faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid

14
SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967 Tugasan 1 : Article Riview Tajuk Artikel : Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam Kajian Oleh : Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusuff dan Jamaludin Badushah Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010):77- 85 (http://www.ukm.my/jurfpend/jild35(1)2010/bab7.1.pdf) 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara di dunia ini. Bidang ini merupakan saluran bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdaya saing dalam menghadapi dunia tanpa sempadan dan yang kian mencabar. Justeru itu, isu ketidak mampuan murid membaca merupakan satu sindrom yang amat berleluasa dan perlu ditangani dengan segera agar matlamat melahirkan masyarakat yang berilmu, progresif dan berinovatif tidak terjejas. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca permasalahan murid tidak boleh membaca. Hasil kajian yang telah dibuat secara pro aktrif oleh pengkaji-pengkaji telah memudahkan pihak kementerian, sekolah, guru-guru serta ibu bapa dalam menangani

Upload: ismailjitra

Post on 26-Dec-2015

133 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

masalah membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

Tugasan 1 : Article Riview

Tajuk Artikel : Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Kerajaan di Brunei Darussalam

Kajian Oleh : Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusuff

dan Jamaludin Badushah

Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010):77-85

(http://www.ukm.my/jurfpend/jild35(1)2010/bab7.1.pdf)

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam menentukan kemajuan

sesebuah negara di dunia ini. Bidang ini merupakan saluran bagi melahirkan

masyarakat yang berilmu dan berdaya saing dalam menghadapi dunia tanpa sempadan

dan yang kian mencabar. Justeru itu, isu ketidak mampuan murid membaca

merupakan satu sindrom yang amat berleluasa dan perlu ditangani dengan segera agar

matlamat melahirkan masyarakat yang berilmu, progresif dan berinovatif tidak

terjejas. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca

permasalahan murid tidak boleh membaca. Hasil kajian yang telah dibuat secara pro

aktrif oleh pengkaji-pengkaji telah memudahkan pihak kementerian, sekolah, guru-

guru serta ibu bapa dalam menangani permasalahan ini. Apa yang paling penting

adalah diharapkan hasil penemuan daripada kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya

oleh semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

2.0 Ringkasan

Petikan ini menyentuh kajian tentang masalah membaca dalam kalangan murid

sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam.Kajian ini telah dijalankan oleh Tamam

Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusuff dan Jamaludin

Badushah.Masalah ini dikaji ekoran terdapatnya rungutan dalam kalangan guru sekolah

rendah dan sekolah menengah di Brunei Darussalam yang mempersoalkan murid yang

Page 2: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

tidak boleh membaca dan memahami teks dengan berkesan. Murid-murid yang

bermasalah ini telah menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti

proses belajar seterusnya.

Dalam kajian yang dijalankan, kaedah kualitatif telah digunakan menerusi temubual

yang dijalankan ke atas empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang

guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam.Masalah membaca ini

telah dinyatakan menerusi keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2003 –

2007, Laporan Tahunan Pelajaran 2005,Laporan Ketua Pemarkahan 2004-2007,

Laporan Lembaga Peperiksaan Brunei 2007 serta kajian Unit Bahasa dan

Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan Kurikulum (2006) yang menyatakan

masih terdapat sebilangan murid darjah enam yang tidak lulus dalam bahasa Melayu

dan kemerosotan pencapaian murid di sekolah rendah dalam subjek Bahasa

Melayu.Kegagalan ini berpunca daripada kesukaran murid membaca dan memahami

teks dengan berkesan seperti yang dinyatakan oleh Kamaruddin(1990) dan Elizebeth

Liew(2006).

Menerusi kajian ini, pengkaji telah memperoleh beberapa dapatan kajian yang

memperlihatkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca

dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh

enam faktor. Pertamanya, kaedah atau cara pengajaran guru iaitu guru yang tidak

mempunyai pengalaman dalam mengajar, penggunaan kaedah secara beramai-ramai

dan individu serta ketiadaan kaedah berkesan dalam mengajar membaca.Keduanya,

persekitaran iaitu keluarga yang tidak memotivasi dan memberI perhatian kepada murid

untuk belajar, pihak sekolah tidak memberi perhatian kepada murid yang lemah dan

pihak pentadbir serta kementerian lebih menekankan subjek-subjek lain.Ketiganya,

psikologi iaitu murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberi tumpuan semasa

guru mengajar.Keadaan wujud disebabkan muri-murid lemah dalam aspek kemahiran

membaca.Keempatnya, individu iaitu tahap kecerdasan dan kebolehan membaca

murid adalah rendah yang menyebabkan mereka sukar untuk memahami bahan yang

dibaca. Kelimanya, teks yang digunakan tidak menarik untuk dibaca dan sukar difahami

Page 3: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

oleh murid. Keenamnya, masa pengajaran yang diperuntukkan untuk belajar membaca

adalah terlalu singkat.

Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu

diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah 6 di

Brunei Darussalam.

