faktor pro natalis

5
Kerajaan bagi sesebuah negara berhak menentukan dasar dan undang-undang bagi menjamin kepentingan dan memeberikan kebaikan kepada rakyat di sesebuah negara. Bagi kerajaan yang mengamalkan dasar pronatalis. Terdapat pelbagai faktor yang yang mendorong sesebuah negara menjalankan dasar ini. Hal ini dikaitkan dengan kehendak kerajaan dalam mengalakkan dasar pronatalis. Antara faktor pronatalis yang penting ialah taraf kesihatan yang semakin baik.Taraf kesihatan sesebuah penduduk yang meningkat akibat perkembangan teknologi dan kajian terhadap sumber perubatan yang meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan kadar kematian. Selepas perang Dunia Kedua, peningkatan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan telah mengurangkan kadar kematian dimana kebanyakkan negara telah menjalankan kajian dalam perubatan bagi menangani pelbagai penyakit yang membawa maut seperti tibi, malaria, taun dan kusta yang dilihat banyak menyumbang kepada kematian sekitar abad ke 18. Kemudahan hospital dan klinik serta kakitangan yang terlatih ditempatkan di seluruh negara bagi memberi khidmat nasiahat dan kemudahan kepada masyarakat tempatan dalam memerima rawatan. Selepas perang ini, kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian berkurang akibat peningkatan jangka hayat iaitu purata jangka umur seseorang penduduk boleh hidup meningkat. Amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat seperti senaman mempengaruhi jangka hayat penduduk sekitar tahun 1960 dimana peningkatan yang pesat peduduk ni negara-negara di Asia Tenggara. Pada tahun 1950, kadar kematian penduduk di Asia Tenggara dapat dikurangkan daripada 24 orang kepada 10 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1980. Di Malaysia pula, kadar kelahiran meningkat daripada 44 orang penduduk kepada 46 orang penduduk bagi seribu orang dalam jangka masa 10 tahun iaitu daripada tahun 1947 hingga 1957. Pronatalis juga dipengaruhi oleh peningkatan dalam kesuburan wanita di sesebuah negara. Kadar kesuburan ini dikaitkan dengan sikap dan budaya masyarakat. hal ini

Upload: muhamad-afif

Post on 04-Aug-2015

129 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Pro Natalis

Kerajaan bagi sesebuah negara berhak menentukan dasar dan undang-undang bagi menjamin kepentingan dan memeberikan kebaikan kepada rakyat di sesebuah negara. Bagi kerajaan yang mengamalkan dasar pronatalis. Terdapat pelbagai faktor yang yang mendorong sesebuah negara menjalankan dasar ini. Hal ini dikaitkan dengan kehendak kerajaan dalam mengalakkan dasar pronatalis.

Antara faktor pronatalis yang penting ialah taraf kesihatan yang semakin baik.Taraf kesihatan sesebuah penduduk yang meningkat akibat perkembangan teknologi dan kajian terhadap sumber perubatan yang meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan kadar kematian. Selepas perang Dunia Kedua, peningkatan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan telah mengurangkan kadar kematian dimana kebanyakkan negara telah menjalankan kajian dalam perubatan bagi menangani pelbagai penyakit yang membawa maut seperti tibi, malaria, taun dan kusta yang dilihat banyak menyumbang kepada kematian sekitar abad ke 18. Kemudahan hospital dan klinik serta kakitangan yang terlatih ditempatkan di seluruh negara bagi memberi khidmat nasiahat dan kemudahan kepada masyarakat tempatan dalam memerima rawatan. Selepas perang ini, kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian berkurang akibat peningkatan jangka hayat iaitu purata jangka umur seseorang penduduk boleh hidup meningkat. Amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat seperti senaman mempengaruhi jangka hayat penduduk sekitar tahun 1960 dimana peningkatan yang pesat peduduk ni negara-negara di Asia Tenggara. Pada tahun 1950, kadar kematian penduduk di Asia Tenggara dapat dikurangkan daripada 24 orang kepada 10 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1980. Di Malaysia pula, kadar kelahiran meningkat daripada 44 orang penduduk kepada 46 orang penduduk bagi seribu orang dalam jangka masa 10 tahun iaitu daripada tahun 1947 hingga 1957.

Pronatalis juga dipengaruhi oleh peningkatan dalam kesuburan wanita di sesebuah negara. Kadar kesuburan ini dikaitkan dengan sikap dan budaya masyarakat. hal ini dikaitkan dengan umur wanita yang subur iaitu ketika umur dalam linkungan 15 hingga 44 tahun yang sudah berkahwin dan berpeluang melahirkan anak dalam jangka masa yang lama dan dapat melahirkan anak yang ramai. Secara keseluruhan, penduduk di Asia Tenggara berkahwin buat kali pertama sebelum umur 20 tahun. Perkahwinan pada usia yang muda ini dapat dilihat secara jelas dalam kalangan masyarakat Melayu yang dilihat berkahwin pada umur 17 hingga 19 pada tahun 1921 hingga tahun 1950. Perkahwinan bagi mendapatkan anak yang ramai menjadi budaya masyarakat bagi memenuhi tenaga kerja untuk pertanian dalam keluarga menyebabkan mereka berkahwin pada usia yang muda sekaligus meningkatkan kadar fertiliti wanita. Kadar kesuburan penduduk ini juga dikaitkan dengan perkembangan teknologi moden dalam perubatan dimana kadar kematian bayi yang baru lahir dapat dikurangkan melaui proses pembedahan untuk melahirkan anak yang boleh mengancam nyawa anak dan ibu bayi berkenaan jika tidak dibedah. Hal ini dapat mengurangkan kadar kematian kerana jika tidak dibedah ia dapat mengancam kedua-dua nyawa.

