faktor yang mempengaruhi keberkesanan pibg

Upload: hamdan-bin-taip

Post on 10-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan PIBG dalam memastikan permuafakatan antara sekolah dengan pihak luar ialah :1. PIBG Mesti ditubuhkan jawatankuasa dan didaftarkan. Jawatankuasa PIBG harus ditubuhkan sebagai institusi masyarakat. 1. Mewujudkan hubungan tiga hala antara Sekolah, PIBG dan komuniti untuk kebaikan kemenjadian murid dan prasarana sekolah.1. PIBG berperanan sebagai orang tengah antara pihak sekolah dengan syarikat swasta yang ingin menaja dan membantu sekolah. Syarikat swasta tersebut mesti ada kebenaran dari jabatan pendidikan negeri mesti bertujuan khidmat masyarakat. Rancangan yg ditaja mesti selaras dengan dasar kementerian pendidikan.1. PIBG mesti mementingkan prinsip asas menjalin hubungan menggunakan pendekatan :1. Smart partnership = Perkongsian pintar 1. Collaboration = Permuafakatan 1. Win-win situation = Sama-sama untung 1. Cooperation = Kerjasama1. PIBG mesti menggunakan strategi mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti seperti berikut :1. Melayan setiap orang dengan hormat dan digniti 1. Sentiasa cuba mendengar pandangan orang lain; jangan menyindir 1. Cuba lihat ciri-ciri yang baik pada orang lain1. Jadi seorang pendengar yang baik; jangan ganggu percakapan orang 1. Sedia menerima teguran yang membina1. Sedia berkongsi idea, kemahiran, pengalaman dan maklumat yang diperlukan 1. Perkatakan seseorang secara positif 1. Setia kepada orang lain1. Jangan pilih bulu, beri layanan yang sama kepada semua orang 1. Pimpin orang lain untuk perkembangan dan pembangunan mereka 1. Beri penghargaan secara jujur 1. Tegur kesilapan orang lain secara tidak langsung 1. Beri tumpuan kepada perhubungan bukan sahsiah orang 1. Lupakan perkara yang remeh-temeh 1. Mulakan dengan memberi penghargaan sekiranya terdapat kesilapan 1. Wujudkan suasana tolah ansur 1. Jangan bertelingkah; Tiada sesiapa yang akan menang dalam pertengkaran 1. Senyum adalah sedekah (pada yang sesuai)1. Sedia mengaku kesilapan 1. Jangan cepat marah dan hilang sabar

1. Penglibatan Ibu Bapa , Penyertaan penjaga penting dalam proses pendidikan anak-anak mereka agar untuk menggalakkan akademik dan kesejahteraan sosial (Wolfendale, 1983). penglibatan sekolah dimulakan dan diarahkan ibu bapa yang, di bawah keadaan yang optimum, berkembang ke dalam perkongsian rumah-sekolah berusaha ke arah yang dipersetujui bersama dengan matlamat perkongsian tanggungjawab yang menghasilkan pelajar yang positif / hasil anak (Christenson, 1995). Aktiviti-aktiviti penglibatan aktif di rumah, sekolah, dan masyarakat yang dimulakan dan disenggarakan oleh ibu bapa yang menyokong perkembangan sihat anak-anak mereka (ren) (Epstein, 1986, 1995).

1. PIBG perlu mengambil perhatian teori Epstein Model tentang bagaimana PIBG boleh berfungsi dengan baik sebagai sarana sokongan terhadap kecemerlangan sekolah iaitu :1. Keibubapaan - ibu bapa menyediakan keperluan asas: makanan, tempat tinggal, sokongan emosi 1. Berkomunikasi - kaedah yang membantu ibu bapa dan sekolah bersentuhan 1. Pembelajaran di Rumah - amalan rumah di mana ibu bapa berinteraksi, memantau, atau membantu kanak-kanak dalam aktiviti pelajaran yang berkaitan 1. sukarela dan / atau Menghadiri - ibu bapa akan datang ke dalam suasana sekolah sama ada bantuan atau sokongan 1. Membuat Keputusan - ibu bapa yang menyertai pertubuhan ibu bapa dan guru dan sekolah nasihat atau tadbir urus 1. Hubungan Komuniti - ibu bapa bekerjasama dengan masyarakat dan agensi-agensi lain untuk tujuan pelajaran pelajar

1. PIBG mesti mewujudkan perkongsian pintar dengan komuniti. Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti mesti atas dasar berikut iaitu :1. Mencapai matlamat atau objektif yang sama 1. Perlu ada hubungan yang mantap dan akrab1. Gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.1. PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan komuniti untuk mewujudkan sekolah yang selamat.

Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).