faktor yang menyumbang kepada situasi di atas ialah kelas sosial

14
Faktor yang menyumbang kepada situasi di atas ialah kelas sosial. Masyarakat merupakan satu kelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Namun begitu, terdapat perbezaan dari segi kelas sosial dalam kalangan mereka. Hal ini dapat dilihat terdapat masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, kesederhanaan dan kemewahan. Berdasarkan situasi diatas yang telah diberi, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa lapisan sosial, namun golongan yang majoriti berada pada kelas rendah dan sederhana serta golongan minoriti ialah golongan tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila separuh daripada murid berada di garis kemiskinan. Bagi pendapat saya, kanak-kanak yang datang dari golongan kelas rendah sukar untuk mendapat pendidikan yang tinggi disebabkan oleh ibu bapa mereka memberi nilai yang rendah terhadap pendidikan anak mereka. Menurut Hyman (1954) berpendapat bahawa kelas rendah mempunyai nilai dan kepercayaan yang boleh melemahkan ‘semua daya bertindak yang dapat memperbaiki kedudukan rendah mereka’. Namun, kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang berada mampu untuk mendapatkan pendidikan yang lebih daripada kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang agak susah. Hal ini kerana keluarga mereka mampu untuk memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka seperti menghantar mereka ke kelas-kelas tambahan atau mengupah guru untuk hadir ke rumah bagi mengajar anak-anak mereka ini. Menurut Maslow, keperluan yang asas yang perlu dipernuhi ialah keperluan fisiologi iaitu makan, minum, udara, tempat tinggal dan berkumuh. Murid yang berada di garis kemiskinan ini juga akan kekurangan dalam memenuhi keperluan asas.Mereka tidak dapat makan – makanan khasiat dan tempat tinggal yang tidak selesa.Hal ini kerana, keluarga mereka tidak mampu untuk menyediakan makanan yang

Upload: shalini-n-shalu

Post on 15-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gud luck

TRANSCRIPT

Faktor yang menyumbang kepada situasi di atas ialah kelas sosial. Masyarakat merupakan satu kelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Namun begitu, terdapat perbezaan dari segi kelas sosial dalam kalangan mereka. Hal ini dapat dilihat terdapat masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, kesederhanaan dan kemewahan. Berdasarkan situasi diatas yang telah diberi, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa lapisan sosial, namun golongan yang majoriti berada pada kelas rendah dan sederhana serta golongan minoriti ialah golongan tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila separuh daripada murid berada di garis kemiskinan. Bagi pendapat saya, kanak-kanak yang datang dari golongan kelas rendah sukar untuk mendapat pendidikan yang tinggi disebabkan oleh ibu bapa mereka memberi nilai yang rendah terhadap pendidikan anak mereka. Menurut Hyman (1954) berpendapat bahawa kelas rendah mempunyai nilai dan kepercayaan yang boleh melemahkan semua daya bertindak yang dapat memperbaiki kedudukan rendah mereka. Namun, kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang berada mampu untuk mendapatkan pendidikan yang lebih daripada kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang agak susah. Hal ini kerana keluarga mereka mampu untuk memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka seperti menghantar mereka ke kelas-kelas tambahan atau mengupah guru untuk hadir ke rumah bagi mengajar anak-anak mereka ini. Menurut Maslow, keperluan yang asas yang perlu dipernuhi ialah keperluan fisiologi iaitu makan, minum, udara, tempat tinggal dan berkumuh. Murid yang berada di garis kemiskinan ini juga akan kekurangan dalam memenuhi keperluan asas.Mereka tidak dapat makan makanan khasiat dan tempat tinggal yang tidak selesa.Hal ini kerana, keluarga mereka tidak mampu untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan tempat tinggal yang baik untuk anak mereka. Manakala kanak-kanak dari keluarga yang berada juga disediakan dengan kelengkapan belajar yang mencukupi dan lebih selesa berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga yang susah. Suasana pembelajaran kanak-kanak dari keluarga berada ini