fce 3400 teknologi pendidikan perincian · pdf filemenggunakan papan tulis atau lain-lain...
TRANSCRIPT
FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN
SENARIO (BOLEH SESUAIKAN IKUT PROGRAM PELAJAR)
Anda merupakan seorang guru baru di sebuah sekolah yang terpencil, tetapi mempunyai
segala kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon dan air. Majoriti pelajar berasal
daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Pengetua sekolah memaklumkan
kepada anda bahawa para pelajar agak kurang berminat dengan mata pelajaran yg anda
ajari . Pencapaian para pelajar untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan juga
amat mengecewakan, yang mana peratus calon yang lulus tidak sampai 50%. Justeru,
anda sebagai seorang guru yang amat berdedikasi dalam mendidik anak bangsa,
mengambil keputusan untuk berusaha menarik minat serta memupuk perasaan sukakan
mata pelajaran tersebut melalui penggunaan pelbagai media pengajaran dalam bilik
darjah. Antara media pengajaran yang anda rasakan paling sesuai digunakan ialah bahan
pameran, bahan manipulatif dan Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK).
TUGASAN
Berdasarkan senario di atas, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu rancangan
pengajaran lengkap yang mengintegrasikan penggunaan sekurang-kurangnya tiga jenis
media pengajaran iaitu (i) bahan pameran, (ii) bahan manipulatif dan (iii) Pakej
Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK). Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan
satu sesi pengajaran selama 15 – 20 minit yang mengintegrasikan 3 jenis media
pengajaran yang dihasilkan. Pengajaran ini perlu dirakam dalam bentuk CD dan dihantar
sebagai sebahagian daripada tugasan. Semasa pembentangan kumpulan anda boleh juga
menggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. Semua
tugasan (bahan pameran, bahan manipulatif & PPBK) perlu dihantar secara serentak pada
masa yang ditetapkan (pada minggu ke 12).
Selain itu, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu laporan berkaitan tugasan projek
integrasi teknologi berdasarkan format yang disediakan.
PERINCIAN PENILAIAN TUGASAN PROJEK INTEGRASI TEKNOLOGI
1. Rancangan pengajaran (5%)
2. Bahan pameran (10%)
3. Bahan manipulatif (10%)
4. PPBK (15%)
5. Pembentangan projek (10%) (CD)
6. Laporan Projek Integrasi Teknologi (10%)
2
1. Rancangan Pengajaran (5%)
Konsep
Menyediakan satu rancangan pengajaran lengkap yang mengintegrasikan penggunaan
sekurang-kurangnya tiga jenis media pengajaran iaitu bahan pameran, bahan
manipulatif dan PPBK. Rancangan pengajaran ini meliputi aspek-aspek induksi set,
perkembangan, kesimpulan dan penutup.
Syarat
(i) Mata pelajaran serta topik yang dipilih adalah berdasarkan major atau minor
ahli kumpulan.
(ii) Kumpulan sasaran dan hasil pembelajaran dinyatakan dengan jelas.
(iii) Jenis media pengajaran yang diintegrasikan dinyatakan.
(iv) Guna format rancangan pengajaran yang diberikan.
(v) Ditaip guna fon 12, Times New Roman, format Landscape.
(vi) Maklumat ahli kumpulan dinyatakan pada muka surat hadapan
a. Nama, nombor matrik, semester dan program pengajian
b. Kumpulan amali
(vii) Rancangan pengajaran dipersembahkan pada waktu amali yang ditetapkan.
2. Bahan Pameran (10%)
Konsep
Menyediakan satu bahan pameran yang akan digunakan sebagai salah satu media
pengajaran dalam pengajaran anda. Bahan pameran ini mengandungi elemen visual
(yang sebahagian besarnya terdiri daripada gambar foto) dan teks. Anda boleh
memilih untuk menghasilkan sebuah CARTA atau BUKU SKRAP.
Syarat Bagi Carta
(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan sekeping carta atau poster menurut
syarat-syarat yang ditetapkan.
(ii) Carta perlu disediakan di atas mounting board berukuran lebih kurang 75 cm
x 50.5 cm. Saiz ini boleh diubah jika ia dikehendaki oleh objektif pengajaran
anda. Anda juga bebas memilih format membujur atau menegak. Anda juga
dibenarkan untuk membentuk carta anda dalam bentuk lain seperti tiga segi,
bulat, bujur dan sebagainya.
(iii) Tajuk carta adalah berkaitan dengan topik pengajaran yang diajar.