3.0 Komen dan Pandangan Tentang Dasar Yang Dilaksanakan

3.1 Kelemahan kurikulum berorientasikan peperiksaan

Berdasarkan penelitian ke atas kajian yang dibaca, didapati sistem pendidikan yang

dijalankan lebih berorientasikan peperiksaan. Matlamat pencapaian dalam peperiksaan

menjadi fokus bagi kurikulum peringkat sekolah rendah di Brunei.Murid-murid tahun 6

perlu menduduki Penilaian Sekolah Rendah(PSR)(sumber

:wikipedia.org/wiki/Sistem_Pendidikan_Brunei) Senario ini adalah sama seperti mana

yang dilaksanakan di dalam Sistem Pendidikan di Malaysia iaitu murid perlu menduduki

Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)

(Sumber:wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia#Pendidikan_rendah). Guru-guru

lebih menekankan aspek mengingati fakta ataupun dalam kata lain menghafal. Murid-

murid yang lemah tidak diberi perhatian terutamanya dalam soal memulihkan mereka

dari segi bacaan.Murid-murid ini sentiasa ketinggalan disebabkan guru hanya

bermatlamat menyediakan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan.Di samping itu

guru-guru berusaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan

sebelum menghadapi peperiksaan.Murid-murid ini hanya disogok dengan fakta-fakta

dan teknik menjawab soalan peperiksaan.

3.2 Tenaga pengajar yang tidak berpengalaman

Selain itu, kelemahan kurikulum peringkat sekolah rendah di Brunei amat ketara ekoran

daripada hasil temu bual didapati terdapat guru yang kurang pengetahuan dari segi

kaedah pengajaran membaca.Guru-guru masih menggunakan kaedah tradisonal yang

agak ketinggalan dalam mengajar membaca.Guru hanya mengajar murid-murid

Page 4: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

membaca secara beramai-ramai dan individu. Malahan, murid-murid hanya diajar

membaca mengikut kemampuan murid tanpa usaha-usaha lanjutan untuk

meningkatkan tahap kemahiran membaca murid.Keadaan ini memperlihatkan bahawa

latihan profesionalisme keguruan yang diperkenalkan oleh institusi yang

dipertanggungjawabkan untuk melatih guru-guru agak kurang mantap.

3.3 Bahan Bantuan Mengajar

Seterusnya,penggunaan bahan bacaan yang lama jelas memperlihatkan bahawa

tiadanya usaha untuk mengemas kini dan menaik taraf bahan bacaan di peringkat

sekolah rendah.Keadaan ini membantutkan minat murid-murid untuk membaca.

Tiadanya inisiatif oleh pihak kerajaan untuk merangsang para karyawan negara bagi

menambah jumlah buku untuk bacaan murid-murid sekolah.Pembayaran wang royalty

yang rendah, kewujudan cetak rompak dan tiada insentif pelepasan cukai menjadi

faktor kekangan kepada penghasilan buku-buku terbaru di pasaran.Faktor saiz pasaran

yang kecil di Brunei memungkinkan para penerbit kurang berminat untuk menghasilkan

buku bagi golongan ini. Bertambah parah lagi apabila saiz penduduk yang kecil ini dan

kewujudan sikap masyarakat yang kurang minat membaca, yakni membaca hanya

sekadar untuk lulus peperiksaan menyebabkan industri penerbitan buku tidak berdaya

saing.Keadaan ini bertambah buruk dengan kehadiran teknologi komputer yang

meminggirkan lagi masyarakat dengan budaya membaca terutama murid-murid

sekolah.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Hasil analisa petikan ini, terdapat penemuan beberapa faktor yang mengekang

kemampuan murid dalam membaca seperti yang digariskan oleh pengkaji. Antara

factor-faktor tersebut iaitu kaedah atau cara pengajaran guru , persekitaran , psikologi,

individu,, teks yang digunakan tidak menarik untuk dibaca dan sukar difahami oleh

murid dan masa pengajaran terlalu singkat. Faktor-faktor ini telah menimbulkan

kekangan dan kelemahan dalam kurikulum Bahasa Melayu di Brunei.

Page 5: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, saya mencadangkan beberapa langkah

yang berkesan bagi memastikan tahap pembacaan murid iaitu :-

4.1 Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah

Pihak kementerian perlu membuat perubahan terutamanya dalam kurikulum sekolah

rendah iaitu menjalankan penilaian berasaskan sekolah . Ianya melibat proses penilaian

secara berterusan dari tahun 1 hingga tahun 6. Keadaan ini akan membawa kepada

kesungguhan pihak sekolah dan guru dalam membentuk individu tanpa meminggirkan

murid yang tidak boleh membaca.Pihak sekolah akan sentiasa memantau

perkembangan murid secara berterusan dan dapat mengesan dan memulihkan murid

yang lemah terutamanya dari aspek membaca pada peringkat awal.

4.2 Latihan Profesionalisme keguruan dittingkatkan

Amalan pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam menentukan

keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran yang

terancang , menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian

dijalankan secara berterusan. Ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh

mengesan masalah pembelajaran sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan

bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran yang berkesan..

Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi berkesan , dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar (dalam aspek

membaca)dan guru akan menjadi cekap Justru, pihak yang dipertanggungjawabkan

dalam melatih guru-guru perlu membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada

guru-guru yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun untuk mendapatkan latihan

atau kursus-kursus dalam perkhidmatan. Hal sedemikian amat penting bagi

memperkenalkan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran terkini agar guru

sentiasa ke hadapan segi pedagogi.Oleh itu, isu guru masih menggunakan pendekatan

dan kaedah tradisional tidak akan timbul lagi. Malahan, murid-murid juga akan merasa

seronok ekoran corak penyampaian yang digunapakai oleh guru-guru adalah berinovatif

Page 6: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

dan terkini. Menurut ucapan Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman

Bin Dato Setia Haji Mohamed Taib di dalam Majlis Pelancaran Pelaksanaan Sistem Pendidikan

Brunei Abad 21 (SPN 21), Kementerian Pendidikan Brunei perlulah bekerjasama lebih

rapat lagi dengan pihak institusi-institusi pengajian tinggi

kita, khususnya Universiti Brunei Darussalam, untuk memastikan latihan perguruan

dapat menghasilkan guru-guru yang berkualiti, manakala guru-guru yang sedang

berkhidmat pula perlu disediakan pelbagai program latihan berterusan (continuing

professional development) di dalam mahupun di luar negara

(http://search.conduit.com/Results.aspx?q=sistem+pendidikan+di+brunei)

.

4.3 Galakkan penerbitan bahan bantuan mengajar

Pihak bertanggungjawab seperti DBP Brunei perlulah member insentif kepada para

penulis agar menghasilkan buku-buku yang sesuai digunapakai oleh murid-murid

sekolah rendah.Subsidi hendaklah diberikan kepada syarikat-syarikat penerbitan buku

yang dapat menghasilkan buku sebanyak mungkin bagi pembaca-pembaca di peringkat

sekolah rendah. Pihak bertanggungjawab perlulah memberi garis panduan yang

lengkap kepada penerbit-penerbit buku terutamanya dari aspek kualiti buku yang

hendak diterbitkan.Perkara ini penting bagi mengatasi masalah bahan bacaan yang

diterbitkan tidak sesuai dengan golongan sasaran iaitu murid sekolah rendah.

4.4 Membudayakan tabiat membaca di kalangan murid sekolah rendah

Budaya membaca perlulah dipupuk oleh pihak guru dan ibu bapa kepada anak-anak

agar ianya menjadi sebati dan amalan hidup murid-murid.Mentaliti membaca hanya

sekadar untuk lulus peperiksaan perlulah diubah kepada membaca sebagai santapan

rohani dan jasmani.Budaya ini akan dapat melahirkan satu generasi yang benar-benar

dahagakan ilmu pengetahuan.Secara tidak langsung, ianya akan meancakkan lagi

industri penerbitan buku dan bahan-bahan bacaan ilmiah.

Page 7: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

5.0 Penutup

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji, maka kita dapat

rumuskan bahawa peranan memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam

membaca perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pengubal dasar

pendidikan(kementerian), pelaksana(sekolah dan guru) , ibu bapa serta murid-murid itu

sendiri. Sesungguhnya, kejayaan dalam mengatasi masalah ini bukannya ada jalan

singkat atau mudah. Ianya memerlukan pengemblengan tenaga secara bersepadu

semua pihak tanpa ada mana-mana pihak yang tercicir.

Page 8: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

Rujukan

Jabatan Pelajaran Brunei. 1985. Sistem pendidikan negara Brunei

Darussalam. Bandar Sri Begawan: Kementerian Pendidikan

Brunei Darussalam.

Jabatan Peperiksaan Brunei. 2007. Laporan ketua pemarkahan

kertas peperiksaan penilaian sekolah rendah Brunei

Darussalam. Bandar Sri Begawan: Kementerian Pendidikan

Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1988. Maklumat dasar-dasar

pelajaran negara Brunei Darussalam. Bandar Sri Begawan:

Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1997. Sukatan pelajaran bahasa

Melayu sekolah-sekolah rendah darjah I hingga VI. Bandar

Sri Begawan: Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 2006. Kajian membaca di lapan

buah sekolah rendah terpilih di Brunei Darussalam. Bandar

Sri Begawan: Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Atas talian :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Pendidikan_Brunei

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia#Pendidikan_rendah

http://search.conduit.com/Results.aspx?q=sistem+pendidikan+di+brunei

http://www.ukm.my/jurfpend/jild35(1)2010/bab7.1.pdf

Page 9: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Ringkasan

3.0 Komen dan Pandangan Tentang Dasar Yang Dilaksanakan

3.1 Kelemahan kurikulum berorientasikan peperiksaan

3.2 Tenaga pengajar yang tidak berpengalaman

3.3 Bahan Bantuan Mengajar

4.0 Cadangan Penambahbaikan

4.1 Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah

4.2 Latihan Profesionalisme keguruan dittingkatkan

4.3 Galakkan penerbitan bahan bantuan mengajar

4.4 Membudayakan tabiat membaca di kalangan murid sekolah rendah

5.O Penutup

- Rujukan

Page 10: Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid

SGDC 5043 CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT

TUGASAN 1(MOHD NAWAR BIN YAHAYA :S808967

- Lampiran