faktor pelaburan asing

Upload: windy-wayne

Post on 23-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Faktor Pelaburan Asing

    1/2

    Contoh Karangan Bahasa Malaysia SPM

    Pelaburan asing merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh sesebuah negara.

    Perkara ini penting untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara terutamanya negara-negara

    yang sedang membangun dengan pessat seperti negara kita. Huraikan faktor-faktor yang

    menggalakkan pelaburan asing ke negara kita.

    Pelabur asing merupakan golongan yang penting dalam pembangunan sesebuah negaraterutamanya bagi negara yang sedang membangun seperti negara kita. Hal ini amat penting untuk

    dititikberatkan kerana pelabur asing merupakan pihak yang boleh menjadi batu loncatan untuk

    negara kita mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain. Pihak yang

    bertanggungjaab di negara ini haruslah aktif memainkan peranan! contohnya bertemu dengan

    pelabur asing bagi memberikan penerangan yang berkaitan dengan hal ini. "engan cara itu! sudah

    tentu pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara ini iaitu apabila mereka yakin

    akan mendapat pulangan yang seajarnya hasil daripada penerangan tersebut. #leh hal yang

    demikian! pelabur asing memang dialu-alukan untuk melabur di negara kita ini.

    $aktor yang boleh mendorong pelabur asing yag lebih banyak melabur di negara kita ialah

    faktor kestabilan politik. Sudah tentu pelabur tidak akan teragak-agak! malah mereka lebih

    berminat untuk melibatkan diri dalam hal ini sekiranya keadaan politik negara kita stabil. Kita

    perlulah mempertahankan dan mengekalkan kestabilan politik yang sudah lama ujud di negara

    kita. %ambahan pula! pada &aman sekarang! tidak banyak negara yang stabil dari segi politik yang

    menyebabkan pelabur akan berfikir dua kali untuk membuat pelaburan di sesebuah negara.

    "engan kelebihan yang kita miliki itu! kita harus memanfaatkannya dengan sebaik-baik yang

    mungkin kerana peluang baik seperti itu mungkin tidak akan datang bergolek pada masa akan

    datang.

    "engan adanya tenaga kerja yang banyak! perkara ini boleh membantu negara untuk

    meningkatkan pelaburan asing. Perkara ini dapat dilihat apabila sesebuah negara itu mempunyaibanyak pekerja untuk melakukan sebarang pekerjaan di samping upah kerjanya yang murah. #leh

    itu! pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara kita dan seterusnya mereka akan

    meujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di negara ini. Secara tidak langsung! negara

    kita akan dapat banyak manfaat dalam satu masa seperti kata pepatah! 'sambil menyelam minum

    air(. #leh itu! masalah pengangguran akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan

    itu akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

    Pelabur asing yang datang ke negara kita ingin akan layanan yang baik dari negara kita!

    termasuklah kemudahan infrastruktur. Kemudahan-kemudahan seperti sistem jalan raya!

    pelabuhan! lapangan terbang dan jaringan komunikasi merupakan prasyarat dan perkara yang

    sangat penting untuk membaa produk mereka ke luar negara untuk dipasarkan di pasaran

    antarabangsa. #leh sebab itu! pihak kerajaan harulah menyediakan kemudahan yang lengkap

    untuk menarik pelabur asing yang lebih banyak supaya masuk ke negara ini. )ayanan yang baik

    ini akan memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di negara ini dan membaa

    rakan-rakan pelabur asing yang lain melabur di negara ini.

    $aktor birokrasi juga turut memainkan peranan penting bagi menentukan kemasukan

    pelaburan asing. Hal ini demikian kerana! jika faktor birokrasi sesebuah negara itu tidak terlalu

    ketat! sudah pasti pelabur asing akan tertarik untuk melabur di sesebuah negara itu. Birokrasi

    seperti urusan pentadbiran yang merumitkan pelabur! contohnya sesuatu permohonan yang

    memerlukan masa yang lama untuk diluluskan akan menyusahkan para pelabur asing dan akanmenyebabkan mereka menarik pelaburan ke negara lain. Secara tiidak langsung! perkara ini akan

    "isediakan oleh *iao +yn

  • 7/24/2019 Faktor Pelaburan Asing

    2/2

    Contoh Karangan Bahasa Malaysia SPM

    memberikan impak terhadap negara ini. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa! 'kerana nila setitk!

    rosak susu sebelanga(. #leh itu! pihak berkuasa haruslah memastikan urusan pentadbiran di

    negara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan yang akan memudaratkan negara.

    Kegiatan pelaburan asing sering sahaja dikaitkan dengan aspek kestabilan ekonomi sesebuah

    negara. "engan cara itu! faktor ekonomi sesebuah negara juga tidak terkecuali daripadapertimbangan para pelabur sebelum melabur di sesebuah negara itu. Sudah tentu para pelabur akan

    mencari negara yang mempunyai ekonomi yang stabil bagi meluaskan perniagaan mereka untuk

    mendapat pulangan yang menguntungkan mereka. ,ika sesebuah negara itu mundur dan

    kekurangan modal! tidak mungkin para pelabur akan berminat untuk melabur di sesebuah negara

    itu kerana hal ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mereka. #leh itu! sesebuah negara

    itu pula akan menjadi semakin mundur dan tidak akan mendapat keuntungan dari luar negara.

    "engan kata lain! faktor ekonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk memajukan

    sesebuah negara. ntuk menarik pelabur asing! sesebuah negara itu haruslah berusaha dengan

    bersungguh-sungguh kerana hendak seribu daya! tak hendak seribu dalih.

    #leh hal yang demikian! pelaburan asing memang penting untuk menjana kemajuan bagi

    sesebuah negara. saha-usaha yang berkesan haruslah ditingkatkan untuk menarik pelabur asing

    di negara kita. Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara! sudah pasti

    ekonomi bagi sesebuah negara itu sukar untuk berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana!

    negara-negara tersebut kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. #leh itu! pihak

    yang bertanggungjaab dalam bidang pelaburan ini hendak mencari jalan untuk menarik pelabur

    dan menyediakan peluang yang lebih banyak kerana di mana ada kemahuan! di situ ada jalan.

    "isediakan oleh *iao +yn