fail inovasi

13
PENGENALAN Kumpulan kami telah mencetuskan satu idea bernas yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran mereka agar lebih berkesan, di mana kami telah mereka satu alat bahan bantu mengajar bagi subjek Matematik untuk tahap satu iaitu Kalendar Nombor. Alat bantu mengajar ini direka berasaskan kalendar, di mana kami menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan alat ini. Kami telah mendapat ilham bagi mencipta alat bantu mengajar ini setelah melihat simpanan beberapa kalendar tahun lalu yang telah digunakan. Oleh itu, kami mengaplikasikan idea kami dengan menggunakan kalendar-kalendar tersebut. Kalendar Nombor ini adalah merupakan alat bantu mengajar yang boleh digunakan bagi murid tahap satu sekolah rendah iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Alat ini direka untuk membantu para guru dalam mengajar murid-murid mereka dalam menguasai konsep nilai tempat nombor bulat, pembentukan nombor dan cerakinan nombor. Murid akan dapat menyatakan nilai tempat yang betul bagi setiap angka dalam sesuatu nombor serta membentuk nombor yang

Upload: husnaipgksm

Post on 15-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fail inovasi

TRANSCRIPT

Page 1: Fail Inovasi

PENGENALAN

Kumpulan kami telah mencetuskan satu idea bernas yang dapat membantu guru

dalam proses pengajaran mereka agar lebih berkesan, di mana kami telah mereka satu

alat bahan bantu mengajar bagi subjek Matematik untuk tahap satu iaitu Kalendar

Nombor. Alat bantu mengajar ini direka berasaskan kalendar, di mana kami

menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan alat ini. Kami telah mendapat ilham

bagi mencipta alat bantu mengajar ini setelah melihat simpanan beberapa kalendar

tahun lalu yang telah digunakan. Oleh itu, kami mengaplikasikan idea kami dengan

menggunakan kalendar-kalendar tersebut.

Kalendar Nombor ini adalah merupakan alat bantu mengajar yang boleh

digunakan bagi murid tahap satu sekolah rendah iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Alat ini direka

untuk membantu para guru dalam mengajar murid-murid mereka dalam menguasai

konsep nilai tempat nombor bulat, pembentukan nombor dan cerakinan nombor. Murid

akan dapat menyatakan nilai tempat yang betul bagi setiap angka dalam sesuatu

nombor serta membentuk nombor yang

Page 2: Fail Inovasi

ISU DAN MASALAH

Setelah membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan, kami memfokuskan kepada masalah utama yang dihadapi oleh murid iaitu

tidak memahami konsep nilai tempat bagi nombor bulat. Ini kerana menurut National

Council of Teaching Mathematics, NCTM (2000), adalah amat penting agar murid dapat

membangunkan pemahaman yang kukuh dalam sistem nombor asas sepuluh dan

konsep nilai tempat pada akhir Grade 2.

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, kami mendapati murid tidak

memahami dengan betul konsep nilai tempat sa, puluh dan ratus. Apabila murid diminta

menyebut nombor 305, didapati sebahagian besar murid menyebut nombor tersebut

dengan tidak tepat iaitu tiga ratus lima puluh. Selain itu, murid juga tidak dapat

menyatakan nilai tempat yang betul bagi angka 8 dalam nombor 284 yang ditulis pada

papan putih. Ini menunjukkan murid masih belum memahami dengan betul konsep nilai

tempat bagi nombor bulat yang diberikan.

Oleh yang demikian, kami membuat kesimpulan bahawa masalah ini perlu diberi

perhatian kerana ia merupakan konsep asas yang perlu dikuasai bagi murid-murid ini

sebelum mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti penambahan,

penolakan, pendaraban dan pembahagian. Sekiranya murid tidak dapat menguasai

konsep ini dengan baik, murid tidak akan dapat menyelesaikan operasi matematik

dengan betul dan tepat kerana murid akan melakukan kesilapan ketika menyusun digit

mengikut nilai tempat yang sepatutnya dalam bentuk lazim.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, kami telah menghasilkan satu bahan bantu

belajar iaitu Kalendar Nilai yang memfokuskan kepada penguasaan konsep nilai tempat

nombor bulat dalam kalangan 15 orang murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Alor

Lintah.

