fce3800_1328150971. reka bentuk kurikulum (1) (1)

Upload: nanie-persona-alonso

Post on 03-Jun-2018

372 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    1/21

    3. Reka Bentuk Kurikulum

    Konsep Reka Bentuk KurikulumReka bentuk kurikulum menumpukan kepada usahadengan mana sesuatu kurikulum itu dibina ataudireka cipta, terutama dalam menyusun atur

    bahagian-bahagian yang terdapat dalamperancangan kurikulum.Istilah reka bentuk kurikulum yang kadang kaladipanggil juga sebagai organisasi kurikulum merujuk kepada penyusunan komponen-komponen

    dalam sesebuah kurikulum agar menjadi satu entitiyang tersendiri dalam menyelesaikan satu perkaraatau isu yang penting. Jenis reka bentuk yangdipilih oleh seseorang guru bergantung kepadapendekatan kurikulum dan pegangan falsafahnya.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    2/21

    Komponen-komponen yang akan disusun

    aturkan ketika reka bentuk kurikulum ini ialah;

    (1) matlamat, tujuan dan objektif; (2) isi

    kandungan; (3) pengalaman pembelajaran; (4)

    pendekatan penilaian.

    Tabii setiap komponen ini dan bagaimana setiap

    komponen itu disusunkan atau diorganisasikan

    dalam perancangan kurikulum merupakan

    perkara yang dimaksudkan dengan istilah rekabentuk kurikulum.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    3/21

    Dengan kata lain reka bentuk kurikulum menekankan

    tentang tabii dan penyusunan keempat-empat komponen

    kurikulum tadi.

    Kebanyakkan perancangan kurikulum mempunyai

    kesemua empat komponen ini dalam reka bentuk mereka,

    namun penekanannya adalah tidak sama.

    Biasanya, isi kandungan mendapat penekanan yang

    utama. Walau bagaimanapun sekolah ada kalanya mereka

    bentuk kurikulum yang menekankan pendekatan objektif

    dan penilaian. Sesetengah reka bentuk menekankan pula

    pengalaman pembelajaran atau aktiviti pelajar.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    4/21

    Komponen-KomponenKurikulum

    Ketika seseorang pendidik berusaha merekabentuk kurikulum atau program yangdihajatkannya, beliau perlu bertanyakan akan

    persoalan-persoalan berikut;

    1.Apakah matlamat, tujuan dan objektif yangingin dicapai dalam kurikulum atau programini

    2.Apakah isi kandungan yang seharusnyadisampaikan kepada pelajar

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    5/21

    3. Apakah pengalaman pembelajaran yang sesuaidigunakan atau aktiviti pelajar yang harusdilaksanakan

    4. Apakah kaedah penilaian yang sesuai digunakan.

    Ini bermakna pendidik perlu memperincikan setiapkomponen tadi. Keputusan yang dilakukan dalamsatu komponen biasanya akan mempengaruhikeputusan untuk komponen yang lain. Lazimnya

    ketika melakukan proses perincian ini, seseorangpendidik itu akan dipengaruhi oleh falsafah danpendekatan kurikulum yang diyakininya.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    6/21

    Model-Model Reka BentukKurikulum

    Agar anda dapat mereka bentuk kurikulum yangsesuai dengan masalah yang ingin anda selesaikan,anda perlu kepada ilmu tentang model-model reka

    bentuk yang biasanya digunakan dalam duniapendidikan.

    Menurut Ornstein & Hunkins (1988: 171) terdapatbanyak reka bentuk kurikulum yang didasarkankepada tiga bentuk yang asas. Tiga bentuk tersebut

    adalah; (1) reka bentuk berpusatkan subjek; (2) rekabentuk berpusatkan pelajar dan (3) reka bentukberpusatkan masalah.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    7/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Subjek

    Reka bentuk berpusatkan subjek merupakanreka bentuk yang terkenal dan digunakan

    secara meluas. Ini kerana ilmu dan isikandungan diterima dengan baik sebagaibahagian yang penting dalam sesebuahkurikulum. Reka bentuk berpusatkan subjek

    merangkumi reka bentuk mata pelajaran,reka bentuk disiplin, reka bentuk broad fielddan reka bentuk korelasi.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    8/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Subjek1. Reka Bentuk Mata Pelajaran

    Reka bentuk mata pelajaran merupakan reka bentuk yang tertua disekolah dan yang paling diketahui oleh para guru dan kebanyakanorang. Ia diketahui umum kerana para guru dan kebanyakan orang

    lazimnya mendapat pendidikan dengan mengalami reka bentuk ini. Iajuga popular kerana selari dengan penulisan dan penulisan buku teksdi samping selari dengan latihan guru sebagai pakar mata pelajaran.

