faktor-faktor yang mempengaruhi · pdf filenama penulis : zaiton binti ... sudah tercatat...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR. ZAITON BINTI WAHID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngotruc

Post on 06-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR.

ZAITON BINTI WAHID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR.

ZAITON BINTI WAHID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................

Nama Penulis : ZAITON BINTI WAHID

Tarikh : FEBRUARI, 2004

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Suami yang dikasihi

Ahmad Zainal Abidin Bin Abdul Razak

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Ahli Keluarga

Terima kasih atas doa dan sokongan kalian.

Juga, allahyarham abahku semoga rohnya dirahmati Allah.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada

Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Encik

Yahya Bin Buntat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan

tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada

Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor serta guru-guru yang

telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan pembelajaran mata pelajaran Penagajian Kejuruteraan di Sekolah

Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor. Skop kajian ini hanya merangkumi

persepsi pelajar terhadap proses pembelajaran yang mereka hadapi berkaitan faktor

pengetahuan dan kemahiran guru, proses penilaian dalam pengajaran, pengurusan

masa, kemudahan dan kelengkapan sekolah dan kaedah pengajaran guru. Seramai

197 orang responden mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini.

Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat kursus Kejuruteraan

(Mekanikal, Awam dan Elektrik/Elektronik). Data prima yang dikumpul dengan

menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan

perisian “ Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Penganalisisan

dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan

min. Hasil dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya

pelajar-pelajar Pengajian Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh,

Selangor berada pada posisi yang betul dalam proses pendidikan. Dapatan ini

penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya PIBG, PPD, JPN dan KPM

sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia

khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan

peralatan dan kelengkapan yang berteknologi.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

vi

ABSTRACT

This research was conducted to analyse factors that is affecting the

effectiveness of learning for the subject of ‘Pengajian Kejuruteraan’ at Sekolah

Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor. Questions developed was regarding the

perception of student with regards to their process of learning, teacher’s knowledge

and skills, evaluation of teaching, time management, school facilities and method

used by teachers. 197 respondents, comprise of students in form four taking

Engineering Course (Mechanical, Civil and Electric/Electronic) at Sekolah

Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor were involve in this study. Questionnaire

was distributed and the data was analysed using the “Statistical Package for the

Social Sciences” (SPSS) software. Frequency, percentage and mean values were

used to interpret the data. Initial finding shows that all the students taking

Engineering Course (Mechanical, Civil and Electric/Electronic) follows the proper

method of learning. The research finding is important for school administration,

‘PIBG’, in term of strategy planning, human resource development, training and

development of school infrastructure.

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii-x

xi

xiii

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

viii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Definasi Terminologi 10

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Matlamat Kurikulum Pengajian Kejuruteraan 16

2.3 Permasalahan Berkaitan Mata Pelajaran 17

Pengajian Kejuruteraan

2.4 Strategi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 18

2.5 Keberkesanan Pembelajaran Dari Segi Kemudahan, 20

Kelengkapan Dan Persekitaran

2.6 Kaedah, Teknik Dan Alat Bantuan Mengajar 22

2.7 Pengujian Dan Penilaian 23

2.8 Kajian-kajian Lepas 25

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Jangka Masa Kajian 31

3.8 Rumusan 32

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Perihal Responden 34

4.3 Analisis Bagi Kajian Dari Segi Pelbagai Persoalan 42

Kajian

4.3.1 Dapatan Persoalan 1 42

4.3.2 Dapatan Persoalan 2 46

4.3.3 Dapatan Persoalan 3 49

4.3.4 Dapatan Persoalan 4 52

4.3.5 Dapatan Persoalan 5 55

4.4 Ringkasan 59

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

x

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan Kajian 62

5.3 Rumusan Kajian 68

5.4 Cadangan Kajian 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Kesimpulan 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN 78

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.3 Analisa Pencapaian Keputusan Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia bagi Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan

6

3.4 Pecahan Pelajar Mengikut Pengkhususan 28

3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan Min 31

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 35

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan

Bapa/Penjaga

35

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

Bapa/Penjaga

36

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

Bapa/penjaga

37

4.2.6 Taburan Peratus Responden Yang Tinggal Di

Asrama

38

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam

Peperiksaan PMRUntuk Mata Pelajaran Matematik

38

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam

Peperiksaan PMR Untuk Mata Pelajaran Sains

39

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

xii

4.2.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan

Bapa/Penjaga

40

4.2.10 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-

Beradik

41

4.2.11 Taburan Responden Mengikut Cita-Cita Setelah

Tamat Persekolahan

42

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengurusan Masa

43

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Kemudahan dan

Kelengkapan Untuk Proses Pembelajaran

47

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengetahuan dan

Kemahiran Guru

50

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan

Sisihan Piawai bagi Faktor Kaedah Pengajaran dan

Penyampaian Guru

55

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Proses Penilaian dalam

Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

56

4.4 Keputusan Min Skor Setiap Faktor 59

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

B

C

D

E

F

G

H

Soal Selidik

Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

KPM)

Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan

Negeri

Surat Pengesahan Menggunakan Sampel Untuk

Kajian

Analisis Keputusan SPM Tahun 2001 dan 2002

Table of Determining

Surat Akuan Pelajar

Reliability Analysis

80

89

91

92

93

97

98

99

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai

matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada

guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul

Razak, 1996). Kandungan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan sememangnya

sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks.

