faktor dan perkembangan perdagangan&perniagaan portugal

Upload: nur-atieyqah

Post on 06-Mar-2016

1.053 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

sejarah penggal 1

TRANSCRIPT

Faktor dan perkembangan perdagangan dan perniagaan Portugal pada abad ke-16 dan 18

Pendahuluan Sejarah Portugal sebagai sebuah negara Eropah dan negara Atlantik bermula semenjak awal Zaman Pertengahan. Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman Penerokaan di Eropah kerana Portugal Berjaya membina sebuah empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Perkembangan penjelajahan orang Portugal sehingga abad ke-16 dipengaruhi oleh pelbagai factor.

Faktor-faktor Perdagangan dan Perniagaan di Portugal 1. Galakan Putera HenryPutera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakan misi perdagangan hamba dan perdagangan ini telah mendatangkan keuntungan. Hasilnya, menjelang tahun 1460, Portugis Berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

2. Keadaan politik dan kekuasaan raja-raja Portugal Raja-raja dari Dinasti Avis (1383-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber dan memberi galakan kepada rakyat untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Semangat pemimpin Portugal ini menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam penjelajahan dan penerokaan.

3. Perang Salib Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka, cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Penaklukan wilayah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.

4. Kemajuan dalam penemuan baharu

Carta pelayaran (peta), kompas, reka bentuk kapal, turut mendorong penerokaan dan penjelajahan . Dalam pembinaan kapal, orang Portugal berkemahiran dalam dalam membina kapal jenis Caravel seberat 2,000 tan. Kapal ini kuat dan mempu mengharungi lautan luas.

5. Kemunculan tokoh pelayar Portugal terulung

Diego Cam Berjaya berlayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika antara tahun 1482 hingga 1484 menjadikan Portugal sebagai negara yang mempunyai pakar-pakar palayaran dan penjelajahan dunia. Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco Da Gama pula memulakan ekspedisi ke timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Beliau Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur Afrika hingga Malindi. Kejayaan tersebut menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke timur untuk memperoleh lada hitam, sutera, batu permata dan rempah-ratus.

