fce3102_1336105081

107
Copyright (C) 2004 Dr. Habs Copyright (C) 2004 Dr. Habs ah Ismail ah Ismail MAZHAB FALSAFAH PENDIDIKAN MAZHAB FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT BARAT Mazhab Mazhab Tradisional Tradisional Idealisme Idealisme Realisme Realisme Scholasticism Scholasticism e e Perennialisme Perennialisme Essentialisme Essentialisme Mazhab Mazhab Progresif Progresif Humanisme Humanisme Progresivisme Progresivisme berteraskan berteraskan Pragmatisme Pragmatisme Naturalisme Naturalisme Existentialis Existentialis me me Analisis Analisis Falsafah Falsafah

Upload: cyin-ling

Post on 21-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

fce3102_1336105081

TRANSCRIPT

  • MAZHAB FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

    Mazhab Tradisional

    IdealismeRealismeScholasticismePerennialismeEssentialisme Mazhab ProgresifHumanismeProgresivisme berteraskan PragmatismeNaturalismeExistentialismeAnalisis FalsafahFalsafah Holistik

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Idealisme dan PendidikanMazhab falsafah paling tua dalam falsafah Barat

    Berkembang pada zaman Socrates dan PlatoMeta fizik IdealismePercayai bahawa realiti sebenar adalah alam idea; World of Perfect Ideas; World of Forms(Alam Dunia Syumul)Percayai bahawa alam fizikal sentiasa berubah; tidak tetap, oleh itu bukan realiti muktakhir

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Idealisme dikaitkan dengan fahaman Hinduisme percayai baahawa alalm jagat ditadbir oleh kuasa kosmik yang mencipta tetapi tidak dicipta

    Alam Idea Syumul ilmu tertinggi; sumber nilai mutlak; hanya dapat ditaakul bukan difahami melalui deria; bersifat unggul; kekal; tidak binasa

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Manusia yang tidak berupaya memahami alam ini diibaratkan terperangkap di dalam gua (Allegory of the Cave)

    Dari segi ontologi, manusia sebelum dilahirkan berkomunikasi dengan alam ini tetapi komunikasi ini terputus sewaktu kelahiran

    Setiap manusia mempunyai potensi; yang terputus perlu dicungkil semual melalui proses pendidikan yang bersifat dialectic

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Epistemologi IdealismeMenenekan ilmu pengetahuan a priori kerena kebenarannya yang diperoleh oleh taakulan semata-mata

    Dalam karyanya, The Republic, Plato percaya bahawa golongan ahli falsafah mempunyai tahap ilmu paling tinggi kerana mereka menaakul

    Ilmu pengetahuan paling tinggi tahapnya adalah ilmu yang berteraskan prinsip matematik

    Ilmu paling tinggi sumber segala nilai kebaikan dan kebenaran

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ilmu pengetahuan yang rendah tahapnya menekanakan kemahiran asas yang tidak banyak elemen taakulan

    Proses mengetahui bagai mendapatkan sumber ilmu ialah melalui proses mengembalikan idea sedia ada; terpendam; recollection of innate ideas

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Aksiologi IdealismeNilai bersifat sejagat; nilai paling tinggi berada dalam Alam Idea Syumul seperti kebaikan, kebenaran, keindahan, keadilan sejagat (kekal dan unggul; mutlak)

    Nilai-nilai ini perlu diterap dalam kehidupan manusia melalui etika/moral; peraturan masyarakat; kesusasteraan; agama; falsafah dan estetika

    Nilai mencerminkan konsep yang seimbang dan harmonis

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip Pendidikan IdealismeMatlamat

    Tumpuan kepada pembinaan minda; pendidikan untuk matlamat pencapaian sesuatu yang bersifat kekal (yang tidak terdapat di alam fizikal); mind over matter; menguasai ilmu pengetahuan bersifat abstrak

    Pendidikan untuk mencari erti kebenaran sejagat; pembentukan peribadi mulia

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Proses Pengajaran-PembelajaranBerusaha menimbulkan kesedaran secara berperingkat bukan mendadak kerana setiap individu dididik berbeza dari segi potensi

    Berusaha untuk mencapai kebenaran dan pemahaman sejagat

    Kaedah p&p yang dialectic (kaedah yang digunakan oleh Socrates)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • KurikulumMenekankan pemahaman dna penguasaan konsep; menekankan kandungan; penguasaan mata pelajaran bersifat knosep dan simbol

    Mengutamakan mata pelajaran seeprti matematik, logik, falsafah, bahasa klasik, drama, kesenian dan kesusasteraan

    Tidak mementingkan disiplin vokasional dan jasamni

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Mata pelajaran yang ditekankan mempunyai nilai intrinsik bukan nilai kegunaan dan ekstrinsik

    Guru dan Pelajar

    Guru manusia unggul; role model; mempunyai hikmah; penyebar ilmu dan kebenaran; dihormati; pakar; berusaha membentuk aspek kerohanian dalam diri pelajarMurid/pelajar perlu berusaha gigih; dianggap oleh guru sebagai unik dan berbeza dari segi potensi dan penguasaan ilmu

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Tokoh-tokoh IdealismeSocrates dan Plato mewakili Idealisme tradisional

    Rene Descartes mewakili Idealisme modenfalsafah Skepticisme; Butler; Mortimer J. Adler (tokoh pendidikan Idealisme); Immanuel Kant

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • REALISME DAN PRINSIP PENDIDIKANMazhab tradisional selepas Idealisme; wujud pada zaman Yunani purba

    Realisme klasik, Realisme Agama, Realisme Saintifik; Realisme Rasional, Realisme Natural

    Metafizik

    Menolak metafizik Idealisme bahawa realiti sebenar wujud hanya dalam bentuk idea; menolak Teori Alam Idea Syumul

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Realiti sebenar wujud di alam nyata/fizikal; realiti sebenar bersifat materialistik atau merujuk kepada obejk atau benda yang disah oleh deria

    Reality is objective and is composed of matter and form; matter is ultimate reality; a world of things

    Realisme Klasik (Aristotelian Realisme)

    Aristotle (384-322)

    Pelajar di Academy (pusat pengajian ditubuh oleh Plato) selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat pengajian sendiri LYCEUM

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Aristotle berpendapat bahawa idea atau forms seperti idea tentang tuhan atau pun idea tentang pokok, batu dsbnya boleh wujud tanpa jirim, tetapi tidak akan wujud jirim tanpa bentuk (jisim)

