fadilat wirid ya allah

14
YA ALLAH Ya Allah, Lafzhul Jalalah. Nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian. Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 1. YA RAHMAN Yang Maha Pengasih. Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah. 2. YA RAHIM Yang Maha Penyayang. Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 3. YA MALIK Raja Yang Maha Berkuasa. Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah. 4. YA QUDDUS Yang Maha Suci Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain. 5. YA SALAAM Yang Maha Sejahtera. Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera. 6. YA MU'MIN Ya Maha Mengamankan. Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita,

Upload: fieryfist9065

Post on 31-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Fadilat Wirid Ya Allah.

TRANSCRIPT

Page 1: Fadilat Wirid YA ALLAH

YA ALLAHYa Allah, Lafzhul Jalalah.

Nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian.

Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

1. YA RAHMANYang Maha Pengasih.Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.

2. YA RAHIMYang Maha Penyayang.Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

3. YA MALIKRaja Yang Maha Berkuasa.Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

4. YA QUDDUSYang Maha SuciApabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.

5. YA SALAAMYang Maha Sejahtera.Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.

6. YA MU'MINYa Maha Mengamankan.Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. YA MUHAIMINYang Maha Melihara.Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

8. YA 'AZIZYang Maha Perkasa.Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.

Page 2: Fadilat Wirid YA ALLAH

9. YA JABBARYang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

10. YA MUTAKABBIRYang Memiliki Kebesaran.Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. YA KHALIQYang Maha Pencipta.Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

12. YA BARI'Yang Maha Merancang.Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.

13. YA MUSAWWIRYang Maha Pembentuk.Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.

14. YA GHAFFARYang Maha Pengampun.Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.

15. YA QAHHARYang Maha Perkasa.Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

16. YA WAHHABYang Maha Memberi Kurnia.Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempitan, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.

17. YA RAZZAQYang Maha Pemberi Rezeki.Dzikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.

Page 3: Fadilat Wirid YA ALLAH

18. YA FATTAHYang Maha Pembuka.Dzikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

19. YA 'ALIMYang Maha Mengetahui.Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

20. YA QABIDYang Maha Menyempitkan.Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

21. YA BASITYang Maha Melapangkan.Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.

22. YA KHAFIDYang Maha Merendahkan.Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

23. YA RAFI'Yang Maha Mengangkat.Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

24. YA MU'IZYang Maha Membeningkan.Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. YA MUZILYang Maha Menyesatkan.Pebanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

26. YA SAMI'Yang Maha Mendengar.Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.

27. YA BASIRYang Maha Melihat.Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

Page 4: Fadilat Wirid YA ALLAH

28. YA HAKAMYang Maha Melapangkan.Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.

29. YA 'ADLYang Maha AdilDizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30. YA LATIFYang Maha LembutDengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.

31. YA KHABIRYang Maha BerwaspadaDengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.

32. YA HALIMYang Maha Penyantun.Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.

33. YA 'AZIMYang Maha Agung.Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.

34. YA GHAFFURYang Maha PengampunBagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. YA SYAKURYang Maha Mensyukuri.Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.

36. YA 'ALIYang Maha TinggiTulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.

37. YA KABIRYang Maha BesarBagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka

Page 5: Fadilat Wirid YA ALLAH

bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)

38. YA HAFIZYang Maha PenjagaDizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

39. YA MUQITYang Maha Pemberi Kekuatan.Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.

40. YA HASIBYang Maha Pembuat PerhitunganUntuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.

41. YA JALILYang Maha Mempunyai KeagunganAmalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.

42. YA KARIMYang Maha Mulia.Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

43. YA RAQIBYang Maha MengawasiBerzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.

44. YA MUJIBYang Maha Mengabulkan.Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.

45. YA WASI'Yang Maha LuasApabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.

46. YA HAKIMYang Maha Bijaksana.

Page 6: Fadilat Wirid YA ALLAH

Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

47. YA WADUDYang Maha Penyiram Kesejukan.Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.

48. YA MAJIDYang Maha Penyandang KemegahanUntuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagai ketua keluarga.

49. YA BA'ITHYang Maha menbangkitkanZikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

50. YA SYAHIDYang Maha MenyaksikanApabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.

51. YA HAQYang Maha BesarPerbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

52. YA WAKILYang Maha Pemegang AmanahSekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.

53. YA QAWIYang Maha KuatAmalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

54. YA MATINYang Maha KukuhAmalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

55. YA WALIYang Maha Melindungi

Page 7: Fadilat Wirid YA ALLAH

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.

56. YA HAMIDYang Maha TerpujiPerbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

57. YA MUHSIYang Maha Penghitung.Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. YA MUBDIYang Maha MemulakanAgar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.

59. YA MU'IDYang Maha MengembalikanAndai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.

60. YA MUHYIYang Maha MenghidupkanAmalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

61. YA MUMITYang Maha Mematikan.Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.

62. YA HAYYUYang Maha Hidup.Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

63. YA QAYYUMYang Maha Menegakkan.Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.

64. YA WAJIDYang Maha MenemukanAndai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

65. YA MAJIDYang Maha Mulia.

Page 8: Fadilat Wirid YA ALLAH

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

66. YA WAHIDYang Maha TunggalBagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.

67. YA AHADYang Maha EsaZikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.

68. YA SAMADYang Maha Diperlukan.Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.

69. YA QADIRYang Maha MenentukanApabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. YA MUQTADIRYang Maha BerkuasaAmalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. YA MUQADDIMYang Maha MendahulukanMenurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.

72. YA MUAKHKHIRYang Maha MengakhirkanBagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.

73. YA AWWALYang Maha AwalBarangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.

74. YA AKHIRYang Maha AkhirAmalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.

75. YA ZAHIRYang Maha Nyata

Page 9: Fadilat Wirid YA ALLAH

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

76. YA BATINYang Maha GhaibAmalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

77. YA WALIYang Maha MemberikanMemperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.

78. YA MUTA'ALIYang Maha MeninggikanSekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.

79. YA BARRYang Maha DermawanAmalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.

80. YA TAWWABYang Maha Penerima TaubatPerbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. YA MUNTAQIMYang Maha PenyiksaPerbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.

82. YA 'AFUYang Maha PemaafBarangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. YA RAUFYang Maha PengasihBagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.

84. YA MALIKUL MULKYang Maha Menguasai Segala KerajaanSeseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.

85. YA ZUL JALALI WAL IKRAMYang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan

Page 10: Fadilat Wirid YA ALLAH

Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. YA MUQSITYang Maha Menyeimbangkan.Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. YA JAMI'Yang Maha PengumpulSekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. YA GHANIYang Maha Kaya.Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. YA MUGNIYang Maha Pemberi KekayaanMintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

90. YA MANI'Yang Maha MencegahAmalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. YA DARRYang Maha Pemberi DeritaAmalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.

92. YA NAFI'Yang Maha Pemberi ManfaatMenurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. YA NURYang Maha BercahayaMenurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.

94. YA HADIYang Maha Pemberi PetunjukBagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberi pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

Page 11: Fadilat Wirid YA ALLAH

95. YA BADI'Yang Maha Pencipta KeindahanAndai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.

96. YA BAQIYang Maha KekalAmalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.

97. YA WARISYang Maha PewarisAmalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.

98. YA RASHIDYang Maha BijaksanaBerzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.

99. YA SABURYang Maha SabarAgar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.

INSYA-ALLAH.