presentationpuan zaiton 1

Upload: bushra-hassan

Post on 03-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    1/18

    RUMAH TANPA BUKU IBARAT BILIK TANPA TINGKAP

    RUM AH TAN P A

    BU KU I BA RAT

    BI LI K TAN PA

    TING KA P

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    2/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYATKamus Dewan - proses belajar untukmemperoleh ilmu pengetahuan dan menjalanilatihan.

    ahli kognitif- satu proses dalaman yangmenghasilkan perubahan tingkahlaku yangagak kekal.

    aliran behavioris - perubahan dalam

    tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindakdalam suatu situasi.

    psikologi humanis - proses yang dapatmembantu seseorang mencapai sempurna

    kendiri dan nilai individu.

    TAKRIFP

    EMBELAJARAN

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    3/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYAT

    TAKRIFP

    EMBELAJARAN

    Kesimpulannya

    Merupakan proses pemerolehan maklumat danpengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat sertapembentukan sikap dan kepercayaan yang membawa

    kepada perubahan pada seseorang. Namun,perubahan yang disebabkan oleh kematangan sepertiberjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparantidaklah dianggap sebagai pembelajaran.

    berlaku sepanjang hayat seseorang manusia .

    berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarangmasa.

    Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusahasedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajardan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu

    objektif yang ditentukan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    4/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYAT

    KONSEP

    -proses pendemokrasian pendidikan

    yang memberi peluang pendidikan

    seluas-luasnya kepada setiap individutanpa mengira kelas sosial, kaum, umur

    dan juga jantina bagi meningkatkan

    pengetahuan, kemahiran dankompetensi seseorang sama ada secara

    formal atau tidak formal.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    5/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYAT

    KONSEP

    Pendidikan tidak formal merupakan:- proses yang berlaku sepanjang hayat

    - kaedah pembelajarannya tidak

    sistematik (diperolehi menerusi aktivitiharian)

    - sebarang aktiviti pendidikan yang

    tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran

    khusus bagi kumpulan tertentu (latihan

    di tempat kerja)

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    6/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYAT

    KONSEP

    Pendidikan formal merupakan:

    - pembelajaran secara sistematik dan

    teratur, berdasarkan falsafah dan sistem

    pendidikan sesebuah negara. Seseorang

    pekerja perlu memahami keseluruhan

    sistem kerja. Oleh itu, proses

    pembelajaran tidak akan berakhirwalaupun seseorang itu meninggalkan

    alam persekolahan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    7/18

    PEMBELAJARAN BERTERUSAN

    SELUAS HAYAT

    TUJUAN

    -meningkatkan produktiviti dan peluang

    pekerjaan

    -memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu

    pengetahuan.-melahirkan generasi yang cemerlang,

    gemilang dan terbilang.

    -menambah nilai terhadap pekerjaan melalui

    tambahan ilmu pengetahuan bagimembolehkan penyesuaikan diri dengan

    suasana pekerjaan yang sentiasa berubah

    secara drastik.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    8/18

    menukar cara berfikir masyarakat khususnyagolongan muda yang baru keluar dari pusat

    pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi

    mengenai pentingnya pembelajaran sepanjang

    hayat telah mewujudkan satu fenomena baru

    yang dikenali sebagai employability fever.

    Golongan mudanya bersikap agresif untuk

    memiliki kelulusan dalam beberapa bidangpengajian dan latihan bagi menjamin mereka

    mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang

    mereka minati.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    9/18

    - Hukumnya wajib.

    - Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya

    yang bermaksud tuntutlah ilmu dari buaian

    hingga ke liang lahad yang membawa

    maksud pembelajaran sepanjang hayat.- Tidak bermula dengan perintah

    penyembahan atau ketundukan kepada Allah

    tetapi sebaliknya dimulakan dengan perintahberkaitan pendidikan iaitu suruhan membaca

    sebagai salah satu wahana untuk

    mendapatkan ilmu pengetahuan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    10/18

    - merupakan agama yang sangat teliti dan

    ketelitian itu bermula dari peringkat

    pengenalan lagi. Manusia perlu mengenaliTuhannya dengan ilmu. Seterusnya, manusia

    harus terus mengharungi kehidupan ini dengan

    pembelajaran secara berterusan, supaya

    manusia bukan sahaja dapat memastikan

    kelangsungan hidupnya tetapi kehidupan

    secara bermaruah dan bermakna. Ini kerana

    pembelajaran begini dapat memperbaikikehidupan seseorang melalui peningkatan

    kemahiran kerja, pengislahan sahsiah diri dan

    bertambahnya ilmu pengetahuan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    11/18

    Antara hadis Baginda Rasulullah SAW tentang

    kepentingan ilmu:

    - diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawamencari ilmu pengetahuan itu merupakan

    kewajiban ke atas setiap Muslim iaitu suatu

    proses sepanjang hayat dan bukan setakatpada tempoh atau umur tertentu.

    -Melalui periwayatan al-Tabrani, Abu Na'im dan

    Ibn Abd al-Barr, tidak ada makna bagi hari

    yang dilalui sekiranya tiada pertambahan ilmu

    yang sifatnya boleh menambah nilai

    ketakwaan kepada diri seseorang.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    12/18

    Allah SWT menjanjikan banyak pahala

    kebajikan dan kedudukan yang baik kepada

    orang yang menuntut ilmu sebagaimanaterkandung dalam ayat 18 Surah Ali Imran

    yang menjelaskan bahawa kesaksian tentang

    kewujudan Allah Azza wa Jalla adalah(melainkan) Diri-Nya sendiri, para malaikat dan

    orang-orang yang berilmu pengetahuan. Imam

    al-Ghazali mengatakan ayat ini sudah cukup

    membuktikan betapa mulia dan utama

    kedudukan yang diberikan Allah SWT kepada

    orang-orang yang berilmu.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    13/18

    Prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

    Delors et.al mengemukakan empat prinsip yang

    membentuk proses pembelajaran yang sempurnaiaitu :

    a.pembelajaran untuk mengetahui

    b.pembelajaran untuk melakukan

    c.pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa

    d.pembelajaran untuk tinggal bersama.

    Menurut Tough pula, proses pembelajaran berlakupada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh

    suasana di mana kita berada sama ada secara

    terancang mahupun tidak terancang.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    14/18

    Sebenarnya, apa yang berlaku di sekeliling kita

    adalah suasana serta keadaan yang sangat radikal

    dari sudut transformasi sosial. Keadaan ini

    menyebabkan perubahan-perubahan ketara

    terhadap tabiat kerja dan gaya hidup. Perubahan ini

    menjadi cabaran kepada semua orang dan hanyamelalui pembelajaran yang berterusan, cabaran

    akan dapat diatasi. Bukan itu sahaja, apabila

    seseorang boleh bertahan dengan keadaan yang

    telah berubah, ilmu yang dimiliki akan menjadikancabaran itu dapat diolah semula sebagai sesuatu

    yang memberi manfaat dan kesenangan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    15/18

    Pembelajaran sepanjang hayat dalam dunia siber.

    Kemunculan ekonomi digital berasaskan teknologimaklumat, multimedia dan Internet, negara

    memerlukan pekerja berpengetahuan dan proses

    inovasi yang berterusan. Ekoran daripada itu akan

    berlakunya penggabungan antara bekerja danbelajar. Oleh itu, kita akan terus belajar walaupun

    sambil bekerja, dan begitulah sebaliknya. Inilah

    yang dinamakan konsep pembelajaran sepanjang

    hayat. Para pekerja akan perlu belajar minit demiminit untuk melaksanakan kerja dengan lebih

    berkesan.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    16/18

    Bagi menjadikan masyarakat kita bersediamenerima perubahan zaman, pengetahuan serta

    kemudahan capaian Internet mestilah digunakan

    oleh semua golongan masyarakat, tanpa mengira di

    bandar atau luar bandar. Sebuah masyarakat yangbenar-benar tidak mempunyai jurang antara

    golongan bermaklumat dan tidak bermaklumat akan

    wujud sekiranya capaian kepada maklumat itu

    murah serta mudah.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    17/18

    Aktiviti pembelajaran sepanjang hayat merupakan

    kaedah menyediakan diri di era ekonomi digital.

    Medium perolehan maklumat pada zaman akan

    datang ialah Internet. Arus perubahan yang

    dicetuskan oleh teknologi maklumat dan Internet

    pada hari ini memerlukan pengendalian yang cekap

    dan bersistematik agar setiap lapisan masyarakatmendapat faedah sepenuhnya. Program-program

    yang dirangka menjadi perintis perubahan dalam

    pendekatan P & P dengan menekankan

    pengalaman belajar berasaskan elektronik ataudunia siber. Penggunaan Internet membolehkan

    sesiapa sahaja mempelajari apa sahaja, tanpa

    mengira masa dan walau di manapun kita berada.

  • 7/29/2019 PresentationPUAN ZAITON 1

    18/18

    K

    ESIMP

    ULAN

    usaha membudayakan pembelajaran sepanjang

    hayat adalah merupakan sebahagian strategi

    pembelajaran penting bagi sesebuah organisasi.Ianya tidak akan berlaku dengan sekelip mata.

    Setiap individu perlu bertanggungjawab bagi

    pembelajaran diri sendiri dan dilengkapi dengan

    ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan akan datang.Oleh itu, marilah

    kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan

    lagi kredibiliti dan akauntabiliti masing-masing dan

    mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang

    hayat selaras dengan keperluan dan tuntutan

    persekitaran dan dunia yang serba mencabar kini.