faktor menularnya budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat kita.docx

13
Faktor Menularnya Budaya Hedonisme Dalam Kalangan Masyarakat Kita; 1. Pengaruh media massa [tv, internet, majalah dll] 2. Pengaruh rakan / persekitaran 3. Institusi kekeluargaan yang semakin longgar - kurang perhatian dan kawalan ibu bapa 4. Gaya hidup hari ini mementingkan keseronokan tanpa batasan 5. Kurang didikan agama Kesan 1. Masyarakat menjadi alpa / lalai [lupa pada pelajaran / keluarga / kerja dan tanggungjawab kepada negara] 2. Penyakit sosial [pergaulan bebas / seks bebas / pembuangan bayi / perjudian / lepak dll] 3. Menularnya penyakit kelamin [AIDS dan sifilis] 4. Lahirnya generasi yang tidak ada pegangan hidup 5. Pembangunan negara terjejas - mudah dijajah Hedonisme ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, budaya hedonisme in mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dalam kalangan muda mudi. Salah satu faktor penting menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan sangat banyak kepada aspek hiburan. Tidak kurang juga sokongan yang padu dari pihak pemerintah. Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan berlandaskan syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas. Hadis Rasulullah dilaporkan Aisyah, bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Rasulullah berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Muslim menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Upload: mashietah-rahman

Post on 01-Oct-2015

1.099 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

Faktor Menularnya Budaya Hedonisme Dalam Kalangan Masyarakat Kita; 1. Pengaruh media massa [tv, internet, majalah dll] 2. Pengaruh rakan / persekitaran 3. Institusi kekeluargaan yang semakin longgar - kurang perhatian dan kawalan ibu bapa 4. Gaya hidup hari ini mementingkan keseronokan tanpa batasan 5. Kurang didikan agama Kesan 1. Masyarakat menjadi alpa / lalai [lupa pada pelajaran / keluarga / kerja dan tanggungjawab kepada negara] 2. Penyakit sosial [pergaulan bebas / seks bebas / pembuangan bayi / perjudian / lepak dll] 3. Menularnya penyakit kelamin [AIDS dan sifilis] 4. Lahirnya generasi yang tidak ada pegangan hidup 5. Pembangunan negara terjejas - mudah dijajah Hedonisme ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Sedar atau pun tidak, budaya hedonisme in mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dalam kalangan muda mudi. Salah satu faktor penting menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan sangat banyak kepada aspek hiburan. Tidak kurang juga sokongan yang padu dari pihak pemerintah.

Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan berlandaskan syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.

Hadis Rasulullah dilaporkan Aisyah, bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah Aishah) dan Rasulullah berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Buath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: Suara syaitan (sebanyak dua kali).

Nabi bersabda: Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Muslim menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah Baginda. Nabi tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membanteras hiburan. Bantahan Abu Bakr ditolak Nabi secara berhikmah.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari Aisyah bahawa:Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis yang bertujuan untuk kegembiraan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi pernah bersabda: Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai hasan).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang dilakukan secara senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Namun, fenomena pada hari ini adalah sebaliknya. Program hiburan sama ada di televisyen, radio atau pun atas pentas terbuka dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program lain. Berita hiburan juga memonopoli sebahagian akhbar tabloid dan juga majalah. Kisah kehidupan artis dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa.

Terdapat sesetengah pihak dengan bersungguh menghidangkan hiburan ini secara langsung kepada masyarakat. Bahkan sanggup diperuntukkan jumlah yang banyak untuk membawa masuk artis dari luar negara. Ada yang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis itu.

Apabila program hiburan dilambakkan, kesannya minda masyarakat dibentuk dengan hiburan. Generasi muda diharap menjadi bari-san pelapis menerajui pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan melampau. Ghairah dan bersemangat berbicara tentang gosip sensasi artis, filem terbaru, lagu popular dan pelbagai topik lain.

Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda-mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ia turut berjangkit kepada penuntut di institut pengajian tinggi. Lebih parah jika ia disuburkan pemimpin sendiri. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti remaja zaman ini.

Demi menghasilkan imej dan identiti urban-kontemporari, remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan cool dan up to date. Tiada lagi jati diri seorang bangsa Melayu yang terkenal dengan budaya ketimurannya. Lebih penting lagi, tidak nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki.

Terlalu banyak contoh pemikiran hedonisme ini menular dalam pemikiran masyarakat terutama generasi muda. Salah satu bukti ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian.

Apabila pemikiran ini meresap mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek menguntungkan. Apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencungkil penyanyi baru. Program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang mana buruk mana bermanfaat.

Lebih malang lagi program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat korporat, termasuk syarikat korporat diterajui orang Islam. Dalam masa yang sama rancangan bersifat ilmiah dan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat tidak mendapat sambutan.

Program realiti hiburan ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya untuk melahirkan penyanyi "pasang siap". Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat berteraskan budaya hedonisme.

Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata. Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi uji bakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan.

Pemikiran hedonisme ini menular cuba menyeleweng tujuan hidup Muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan daripada keperibadian para nabi. Kehidupan artismengikut kayu ukur Barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku artis itu menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam.

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi diberikan media kepada artis melebihi ilmuwan. Tokoh akademik, ulama, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan yang mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis diberi anugerah dan dijulang nama.

Pencapaian artis lebih mendapat liputan pihak media. Realiti ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak kepada program dan bahan berita berbentuk hiburan.

Lebih menyedihkan apabila pihak atasan juga sanggup mengimport artis luar untuk menghiburkan masyarakat. Tidak pasti, adakah ia dilakukan demi memenuhi tuntutan rakyat atau pun mempertahankan pangkat.