Terpulanglah kepada guru untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu

peringkat ke satu peringkat yang lain berdasarkan kemampuan murid untuk

memahaminya . Perkembangan dan pemeringkatan kandungan sesuatu mata

pelajaran dibuat secara berkesan dengan mengambil kira kriteria-kriteria seperti yang

dinyatakan oleh Mohd Salleh (1996), :

i.) Menyenaraikan kandungan isi yang penting serta kandungan isi

sampingan. Kandungan yang senang didahulukan daripada yang

susah dan mencabar

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

2

i.) Memastikan semua kandungan yang hendak disampaikan,

difahami oleh pelajar. Ia juga mestilah menepati objektif yang

ditetapkan

ii.) Sesuai dengan peringkat kematangan pelajar

iii.) Kandungan dipilih daripada pelbagai sumber dan tidak terhad

kepada buku teks sahaja

iv.) Pemilihan kandungan juga hendaklah berdasarkan lingkungan

tujuan-tujuan kognitif untuk memupuk pemikiran kritis

v.) Menjalinkan kandungan dengan teknik-teknik pengajaran yang

difikirkan sesuai

vi.) Memastikan pelajar sudah bersedia dan berminat terhadap

kandungan yang hendak disampaikan

vii.) Kandungan hendaklah dinyatakan dalam bahasa yang mudah serta

tidak mengelirukan

viii.) Memastikan kandungan yang hendak dijelaskan mencukupi

dengan jangka masa yang diperuntukkan.

Justeru itu perkembangan peringkat kandungan memainkan peranan penting

dalam proses pengajaran. Guru yang gagal memperkembangkan kandungan

mengikut urutan yang tertentu menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memahami

kandungan pelajaran itu dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung ia akan

mempengaruhi pencapaian objektif pengajaran yang hendak dicapai.

1.2 Latarbelakang Masalah

Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan merupakan satu pakej mata pelajaran

wajib yang ditawarkan kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengikuti

pengajian dalam kursus Pengajian Kejuruteraan MekanikaL, Pengajian Kejuruteraan

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

3

Awam dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik/Elektronik di Sekolah Menengah

Teknik. Pengajian Kejuruteraan ialah pengajian mengenai peralatan, mesin, cara,

kaedah dan pelbagai sistem teknik serta bagaimana ia berhubungkait dengan

manusia, masyarakat dan alam sekitar (Buku Teks Teknologi Kejuruteraan, 1993).

Mata pelajaran ini tergolong dalam mata pelajaran elektif Kumpulan II (Teknik Dan

Vokasional) yang diperuntukkan 4 waktu seminggu dan diajar dengan 2 kaedah iaitu

secara teori dan amali. (BPTV, 1994).

Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Mendidik manusia menjadi baik

bukanlah perkara yang mudah. Manusia sedemikian tidak boleh dilahirkan dalam

tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan bererti ‘berusaha

terus menerus’. Dalam proses ini tidak harus wujud sebarang percanggahan yang

boleh menggugat usaha membina manusia baik ini (Berita Harian, 16 Februari,

2000).

Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan dalam

membangun dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbangi kehendak dan

wawasan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Ini

bertepatan dengan objektif Pendidikan Teknik di mana ia memberi pendidikan asas

dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan

terhadap bidang tersebut serta memupuk dan mengekalkan minat tersebut,seterusnya

membolehkan mereka melanjutkan pengajian yang berkaitan di institusi pengajian

tinggi

Mercer dan Mercer (1998), menggariskan masalah pembelajaran di kalangan

pelajar dalam tiga kriteria iaitu kriteria kognitif, kriteria afektif dan kriteria

tingkahlaku. Daripada kriteria-kriteria tersebut, telah digariskan beberapa faktor

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

4

yang menyebabkan seseorang pelajar itu mengalami masalah pembelajaran mereka.

Antaranya termasuklah bagi kriteria kognitif iaitu kekurangan aspek kognitif dan

metakognitif, pencapaian akademik yang rendah, masalah penumpuan dan hiperaktif

serta kekeliruan. Manakala bagi kriteria afektif pula masalah pembelajaran

disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemahiran sosial yang lemah (interaksi),

konsep kendiri yang lemah, motivasi yang rendah dan tahap emosi. Bagi kriteria

tingkahlaku pula masalah pembelajaran pelajar disebabkan beberapa faktor

tingkahlaku seperti tidak mudah menyesuaikan diri, keruntuhan tingkahlaku dan

mudah menyerah kalah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kita dapati sesetengah pelajar dapat belajar dengan pantas,

mengaplikasikannya dengan segera dan dapat membina kehidupan harian mereka

sebagai seorang pelajar dengan begitu berkesan. Ini kerana pemilihan kursus yang

bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan adalah bertepatan dengan citarasa

pelajar tersebut, maka dengan sendirinya timbul semangat untuk menghadirkan diri

untuk belajar di kelas dan akan mengambil masa yang cukup untuk mempelajari apa

yang sepatutnya dipelajari serta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan

lebih berkesan.