    Setiap objek yang mempunyai jirim mempunyai ciri universal dan khusus (universal and particular). Sbg cth manusia dari ciri sejagatnya adalah sama; yang berbeza dari sifat khususnya (warna kulit; rambut dsb)

    Konsep sejagat manusa ataupun kemanusiaan tidak berubah; yang berubah ialah ciri khususnya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Aristotle ialah seorang saintis dan juga ahli falsafah

    Bagi Aristotle, setiap benda yang wujud mempunyai tujuan/ matlamat. Cth matlamat atau tujuan kewujudan ikan ialah untuk berenang; burung terbang. Manusia yang dianugerah akal tujuannya ialah menggunakan akal tersebut

    Realiti bagi Realisme adalah objektif (saintifik) dan merujuk kepada objek fizikal yang mengandungi elemen jirim dan jisim

    Hukum alam tidak tertakluk kepada persepsi manusia mengenainya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Konsep keseimbangan (balance) adalah teras kepada prinsip Realisme oleh Aristotle. Jirim dan jisim tidak terpisah dari sesuatu objek fizikal

    Jika falsafah Idealsime menekankan elemen idea dan bentuk (forms), Realisme Aristotle berusaha menyepadukan alam fizikal dendgan alam idea

    Konsep actuality dan potentiality; actuality merujuk kepada bentuk yang lengkap dan sempurna manakala potentiality merujuk kepada keupayaan atau potensi sesuatu objek untuk menukar atau berubah keoada bentuk yang lengkap dan sempurna

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Perkara ini dijelaskan lagi oleh Aristotle melalui konsep 4 Penyebab yang menggerakkan objek berteraskan prinsip potentiality dan actualityPenyebab Material jirim yang menghasilkan sesuatu objekPenyebab Formal bentuk/rekabentuk yang membentuk sesuatu objekPenyebab Cekap (efficient) agen yang menghasilkan sesuatu objekPenyebab Muktakhir hala tuju/matlamat proses perubahan sesuatu objek

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Cth. Objek rumah (penyebab material kayu, besi dsb; penyebab Formal rekabentuk sesebuah rumah; penyebab Cekap tukang rumah; buruh membina rumah; penyebab Muktakhir rumah sebagai tempat tinggal)

    Jirim melalui satu proses ke arah pencapaian sesuatu matlamat (prinsip Aristotle ini = konsep evolusi

    Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle ialah tuhan. Tuhan adalah realiti muktakhir; Pencipta Pertama; Penggerak yang Tidak Digerakkan (Unmoved Mover) yang melampaui semua jirim dan jisim.

    Bagi Aristotle, konseo tuhan adalah penjelasan logikal tentang peraturan alam jagat, pengstukturan dan pentadbirannya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Metafizik kewujudan/ontologi manusia

    Menurut Realisme manusia adalah rasional kerana dianugerah akal di samping roh dan juga jasad.(dualisme)

    Jika kedua-dua akal dan roh seimbang, maka kewujudan manusia juga seimbang; matlamat kehidupan mnausia akan menjadi sempurna jika akal digunakan; aktiviti pemikiran adalah aktiviti paling penting dalam kehidupan manusia

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Manusia berbeza dari haiwan kerana haiwan tidak ada elemen intelek; manusia tidak berbeza dari haiwan kerana kedua-dua manusia dan haiwan ada deria/sensasi(lower appetites) iaitu kecenderungan kepada tuntutan nafsu, proses pembiakan, pemakanan dan pernafasan

    Manusia sebagai haiwan intelek berupaya menggunakan akal dalam pemikiran secara simbolik, logik, abstrak

    Manusia yang cemerlang dari segi moral ialah manusia yang menekankan elemen akal /intelek

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Epistemologi RealismeIlmu pengetahuan yang benar ialah ilmu tentang realiti alam fizikal yang bersifat objektif

    Proses mengetahui sesuatu mestilah berkaitan objek fizikal yang wujud di alam nyat dan dikaji melalui deria

    Proses mengetahui melibatkan dua tahap iaitu (1) peringkat sensasi/deria (peringkat rendah) (2) taakulan (peringkat tinggi)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Di peringkat taakulan, objek-objek yang mempunyai ciri persamaan diletakkan dalam kategori tertentu; proses ini memerlukan pengasingan objek-objek fizikal berdasarkan ciri-ciri perlu dan mencukupi (necessary and sufficient condition)

    Aristotle memperkenalkan silogisme (logik deduktif) untuk memahami alam jagat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Aksiologi RealismeMatlamat dan nilai kehidupan paling tinggi ialah kebahagiaan. Kebahagian bergantung kepada jiwa yang seimbang dan sifat peribadi mulia dalam diri seseorang. Peribadi mulia (virtues) ini dapat diwujudkan melalui kebiasaan dan dibentuk melalui proses pendidikan.

    Peribadi mulia dapat dibentuk melalui prinsip Jalan Tengah (Golden Mean).

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Pendidikan RealismeMatlamatMemupuk aspek intelek yang merupakan aspek paling tinggi lagi mulia dalam diri pelajar melalui pengajaran mata pelajaran yang berstruktur.

    Mengembangkan potensi pelajar ke tahap paling maksima ke arah pemikiran dan aktiviti rasional

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Kurikulum RealismeMata pelajaran yang mengikut kategori dan struktur masing-masing; perkaitan antara mata pelajaran dari segi kaitan konsep. Sbg. Cth. Mata pelajaran sains menekankan proses inkuiri dan penemuan

    Tumpuan kepada kandungan (sains; sastera dan kemanusiaan; logik); 3M di peringkat rendah

    Proses P&P

    Mengajar kemahiran tertentu kpd pelajar; Guru pakar dalam ilmu pengetahuan; dapat kaitkan antara mata pelajaran secara konsepPelajar perlu memberi tumupan kpd ilmu yang diajar; perlu gigih dan berdisiplin tinggi. Cth. Pelajar yang mempelajari sejarah perlu gunakan pendekatan sejarah dalam prose pembelajaran

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Scholasticisme/Realisme AgamaPengasas St. Thomas Aquinas (1225-1274)

    Falsafah Realisme Aristotle mempunyai impak yang besar ke atas agama Kristian

    Aquinas merupakan tokoh terkemuka dalam mengembangkan prinsip Realisme pada Zaman Pertengahan di Eropah

    Dalam penulisan beliau,Summa Theologica, Aquinas gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan berhubung agama Kristian