(iv) Gambar foto menjadi bahan utama penghasilan carta atau poster ini. Anda
boleh menggunakan kamera SLR atau kamera jenis lain spt, digital, compact
atau Polaroid bagi menghasilkan visual tertentu.
(v) Tampalkan maklumat kumpulan anda pada bahagian belakang carta.
(vi) Hantar carta pada waktu amali yang ditetapkan.
3
Syarat Bagi Buku Skrap
(i) Unsur penceritaan, penerangan, prosidur atau lain-lain boleh digunakan dalam
pembinaan buku skrap.
(ii) Sediakan 10 muka surat saiz A4. Ini tidak termasuk kulit depan dan belakang,
isi kandungan dan maklumat kumpulan anda.
(iii) Semua syarat lain sama dengan carta.
Penilaian
Carta atau buku skrap berdasarkan:
1. Kesesuaian dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah).
2. Kualiti visual (4 markah).
3. Penggunaan carta/ buku skrap dalam pengajaran (3 markah).
3. Bahan manipulatif (10%)
Konsep
Menyediakan bahan manipulatif (contoh transparensi) yang sesuai sebagai salah
satu media pengajaran dalam pengajaran anda di bilik darjah. Bahan tersebut perlu
ditayangkan menggunakan projektor overhead/ IEE scanner. Penyediaan dan teknik
persembahan bergantung kepada keperluan pengajaran anda.
Syarat
(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan satu bahan manipulatif yang boleh
digunakan untuk pengajaran di bilik darjah.
(ii) Bahan manipulatif yang digunakan adalah berkaitan dengan tajuk pengajaran
yang diajar.
(iii) Nyatakan maklumat ahli kumpulan.
(iv) Hantar tugasan pada waktu amali yang ditetapkan.
Penilaian
Bahan manipulatif:
1. Kesesuaianya dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah)
2. Kualiti visual (4 markah)
3. Penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran (3 markah)
4
4. Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (15%)
Konsep
Menyediakan Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK) menggunakan
perisian persembahan seperti PowerPoint. Pakej perlu mengandungi manual
penggguna yang mengandungi maklumat seperti objektif pengajaran, deskripsi
kumpulan sasaran, sinopsis, arahan-arahan khusus menggunakan pakej, cadangan
aktiviti pembelajaran dan aktiviti susulan.
Syarat
(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan PPBK menurut syarat-syarat yang
ditetapkan.
(ii) Tajuk slaid mesti mempunyai perkaitan dengan tajuk pengajaran anda.
(iii) 15 slaid yang lengkap dengan kesan bunyi, rakaman suara (penceritaan) dan
lain-lain kesan (effect) yang sesuai.
(iv) Majoriti imej untuk slaid dihasilkan sendiri menggunakan kamera digital.
(v) Kad cerita.
(vi) Manual Panduan Pengguna.
(vii) Hantar dan persembah tugasan PPBK pada waktu amali yang ditetapkan.
Penilaian
PPBK berdasarkan:
1. Kesesuaian dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah)
2. Kualiti visual dan audio (5 markah)
3. Penggunaan PPBK dalam pengajaran (5 markah)
4. Penghantaran bahan - Slaid lengkap dalam CD, kad cerita, Manual Panduan
Pengguna. (2 markah)
5. Pembentangan Projek (10%) (Rakaman video dalam bentuk CD)
Penilaian pembentangan berdasarkan:
1. Isi pengajaran (2 markah)
2. Gaya persembahan (3 markah)
3. Integrasi media pengajaran (5 markah)
5
(B) LAPORAN PROJEK INTEGRASI MEDIA PENGAJARAN (10%)
Setiap kumpulan diperlukan menulis satu laporan berkaitan dengan pelaksanaan tugasan
projek integrasi media pengajaran daripada pelbagai aspek khususnya (a) proses
perancangan dan pelaksanaan, (b) tarikh serta keputusan mesyuarat, (c) pengagihan kerja
bagi setiap ahli kumpulan, (d) masalah yang dihadapi serta penyelesaian, (e) refleksi dan
(f) kesimpulan.
Format Laporan
1. Fon 12 Times New Roman, double spacing
2. Panjang laporan maksimum 10 muka surat (tidak termasuk muka surat hadapan)
3. Muka surat hadapan - sertakan nama ketua serta ahli kumpulan, no. matrik dan
program
- daftar isi kandungan & muka surat
4. Hantar pada waktu amali yang ditetapkan
Penilaian laporan berdasarkan:
1. Isi Laporan (5 markah)
2. Organisasi Laporan (2 markah)
3. Kerja Berpasukan (3 markah)