Bukan salah untuk berhibur. Namun biarlah berhibur yang ada kadarnya. Jangan sampai hiburan ini melalaikan kita dari tujuan kehidupan dan tanggungjawab Muslim yang sebenar. Akhirnya Islam hanya kekal pada nama!.

PengenalanPertembungan tak berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari budaya yang pengaruh.Contoh Pertembungan Budaya

Seorang pelajar Malaysia dan Jepun sedang menaiki satu pesawat menuju satu destinasi yang sama. Pramugari menghidangkan makan tengah hari beserta pisang sebagai pencuci mulut.

Pelajar Malaysia dengan selamba membuka pisang tersebut dan terus menyuap ke dalam mulutnya. Pelajar Jepun ternganga melihat tingkah laku pelajar Malaysia tersebut.

Pelajar Malaysia kehairanan. Pada pendapatnya, tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu yang pelik telah dilakukannya. Beliau memberitahu pelajar Jepun beginilah cara masyarakat Malaysia makan pisang.

Pelajar Jepun menunjukkan bagaimana cara masyarakat mereka menikmati pisang. Beliau membuka sebiji pisang perlahan-lahan. Pisang itu diletakkan di atas sebuah pinggan. Pelajar itu memotong sedikit pisang itu menggunakan pisau.

Harga sebiji pisang amat mahal di Jepun dan dianggap makanan mewah. Mereka hanya sekali sekala sahaja akan makan pisang.Perbezaan sebeginilah yang dipanggil pertembungan budaya

ISU-ISU YANG DIPENGARUHI

CARA PERCAKAPAN

Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru.

Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.

Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

HEDONISMA

Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

FESYEN BARAT

Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.

MAKANAN & MINUMAN BARAT

Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu. Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.PERGAULAN BEBAS

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.

Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.

JUDI & ARAK

Dalam kitab Bible thecatat sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan. judi ini bukan budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor ekor dan sekutu dengannya.

Budaya barat seperti clubbing merupakan satu buday yang menjadikan judi dan arak menjadi semakin popular di kalangan remaja ini. Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat. Namun semua ini dalah dilarang oleh ajaran agama.

RUMUSAN

Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.

Punca-punca gejala sosial

Pengaruh Media Massa Masyarakat mudah terdedah kepada banyak maklumat - bukannya semua maklumat itu berunsur positif - belia yang bernaluri belum matang mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Pengaruh Internet Remaja mudah mengakses Internet - terdedah kepada maklumat yang menjurus ke arah pemikiran negatif.Pengaruh Rakan Sebaya Ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing - remaja lebih mesra dengan rakan mereka dan lebih mempercayai rakan berbanding dengan ahli keluarga atau ibu bapa - remaja mudah terikut-ikut dengan tindakan rakan sebaya. Pengaruh Artis Penyanyi dari negara Barat khususnya mempraktikkan amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah - membawa remaja ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral.Sikap Ibu Bapa Ibu bapa tidak prihatin terhadap sifat dan kelakuan anak-anak - ada sesetengah ibu bapa yang terlalu mengongkong anak -anak menyebabkan anak mereka mencari inisiatif lain untuk lari daripada kawalan ibu bapa. Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Perkara baru akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Remaja terdorong untuk mencuba disebabkan tiada panduan daripada ibu bapa.Kurangnya Didikan Agama Remaja yang kekurangan didikan agama dikatakankapal tanpa nakhoda - mudah terpengaruh dengan budaya negatif - menginginkan kebebasan Sikap Masyarakat yang Tidak Mengambil Berat tentang Permasalahan Remaja Masyarakat tidak mahu dikatakan 'menjaga tepi kain orang - membiarkan tanggungjawab kepada pihak kerajaan sahaja -

Kesan-kesan gejala sosial

Terhadap individu sendiri Dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat.Terhadap keluarga Mengakibatkan ketidakharmonian dalam kekeluargaan - berlakunya penceraian - maruah dan nama baik tercemar - keluarga menjadi porak-peranda dan berpecah-belah - perasaan buruk dan prasangka - sifat saling curiga-mencurigai antara ahli keluarga. Terhadap masyarakat Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram - perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat terjejasTerhadap negara Kehilangan generasi dan pemimpin pada masa hadapan - pembangunan negara akan terbantut - keadaan ekonomi negara sukar untuk berkembang - kadar jenayah dalam negara meningkat - perbelanjaan kerajaan meningkat kerana bertambahnya kos nyata di negara Kos nyata termasuklah: Kehilangan / kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan untuk penagih dadah. Kos bagi menyelenggarakan program-program pencegahan. Kos kerugian akibat aktiviti jenayah yang berlaku. Kos untuk meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan makamah, hospital dan sebagainya .

Cara mengatasi gejala sosial

1. Ibu Bapa Memberikan Didikan Agama Sejak Kecil Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil membolehkan mereka membezakan betul atau salah sesuatu perkara - mendidik anak-anak bahawa terlibat dalam gejala sosial merupakan tindakan yang tidak betul. 2. Ibu Bapa Memberikan Kasih Sayang Sepenuhnya Kepada Anak-anak Ibu bapa patut memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka - peka terhadap perubahan yang berlaku pada anak-anak.3. Guru sebagai Kawan kepada Remaja Guru di sekolah harus bertindak bukan sahaja sebagai pembimbing akademik, malahan juga sebagai kawan kepada remaja - anak murid akan berjumpa dengan guru apabila menghadapi masalah. 4. Penganjuran Kempen Pihak berkuasa harus kerap mengadakan kempen - menyedarkan para remaja tentang keburukan terlibat dalam gejala sosial.5. Peranan Media Massa Media massa mesti mengawal penyiaran secara besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja - perlu sering menonjolkan remaja yang baik - sebagai contoh untuk diteladani.