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Penganut agama Kristian Roman Katolik menganggap Thomisme/Scholasticisme sbg prinsip falsafah penting mereka

    Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat sempurna dan pencipta alam dan semua bentuk kehidupan

    Nabi Isa diiktiraf sebagai penyelamat manusia yang mewarisi dosa warisan asal (original sin)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Aquinas menyepadukan keimanan dan kerasional/taakulan untuk memahami prinsip ajaran agam Kristian

    Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal; elemen intelek/akal dalam aktiviti pemikiran manusia

    Kehidupan manusia yang dianggap sempurna adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Tuhan adalah Pencipta Utama (First Cause)

    Prinsip Pendidikan Scholasticisme

    Di pengaruhi oleh metafizik, epistemologi dan aksiologi Realisme

    Thomisme prinsip falsafah yang paling berpengaruh ke atas sistem pendidikan agama Roman Katolik

    Matlamat Pendidikan menerapkan kasih sayang manusia sejagat; Bible sumber ilmu pengetahuan mutlak

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • 4.Menolak nilai bersifat relatif5.Pendidikan juga melibatkan gereja; pendidikan sepanjang hayat6.Kurikulum Scholasticisme bersifat hirarki; disiplin penting ialah disiplin berteraskan teori dan konsep (matematik, logik, falsafah. Sejarah, sains); disiplin kurang penting disiplin yang menekankan jasmani dan kemahiran

    7.Guru role-model; murid berdisiplin tinggi dan gigih dalam proses pembelajaran

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip Pendidikan Essentialisme Gripping and enduring interest grow out of initial learning efforts that are not appealing or attractiveWilliam Bagley

    Prinsip pendidikan Essentialisme berteraskan prinsip falsafah Realisme, Idealisme dan Scholasticisme

    Essentialisme dikaitkan dgn essentials atau perkara asas yang diperlukan dalam pendidikan

    Essentialsime memperjuangkan prinsip penguasaan kemahiran asas (3M) dalam pendidikan; mahu kembali kepada penguasaan kemahiran asas sebelum menguasai kemahiran lebih tinggi (back to basics)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Perlu menekankan elemen disiplin dan kegigihan dalam proses p & p;kemabli kpd prinsip pendidikan tradisional (Realisme, Idealisme, Scholasticisme kerana aliran Progresif dianggap telah tidak berjaya menghasilkan kecemerlangan dalam pendidikan

    Pentingkan pencapaian intelek dan akademik

    Essentialisme menjadi popular dalam tahun 1938; diasas oleh WILLIAM C. BAGLEY (1874-1946) seorang tokoh pendidikan dari Amerika Syarikat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Bagley berpendapat bahawa krisis utama dalam sistem pendidikan di USA adalah masalah di peringkat sekolah menengah yang merupakan lanjutan drp pendidikan rendah

    2 faktor utama yang mybbkan masalah ini:

    1.Prinsip pendidikan Progresif tidak berkesan kerana mengabaikan nilai-nilai tradisional dalam pendidikan (pendidikan progresif tidak menekankan disiplin dan kegigihan; tidak menekankan kandungan ilmu; lebih tumpukan proses p& p yang berpusatkan pelajar dan activity-based; kurikulum yang flexible; terlalu menekankan kebebasan dan minat pelajar dalam p&p

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Taraf pencapaian akademik di kebanyakan sekolah dan universiti di USA terlalu longgar

    Seorang tokoh Essentialisme, ARTHUR BESTOR berpendapat taraf pendidikan di USA merosot kerana falsafah pendidikan progresifnya tidak menekankan disiplin sains dan liberal arts dan kesarjanaan (scholastic)

    Sistem pendidikan di US juga ketika itu tidak menyediakan peluang pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa (gifted)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Di peringkat awal penubuhannya, Essentialisme dikritik hebat di USA kerana amalan dan prinsip pendidikannya dianggap terlalu kaku (rigid); tidak menyediakan pengalaman pembelajaran ke arah alam kedewasaan untuk pelajarnya

    Bagaimanapun, minat terhadap prinsip pendidikan Essentialisme kembali semula selepas penubuhan, A Nation At Risk (1983) oleh Commision on Excellance in Education

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip pendidikan EssentialismeMatlamatPenguasaan 3M adalah matlamat terpenting; penyibaran dan penghayatan prinisp pendidikan kesarjanaan; kecemerlangan dalam pendidikan (ilmu dan nilai)

    KurikulumMata pelajaran kesarjanaan diutamakan; sains; sastera; matematik; logik; falsafah; moral; 3M; tamaddun (Amerika Syarikat); tumpuan kepada kandungan; kurikulum bersifat hirarki

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Proses P & PMengutamakan disiplin dan kegigihan; penguasaan konsep diutamakan; banyak elemen latihan dan latihtubi; kaedah teacher-centered

    Guru-MuridGurutokoh berwibawa dari segi ilmu dan teladan moral; pakar; reflektif; ahli fikir Murid disiplin tinggi; gigih berusaha untuk capai kecemerlangan dalam pendidikan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip Pendidikan PerennialismeTeori pendidikan Perennialisme menekankan prinsip falsafah Realisme. Scholasticisme dan Idealisme

    Dari sudut metafizik, Perennialisme berpegang kepada prinsip bahawa alam jagat diwujudkan oleh kuasa sempurna yang perlu difahami oleh akal manusia yang rasional.

    Perennial bermaksud bahawa prinsip penting dalam pendidikan merupakan sesuatu yang tidak berubah, kekal dan sentiasa berulang kembali

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Bagi penganut Perennialisme, tugas utama seorang ahli falsafah pendidikan ialah mengkaji ciri semula jadi manusia untuk menentukan program pendidikan yang mengambil kira ciri manusia secara sejagat

    Antara ciri manusia:-elemen rasional/intelek manusia menjadikan manusia bebas memilih sesuatu progrma pendidikan yang sesuai dengan ciri seseorang manusia

    -elemen kerasionalan yang mendefinisikan individu sebagai manusia

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Oleh kerana ciri manusia sesuatu yang agak tekal, prinsip pendidikan juga merupakan sesuatu yang agak kekal dan berulang dari masa ke masa

    Matlamat PendidikanOleh kerana prinsip pendidikan Perennialisme ialah menekankan aspek intelek manusia, maka matlamat sejagat pendidikan ialah menyibarkan kebenaran sejagat yang bersifat kekal dan mutlak

