falsafah dan sains

5
Falsafah dan Sains PENDAHULUAN Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah turut membahagikan falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu epistemologi juga metafizika yang merangkumi ilmu ontologi, kosmologi, teologi metafizik dan antropologi. Selain itu, logika, etika, estetika dan falsafah tentang pelbagai disiplin ilmu juga adalah cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah. Dalam mencari hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. Terlebih dahulu dapat disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan salah satu bidang yang muncul berlandaskan kepada falsafah kerana falsafah adalah bersifat menyeluruh dalam kajiannya. Teori-teori dalam cabang ilmu falsafah iaitu epistemologi seperti teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realisme membantu menyelesaikan persoalan sains. Dalam huraian selanjutnya, akan dijelaskan sejauh mana hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. FALSAFAH Definisi Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada perkataan arab. Menurut Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada zaman Tamadun Islam perkataan arab tersebut berasal daripada perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan frasa ‘philo’ dan ‘sophia’.

Upload: david-reese

Post on 17-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

falsafah

TRANSCRIPT

Falsafah dan SainsPENDAHULUAN

Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah turut membahagikan falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu epistemologi juga metafizika yang merangkumi ilmu ontologi, kosmologi, teologi metafizik dan antropologi. Selain itu, logika, etika, estetika dan falsafah tentang pelbagai disiplin ilmu juga adalah cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah.

Dalam mencari hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. Terlebih dahulu dapat disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan salah satu bidang yang muncul berlandaskan kepada falsafah kerana falsafah adalah bersifat menyeluruh dalam kajiannya.

Teori-teori dalam cabang ilmu falsafah iaitu epistemologi seperti teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realisme membantu menyelesaikan persoalan sains. Dalam huraian selanjutnya, akan dijelaskan sejauh mana hubungan antara falsafah dengan ilmu sains.

FALSAFAH

Definisi

Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan falsafah berasal daripada perkataan arab. Menurut Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada zaman Tamadun Islam perkataan arab tersebut berasal daripada perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan frasa philo dan sophia. Philosophia bermakna hasil kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebenaran, atau ilmu kecitaan kepada hikmah.

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell (1946), falsafah adalah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains, Hal ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala melalui pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

E. D. Miller dalam bukunya Question That Matter (1984), mendefinisikan falsafah sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni malahan juga mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab dan asas-asas yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada.

Pada zaman Tamadun Islam, Al-Farabi (870-950) menegaskan falsafah sebagai ilmu mengenai kewujudan, yang tidak bercangggah dengan agama bahkan sama-sama memuja kepada kebenaran, yang bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa. Ibnu Rusyd (1126-1198) mendefinisikan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha pencipta segala ciptaan.

Cabang-Cabang Ilmu Falsafah

The World University Encyclopedia membahagikan falsafah kepada beberapa cabang-cabang ilmu seperti sejarah falsafah, metafizika, epistemologi, logika, etika dan estetika. Selain itu, falsafah juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu falsafah sistematik dan sejarah falsafah.

Falsafah sistematik adalah bertujuan untuk membentuk dan memberikan landasan kepada pemikiran. Dalam bahagian ini meliputi gagasan ilmu berbentuk logik, metodologi, epistemologi, falsafah ilmu, etika, estetika, metafizika, teologi iaitu falsafah ketuhanan, falsafah manusia dan kelompok falsafah khusus seperti falsafah sejarah, hokum, komunikasi dan sebagainya.

Manakala sejarah falsafah adalah merupakan bahagian yang berusaha meninjau pemikiran falsafah sepanjang masa. Sejak dari zaman kuno sehingga zaman moden, bahagian ini meliputi sejarah falsafah Yunani atau Barat, India, Cina dan juga sejarah falsafah Islam. Pada zaman Tamadun Islam, ahli falsafah Islam seperti Al-Kindi dan Al-Farabi masing-masing mempunyai pendapat berbeza dalam pembahagian cabang falsafah.

Al-Kindi (796-873) telah membahagikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik yang merupakan peringkat terendah, sains matematik yang berkedudukan peringkat pertengahan dan yang terakhir sains ketuhanan yang merupakan peringkat tertinggi. Manakala Al-Farabi (870-950) membahagikan falsafah kepada dua cabang iaitu teori dan amali. Teori meliputi matematik, fizik dan metafizik manakala amali merangkumi ilmu akhlak atau etik.

Disamping itu, jika diperhatikan kebanyakan ahli falsafah dan tampak di dalam penulisan-penulisan mengenai falsafah sering kali membahagikan falsafah kepada lima cabang utama iaitu logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Pembahagian yang dibuat jelas tampakkan cabang falsafah dari pelbagai sudut.

Logik, adalah cabang falsafah yang menyelidik tentang pemikiran manusia. Logik adalah merupakan asa-asas yang menentukan pemikiran yang lurus, tepat dan sihat. Dengan mempelajari kaedah-kaedah logik diharapkan dapat menerapkan asas sehingga dapat membuat kesimpulan dengan tepat. Dalam pengertian yang sempit, logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi, kaedah-kaedah pembuktian dan juga kaedah demonstrasi.

Epistemologi, adalah bahagian falsafah yang membicarakan tentang terjadinya pengetahuan, sumber pengetahuan, bermulanya pengetahuan, batasan, sifat, metod dan kesahihan terhadap pengetahuan. Dalam membuat penyelesaian terhadap masalah berkenaan ilmu sains, epistemologi mengemukakan beberapa teori iaitu teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realism.

Metafizik, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang yang wujud atau membicarakan sesuatu di sebaliknya. Persoalan metafizik dibezakan menjadi tiga iaitu ontologi, kosmologi dan antropologi. Dalam bidang ilmu sains, metafizik menggunakan bahasa untuk menerangkan gambaran tentang struktur bahan yang dikaji. Teori ini penting dalam menerangkan ujikaji sains.

Etika, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku atau perbuatan manusia dalam hubungannya yang baik atau buruk manakala estetika pula adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang keindahan.

Walaupun banyak perbezaan pendapat mengenai pembahagian cabang ilmu falsafah. Namun begitu, kebanyakan ahli falsafah dan di dalam penulisan-penulisan mengenai ilmu falsafah, kebanyakannya membahagikan cabang falsafah kepada logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Jika diperhatikan, Cabang-cabang ilmu falsafah ini banyak membantu kepada penyelesaian masalah sains.

Ciri-Ciri Falsafah

Menurut Drs. Suyadi MP dan Drs. Sri Suprapto Widodonongrat cirri-ciri falsafah adalah menyeluruh, mendasar dan spekulatif. Manakala Sunoto menyebutkan ciri-cirinya adalah deskriptif, kritikal atau analitikal, evaluatif atau normatif, spekulatif dan sistematik.