyebab masalah

radang pembuluh darah.

Penyebab utama radang

pembuluh darah adalah sesuatu

yang dipanggil homosistein dan

radikal bebas. Masalah hanya

akan timbul apabila kolesterol

LDL dioksida oleh radikal bebas.

Tanpa radikal bebas, kolesterol

LDL tidak akan bertukar menjadi

tidak baik. Pernahkah anda

mendengar tentang homosistein?

Homosistein adalah bahan yang

terhasil ketika tubuh kita

menghadam makanan, sama

seperti radikal bebas. Masalah

akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah

berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan

jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras

homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari HarvardPublic Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan

dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko

mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Manakala

dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995

pula, Dr. Jacob Selhub, melaporkan bahawa paras homosisteindalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan

dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan

menyebabkan strok). Selain dari itu kajian Dr. Selhub juga

menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosisteinyang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan

vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dahulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok

adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke-21 telah

membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya di mana

ia menyebabkan arteri darah menjadi sempit dan menghalang

darah mengalir ke bahagian otak. Ini menyebabkan otak tidak

mendapat oksigen yang mencukupi dan strok akan terjadi. Namun

begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat

diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin

B12 dan vitamin B6 yang cukup. Ini kerana elemen-elemen ini

dipercayai dapat membantu menghalang homosistein daripada

terhasil secara berlebihan apabila bertindak balas dengan

kolesterol LDL. Oleh itu pemilihan makanan yang sihat dan kaya

dengan elemen-elemen ini adalah penting untuk menghalang

penyakit jantung dan strok. Ini menunjukkan punca pembunuh

nombor satu Malaysia bukalnlah semata-mata kerana kolesterol.

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Keratan jantung manusia yang membantu mengepam danmengalirkan darah ke seluruh badan manusia.

7