    Kurikulum

    Paparan tema kehidupan dan kemanusiaan sejagat yang diperoleh melalui mata pelajaran sastera, falsafah, moral, estetika, matematik, logik , sains dan kemanusiaan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Kesemua disiplin ini dianggap sebagai sumber utama untuk melahirkan manusia yang bertamadun tinggi

    Idea falsafah Plato, Aristotle dan John Stuart Mill sbg cth akan sentiasa dihayati dan diulang dari masa ke masa

    Tokoh Perennialisme, ROBERT M. HUTCHINS berpendapat bahawa sesuatu pendidikan yang unggul mempunyai ciri-ciri berikut:

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Menekankan elemen intelek/minda - hanya pendidikan sahaja yang mampu laksanakan matlamat ini

    Tidak bersifat ad hoc (tergesa-gesa; tanpa perancangan rapi)

    Tidak bersifat pra-professional dan utilitarian

    Menekankan sastera liberal (liberal arts)

    Menerapkan nilai dan idealisme dunai sejagat

    Mengambil kira bahawa ciri(tabii) manusia yang dididik pada asasnya adalah sama

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Menekankan pendidikan yang berasaskan meritokrasi (selektif)

    Menolak prinsip pendidikan yang berteraskan konsep kesamaan peluang

    Pendidikan menghasilkan kebijaksanaan bukan penguasaan kemahiran dan himpunan maklumat/fakta yang tidak dapat ditafsirkan

    Menganggap sistem pendidikan di USA berkecamuk; keliru kerana pengaruh aliran Progresif yang mengabaikan nilai sejagat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip utama Perennialisme terkandung di dalam Paideia Proposal yang ditubuh oleh Mortimer J. Adler. Paidea (Yunani) bermaksud upbringing of children menganjurkan prinsip pendidikan sepanjang hayat

    Paideia Proposal pada prinsipnya adalah berteraskan kurikulum Realisme.

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Mazhab Falsafah Progresif dan Prinsip PendidikanMenjelang abad ke 17 perkembangan sains moden; kemerosotan kuasa gereja ortodoks Roman Katolik permulaan era Pertengahan (Medieval Age) dan permulaan era progresif

    Peralihan drp tumpuan kpd metafizik ke epistemologi dalam falsafah

    Rene Descartes ahli falsafah Barat pertama menganalisis konsep dan proses berfikir dan mengubah keseluruhan paradigma falsafah Barat

    Jika falsafah tradisional mencari pengertian tentang

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Kehidupan sempurna; realiti mutlak, alam jagat, roh, tuhan, mulai Descartes ciri pemikiran falsafah Barat bertukar kepada proses berfikir secara matematik dan deduktif untuk memahami ilmu

    Descartes masyur dengan Cogito Ergo Sum (I think, therefore I am) yang bermaksud kewujudan diri seseorang ialah satu kepastian yang tidak diragukan.

    Falsafah moden dan prinsip pendidikannya menekankan teknik dan kaedah saintifik dan berubah daripada prinsip falsafah tradisional. Jika prinsip falsafah tradisional dikekalkan, penyesuaian dibuat dalam konteks era progresif.

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Era progresif menyaksikan kemunculan beberapa aliran dan fahaman falsafah dan prinsip pendidikannya. Antara lain:

    1.skepticisme (Descartes dan David Hume)

    2.empiricisme ( John Locke dan Francis Bacon) menolak ilmu a priori dan idea terpendam falsafah dealisme; pengalaman sebagai sumber pembentukan dan pemerolehan semua idea

    3.Naturalisme (Jean JacquesRousseau 1712-1778)

    5.materialisme (Karl Marx)6.existentialisme (Jean Paul Sartre)7.pragmatisme (John Dewey, William James)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Naturalisme(Realisme Moden)realiti difahamkan sebagai apa yang dilihat di alam fizikal; ditentukan oleh hukum tabii

    Manusia sebagai sebahagian daripada alam jagat dan perlakuannya mengikuti hukum tabii atau nature

    Tokoh terkemukan fahaman iniJean Jacques Rousseau yang dikenali sebagai Bapa Progresivisme Moden

    Prinsip Pendidikan Naturalisme

    1.Ciri dan hukum alam tabii seharusnya dikekalkan melalui prinsip pendidikan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Kefahaman asa dan utama tentang hukum tabii ialah melalui deria yang merupakan sumber ilmu utama

    Peraturan dan pergerakan alam semula jadi adalah mengikut peringkat melalui proses evolusi (pengaruh Teori Evolusi Charles Darwin) proses pendidikan perlu juga mengikut corak perkembangan ini; tidak boleh mendadak, kaku dan tergesa-gesa

    Pengalaman sewaktu kanak-kanak amat bermakna dan berharga kpd inidividu yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri dan kehidupan individu pada masa akan datang

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Proses pendidkan unggul berlaku dalam persekitaran paling semula jadi dan terpelihara daripada gejala yang mempunyai pengaruh merosakkan di persekitaran

    Mengutamakan konsep kesediaan dalam diri individu yang dididik; tidak mendesak kerana sifat kanak-kanak tidak boleh disamakan dengan orang dewasa (miniature adult)

    Menolak doktrin Kristian dosa warisan asal kerana kanak-kanak dianggap sebagai clean slate (fahaman John Locke) dalam konsep beliau, tabula rasa

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Locke berpendapat kanak-kanak ketika dilahirkan tidak mempunyai apa-apa pengertian. Mindanya kosong. Kekosongan ini kemudiannya diisi dengan idea yang ia bina apabila ia membesar

    Idea yang dibinanya ditentukan oleh proses interaksi akalnya dengan apa yang ia perhatikan disekelilingnya. Oleh itu, apa yang diperhatikannya tidak bersifat abstrak

    Pendidikan mestilah bertujuan memelihara individu daripada pengaruh liar yang boleh merosakkan naluri semula jadi manusia yang dilahirkan baik

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • 9. Dari segi epistemologi, penggunaan dan pengalaman deria dianggap sebagai sumber ilmu paling benar dan sahih

    Pendidikan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak ( child-centered education) dari segi minat, kesediaan dan bakat

    Kurikulum menolak kurikulum tradisional kerana dianggap kaku; tidak flexible; hanya menghasilkan pelajar pasif kerana tidak mengaplkasikan ilmu secara praktis; kurikulum yang tidak bersifat hirarki

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Proses p &p interaksi dengan persekitran secara aktif; activity-based learning

    Guru lebih membimbing drp mengarah; pendorong utama prose pendidikan; galakkan penemuan; autoriti guru lebih bersifat demokratik; utamakan pertumbuhan dan perkembangan sahsiah murid menyeluruh dan bersepadu

    Aksiologi nilai dibentuk dlm diri individu berdasarkan pemerhatian di persekitaran yang sesuai dgn naluri semula jadi seseorang

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Karya Rousseau berjudul, Emile (berdasarkan cerita Robinson Crusoe) mengandungi prinsip pendidikan Naturalisme menentang prinsip pendidikan tradisional yang tidak menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan diri kanak-kanak (nature and nurture)

    Corak pendidikan dlm Emile menumpukan kpd proses mendidik seorang kanak-kanak yang dipisahkan drp arus tamadun untuk mendapat pendidikan di kawasan perkampungan dan persekitaran semula jadi

    Prinsip pendidikan Rousseau berteraskan konsep bahawa individu memiliki ciri semula jadi yang baik; prinsip pendidikan Naturalisme mempengaruhi falsafah pendidikan Pragmatisme

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Pendidikan Pragmatisme

    Teori Evolusi Charles Darwin mempunyai pengaruh kuat ke atas pragmatisme

    Karya Darwin On the Origin of Species (1859) menggugat prinsip falsafah tradisional Barat

    Prinsip utama teori Darwin ialah alam tabii mengalami proses perubahan yang menentukan penghidupan organisme dalam persekitarannya; kepupusan sesuatu specie dan digantikan dgn specie lain mengikut peredaran masa

    Prinsip perubahan yang menentukan proses perkembangan dan pertumbuhan menentang idealisme Plato tentang Alam Idea Syumul

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Bagi Pragmatisme, realiti merupakan sesuatu yang bersifat terbuka bukan ditentukan oleh sesuatu kuasa/autoriti

    Tumpuan falsafah Pragamatisme ialah di Amerika Syarikat dan berkait rapat dengan tokoh-tokoh: Charles Sanders Peirce, William James dan John Dewey

    Peirce percaya bahawa ilmu pengetahuan sebenar bergantung kepada proses pengesahan atau verifikasi; idea ini tidak dipisahkan drp perlakuan manusia kerana mempunyai idea bermaksud sedar tentang kesan dan kegunaannya dalam kehidupan manusia

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • William James (1842-1910)

    idea yang benar ialah idea yang dapat digunakan; diaplikasi; kebenaran tidak bersifat mutlak dan terpisah drp alam nyata; kebenaran tidak bersifat objektif

    Pengalaman manusia sbg data/sumber ilmu sebenar

    John Dewey (1859-1952)

    Menganggap pemikiran ke arah memperoleh ilmu sebenar ialah melalui sesuatu situasi bermasalh yang memerlukan penyelesaian masalah (problem-solving)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • pemikiran kreatif penting dalam proses penyelesaian masalah

    Menganggap pengalaman dan alam tabii tidak boleh difaham secara sempit dan berstruktur

    Menganggap kaedah experimental mengatasi kekaburan prinsip metafizik falsafah tradisional

    Dewey menganggap bahawa alam tabii bukan setakat mengandungi elemen fizikal tetapi juga perlu mengambil kira perhubungan sosial antara individu dalam masyarakat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Menekankan kaedah saintifik dan ujikaji yang dipercayai dapat mencapai sesuatu matlamat; proses berfikir ke arah mencapai ilmu pengetahuan yang dapat membantu kehidupan manusia adalah aspek penting

    Proses berfikir tidak terpisah daripada aspek sosial kehidupan, masyarakat dan pendidikan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Dewey berpendapat proses berfikir bermula dengan sesuatu situasi bermasalah

    Situasi ini memerlukan kesedaran seseorang secara terperinci tentang punca masalah yang perlu diselesaikan melalui pemikiran kreatif (berbeza drp falsafah tradisional bahawa sesuatu masalah perlu diselesaikan dgn mengambil kira proses penyesuainnya dgn sesuatu prinsiop yang diterima secara sejagat)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Setiap masalah adalah unik dan perlu diselesaikan secara tersendiri melalui ujikaji dan beberapa percubaan

    Penyelesaian masalah Dewey menunjukkan bahawa pengalaman dan ciri semula jadi alam jagat tidak difahami secara rigid

    Dewy menekankan perkaedahan saintifik daripada jawapan yang bersifat abstrak dalam proses penyelesaian masalah.

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Dewey berpendapat bahawa kebanyakan agama mempunyai kesan negatif kerana memisahkan manusia mengikut kategori prinisip kepercayaan bertentangan dgn prinsip demokrasi

    Prinsip agama dapat dijalinkan apabila individu dlm masyarakat memahami diri dan hubungan sosial antara individu serta mematuhi norma masyarakat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip Pendidikan Pragmatisme Dewey dipengaruhi oleh prinsip naturalisme Rousseau dan berpendapat bahawa pendidikan perlu bersifat semual jadi dan dikaitkan dgn perkembangan diri manusia yang bersifat kompleks

    Matlamat Pendidikan pendidikan satu keperluan dalam kehidupan kerana ia sentiasa menggerakkan pemikiran dan aktiviti manusia utk menyelesai masalah dlm persekitaran dan kehidupan mereka; matlamat pendidikan pengembangan proses menyusun semula pengalaman sedia ada ke arah membina pengalaman yang lebih bermakna

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Pendidikan tidak disempitkan kpd proses penyampaian kandungan ilmu semata-mata, tetapi pendidikan ialah kehidupan itu sendiri

    Pendidikan pada asasnya merupakan satu seni di mana guru dapat memgekalkan proses p & p drp bersifat bosan dan kaku

    Pendidikan adalah sesuatu kajian saintifik yang dapat membantu individu yang dididik dlm menyelesaikan masalah harian

    Proses penyelesaian masalah harian perlu diajar kpd pelajar untuk menyediakan mereka menghadapi masalah yang mungkin wujud dlm kehidupan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Dewey menolak metafizik kerana terlalu abstrak; tidak dapat dibuktikan secara saintifik; moral dlm pendidikan dibina melalui proses penyesuaian diri dgn masyarakat dalam persekitaran yang demokratik

    Pengalaman- mempengaruhi ilmu dan nilai individu dan mempengaruhi fikiran dan tindakan individu

    Perubahan- tidak ada sesuatu realiti, ilmu dan nilai yang ditetapkan kerana kesemua ini mengalami perubahan. Sbg cth masyarakat yang teknologi tinggi (spt. USA)tidak menganggap sistem nilai penting