Perkembangan Perdagangan dan Perniagaan Portugal

1. Perkembangan penjelajahan orang Portugis menyebabkan kepesatan dalam bidang perdagangan, perluasan pengaruh, empayar dan hubungan. Pada tahun 1504, Francisco De Almeida dilantik sebagai wizurai Portugal. Beliau telah berusaha menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar-saudagar Islam. 2. Pada tahun 1505, Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai wuzurai. Beliau telah menjadikan Goa sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa, Portugal meneruskan gerakan ke Asia Tenggara yang terkenal dsebagai pusat pengeluaran rempah-ratus. Misi perdagangan ini diketuai oleh Lopez De Lopez De Dequeira yang tiba di Melaka pada tahun 1509. 3. Komoditi rempah amat berharga dalam perdagangan di Eropah. Oleh itu, Portugal berusaha menyaingi Venice dalam menguasai perdagangan rempah di Eropah. Venice yang memonopoli komoditi berharga ini atelah membawa barangan ini dari dari India dan Arab sera memasarkannya ke Mediterinian dan Eropah barat. 4. Pada abad ke-16, perdagangan rempah dari timur yang menguntungkan telah Berjaya dikuasai oleh Portugal. Portugal mula menguasai jalan laut apabila menubuhkan laluan pusingan di Tanjung Pengharapan. Laluan baharu ini diperkukuhkan lagi oleh Alfonso De Albuquerque yang mengambil tugas sebagai wizurai Portugal di India pada tahun 1508. 5. Seterusnya, Portugal menguasai Pantai Timur Afrika. Alfonso De Albuquerque telah memperkukukan dan meluaskan laluan selamat tersebut kea rah timur dengan menawan kawasan Hormuz di muara Teluk Parsi pada tahun 1514, Goa di pantai barat India pada tahun 1510 dan Melaka pada tahun 1511. Hasilnya, Pula Bombay diserahkan kepada Portugis pada tahun 1534. Seterusnya, kehadiran Portugal di Sri Lanka semakin meningkat pada abad ini dan pada tahun 1557. Pedagang Portugal menubuhkan satu koloni di Pulau Macau. Manakala, Goa di India telah berfungsi sebagai ibu pejabat di India. 6. Pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517. 7. Pada tahun 1542, Portugal Berjaya mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. 8. Pada tahun 1520, Portugal juga menubuhkan pangkalan perdagangan di Afrika khususnya di Mozambique yang berfungsi pusat persinggahan bagi kapal-kapal dari Eropah ke Asia. 9. Portugal juga mengukuhkan kedudukannya di Amerika Selatan khususnya di Brazil dengan pemindahan beramai-ramai penduduk Portugal dan mubaligh Kristian ke petempatan baharu di Sao Paolo, Pernumbuco dan Bahia. 10. Kesannya, wujud rantaian pelabuhan dan dengan ketiadaan kapal di Lautan Hindi yang mampu mencabar kuasa Portugal di laut, Portugal Berjaya memonopoli perdagnagan rampah di timur. 11. Perdagangan di Eropah juga meningkatkan kuasa perdagangan kuasa Portugal. Portugal menjalankan perdagangan dengan Belanda. Perdagangan ini membolehkan Belanda meniukmati manfaat terus daripada perdagangan Portugal. Kapal-kapal Belanda mempunyai monopoli dalam mengangkut kargo ynag berharga dari Lisbon ke Eropah Utara. Namun, keadaan berubah pada tahun 1580, apabila Sepanyol, iaitu musuh Belanda menduduki Portugal. 12. Penaklukan Sepanyol ke atas Portugal pada tahun 1580 hinga tahun 1640 telah menyebabkan kekayaan Portugal beransur-ansur kurang selepas abad ke-16. Hal ini menyebabkan Portugal tidak boleh mempunyai dasar luar yang berbeza dari Sepanyol. Keadaan ini menyebabkan: A. Sepanyol menyerahkan pentadbiran empayar Portugal di bawah kawalan Lisbon dan perubahan politik ini menjejaskan kepentingan perdangagan Portugal. B. Pada masa yang sama, Belanda tidak dibenarkan berdagang di tumur maka Belanda bertekad untuk membina seubah perniagaan mereka sendiri. Oleh itu, pada tahun 1595, Belanda memutuskan untuk mencaba Portugal di laluan selatan. Keputusan ini telah membawa kepada perubahan besar dalam perdagangan timur. Antaranya, I. Penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda/Dutch East India Company (VOC) pada tahun 1602. Syarikat ini mempunyai monopoli bebas cukai, perdagangan timur selama 21 tahun. II. VOC diberi kuasa membina kubu, meluaskan jajahan, dan mengekalkan tentera laut seperti yang dihendaki. Dengan kuasa tersebut, di dalam beberapa dekad, Belanda Berjaya menyingkirkan Portugal daripada perdagangan rempah. Pada tahun 1619, Belanda Berjaya mendapatkan Betawi di Jawa. C. Perluasan kuasa Belanda telah menyebabkan Portugal: I. Dihalau dari Melaka pada tahun 1641, dan Sri Lanka pada tahun 1658. II. Kehilangan Kepulauan Meluku kepada Belnada. D. Belanda menjalankan dasar monopoli perdagangan rempah. Antara tindakan Belanda ialah menghapuskan pokok-pokok cengkiih di Kepulauan empah kecuali di Ambon dan Tanah Merah, mengehadkan pengeluaran, mengekalkan harga tinggi dan memastikan tumbuh-tumbuhan tidak dieksport bagi menghalang penyebaranya di tempat lain. Sekatan tersebut Berjaya dikekalkan sehingga akhir abad ke-18. E. Sejak itu, Portugal tidak dapat memulihkan kekuatan perdagangan mereka di timur. Namun, tumpuan perdagnagan Belanda di Asia Tenggara telah membolehkan Syarikat Hindia Timur Inggeris memutuskan untuk menumpukan usaha ke atas India. F. Pada dua abad yang seterusnya, Portugal semakin kehinlangan kekayaan dan status apabila Belanda, British dan Perancis menambil alih perdagnagan rempah ratus dan perdangangan hamba (asas ekonomi empayar) dengan menakluki pusat pusat perdangan Portugis yang meluas taburannya dan meningglakan seumber-sumber yang sedikit sahaja.

KesimpulannyaFaktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan social.

Dibentang: Yong Shing