juga lebih selesa daripada keluarga yang agak susah.Kesihatan mereka akan terjamin dan mereka akan mendapat makanan tambahan untuk kecerdasan otak yang mungkin tidak dapat diperolehi oleh murid berpendapatan rendah Hasil daripada kemudahan dan keperluan yang mencukupi ini, kanak-kanak daripada keluarga yang berada mudah untuk mencapai prestasi yang memberangsangkan dan sering berada di kelas teratas bagi murid yang mempunyai taraf hidup yang baik.Kelas sosial ini bukan sahaja memberi kesan kepada akademik. Ia juga memberi kesan terhadap emosi murid. Berdasarkan situasi diatas,muridmurid miskin dapat Rancangan Pemakanan Tambahan(RMT).Bagi pendapat saya, muridmurid yang mendapat RMT, setiap minggu akan makan makanan yang sama sahaja mengikut jadual yang disediakan, manakala murid murid kaya akan makan pelbagai jenis makanan.Murid miskin juga ingin untuk makan makanan seperti kawankawannya tetapi tidak mampu.Hal ini akan mengganggu emosi murid seperti sedih dan kecewa. Faktor yang lain ialah dari aspek bangsa.Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Apabila membincangkan bangsa, kita juga tidak terlepas daripada aspek kaum. Berdasarkan situasi di atas, sekolah itu terdiri daripada pelbagai kaum.Jika dilihat dalam sesebuah kelas yang mempunyai kepelbagaian kaum akan ada kaum minoriti yang terdapat dalam kelas tersebut. Sering kali kaum minoriti ini sering dipinggirkan oleh murid-murid yang lain disebabkan oleh jumlah mereka yang sedikit di dalam kelas tersebut. Sebagai contoh, dalam sesebuah kelas yang mempunyai kaum Melayu majoritinya serta kaum India minoriti akan dapat dilihat murid-murid yang majoriti akan meminggirkan murid-murid kaum minoriti. Hal ini disebabkan oleh kesedaran tentang pergaulan antara kaum belum diterapkan dalam diri murid-murid. Kesannya, akan menyebabkan murid-murid kaum minoriti malu untuk bertanya di dalam kelas, kurang menonjol, kurang melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekali gus membawa kepada semangat yang rendah untuk belajar. Murid di sekolah tersebut bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum ,mereka juga datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Perkara ini menggambar bahawa sekolah ini mempunyai pelbagai adat,kepercayaan dan budaya yang berbeza.Walaupun,mereka merupakan satu kaum yang sama tetapi adat dan cara hidup yang mereka amalkan di tempat asal mereka mungkin berbeza dengan suasana sekolah tersebut. Kemungkinan besar, mereka akan mengalami kejutan budaya kerana mereka terpaksa melalui perkara yang baru yang mungkin berbeza.Murid yang datang dari tempat yang lain mungkin berasa tidak selesa dengan amalan di sekolah tersebut kerana pada usia kanak kanak,mereka tidak dapat memahami sesuatu perbezaan sosiobudaya secara mendalam.Faktor yang menyumbang kepada berlakunya senario di atas. Antaranya ialah murid-murid itu lebih senang dengan kelompok mereka sendiri. Pengkajian terhadap kelompok melibatkan tiga perkara utama : kefahaman tentang kelompok, tingkah laku kelompok dan tingkah laku kolektif. Shaw (1981) mendefinisikan kelompok sebagai dua atau lebih individu berinteraksi antara satu sama lain dan setiap individu itu saling mempengaruhi. Usaha terakhir kelompok itu adalah mencapai matlamat yang sama. Setiap kelompok murid-murid ini mempunyai agama dan budaya masing-masing tersendiri. Sebagai contoh, bangsa Melayu beragama Islam dan berpakaian baju kurung atau baju Melayu. Bagi bangsa Cina, agama mereka agam Buddha dan memakai cheongsam. Disebabkan persamaan agama dan budaya dalam setiap kelompok ini, mereka lebih senang untuk berkongsi sebarang cerita mahupun pengalaman dalam kelompok mereka sendiri. Keserasian dapat dirasakan apabila berkongsi atau bercerita dengan kelompok sendiri berbanding dengan kelompok lain yang mempunyai agama dan budaya yang berlainan.Faktor yang lain ialah bahasa komunikasi yang digunakan oleh setiap kelompok berbeza-beza. Setiap bangsa mempunyai bahasa ibunda masing-masing dan kebiasaannya bahasa ibunda inilah yang lebih disenangi untuk digunakan bagi menyampaikan maklumat. Hal ini dapat dilihat di senario di atas iaitu kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek masing - masing.Sebagai contoh, kaum Melayu menggunakan bahasa