Justeru itu satu keputusan yang bijak perlu diambil dalam membuat

pemilihan kursus yang bersesuaian. Menurut Dee Groberg (1968), setiap individu

yang ingin berjaya perlulah bersedia dari segi fizikal untuk belajar dan bersedia dari

segi mental untuk memfokus dan menyerap sesuatu proses pembelajaran.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

5

Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan menjadi penting kerana ia perlu

memenuhi keperluan pendidikan malah subjek ini menjadi subjek teras untuk

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Namun begitu pengkaji

merasakan satu tinjauan perlu dibuat untuk melihat penguasaan pembelajaran

Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan. Jadi kajian ini dibuat adalah untuk

meninjau apakah persepsi pelajar sekolah menengah teknik aliran teknik terhadap

Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan yang diambil oleh mereka. Mungkin ada

dikalangan mereka tertanya-tanya kenapa Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan ini

perlu mereka pelajari? Kajian ini juga dapat meninjau sejauh manakah mata

pelajaran ini dapat diterima dan diaplikasikan sebaik mungkin dalam kehidupan

mereka berdasarkan faktor fizikal semulajadi pelajar tersebut.

Jika dilihat daripada jadual 1.3, keputusan Peperiksaan Sijil Peperiksaan

Malaysia (SPM) 2001 dan Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2002

menunjukkan bahawa jumlah pelajar tertinggi yang mendapat 9G (gagal) adalah

merupakan pelajar dari aliran Kejuruteraan Jentera (Jabatan Pendidikan Negeri

Selangor SPM 2001 dan 2002). Apakah permasalahan sebenar yang dihadapi oleh

pelajar dalam penguasaan Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan ini?

Mengikut keputusan yang dinyatakan, ianya menunjukkan bahawa walaupun

pencapaian pelajar dari setiap kursus adalah sangat baik tetapi bilangan pelajar yang

gagal dalam mata pelajaran ini adalah tinggi walaupun mereka mempunyai

keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran matematik dan sains di peringkat

PMR. Sehubungan dengan itu pengkaji merasakan satu tinjauan perlu dilakukan

untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan

yang diambil. Semoga dengan terhasilnya kajian ini akan terjawablah soalan-soalan

yang masih tertangguh.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

6

Jadual 1.3. Analisa Pencapaian Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM)

Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.

calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

Jumlah

lulus

%

lulus

2001 158 6 10 12 19 26 15 31 25 12 2 144 92.31

2002 118 3 3 9 8 22 18 31 16 8 0 110 93.22

Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal

Kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)

Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.

calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

Jumlah

lulus

%

lulus

2001 118 5 7 6 9 15 24 34 15 1 2 115 99.14

2002 121 1 1 6 17 13 29 35 17 2 0 119 98.35

Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal

Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE)

Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.

calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9F TH

Jumlah

lulus

%

lulus

2001 164 1 5 10 21 26 37 37 17 6 4 154 96.25

2002 164 10 15 24 26 35 19 23 9 3 0 161 98.17

Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal

1.4 Objektif Kajian

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

7

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi keberkesanan dalam pembelajaran mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan seperti berikut:

i. Untuk mengenalpasti sejauh mana faktor pengurusan masa

mempengaruhi penguasaan pembelajaran mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan.

ii. Untuk mengetahui sejauh mana kemudahan dan kelengkapan yang

disediakan mempengaruhi penguasaan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan.

iii. Untuk mengenalpasti sejauh mana faktor pengetahuan dan kemahiran

mempengaruhi penguasaan guru dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan.

iv. Untuk mengetahui sejauh mana faktor kaedah pengajaran dan

penyampaian isi pengajaran mempengaruhi penguasaan guru mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan.

v. Untuk mengetahui faktor proses penilaian dalam pembelajaran guru

mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileNama Penulis : ZAITON BINTI ... sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku ... bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan

8

1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi penguasaan

pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?

ii. Adakah faktor kemudahan dan kelengkapan yang disediakan

mempengaruhi penguasaan proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan?

iii. Adakah faktor pengetahuan dan kemahiran mempengaruhi

penguasaan guru dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?

iv. Adakah faktor kaedah pengajaran dan penyampaian isi pengajaran

mempengaruhi penguasaan guru mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan?

v. Adakah faktor proses penilaian dalam pembelajaran guru

mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?

ikuasai adalah Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan