faktor dan kesan pencemaran udara

Upload: vira-hashim

Post on 04-Jun-2018

380 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Faktor Dan Kesan Pencemaran Udara

    1/4

    FAKTOR DAN KESAN PENCEMARAN UDARA

    Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu

    atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah

    di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,NitrogenOksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

    Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan

    mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda

    sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh

    kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

    Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana

    kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran

    sampah sarap.

    Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu

    sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang

    mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak

    terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

    faktor pencemaran udara

  • 8/13/2019 Faktor Dan Kesan Pencemaran Udara

    2/4

    FAKTOR DAN KESAN PENCEMARAN BUNYI

    Pencemaran bunyi merupakan pencemaran kita tidak nampak dengan mata kasar. Apabila kita

    mendengar bunyi yang bising, kita akan merasa tidak tenang dan merasakan tekanan perasaan

    hingga tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Telinga adalah organ yang terlibat dalam pencemaran

    bunyi ini. Telinga merupakan salah satu organ yang terpenting yang dikurniakan tuhan kepada kita,

    sekiranya kita tidak menjaga organ ini dengan baik dan terdedah dengan pencemaran bunyi yang

    kuat,kita akan mengalami pekak atau kerosakan pada telinga dalam masa yang singkat. masalah

    pendengaran dan pekak selalunya berlaku kepada orang yang berumur 50 an keatas kerana saraf

    dari telinga sudah lemah untuk menghantar maklumat yang didengar ke otak untukditafsirkan.Tetapi,sekiranya seseorang individu terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat pada

    usia muda lagi,risiko untuknya menghidapi pekak pada usia muda sangat tinggi.Ini terbukti apabila

    kajian menunjukkan bahawa 76 peratus tentera melayu yang berkhidmat pada zaman

    komunis,mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripada kesan bunyi

    tembakan,bom,meriam dan pesawat semasa berada di medan perang.

    KESAN PENCEMARAN BUNYI

  • 8/13/2019 Faktor Dan Kesan Pencemaran Udara

    3/4

    FAKTOR DAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP

    Aktiviti manusia seperti menebang pokok dikawasan lapang menyebabkan berlakunya perubahanlandskap di muka bumi ini.Kemudian,aktiviti pembinaan bangunan dimulakan.kesan daripada

    daripada aktiviti tersebut,kawasan tersebut menjadi kosong dengan tumbuhan dan manusia akan

    kekurangan oksigen.

    Kesn perubahan landskap

  • 8/13/2019 Faktor Dan Kesan Pencemaran Udara

    4/4

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN

    1.PENAMPALAN OZON

    Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui

    penggunaan belon helium.Selain itu,penampalan ozon juga boleh berlaku dengan menembak peluru

    ozon menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon.

    2.MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG

    Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah menggubalkan pelbagai undang-

    undang dalam mengawal kadar pencemaran.Sebagai contoh,industri besar dan kecil diwajibkan

    menapis asap yang dikeluarkan.Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur

    air dan btu kapur asap.

    3.KITAR SEMULAMengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti

    plastik,kertas,tin,aluminium dan sebagainya.Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat

    kepada alam sekitar dan dapat mengurangkan kadar pencemaran.