Selain faktor kadar kesuburan wanita, faktor peningkatan taraf hidup juga dilihat mempengaruhi kerajaan dalam menjalankan dasar pronatalis. Taraf hidup yang meningkat akibat perkembangan ekonomi sesebuah negara menyebabkan penduduknya mula yakin untuk memiliki keluarga yang besar. Mereka dapat memiliki keluarga yang besar kerana

Page 2: Faktor Pro Natalis

dapat menyara semua ahli keluarga untuk mejalani kehidupan serta memberikan keperluan kerana peningkatan dalam industrian pemakanan yang dapat memberikan makanan yang mencukupi kepada ahli keluarga. Makanan yang mencukupi dapat memberikan sumber makanan yang cukup supaya tiada masalah kebuluran akibat memiliki kelurga yang besar terutama bagi negara-negara yang sedang membangun. Hal ini juga dikaitkan dengan ekonomi sesebuah negara yang stabil membolehkan kerajaan membantu golongan yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dengan pelbagai inesiatif yang dijalankan.

Salah satu faktor yang mempengaruhi dasar pro-natalis juga ialah disebabkan dasar kependudukan yang dilaksanakan oleh sesebuah negara. Kebanyakan Negara yang melaksanakan dasar ini adalah negara sedang membangun. Sebagai contoh Malaysia, yang mana jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan hal ini jelas dilihat apabila Statistik Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia pada tahun 1957 hingga tahun 2000 telah menurun iaitu sekitar purata 3.7 kanak-kanak bagi setiap wanita. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta. Penurunan kadar kelahiran dalam negara ini boleh medatangkan impak negative kepada struktur Negara , masalah populasi, ekonomi, social, ketenteraan, dan pendidikan.

Menyedari akan impak negatif yang bakal dihadapi Dasar Kependudukan Malaysia ke arah 70 juta penduduk telah dilaksanakan. Dasar ini telah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun. Salah satu tujuan untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan yang seterusnya dapat membentuk keadaan persaingan dalam pasaran serta meningkatkan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.

Selain daripada itu, faktor yang membawa kepada pro-natalis juga dapat dilihat dalam perubahan migrasi. Seperti yang kita tahu migrasi adalah satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasa kepada kawasan lain dan ia adalah proses pergerakan penduduk yang amat sensitive terhadap perkembangan sosio-ekonomi sesuatu kawasan. Di Malaysia, bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang menerima ramai migrasi dari seluruh negeri dan hal ini dapat dilihat kepada tren perubahan migrasi yang berlaku iaitu perubahan penghijrahan penduduk daripada luar Bandar ke Bandar dan Bandar ke Bandar. Perubahan yang berlaku menyababkan pertumbuhan Bandar-bandar

Page 3: Faktor Pro Natalis

utama dengan jumlah pertumbuhan penduduk yang meningkat. Secara keseluruhan jumlah penduduk Bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001) iaitu daripada 2.96 juta kepada 13.72 juta. Hal ini membolehkan kerajaan mempromosi pertumbuhan ekonomi dan sekaligus dapat menarik pelabur asing melabur dalam negara. Kemajuan industri yang pesat di Selangor telah berjaya menarik ramai migrant sehingga mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Kesannya, taburan penduduk Malaysia yang tinggal di Selangor telah meningkat dan hal ini turut dibantu oleh kemudahan infrastruktur yang baik dan sekaligus dapat menarik pelabur asing. Dengan ini secara tidak lansung dapat mempertingkatkan kadar kelahiran di sesuatu kawasan dan ianya juga dapat melahirkan golongan muda yang produktif yang mampu menjadi penggerak ekonomi di masa hadapan.

Dalam pro-natalis, faktor agama juga dilihat memainkan peranan penting ke atas keberkesanannya. Hal ini jelas apabila agama melarang terhadap amalan perancangan keluarga, sebagai contoh agama Islam iaitu berdasarkan tiga keadaan. Yang pertama, amalan tersebut adalah satu ketetapan dari pihak kerajaan kerana ianya telah menyalahi kebebasan dan hak asasi manusia dan yang kedua, aktiviti perancangan dilakukan melalui cara yang dilarang oleh syarak seperti membunuh ataupun pengguguran dan yang ketiga jika perancangan keluarga tersebut dilakukan kerana takut terputus ataupun tiada sumber rezeki. Tetapi ia boleh dibenarkan jika untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud. Dengan ini, fertility dalam kalangan wanita dapat ditingkatkan dan jumlah pertumbuhan penduduk di sesebuah negara juga dapat bertambah. Jika dilihat di Malaysia, amalan perancangan keluarga ini telah memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk. Hal ini jelas apabila kajian oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) secara keseluruhan peratusan wanita mengamalkan sebarang kaedah perancangan keluarga di negara agak tinggi dan ini membolehkan penurunan tahap fertility berlaku. Hal ini perlu dititikberatkan kerana bagi menjadi negara maju kadar kelahiran mestilah dipertingkatkan dan kadar kematian dikurangkan. Ianya penting untuk melahirkan golongan muda sebagai sumber tenaga dan juga penggerak ekonomi di masa hadapan.

Lewis G.J. 1982. Human Migrations: a Geographical Perpective. London: Taylor & Francis.

Davis, K, & Blake, J.1956. Social Structure and Fertility: An Analytic Framework, In Economic Development And Cultural Change, 4, No.3. New York.

Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia : Struktur, Proses Dan Masalah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.