faktor psikolinguistik

Upload: manja-khani

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    1/8

    FAKTOR-FAKTOR PSIKOLINGUISTIK DALAM PENGUASAAN

    KEMAHIRAN MEMBACA

    AbstrakArtikel ini pada dasarnya ditulis untuk melihat hubung kait di antara disiplin psikolinguistik dan

    kemahiran membaca. Tumpuan diberikan kepada disiplin psikolinguistik serta faktor-faktoryang berkaitan yang mempengaruhi aspek penguasaan kemahiran membaca. Faktor-faktor

    utama yang diberi penekanan dalam penulisan ini ialah faktor fizikal, mental dan emosi.

    Pengenalan

    Ahli-ahli psikolinguistik berpendapat bahawa membaca yang sebenar adalah satu aktiviti yang

    bertujuan untuk mencari makna yang tersurat dan tersirat dalam teks atau petikan yang dibaca.Membaca dianggap sebagai satu proses psikolinguistik kerana apabila seseorang itu membaca

    sesuatu bahan bacaan, dia secara tidak langsung membentuk semula di dalam fikirannya erti atau

    maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis. Dalam proses ini, pembaca

    menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan dunianya untuk merumuskan erti perkataanatau ayat dengan melakukan intergrasi dan rekonstruksi. Dengan perkataan lain, proses membaca

    menggunakan struktur dalaman pembaca untuk menginterpretasikan struktur luaran. Fenomena

    ini ditegaskan oleh Goodman (1973):

    Reading is the receptive of written communication. In written language a message has been

    encoded by the writer in graphics symbols spatially distributed on the page. The reader does notmerely pass his eyes over written language and receive and record a stream of visual perceptual

    images. He must actively bring to bear his knowledge of language, his past experience, his

    conceptual attainments on the processing of language information encoded in the form of

    graphic symbols in order to decode the written language. Reading must therefore be regarded as

    an interaction between the reader and written language, through which the reader attempts toreconstruct message from the writer.

    Oleh yang demikian sebahagian besar daripada kecekapan membaca bergantung kepada

    kebolehan membuat inferensi yang sesuai dan kesimpulan yang munasabah. Makna yang ada

    dalam teks diperolehi oleh pembaca dengan memahami apa yang dinyatakan secara eksplisit danimplisit oleh pengarang serta mengaitkannya dengan apa yang sememangnya sudah ada hasil

    daripada pengetahuan latar pembaca itu sendiri. Pengetahuan latar ini wujud dan berkembang

    dengan adanya gabungan antara pengetahuan dan pengalaman dari dunia sekitar pembaca.

    Tegasnya, apa yang dimaksudkan dengan faktor-faktor psikolinguistik dalam proses membacaberkaitan dengan pengetahuan dan kesediaan pembaca serta latar belakangnya. Untuk

    menghuraikan faktor-faktor psikolinguistik dalam penguasaan kemahiran membaca, perkarapenting yang harus diberi perhatian ialah diri pembaca, terutamanya dari segi kesediaan fizikal,emosi dan mental kerana faktor-faktor ini terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran

    tersebut.

    Apakah Psikolinguistik?

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    2/8

    Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), psikolinguistik merupakan satu ilmu yang mencuba

    menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan ayat-ayat

    dan memahami ayat-ayat yang didengar pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itudiperoleh manusia.

    Smith pula mengatakan psikolinguistik sebagai A field of study that lies at the intersection of

    two broader disciplines, psychology and linguistics.

    Kamarudin Hj. Husin (1988), mengatakan bahawa psikolinguistik adalah sains interdisiplin yang

    lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains : psikologi dan linguistik. Istilah ini telahdicipta setelah adanya pertemuan-pertemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi

    dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungan di antara kedua-dua

    sains ini.

    Pada peringkat teoritis, tujuan utama psikolinguistik ialah mencari satu teori bahasa yang

    munasabah dan unggul dari segi linguistik dan psikologi yang mampu menerangkan hakikat

    bahasa dan pemerolehannya. Oleh itu psikolinguistik cuba menerangkan hakikat struktur bahasa

    dan bagaimana struktur ini diperolehi dan digunakan pada waktu bertutur dan memahami ayat-ayat (ujaran-ujaran) bahasa. Pada peringkat praktisnya, psikolinguistik cuba menerapkan

    pengetahuan linguistik dan psikologi dengan masalah seperti pengajaran dan pembelajaranbahasa, pengajaran permulaan dan pembacaan lanjutan, kedwibahasaan (bilingualism) dan

    multilingualism, penyakit bertutur seperti afaria, gagap dan sebagainya, komunikasi, pemikiran

    manusia, dialek-dialek, pidginisme dan kreolisasi dan masalah-masalah sosial lain yangmenyangkut bahasa seperti bahasa dan pendidikan, bahasa dan pembangunan nusa dan bangsa

    (Mangantar Simunjuntak,1987).