Page 3: Fail Inovasi

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991), Matematik merupakan

satu mata pelajaran bersifat hierarki iaitu pembelajaran secara berperingkat-peringkat.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengalami masalah penguasaan bagi sesuatu

tajuk pada awal proses pengajaran dan pembelajaran akan menghadapi masalah pada

masa akan dating atau penguasaan pada bab yang mendatang. Hal ini perlu diberi

penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajar yang bermasalah supaya

permasalahan yang timbul dapat diatasi pada peringkat awal lagi.

Troutman dan Lichtenbery (1991) mengatakan bahawa kesukaran memahami

konsep nilai tempat akan mempengaruhi sebahagian besar konsep aritmatik yang

dipelajari. Kesukaran tersebut disebabkan oleh beberapa masalah antaranya ialah

murid tidak dapat mengaitkan model nilai tempat dengan lambang bilangan, kesukaran

menggunakan teknik regrouping atau pengelompokkan kembali dan tidak dapat

menentukan kedudukan nilai tempat. Manakala Payne & Hunker (1993) pula

menyatakan ada tiga komponen utama dari pemahaman nilai tempat bilangan dua

angka yang dianggap penting iaitu kuantiti dan nama basis, nama bilangan dan juga

lambang bilangan nilai tempat.

Nilai tempat melibatkan kemahiran menyebut nombor, menulis nombor dalam

perkataan atau menulis nombor dalam angka, dan menentukan nilai tempat serta nilai

digit bagi sebarang nombor. Kebiasaannya murid akan terkeliru dan membuat kesilapan

dalam menyebut nilai tempat yang lebih besar serta mengaitkan sesuatu dengan nilai

tempatnya. Lazimnya, kebanyakan pelajar akan menghafal kesemua nilai tempat

mengikut urutan yang betul. Oleh itu, murid hanya menghafal sahaja dan bukannya

memahami konsep sistem nombor tersebut. Kesannya murid akan mengambil masa

untuk menyebut nombor dan lebih cenderung untuk melakukan kesilapan.

Konsep nilai tempat ini merupakan asas yang sangat penting menurut NCTM

(2000, ms. 81) yang mangatakan bahawa “It is absolutely essential that students

develop a solid understanding of the base ten numeration system and place-value

Page 4: Fail Inovasi

concepts by the end of grade 2. Students need many instructional experiences to

develop their understanding of the systems including how numbers are written.”

Pemahaman konsep nilai sesuatu kedudukan atau nilai tempat, adalah penting

untuk mengembangkan number sense dan juga merupakan asas kepada empat

operasi asas pada nombor, seperti yang disahkan oleh penyelidikan peta konsep

Schmittau dan Vagliardo (2006, ms 7) telah menunjukkan pemusatan sistem

kedudukan dari segi konsep yang padat yang terdiri daripada konsep matematik

sekolah rendah. Manakala Nataraj dan Thomas, (2007) mengatakan bahawa konsep

nilai tempat adalah penting untuk membangunkan number sense dan merupakan

sebahagian daripada infrstruktur yang diperlukan untuk diaplikasikan secara berkesan

strategi dan algoritma dalam penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Ini menunjukkan kaitan rapat antara konsep nilai tempat dengan aplikasi operasi

matematik.

Kami akan memberikan penekanan dan kefahaman kepada murid mengenai

konsep nilai tempat yang sebenar semasa menggunakan alat menurut Charlesworth P.

& Lind (2003, ms. 308 – 309) yang mengatakan bahawa nilai tempat adalah berkaitan

dengan pemahaman bahawa angka yang sama mewakili jumlah yang berbeza

bergantung kepada nombor itu berada di kedudukan mana. Ini kerana apabila murid

memahami konsep sebenar nilai tempat, murid akan dapat mengenalpasti nilai tempat

bagi sesuatu nombor.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Peter Stanley Price, kepentingan

nilai tempat dalam kurikulum matematik rendah dan kesukaran guru mengajar konsep

nilai temapt kepada murid telah didokumentasikan degan baik (G. A. Jones & Thornton,

1993a; S. H. Ross, 1990). Ini menunjukkan konsep nilai tempat ini bukanlah suatu

konsep yang mudah dan tidak boleh dipandang enteng kerana konsep ini adalah

sangat penting dalam kurikulum matematik di sekolah rendah.