    Reka bentuk ini didasarkan kepada andaian bahawa insan itu unik danistimewa kerana intelektualnya. Manusia berupaya mencari dan

    memperoleh ilmu. Dalam reka bentuk ini, kurikulum direka bentukmenurut bagaimana ilmu pengetahuan telah dikembangkan menurutsesuatu subjek. Dengan letusan maklumat yang mengakibatkanpengkhususan dalam bidang-bidang ilmu, pembahagian matapelajaran bukan sahaja menjadi banyak malahan menjadi terlalukompleks.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    9/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Subjek2. Reka Bentuk Disiplin

    Reka bentuk disiplin bukan sahaja menekankan tentang isikandungan malah cara atau proses sesuatu disiplin itudikembangkan. Contohnya dalam sains, struktur ilmu dalambidang tersebut dan kaedah proses sains yang menjadi kaedah

    perkembangan ilmu itu juga penting dalam mereka bentukkurikulum jenis ini. Ini bermaksud pelajar bukan sahajaditekankan agar memperoleh ilmu dalam bidang sains malahmemperoleh cara bagaimana ahli sains memperoleh ilmu.

    Reka bentuk ini dibina dengan pertamanya mengenal pastistruktur ilmu untuk sesuatu subjek yang berdisiplin dankeduanya mengenal pasti kaedah atau proses yang terlibatdalam mengembangkan ilmu dalam bidang itu. Berdasarkanstruktur sesuatu disiplin itu, isi kandungan dalam sesebuah

    kurikulum boleh dipilih di samping cara mengorganisasikan isikandungan itu untuk proses pembelajaran.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    10/21

    3. Reka Bentuk Broad Field

    Reka bentuk ini cuba menyatukan dua atau tiga subjek yang

    berkaitan menjadi satu bidang kajian yang bersepadu.Reka bentuk ini terhasil daripada tuntutan masyarakat yangmeminta sekolah mengajarkan pelajar ilmu yang bersepadudan tidak terasing-asing seperti yang terdapat dalam rekabentuk mata pelajaran dan reka bentuk disiplin.

    Reka bentuk ini melenyapkan sempadan mata pelajaran dandisiplin dan dengan yang demikian akan menjadikan maklumatitu menjadi lebih bermakna bagi diri pelajar.

    Selain itu reka bentuk ini juga membolehkan pelajar melihat

    perkaitan antara pelbagai subjek yang terdapat dalamkurikulum. Ilmu dengan demikian dilihat oleh pelajar sebagaisatu yang bersepadu. Contohnya di menengah rendah, Biologi,Kimia dan Fizik disepadukan membentuk Sains Paduan. Dimenengah atas, Biologi, Kimia dan Fizik disepadukan menjadi

    Sains Teras.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    11/21

    4. Reka Bentuk Korelasi

    o Reka bentuk ini merupakan reka bentuk yang boleh

    digunakan sekiranya seseorang tidak mahu pergi jauhsehingga membentuk reka bentuk broad field.

    o Dalam reka bentuk ini seseorang itu boleh mengaitkansecara kadang kala maklumat daripada subjek yangberlainan dengan tujuan mengurangkan pemecahanantara subjek.

    o Sebagai contoh seorang pendidik sains perlu

    bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkantugasan yang menuntut pelajar mengaitkan maklumatsains dengan sejarah. Dengan yang demikian beliauboleh meminta pelajarnya melaksanakan tugasan

    berhubung Sejarah satu teori sains.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    12/21

    4. Reka Bentuk Korelasi

    o Biasanya apabila kursus-kursus diolah denganmenggunakan pendekatan penyelesaian masalah,

    perkaitan antara subjek akan berlaku tetapisempadan antara subjek masih dikekalkan.

    o Dalam reka bentuk ini pendidik daripada pelbagaisubjek yang ingin mengaitkan maklumat mereka

    antara satu sama lain harus bekerjasamamemikirkan dan merancangkan kursus atau tugasanyang memerlukan pelajar mengaitkan maklumatdaripada subjek-subjek itu.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    13/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

    Reka bentuk berpusatkan pelajar didasarkankepada andaian bahawa pelajar merupakan

    fokus atau pusat kepada sesuatu programpendidikan.

    Pandangan ini telah didasarkan kepadamazhab falsafah pendidikan progressivisme.

    Reka bentuk jenis ini terdiri daripada rekabentuk berpusatkan kanak-kanak, rekabentuk berpusatkan pengalaman dan rekabentuk humanistik.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    14/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

    1. Reka bentuk berpusatkan kanak-kanak

    Reka bentuk ini menekankan agar kurikulum direka bentuk menurutpendekatan semula jadi kanak-kanak ketika belajar.

    Reka bentuk ini didasarkan kepada andaian bahawa kanak-kanak akanberkembang jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi denganalam.