    Hubungan Psikolinguistik dan Kemahiran Bahasa

    Dalam aspek kemahiran membaca, kegiatan membaca dan memahami apa yang dibacamerupakan perkara yang penting bukan sahaja dalam pendidikan bahasa, bahkan juga dalam

    mata-mata pelajaran lain. Dalam proses membaca ini, seseorang murid itu bukanlah setakat

    membunyikan sebutan sesuatu perkataan atau ayat, tetapi dapat memahami apa yang disebut ataudibaca serta dapat bersama-sama mengikuti jalan fikiran seseorang pengarang. Pemahaman

    terhadap apa yang dibaca merupakan matlamat utama seseorang pembaca. Oleh yang demikian

    bacaan bukanlah satu respons kepada grafik semata-mata, sebaliknya ia meliputi kebolehan

    mendapatkan satu gambaran yang bermakna daripada idea-idea atau maklumat dalam bahanbacaan itu.

    Untuk memahami proses membaca, kita sebenarnya cuba memahami apakah yang dilakukanoleh pembaca apabila dia berusaha mendapatkan makna daripada sesuatu petikan atau bahan

    bacaan. Menurut psikolinguistik kognitif, proses membaca bermula dengan makna dan berakhir

    dengan makna pula (Mangantar Simanjuntak,1988). Pembaca terpaksa bergantung kepadapengetahuan dunianya untuk memberi makna kepada lambang-lambang tulisan yang dibacanya.

    Dengan demikian proses membaca menurut pandangan psikolinguistik kognitif merupakan satu

    proses dua hala. Hala yang pertama, iaitu hala dari lambang ke otak dan hala yang kedua ialah

    dari otak ke lambang tulisan. (ibid : 161). Sebenarnya, hala yang pertama itu hanyalah

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    3/8

    merupakan tanda saran (cue) belaka untuk membantu otak manusia melakukan tugasnya, iaitu

    meramal, mentafsirkan secara tentatif dan kemudian memastikan kata-kata dalam kalimat yang

    dibaca dengan pertolongan erti yang dikerahkan oleh otak berdasarkan sintaksis dan kontekskata-kata itu. Menurut fahaman psikolinguistik, membaca adalah proses psikolinguistik yang

    berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula di dalam fikirannya (otaknya) erti yang

    mungkin ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yangdibaca oleh pembaca tadi. Menurut pengertian ini seseorang harus segera menarik erti daripada

    teks dengan pertolongan yang minimum daripada tanda saran yang didapati daripada lambang-

    lambang bertulis dalam teks itu tanpa membunyikan kata-katanya satu persatu. Dengandemikian, jelaslah bahawa tujuan utama membaca ialah untuk mendapatkan erti yang

    sebenarnya. Tanda saran daripada huruf atau kalimat bertulis inilah yang merangsangkan otak

    untuk meramalkan erti dan seterusnya merumuskan erti yang sebenarnya dengan melakukan

    integrasi dan rekonstruksi.

    Berdasarkan keterangan di atas didapati bahawa membaca mempunyai hubungan yang erat

    dengan disiplin psikolinguistik. Kedua-duanya saling berhubung kait kerana setiap kali

    seseorang melakukan kegiatan membaca, secara tidak langsung dia melibatkan dirinya denganfaktor-faktor psikolinguistik. Pemahaman terhadap apa yang dibaca berkait rapat dengan

    pengetahuan latarnya yang merangkumi segala pengalaman hidup serta kecekapan berbahasa.Teori-teori psikolinguistik menyatakan bahawa bacaan itu adalah satu proses pemikiran yang

    menumpukan kepada usaha untuk mencari pemahaman dengan menggunakan berbagai-bagai

    pengetahuan dan kemahiran untuk membaca dan memahami petikan yang dibacanya. Sambil diamembaca dan mengikuti unit-unit pemikiran atau makna, dia mencuba menelaah atau

    meramalkan akan unit-unit bacaan yang seterusnya (Abdul Aziz Abdul Talib,1984 ).

    Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran MembacaSeperti yang telah dibincangkan, faktor-faktor psikolinguistik yang mempengaruhi kemahiran

    membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca dan pengetahuan latarnya. Untuk itu,

    perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor yang terlibat secara langsung dalam penguasaankemahiran membaca.