Page 5: Fail Inovasi

METODOLOGI

Analisis Dokumen

- Berdasarkan jawapan soalan latihan murid, kami dapat menganalisis kesalahan

yang dilakukan oleh murid dan juga prestasi markah latihan murid.

Pemerhatian

- Pemerhatian dilakukan ke atas beberapa aspek seperti tingkah laku dan sikap murid

semasa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Kalendar Nombor.

- Perubahan tingkah laku dan sikap murid dianalisis bagi mengetahui keberkesanan

penggunaan alat ini.

Temu Bual

- Kami menjalankan temu bual terhadap murid untuk mendapatkan maklumat dan

mengumpul data yang berkaitan.

Soal Selidik

- Soal selidik yang dijalankan ini mengandungi beberapa item soalan yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan persepsi murid mengenai topik

kajian.

Page 6: Fail Inovasi

KEKUATAN DAN KELEBIHAN

1. Kalendar Nombor yang digunakan ini dapat membantu murid dalam memahami

konsep sebenar nilai tempat, pembentukan nombor dan mencerakin nombor bulat.

2. Alat ini menggunakan bahan terbuang dan mesra alam selain ianya murah, selamat

untuk digunakan dan mudah didapati.

3. Kalendar Nombor ini juga adalah tidak terhad kepada murid Tahun 2 sahaja

malahan boleh juga digunakan bagi murid Tahun 1 dan Tahun 3.

4. Ia dapat menarik minat murid untuk mempelajari topik ini dan seterusnya menguasai

konsep nilai tempat nombor bulat.

5. Murid dapat membelek sendiri nombor-nombor pada Kalendar Nombor semasa

membina nombor dan menjawab soalan latihan.

Page 7: Fail Inovasi

CARA PENGGUNAAN

1. Murid diperkenalkan nilai tempat secara berperingkat iaitu sa, puluh dan ratus.

2. Murid diminta menyebut nombor yang dipaparkan pada Kalendar Nombor sambil

menggunakan jari mengikut nilai tempat.

3. Kemudian, murid diminta membelek Kalendar Nombor bagi membentuk nombor

bulat yang disebut oleh guru.

4. Murid menyebut nombor yang telah dibentuk tersebut. Guru meminta murid

menyatakan nombor apakah yang berada pada rumah sa dan sebaliknya.

5. Seterusnya, murid didedahkan dengan cara mencerakin nombor bulat dengan

menggunakan Kalendar Nombor.

6. Murid diminta mencerakin nombor menggunakan Kalendar Nombor berdasarkan

nombor yang dipaparkan.

Page 8: Fail Inovasi

PERBINCANGAN

Page 9: Fail Inovasi

CADANGAN REKA CIPTA LANJUTAN

Page 10: Fail Inovasi

SUMBER RUJUKAN

Nataraj, M. S., & Thomas, M. O. J. (2007). Developing the Concept of Place Value. In J.

Watson & K. Beswick (Eds.), 30th Annual Conference of the Mathematics

Education Research Group of Australasia: Vol. 2. Mathematics: Essential

research, essential practice (hlmn. 523 – 532). Wahroonga, Australasia:

MERGA, Inc.

Payne, J. N. & Huinker, D. M. (1993). Early number and numeration; dalam R.J. Jehsen

(Ed.), Research ideas for the classroom: Early Childhood mathematics.

(hlmn. 43 – 70). New York : National Council of Teachers of Mathematics

Research Interpretation Project/Macmillan Publishing Company.

Peter Stanley Price, (2001). Thesis of the Development of Year 3 Students’ Place-Value

Understanding: Representations and Concepts. Queensland University of

Technology: Faculty of education.

Rosalind Charlesworth dan Karen K. Lind (2013). Seventh edition: Math and Science for

Young Children. Belmont, USA : Wadsworth Cengage Learning.

Schmittau, J., & Vagliardo, J. J. (2006). Using concept mapping in he development of

the concept of positional system. Dalam A. J. Canas & J. D. Novak (Eds.),

/Concept maps: Theory, methodology, technology/. (Proceedings of the 2nd

international conference on Concept Mapping, hlmn. 590 – 597). San Jose,

Costa Rica.

Troutman, A.P & Lichtenberg, B.K. (1991). Mathematics a good beginning: Strategies

for teaching children. (4th ed.). Belmont, California: Wadsworth, Inc.