Melayu, kaum India menggunakan bahasa Tamil dan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin atau Kantonis. Bukan itu sahaja, malah kaum lain seperti orang asli, kaum Iban, kaum Kadazan dan kaum-kaum minoroti yang lain juga mempunyai bahasa ibunda masing-masing untuk digunakan bagi menyampaikan maklumat antara mereka. Persamaan bahasa untuk menyampaikan maklumat akan lebih berkesan, selesa dan mudah difahami. Oleh sebab itu, setiap murid lebih cenderung untuk bergaul dalam kelompok masing-masing. Antara permasalahan yang berlaku apabila komunikasi antara kelompok yang berbeza berlaku ialah salah faham terhadap maklumat yang disampaikan.Di Malaysia, kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun, bagi murid-murid dari kaum lain selain kaum Melayu agak sukar untuk menggunakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika mereka kurang pendedahan atau baharu mempelajari bahasa Melayu. Jadi, apabila komunikasi berlaku antara murid kaum Melayu dan murid kaum Cina contohnya, kemungkinan salah faham maklumat yang disampaikan akan berlaku. Disebabkan itulah murid-murid ini lebih selesa untuk menyampaikan maklumat atau bergaul sesama kelompok mereka sendiri.Faktor persekitaran juga boleh menjadi punca kepada berlakunya senario tersebut. Kawasan tempat tinggal murid-murid yang tidak bercampur dengan kaum lain membawa pengaruh kepada berlakunya pergaulan dengan kelompok masing-masing sahaja. Dari kecil lagi murid-murid ini hanya bermain dengan kanak-kanak yang sekelompok dengan mereka. Sebagai contoh, dapat dilihat di kawasan yang perumahan yang diduduki oleh kaum Cina majoritinya, kanak-kanak kecil sering bermain bersama-sama. Apabila dari kecil lagi mereka hanya dikelilingi oleh kaum mereka sahaja, pergaulan dengan kaum lain sukar untuk diwujudkan. Malah, sekiranya ada jiran baharu berlainan kaum yang berpindah ke kawasan itu, akan mengambil masa untuk anak-anak mereka bermain bersama-sama.Murid-murid kurang bergaul dengan kelompok lain juga dapat dikaitkan dengan kurangnya pendedahan bergaul dengan kaum yang berbeza terutamanya dari pihak ibu bapa. Sejak dari kecil lagi mereka tidak didedahkan atau dilarang dengan pergaulan antara kaum yang berbeza. Antara punca terjadinya perkara ini kerana pemikiran ibu bapa yang bersifat perkauman. Pemikiran seperti ini telah mewujudkan satu jurang interaksi yang besar dalam kalangan anak-anak dengan bangsa yang lain seterusnya terbawa-bawa pemikiran seperti ini sehingga ke sekolah. Mereka tidak mendorong anak-anak untuk melibatkan diri dengan aktiviti jika terdapat aktiviti yang melibatkan bangsa lain. Lantaran itu, anak-anak hanya bergaul dalam kelompok masing-masing sahaja dan jarang bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa.Hal ini mungkin dapat dikaitkan dengan kejadian 13 Mei 1969 yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Namun, sehingga kini peristiwa tersebut masih memberi kesan sehingga ke hari ini. walaupun begitu, perkara ini mungkin hanya terjadi hanya pada segelintir masyarakat yang masih tidak berfikiran terbuka.Faktor yang seterusnya mungkin menjadi penyebab masalah ini berlaku adalah kerana faktor latar belakang keluarga murid-murid itu sendiri. Pada kebiasaannya, masyarakat dipinggir bandar berkerja dibandar atau berkerja di kilangkilang industri.Mereka terpaksa berkerja kuat sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan anak anaknya.Hal ini kerana, barang barang keperluan asas dan tempat tinggal serta pengangkutan mahal kerana berhampiran dengan bandar. Berdasarkan senario yang diberi, ada juga murid yang mempunyai ibu tunggal yang terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka dan hanya dapat berjumpa pada hujung minggu sahaja dan kedua dua ibu bapa juga terpaksa berkerja untuk mencari rezeki kepada anak anaknya.Hal ini menyebabkan, murid tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya.Ia menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dan percaya kepada orang lain.Selain itu, anak - anak kepada ibu bapa yang berkerja,mereka terpaksa meminta orang lain untuk menjaga anaknya, terutamanya nenek dan datuk kepada anak tersebut. Apabila anak anaknya membesarkan di bawah orang tua, mereka akan mengikuti bahasa yang digunakan nenek dan