    Faktor Fizikal

    Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh mempengaruhi

    kebolehan membaca kanak-kanak. Kesihatan fizikal amat penting dalam menentukan kebolehandan kecekapan seseorang kanak-kanak itu belajar membaca. Sekiranya kanak-kanak itu

    mengalami masalah kecacatan fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan, maka sudah

    pasti keadaan itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh yangdemikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan bertutur secara normal

    membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.

    Dengan memiliki penglihatan yang baik, seseorang kanak-kanak dapat mengamati sesuatu

    dengan jelas. Lebih penting lagi ialah, dia dapat membezakan bentuk-bentuk visual/perkataan

    serta mengingatinya . Kebiasaan melihat serta mengamati sesuatu bentuk visual/perkataan akan

    membolehkan pembaca menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    4/8

    Pendengaran yang baik juga membantu pembaca membunyikan sesuatu perkataan atau ayat

    dengan betul. Sebelum itu seseorang pembaca perlu didedahkan dengan sistem bunyi bagisesuatu bahasa. Kebolehan mendengar dengan tepat setiap bunyi bagi sesuatu huruf atau

    perkataan membolehkan pembaca membezakan bunyi atau fonem sesuatu bahasa. Proses

    pendengaran yang dilalui oleh setiap individu dalam menguasai kemahiran membaca dapatdibahagikan kepada beberapa peringkat:

    i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;ii. memahami bunyi-bunyi tersebut;

    iii. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan

    iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

    Dalam proses mendengar deretan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa itu, individu yang

    berkenaan melalui proses menerima bunyi-bunyi . Bunyi-bunyi yang dimaksudkan itu

    merupakan bunyi-bunyi yang datang dari unsur luar dan sengaja dihasilkan dengan membawa

    maksud tertentu. Dalam pengajaran membaca, sesuatu huruf, perkataan atau ayat dibunyikandengan tepat untuk membolehkan kanak-kanak atau pelajar mendengar dan mengesan bunyi-

    bunyi tersebut. Proses mendengar dan mengesan ini hanya mampu diterima oleh setiap individuyang mempunyai alat pancaindera dengar yang normal.

    Peringkat kedua dalam proses pendengaran ialah memahami deretan bunyi-bunyi bahasa yangdiperdengarkan kepadanya. Sesuatu deretan bunyi itu biasanya dikaitkan dengan sesuatu maksud

    yang tertentu. Apabila bunyi bunyi itu diperdengarkan dan diikuti pula dengan tingkah laku

    yang tertentu oleh guru, kanak-kanak/pelajar yang mendengarnya akan menghubungkan tingkah

    laku tersebut dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Proses ini lebih berkesan sekiranya deretanbunyi-bunyi tadi diulang beberapa kali sehingga menjadi kebiasaan kepada pelajar.

    Pada peringkat ketiga, pelajar telah menguasai makna beberapa perkataan dan memahami

    persamaan erti serta melihat kelainan makna yang wujud antara satu perkataan dengan perkataanyang lain dalam satu bahasa yang sama. Pada peringkat ini pelajar sudah dapat menilai bunyi-

    bunyi yang diperdengarkan kepadanya.

    Setelah ketiga-tiga peringkat dilalui dan dikuasai , peringkat terakhir ialah bertindak terhadap

    apa yang didengar. Pelajar boleh melakukan sesuatu mengikut apa yang didengar atau menyebut

    sesuatu perkataan atau ayat seperti mana yang sebetulnya. Sehubungan dengan itu, peringkat

    yang seterusnya ialah kemahiran bertutur yang merupakan satu lagi aspek kemahiran bahasayang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang menguasai kemahiran membaca. Kemahiran

    bertutur amat penting kerana ia menentukan penyebutan sesuatu perkataan dengan betul dan

    tepat. Sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pertuturan contohnya gagap, diaakan menghadapi kesukaran untuk membunyikan sesuatu ujaran. Secara tidak langsung keadaan

    ini akan menjejaskan penguasaan terhadap kemahiran membaca dengan baik.

    Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah kepada kita betapa ciri-ciri fizikal seseorangmemainkan peranan yang penting dalam membantunya untuk menguasai kemahiran membaca.

    Kecacatan fizikal , iaitu yang melibatkan pancainderanya akan menjejaskan penguasaan

    kemahiran membaca.

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    5/8

    Faktor Kecerdasan (Mental)

    Pada umumnya, kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran

    secara mujarad, kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu

    yang bermasalah (Atan Long,1978).