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Persekitaran sosial- pendidikan sbg proses interaksi individu dgn persekitaran sosial; melibatkan banyak institusi sosial lain spt rumah kebajikan, gereja

    Pendidikan sbg proses penyusunan semual masyarakat (Social Reconstructionism)

    Kaedah P&P kaedah yang flexible yang banyak cara atau teknik ; mengutamakan kemudahan fizikal yang functional ( kerusi dan meja mudah alaih)

    Kaedah penemuan dan explorasi digalakkan; pemikiran kreatif; menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah; masalah harian banyak diakitkan dgn p&p

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Mengutamakan minat pelajar; menggunakan byk media pengajaran realistik

    Pragmatisme pendidikan sbg satu bidang yang broad-based tidak bersifat khusus (specialized); mengutamakab perspektif holistik dan humansitik

    Dewey menubuhkan Laboratory School di Chicago banyak jalankan aktiviti penyelidikan tentang pendidikan

    Kaedah experimental; pendidikan menghasilkan penemuan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • KurikulumPragtimisme menolak kurikulum hirarki falsaafh tradisional yang memisahkan pengalaman sebenar kehidupan indivdu drp perkara yang diajar; kandungan ilmu yang bersifat experiential; functional dan memenuhi minat individu yang berbeza

    Kurikulum tradisional dianggap kaku dan terlalu mengkhusus; menganggap kurikulum vokasional penting kerana dapat membantu manusia gunakan kemahiran dlm menyelesaikan masalah kehidupan

    Pragmatisme menekankan proses drp matlamat kerana matlamat tidak seharusnya terpisah drp proses

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Guru sbg resource person yang membimbing proses p&p yang menekankan kerja kumpulan, projek dan field work

    Sumber p&p selain buku, jurnal, rakaman temubual dan pelbagai sumber lain

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Pendidikan Mazhab ExistentialismeLatar Belakang

    Prinsip falsafah exitentialisme berteraskan prinsip falsafah Sophists; berkembang pada abad 19 bermula dgn karya Soren Kierkegaard dan Friederich Wilhelm Nietzsche

    Pada abad 20 prinsip existentialisme dan juga phenomenology (banyak persamaan) dikembangkan oleh Martin Buber, Karl Jaspers, Jean- Paul Sartre dan juga Martin Heideggar

    Falsafah yang mempunyai tafsiran yang luas tentang perasaan dan kehidupan manusia

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah yang tidak mempunyai prinsip yang berstruktur tentang metafizik, epiastemologi dan aksiologi

    Falsafah yang menenekankan perasaan manusia yang terpisah dan terperangkap dalam penderitaan hidup di dunia yang dianggap tidak bermakna

    Tema falsafah existentialisme digambarkan melalui karya Nietzsche (ahli falsafah Jerman) yang menganggap kemoralan tradisional telah melemahkan manusia. Oleh itu, beliau memasyrukan konsep superman

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Existentialisme menjadi begitu popular di Barat akibat Perang Dunia 1 dan 2 penderitaan hidup manusia

    Existentialisme berpusat di Copewnhagen, Denmark; menolak fahaman tradisional tentang realiti, ilmu dan nilai mutlak

    Prinsip ulung Existentialisme ialah kewujudan mendahului zat (existence precedes essence) yang menekankan sifat dan perasaan diri manusia yang subjektif dan berbeza antara satuv dengan lain

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Setiap manusia setelah dilahirkan memulakan proses mengenali diri sebenar dan kesedaran inilah yang menjadikan manusia memahami sari pati kewujudannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain

    Kewujudan diri setiap individu ini tidak bergantung kepada realiti alam jagat, nilai dan persepsi manusia lain; manusia yang dilahirkan TIDAK bertanggung jawab kepada mana-mana peraturan atau autoriti kecuali kpd diri dan KEWUJUDANNYA sahaja

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ini bererti prinsip utama exist. Ialah kebebasan dalam menentukan kehidupan dari segi nilai dan aspek lain adalah bebas, agung dan mutlak bagi setiap individu

    Manusia yang tunduk kpd peraturan dan sistem nilai yang ditentukan ke atas dirinya akan hilang ketulenan ( authenticity) sifat dirinya (perasaan. kehendak, naluri)

    Manusia adalah individu unik dan bertanggung jawab sepenuhya atas sesuatu pemilihan yang dibuatnya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Penganut fahaman exist. tidak terikat kpd peraturan /norma masyarakat atau apa-apa bentuk peraturan

    Kehidupan yang tidak menentu dan penuh cabaran telah memaparkan pelbagai tema kehidupan yang mewarnai falsafah exist.

    Prinsip falsafah exis banyak terkandung dalam bidang psikologi humanistik termasuklah bidang kaunseling (Abraham Maslow; Carl Rogers; Arthur Coombs)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Pandangan Tokoh Tokoh ExistentialismeSoren Kierkegaard (1813-1855) berusaha memahami agama dari sudut yang begitu peribadi; penganut teguh agama Kristian; menentang prinsip agama Kristian yang abstrak; agama sbg hubungan dan pilihan peribadi antara manusia dan tuhan tanpa perlu melihat bentuk/rupa tuhan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Pemilihan untuk beragama adalah peribadi bukan ditentukan oleh sesiapa; beliau menyuarakan konsep leap of faith dalam beragama

    Kewujudan individu adalah sunyi kerana terperangkap dalam arus dunia sians dan teknologi/IT yang bersifat terlalu objektif

    Kierkegaard menggambarkan tiga peringkat dalam kehidupan manusia:

    1.peringkat estetik manusia mengalami keseronokan kehidupan2.peringkat etika mulia peringkat manusia memahami kewujudan dirinya dari perspektif sejagat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Peringkat keagamaan peringkat paling tinggi di mana individu berhadapan dengan tuhannya; antara tuhan dengan individu tiada pemisah; manusia perlu memahami dirinya sebagai makhluk ciptaan tuhan

    Martin Buber (1878-1965)

    Ahli falsafah-teologi Yahudi; dilahirkan diEropah tetapi kembali ke Palestine utk berjuang bersama kaum Yahudi utk mendapatkan tanah jajahan mereka

    Prinsip falsafah beliau berteraskan konsep persamaan saling hormat menghormati sesama manusia; karya beliau paling masyur ialah, I and Thou yang mencerminkan perlunya hubungan baik sesama manusia/individu