    Sebagai contoh dalam pengajaran geografi para pelajar seharusnyadibawa ke kajian lapangan dan meminta mereka melukis lanskap danpeta yang mudah. Ini dikatakan sebagai lebih produktif berbandingdengan hanya membaca buku.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    15/21

    Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

    2. Reka bentuk berpusatkan pengalaman

    Reka bentuk ini sangat mirip dengan reka bentuk berpusatkankanak-kanak kerana menekankan kanak-kanak sebagai asas

    untuk mengorganisasikan dunia sekolah mereka.Namun, ia berbeza daripada reka bentuk berpusatkan kanak-kanak kerana dalam pandangan mereka yang menyakini rekabentuk ini, minat dan keperluan kanak-kanak tidak bolehdijangka dan dengan yang demikian kurikulum tidak dapatdirancang lebih awal.

    Hanya apabila kanak-kanak itu sampai ke sekolah, aktiviti yangsesuai dirancangan secara spontan untuk hari itu. Reka bentukjenis ini dan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak sangatmenekankan minat kanak-kanak.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    16/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    Reka bentuk kurikulum berpusatkan masalah memfokuskankepada masalah dalam kehidupan sama ada pada tahap individuatau masyarakat amnya. Reka bentuk berpusatkan masalahdiorganisasikan untuk memperkukuhkan warisan budaya danjuga mengambil kira keperluan masyarakat dan komuniti yangtidak dapat dipenuhi.

    Walaupun reka bentuk ini meletakkan individu dalam konteksmasyarakat, namun ia berbeza daripada reka bentukberpusatkan individu dalam satu perkara utama. Reka bentukberpusatkan masalah dirancangkan sebelum kehadiran pelajar.Walau bagaimanapun, perancang reka bentuk berpusatkan

    masalah sedar keperluan menyesuaikan reka bentuk ini agarmengambil kira keperluan dan situasi pelajar.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    17/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    Bagaimana reka bentuk ini diorganisasikanbergantung sebahagian besarnya kepada sifat tabiimasalah yang ingin dikaji atau diselesaikan.

    Oleh kerana itu, isi kandungannya selalu merentassempadan banyak mata pelajaran. Reka bentuk ini

    juga perlu didasarkan kepada keperluan, urusandan keupayaan pelajar.

    Penekanan duaan kepada isi kandungan danperkembangan diri pelajar ini membezakan rekabentuk berpusatkan masalah ini daripada rekabentuk yang lain.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    18/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    Oleh kerana reka bentuk berpusatkan masalah inimengambil penekanannya daripada masalahmasyarakat, keperluan, minat dan keupayaan

    pelajar, terdapat kepelbagaian dalam reka bentuk ini.Sesetengahnya memfokuskan kepada situasikehidupan yang berterusan, yang lain menumpukankepada masalah sosial yang semasa, sesetengahnyapula mengambil kira tentang bidang-bidang

    kehidupan dan ada pula berurusan denganpembangunan semula masyarakat.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    19/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    1. Reka bentuk situasi-kehidupan

    Reka bentuk ini mengandaikan bahawa pembelajaran disekolah akan menjadi lebih bermakna jika pembelajaran itu

    dapat digunakan secara terus dalam kehidupan sebenarpelajar.

    Sekolah dengan yang demikian seharusnya mengajarkanmasalah-masalah seperti masalah dalam kehidupan sebenar.

    Pendidik yang menggunakan reka bentuk ini akan membantupelajar meluaskan pandangan dan mendalamkangeneralisasinya tentang masalah-masalah berkait dengankehidupan di dunia yang sebenar iaitu dunia di luar daripadadunia sekolah.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    20/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    Sebagai contoh situasi kehidupan yang sentiasa perludiberikan perhatian ialah;situasi yang menuntut perkembangan potensiindividu dari segi kesihatan, intelektual,tanggungjawab dan penzahiran dirinya; situasi yangmenuntut perkembangan kerjasama masyarakatdalam aspek hubungan sesama insan, hubungandalam kumpulan dan hubungan antara kumpulan;dan akhirnya situasi yang menuntut kepada

    keupayaan mengambil kira faktor-faktor dan kuasaalam semula jadi. Di samping situasi-situasikehidupan ini, keupayaaan dan keperluan pelajarharus juga menjadi dasar kepada reka bentuk ini.

  • 8/12/2019 fce3800_1328150971. Reka Bentuk Kurikulum (1) (1)

    21/21

    Reka Bentuk BerpusatkanMasalah

    2. Reka Bentuk Pembangunan SemulaMasyarakat

    Reka bentuk ini menekankan pembangunan semulamasyarakat. Pereka bentuk kurikulum ini berminatmencari perkaitan antara kurikulum denganperkembangan masyarakat dari aspek sosial, politikdan ekonomi. Mereka menyakini bahawa melalui

    kurikulum dapat dilakukan perubahan dalammasyarakat yang akhirnya akan melahirkanmasyarakat yang adil.