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai dari segi senang

    susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari.Pemahaman ini sebahagian besar bergantung kepada taraf kemampuan mental seseorang yang

    belajar untuk memahami apa yang dipelajarinya. Dari segi psikologi, dikatakan bahawa kadar

    pemahaman seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya.

    Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca,kecerdasan otak dikatakan mempunyai hubunganyang rapat dengan kebolehan membaca seseorang itu. Di Amerika, satu kajian yang telah dibuat

    di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai otak yang cerdas dan

    sederhana cepat menguasai kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang

    mempunyai kecerdasan di bawah paras sederhana.

    Oleh yang demikian, dalam pengajaran membaca, seseorang guru haruslah peka terhadapperbezaan yang wujud di kalangan para pelajarnya agar dia dapat menentu dan memilih bahan

    yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar sekurang-kurangnya dapat membentuk dan

    memupuk minat membaca serta penguasaan terhadap kemahiran membaca secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan menjamin penguasaan kemahiran

    membaca yang baik dalam jangka masa panjang.

    Faktor Emosi

    Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap benda atau keadaan.Bagi orang yang mengalami kebangkitan emosi, aspek emosi yang paling nyata ialah perasaan

    yang berhubung dengan emosi itu. Dia mungkin berasa takut, gementar, gugup, suka, seronok,

    sedih dan sebagainya. Sekiranya emosi seseorang itu terbangkit berhubung dengan sesuatu yangtelah memberikan pengalaman yang menyenangkan, maka dia akan digerakkan untuk mencapai

    matlamat yang diinginkan. Sebaliknya, emosi yang terbangkit oleh sesuatu yang mendatangkan

    kesakitan pada masa lepas akan menggerakkan seseorang melarikan diri atau menjauhkan

    dirinya daripada matlamat yang hendak dicapai. Pada dasarnya, setiap orang akan dapatmenjalankan aktiviti dengan baik dan jayanya jika dia mempunyai keyakinan diri. Dalam

    konteks ini, keyakinan diri membantu seseorang itu menguasai kemahiran membaca dengan

    lebih mudah daripada pelajar yang mempunyai perasaan rendah diri. Selain itu, seseorang yangdalam keadaan fikiran yang tidak tenteram, bimbang dan kecewa akan mengalami kesukaran

    untuk mempelajari sesuatu dengan berkesan. Lebih-lebih lagi jika guru mengambil tindakan

    yang negatif (seperti menyuruh pelajar berdiri di hadapan kelas, mengeluar kata-kata yangmenyentuh perasaan pelajar dan sebagainya) terhadap pelajar yang tidak dapat membaca dengan

    baik akan menimbulkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan proses perkembangan

    membacanya.

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    6/8

    Penutup

    Hasil daripada perbincangan, jelaslah kepada kita bahawa faktor-faktor psikolinguistik begituberpengaruh dalam menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak

    dan pelajar. Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak atau pelajar menguasai aspek

    membaca, dia seharusnya dapat bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.

    RujukanAbdul Aziz Abdul Talib.(1984). Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah-Sekolah

    Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, 28(26), 357-363.

    Atan Long. (1979). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Goodman, K.S. (Ed.). (1973). The Psycholinguistic Nature of The Reading Process. Detroit:

    Detroit Wayne State University Press.

    Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Longman.

    Mangantar Simanjuntak.(1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Mangantar Simanjuntak.(1988). Pendekatan Psikolinguistik Kognitif Dalam Pengajaran dan

    Pemelajaran Membaca Bagi Kanak-Kanak Berumur 4 6 Tahun. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa, 30(2), 157 169.

    Smith, F. (1977). Psycholinguistics And Reading. New York: Rhinehart & Winston, Inc.

    KEMAHIRAN MEMBACA

    Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca

    adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.

    Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat

    diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat

    membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif

    seseorang individu dalam pelbagai bidang.

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    7/8

    Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca

    memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis

    kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

    Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal

    dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan

    bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan

    pertuturan itu kepada pemikiran.

    Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-

    pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai

    semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran

    membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira

    dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi

    mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu

    sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

    Takrif membaca

    Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai proses

    memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis

    (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang

    itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun

    makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan

    maksudnya.

    Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan

    interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca.

    Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah prosespsikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat

    dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang

    dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan

    pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya

  • 7/29/2019 FAKTOR PSIKOLINGUISTIK

    8/8

    berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan

    pemikiran yang wujud dalam minda.

    Jenis peringkat membaca

    Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;

    Bacaan mekanis (bersuara)

    Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)

    Bacaan intensif (mendalam)

    Bacaan ekstensif (meluas)