datuknya. Orang orang tua itu sendiri tidak dapat menguasai keduadua bahasa tersebut iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, maka anak anak di sana juga tidak dapat menguasai kedua dua bahasa tersebut. Oleh itu, murid murid juga berasa tidak perlu untuk belajar bahasa tersebut kerana mereka bertanggapan bahawa kedua dua bahasa itu tidak penting. Hal ini menyebabkan, mereka tidak berusaha untuk menguasai kedua dua bahasa tersebut.Selain itu, lokasi sekolah juga turut memberi kesan kepada senarion di atas. Sekolah yang terletak di kawasan pinggir bandar Sekolah yang terletak di luar bandar atau di kawasan pedalaman sukar untuk terdedah dengan kemajuan yang berada di bandar. Kemajuan yang berada di bandar hanya dipelajari di dalam silibus dan dapat melihat gambar sahaja. Malah, keperluan yang lengkap juga sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh keperluan tersebut hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan kos yang tinggi. Sekolah yang berada di luar bandar atau kawasan pedalaman tidak mempunyai dana yang tinggi seperti sekolah-sekolah di bandar. Jadi, pihak pentadbir sekolah-sekolah ini hanya mampu menyediakan kelengkapan atau keperluan yang termampu sahaja. Hal ini menyebabkan, murid-murid sekolah tersebut tidak dapat menggunakan sesuatu alatan itu dengan selesa. Mereka perlu berkongsi dan menggunakannya dengan berhati di bawah pantauan guru. Sebagai contoh, alatan atau perkakas di dalam makmal yang tidak mencukupi. Hal ini akan menyebabkan murid-murid perlu berkongsi menggunakan peralatan tersebut dan ini mungkin akan menyebabkan kemalangan akibat daripada perebutan peralatan yang sedikit. Jadi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan selesa dan lancar.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah diatas. Sebagai seorang guru juga hendaklah memberi layanan yang sama rata terhadap semua muridnya tanpa mengenal kaum atau budaya. Layanan yang sama rata akan memberikan persepsi yang positif terhadap guru tersebut walaupun bukan dari kelompok yang sama dengan murid-murid. Contoh yang baik dari guru ini akan membuka minda murid-murid ini bahawa kaum atau budaya yang berbeza tidak menjadi penghalang untuk mewujudkan hubungan yang baik. Malah layanan daripada guru yang sama rata juga sekali gus dapat meningkatkan motivasi dalaman murid-murid untuk belajar. Semangat untuk belajar yang diserapkan dalam diri murid-murid akan membuatkan murid-murid menolak faktor perkauman untuk belajar dan memperoleh ilmu itu bersama-sama.Peranan guru yang lain ialah mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan serta tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara. Sekiranya berlaku masalah tersebut, masalah sosial dalam pembelajaran akan berlaku seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga supaya guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya.Bukan itu sahaja, malah masalah dari aspek bahasa dan pertuturan juga boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Oleh itu guru perlu peka terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan dan meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Melalui kelas pemulihan juga dapat membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik untuk mengukuhkan lagi kemahiran pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan.Sebagai seorang guru, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru murid dapat mempelajari nilai-nilai yang mulia seperti saling menghormati antara kaum yang berbeza.Malah, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini akan mendekatkan jurang perkauman antara murid. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmoni sesama sendiri setelah murid-murid dewasa kelak. Mengenai hubungan yang harmoni, secara tidak langsung akan mewujudkan bilik darjah yang kondusif oleh guru tersebut. Hal ini juga menyumbang kepada kelancaran pengajaran dan pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Keadaan yang kondusif juga membuatkan murid lebih fokus dan bersedia untuk belajar.Selain itu, murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak- kanak bukan Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah mereka bersekolah. Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu bapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka pun tidak akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar bahasa ini di alam persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut bangsa, maka penguasaan bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika mereka digabungkan bersama murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya Satu Malaysia.Oleh itu, guru hendaklah bijak mengatur penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah yang melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara sekaligus turut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan dengan lancar.Jadi, penerapan nilai-nilai yang baik dan merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang. Malah, murid-murid juga akan menolak tepi faktor perkauman untuk belajar bersama-sama, melakukan aktiviti bersama-sama dan berjaya dengan cemerlang bersama-sama juga. Oleh itu, perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Melalui cara ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Aktiviti yang disusun dan dirangka dengan baik oleh guru harus dilakukan dan melibatkan penglibatan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Melalui aktiviti ini akan memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid untuk menjayakan tugasan yang diberikan oleh guru. Bukan itu sahaja, malah kerjasama yang ditunjukkan sangat baik antara sesama ahli kumpulan walaupun berlainan kaum. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik juga, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain. Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah. Selain itu,guru juga memastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kaum.Contohnya ,guru membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama.Guru juga perlu bijak memilihan bahan bantu mengajar yang sesuai.Bahan bantu mengajar tersebut mestilah jelas dan membutakan murid mudah faham.Contohnya, jika ingin mengajar tajuk bangsa yang terdapat di Malaysia,guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik murid untuk belajar dan mebuatkan mereka mudah untuk mengingati pada jangka masa yang panjang. Contohnya, menunjukkan gambar , video, audio dan lain lain lagi dengan menitik beratkan kesamaratan antara semuanya.Seterusnya,guru juga membentuk iklim kelas yang mesra budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan apa khabar, orang Melayu menyebut apa khabar, orang Cina menyebut ni hao ma dan orang India menyebut epadi irukinge.Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya,guru perlulah memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh kepada pelajardalam mewujudkan situasi atau persekitaran yang mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah yang boleh dipraktikan oleh guru ialah kaedahmembuat persembahanoleh pelajar. Dalan kes ini, pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru mengajar tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian tradisonal bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu baju kurung, orang Cina chong sam dan India sari.Di samping itu,guru mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina.Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran denganbudaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka.Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan.Selain itu,guru boleh menggunakan kaedah main. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum. Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.Seterunsya ialah guru perlulah menyediakan peraturan di bilik darjah.Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, murid tidak mematuhi peraturan, dia akan dapat hukuman seperti menderma 0.50 sen.Jika murid dapat mematuhi peraturan, guru akan memberi pujian dan ganjaran supaya murid sentiasa mematuhi arahan yang telah disediakan. Melalui peraturan ini,murid dapat .

Oleh itu, sebagai guru peranan yang dimainkan olehnya sangat penting dalam mencapai peluang pendidikan yang saksama terhadap semua murid. Guru lah yang menjadi tunjang utama kemudian dibantu oleh ibu bapa da masyarakat sekeliling. Tanpa kerjasama dariapada ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga peranan yang diamainkan oleh guru sukar untuk berjalan dengan baik.