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • I and Thou kesedaran bahawa dalam jiwa setiap orang wujudnya perasaan yang begitu peribadi dan penuh makna. Jika perasaan dalaman ini diabaikan, akan berlakunya pelbagai bentuk tekanan ke atas jiwa manusia ( hasad dengki dsbnya)

    Buber percaya bahawa manusia tidak boleh dianggap sebagai objek dalam dunia materialistik; hubungan interpersonal perlu diwujudkan

    I and thou--. Jalinan peribadi yang mesra antara klien dan kaunselor; menekankan elemen humanistik dlm diri manusia ( rasa bersalah; kemaafan; mengenali diri sebenar)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • I and Thou juga bermaksud bahawa diri manusia sentiasa berhubung dgn tuhan

    Humanisme Buber kesan ke atas psikologi, psychiatry, kesusasteraan dan pendidikan

    Martin Heidegger (1889-1976)

    Falsafah beliau berpusat kpd konsep memahami kewujudan(being) diri seseorang dalam dunia

    Falsafah beliau memberi tumpuan kpd persoalan asas, Siapa diriku sebenar?yang perlu dijawab oleh diri individu sendiri tanpa diarah atau ditentukan oleh autoriti lain

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah beliau memberi kesan kpd pendidikan dalam memahami aspek person kewujudan atau peribadi seseorang

    Jean-Paul Sartre (1905-1980)

    Ahli falsafah exis paling terkemuka; dilahirkan di France; professor bidang falsafah; menulis novel dan drama yang terkemuka di Eropah

    Menyertai tentera Perancis dalam Perang Dunia Kedua dan ditawan oleh tentera Jerman dlm perang tersebut

    Kezaliman Nazi mendorong Sartre untuk melahirkan pemikiran dan falsafah tentang kehidupan dan kewujudan individu yang tidak mempunyai erti

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Dalam karya masyur beliau, Being and Nothingness (1943) beliau percayai bahawa kewujudan dan kesedaran dalaman individu sebenarnya adalah bebas; kesedaran diri seseorang berkaitrapat dgn makna yang dibina tentang sesuatu perkara

    Sartre melihat kehidupan manusia sebagai sunyi dalam arus kehidupan dunia yang tidak menentu; dalam mengharungi penderitaan ini manusia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan kehidupan yang tidak mempunyai apa-apa makna atau meninggalkannya sama sekali

    Sebagai seorang atheis, Sartre percaya bahawa individu sendiri yang memberi makna kpd kehidupannya

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Beliau percaya bahawa tuhan tidak wujud untuk memberi makna kpd kewujudan; tidak wujud juga realiti muktakhir di luar drp alam fizikal

    Kemanusiaan dan keindividualan hanya wujud jika kita sendiri yang memberi makna dan justifikasi mengenainya

    Intisari falsafah Sartre ialah seseorang bebas memberi pentafsiran tentang kehidupannya di dunia ini sepertimana ia kehendaki

    Menurut Sartre, jika tidak ada tuhan atau Pencipta Pertama, maka tidak wujudnya kuasa yang boleh menghalang seseorang drp melakukan apa yang ia inginkan kerana tidak wujudnya sesuatu peraturan azali yang telah ditentukan oleh tuhan

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Jika tidak ada peraturan azali, maka tidak ada penentuan tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Oleh itu, segalanya adalah bebas bagi manusia; kemanusiaan adalah dalam ertikata sebenarnya atau menurut Sartre, man is condemned to be free

    Bagaimanapun, kerana kebebasan manusia adalah mutlak, perkara ini kadang-kala menakutkan manusia. Manusia yang bebas mutlak juga perlu bertanggung jawab secara mutlak atas pilihan yang mencerminkan kebebesannya.

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Sarte berpendapat bahawa maksud perkataan seperti, alam tabii, sains dan undang-undang adalah ciptaan manusia. Oleh itu, kesemua ini sebenarnya adalah tafsiran yang diberi oleh manusia tentang kehidupan yang di alaminya

    Sartre kemudiannya bergabung dgn fahaman teori Marxisme

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Pendidikan Existentialisme

    Matlamat oleh kerana exis merupakan falsafah yang bersifat menentang, maka tidak ada sesuatu matlamat sistem pendidikan yang berstruktur dan sistematis

    Tidak menumpukan kepada aspek kesarjanaan seperti falsafah tradisional tetapi kpd proses pemikiran kreatif yang sesuai dgn jiwa yang wujud bebas

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Kata-kata Sartre, kewujudan mendahului zat bermaksud kewujudan individu mengatasi segala yang lain dan ini diikuti dengan idea yang individu dapat lahirkan (idea tentang syurga, neraka dan tuhan adalah ciptaan manusia

    Kerana idea ciptaan manusia amat penting, pendidikan perlu menjawab persoalan tentang proses mengenali diri sebenar pelajar yang dididik.

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Matlamat pendidikan perlu mengutamakan ciri unik setiap individu di dunia ini; manusia dalam ertikata sebenar kewujudannya

    Matlamat pendidikan mengarah kpd mencari jawapan kpd persoalan spt. Siapa diriku sebenar? Apakah matlamat hidupku, Mengapa aku berada di sini?

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Untuk menjawab persoalan ini, proses mendidik perlu mengambil kira aspek emosi pelajar yang kadang kala tidak rasional

    Pendidikan yang baik memberi tumpuan kpd aspek keindividualan. Proses mendidik juga perlu melihat perspektif negatif di samping aspek positif kehidupan seseorang; dlm proses mendidik perkara ini adalah satu realiti

    Kaedah P&P melihat pelajar sbg individu yang berbeza dan unik; membimbing mereka mencari halatuju dan matlamat mengenali diri sebenar

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Sistem pendidikan yang tidak berstruktur tidak ada peperiksaan; tidak ada gred kecuali jika pelajar minta dinilai; pelajar memilih apa yang ia minat; pelajar bebas menentukan kaedah p&p yang sesuai dgn jiwa mereka

    Exis menentang kaedah yang mengawal pelajar melalui disiplin dan dendaan atau kaedah lain yang rigid

    Kurikulum bebas; mata pelajaran humanistik diutamakan (sastera, drama, dialog)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Konsep I and Thou dlm pendidikan guru adalah pelajar dan pelajar adalah guru; guru dan pelajar saling memahami dan mempelajari antara satu sama lain; guru-pelajar hubungan akrab; lebih merupakan seorang sahabat drp seorang guru

    Kurikulum yang banyak mengandungi elemen afektif

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Analitik (Analytic Philosophy)Falsafah analitik bukan merupakan falsafah yang sistematis seperti idealisme, realisme atau pragmatisme

    Tumpuan utama falsafah analitik ialah menjelaskan fungsi bahasa( semantik, sintak dan analisis bahasa), konsep melalui kaedah saintifk dan logik (hujah, simbol)

    Berpendapat bahawa kebanyakan masalah dalam falsafah bukan berkaitan realiti muktakhir, kebenaran, nilai tetapi adalah berkaitan dgn bahasa yang kabur tidak berupaya mengemukakan idea/pandangan jelas

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ilmu pengetahuan sebenar bukan ditentukan oleh bidang falsafah tetapi bidang sains

    Oleh itu, tugas utama falsafah ialah menghurai dgn kritis maksud ayat, istilah dan konsep dalam idea atau pemikiran

    Pergerakan Analitik (Analytic Movement) dikaitkan dengan ahli falsafah seperti G.E Moore, Bertrand Russell, Ludwig Wittgenstein dan juga Noam Chomsky (keduanya tokoh analisis bahasa)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah ini juga mewakili golongan ahli falsafah/ahli logik dan matematik Vienna Circle

    Tokoh lain seperti seperti A.J. Ayer dan Gilbert Ryle

    G.E. Moore (1873-1958)- ahli falsafah di Cambridge University, England memberi tumpuan kpd perkara yang terdapat di alam nyata dan berpendapat bahawa kefahaman tentang apa yang wujud ini dijelaskan melalui bahasa yang tepat

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Moore menulis buku, Refutation of Idealism in Mind (1903) dan Principia Ethica (1903). Kedua buku ini menolak menolak prinsip metafizik kerana dianggap berunsur emosi dan sentimen seseorang; hujah.ayat moral, agama, estetika yang preskriptif dianggap tidak mempunyai nilai kebenaran dari segi logik dan juga bersifat subjektif (cita rasa dan perasaan)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Bertrand Russell (1872-1970)

    Dlm karya beliau, Principia Mathematica, Russell dan Alfred North Whitehead matematik dikategorikan sebagai ilmu yang semata-mata logikal (tiada nilai)

    Falsafah Russell memberi tumpuan kpd pernyataan bersyarat (conditional) Jika A, maka B

    Russell berpendapat bahasa juga mengikut struktur matematik (disjungsi, konjungsi, negasi)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ludwig Wittgenstein (1889-1951)

    Dlm karya beliau, Tractatus Logico-Philosophicus (1922) sains tabii/ tulen merupakan sumber proposisi benar dan juga sumber utama kpd sesuatu fakta. Oleh itu, falsafah tidak dianggap sbg ilmu yang mendapatkan kebenaran tetapi lebih merupakan proses/kaedah untuk menjelaskan kekaburan idea dan konsep

    Ahli falsafah perlu menumpukan nilai kebenaran sesuatu pernyataan/proposisi berkaitan sesuatu data/fakta drp mengesahkan data/fakta itu sendiri

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Golongan Vienna Circle dan Berlin CirclePrinsip falsafah berteraskan sains (Postivism/Empiricism)

    Berpegang kpd prinsip bahawa semua pernyataan/proposisi disahkan melalui logik deduktif atau induktif ( analytic, a priori, synthetic)

    Logik deduktik, apriori matematik; logik induktif dan synthetic sains tulen

    Cth. Ayat analitik Semua bapa adalah lelaki(necessarily true)Cth ayat synthetic Semua bapa pekerja pejabat (not necessarily true)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Menolak prinsip falsafah tradisional tentang metafizik, aksiologi dan kaedah spekulasi kerana tidak dapat dibukitkan dgn tepat melalui sains dan logik

    Falsafah Analitik tidak mengemukan apa-apa pemikiran tentang alam, ilmu, nilai kerana tugas falsafah ini hanya penjelasan makna melalui analisis bahasa, saintifik dan logik

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Prinsip Pendidikan Falsafah AnalitikMazhab falsafah yang baru tidak mengemukakan pandangan tentang metafizik, epis dan aksiologi. Sebaliknya hanya menumpukan kepada fungsi analtik iaitu menjelaskan makna istilah dan pernyataan berhubung dgn pendidikan

    Tidak mengemukankan ism atau ideologi baru

    Menumpukan kpd penjelasan makna istilah dan konsep pendidikan melalui penggunaan bahasa secara sistematis

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Matlamat Pendidikan menjelaskan maksud konsep dan bagaimana sesuatu konsep dikaitkan dgn pendidikan. Cth. Mempelajari bagaimana X berbeza dgn mempelajari bahawa X

    Analisis konsep pendidikan oleh R.S Peters contoh fungsi falsafah ini

    Kurikulum menekankan prinsip epistemologi struktur ilmu; makna setiap disiplin ilmu; kaitan antara ilmu yang pelbagai struktur; perbezaan maksud fakta. konsep; teori dan nilai dalam ilmu

    Tokoh R.S Peters; Israel Scheffler; Gilbert Ryle

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Falsafah Holistik (Integratif, Bersepadu)Tokoh seperti Frtijof Capra pengarang buku, The Tao of Physics; David Bohm, John Miller dan David Peat

    Berpusat di Ontario, Kanada; prinsip holistik telah wujud pada era progresif (Montessorie, Pestalozzi dan Froebel) yang melihat aspek lain dalam diri individu perlu disepadukan (intelek, emosi, rohani dan jasmani)

    Manusia sbg sebahagian drp alam jagat; konsep keseimbangan; konsep potensi

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ilmu bukan bersifat terpisah (atomistic) tetapi boleh diintegrasikan

    Nila melibatkan emosi, rohani, intuisi, imajinasi individu

    Menekankan konsep berikut:

    - realiti saling kaitan (interconnected reality)- perspektif menyeluruh tentang alam jagat ddan manusia (principle of wholeness)

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • nilai kasih sayang sesama manusia; keadilan, kesamaan peluang; kerjasama

    - ilmu pengetahuan yang multi-disciplinary; inter-disciplinary- globalisasi- systems thinking - kurikulum bersepadu/integratif

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Ecosystem ContextTime ContextSymbolicContextWhat does it mean to be human?How do humans know?What is our relationship to the planetary system?Where did we come from, and where are we goingWhere did we come from, and where are we going?Who am I?Subjective Context

    Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

  • Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail